Hari keempat (26 Sept. 2010)
Saya tiada masalah dengan kehidupan di kampung. Sebab sememangnya saya menetap di kampung sendiri, sekarang ini. Walaupun kampung, tetapi ianya disempadani oleh pekan dan kota besar. Bonda angkat telah menyediakan sarapan pagi untuk kami. Sebenarnya saya sudah bangun lebih awal iaitu pada jam 6.00 pagi untuk menunaikan solat subuh. Kemudian menyambung tidur dan tersedar tup tup sudah jam 7.30 pagi.
Kelihatan Max merayau-rayau mengelilingi rumah mencari bahan untuk di rakam.
Anak-anak muda sekarang tentu tidak pernah kenal apa itu jamung. Jamung atau andang ini dibakar dan digunakan sebagai penghalau lebah.
Serai wangi – selain membuat minyak ianya bagus untuk menghalau anai-anai.
Jam 8.00 pagi kami (Husni, Max, Zaid dan saya) semua bersarapan bersama ayahanda dan bonda buat kali terakhir. Kerana kami harus meninggalkan mereka untuk ke destinasi lain. Bonda kami menyediakan mee goreng bersama air milo dan teh. Kuih raya tetap ada. Maklumlah hari raya sebulan.
Husni… apa-apain menungan gitu. Apa terkenang masakan ibumu?
Sebelum berangkat untuk berkumpul di Durani Homestay Centre, kami berkesempatan untuk bergambar kenangan.
Husni, Zaid, saya, bonda Siti Fatimah, ayahanda Buani dan Max.
Bonda Siti Fatimah memanggil saya Kak Zara sebab saya lebih tua daripada beliau. Terima kasih Siti kerana melayan kami berempat dengan selesa sekali. Insya-Allah sekiranya saya limpas ke sana pasti kami akan menyinggah.
alidabdul omong jowo bersama bapa angkat peserta. Alid… kapan kuwe arab rebi.
Bergambar kenangan di dataran Durani Homestay Centre.
Happy birthday Alison. Maaf tak ada kek harijadi untuk dipersembah.
Kami menyambung perjalanan. Dari sebuah desa ke belantara besi dan batu bata. Dari perkampungan yang tersusun indah dipagari sawah padi serta pohon nyiur yang melambai seolah mengucap terima kasih dan selamat jalan kepada kami. Dan berharap untuk kami kembali lagi. Sayup hati meninggalkan kampung yang aman damai. Masyarakatnya bermuafakat serta memiliki sifat kejiranan yang tinggi. Di kampung saya sendiri sudah tidak ada lagi sifat kejiranan ini. Masing-masing dengan hal sendiri. Bergotong royong mengacau dodol apatah lagi. Sudah hilang berabad. Bapa angkat kami Encik Buani bin Ruski memberitahu, selepas kumpulan Blogger MY SELANGOR STORY ini berangkat, beliau dan kumpulannya mempunyai agenda lain. Ada kumpulan lain pula akan datang menyaksikan suasana Hari Raya, bagaimana penduduk kampung bergotong royong membuat kuih bahulu, mengacau dodol, menganyam dan merebus ketupat dan macam-macam lagi. Ah… ruginya terlalu awal pergi. Tidak dapat menyaksikannya. Apa nak buat… tak ada dalam itinerary. Semoga Tourism Selangor memasukkan ke dalam itinerary untuk pertandingan akan datang.
Encik Gilbert terus membawa kami ke destinasi seterusnya iaitu di Sunway City Berhad. Jam 11.30 pagi kami peserta MY SELANGOR STORY Bloggers Competition tiba di Sunway dan akan bermalam di Sunway Pyramid Tower Hotel. Sayangnya, setibanya kami di sini, kami tidak mendapat layanan seperti mana kami perolehi di Resorts World Genting. Tiada wakil dari pihak pengurusan Sunway menyambut ketibaan kami. Tapi saya faham Sunway City Berhad sebuah organisasi tersohor pastinya kesuntukan masa untuk berada bersama kami. Walau bagaimanapun, setelah hampir setengah jam atau lebih kami menunggu, datang dua orang staf jelita melayan kami. Tidaklah kami terpinga-pinga berdiri menghadang pergerakan tetamu lain yang mendaftar.
Encik Hafeez membuat pendaftaran bilik untuk peserta.
Setelah Encik Hafeez selesai membuat pendaftaran, kami diberi kunci bilik. Di hotel ini kami berkongsi bilik. Saya berkongsi bilik bersama Denise yang cute dan memiliki tahi lalat di bibir. Manis senyumannya.
Ini bilik saya dan Denise. Cukup selesa dan luas. Yang pasti tentu lenaku dibuai mimpi-mimpi indah.
Setelah membersihkan diri, kesemua kami dikehendaki berkumpul di lobi untuk menikmati makan tengahari di Mantra.
Mantra Restaurant & Bar, Sunway Pyramid
Apa yang difikir-fikirkan tu Victor?
Pemandangan dari cermin Restaurant Mantra
Free & Easy
Sunway Pyramid Ice Skating Ring.
Pernah berskating sekali di sini, masa itu, Zaid masih kecil lagi.
Saya beritahu anak saya Zaid, saya sudah tidak larat menjelajahi 360 darjah tingkat-tingkat shopping di Sunway Pyramid ini. Zaid bersetuju dan kami kembali ke bilik masing-masing untuk berehat. Saya cuba untuk membuat post untuk blog tapi line internet kejap ada kejap tidak. Malahan lembab. Segalanya tidak menjadi. Mujurlah rakan-rakan blogger datang ke bilik dan kami bersembang-sembang sementara menanti malam tiba.
Jam 7.30 malam, kesemua para blogger diminta berkumpul di lobi.
Berbaris sambil menanti rakan-rakan lain tiba.
Makan malam kami di Sun and Surf Cafe Sunway Resort Hotel
Apa silap gambar ni ya… macam kena demam kuning saja.
CitraRahman bertanyakan novel saya kerana dia berminat membaca novel.
Kalau hendak tunjukkan gambar-gambar ketika makan malam ini, mahu berderet-deret jadinya. Sun & Surf Cafe menjanjikan makanan yang lazat lagi enak. Setelah selesai menikmati makan malam yang sungguh mewah dan enak-enak kesemuanya, kami pun beredar. Perut memang sudah kenyang jadi tidak dapatlah hendak rasa segalanya. Tapi saya masih teringat-ingat ayam turkey panggang tu. Dapat ambil gambarnya saja. Tak berani hendak makan sebab memang sudah full… Sebelum ke bilik masing-masing, saya bersama Citra Rahman, Husni dan Zaid berjalan-jalan seketika di ruang mall. Tapi Husni tidak dapat terus bersama kerana ada hal lain katanya.
Dapat juga CitraRahman novel berjudul “‘TIDAKKAH ADA RINDU oleh ZARA ALUWI” itu di MPH.
Citra… Jangan lupain komen novelnya.
Selesailah sudah kisah untuk hari ke empat ini. Kenangan terindah ketika berada di sini, dapat makan makanan yang lazat-lazat, sambil berbual-bual bersama rakan-rakan blogger yang lain. Bukan semua orang mampu untuk makan malam di Sunway Resort & Spa ini dan bukan semua orang dapat menganjurkan majlis atau event di tempat mewah sebegini. Terima kasih kepada TOURISM SELANGOR yang menganjur event MY SELANGOR STORY Bloggers Compitition dengan kerjasama Horizon Communications serta penaja-penaja untuk DAY 4 seperti Sunway City Berhad (Official Intergrated Resort), PENTAX (Official Camera),P1 (Official Broadband Provider),TV Selangor (Official Online TV), Sun and Surf Cafe (Makan Malam) Sunway Resort Hotel, Mantra (Makan tengahari) dan juga Durani Homestay, Kuala Selangor.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengikuti blog ini. Sambil membaca kisah-kisah pengembaraan saya, pembaca juga boleh mengundi di laman web MY SELANGOR STORY Bloggers Compitition dan undi untuk DAY 1, DAY 2, DAY 3, DAY 4, DAY 5 dan DAY 6.
Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (DAY 4)
Persembahan “Sway” daripada Uncut Version Marketing yang dipimpin oleh Encik Donnie G

















































































































Bella