Baru hari ini teman dapat meluangkan masa untuk up-date blog. Kepenatan membersihkan rumah dan pakaian masih terasa lagi. Pada 8 Mac baru-baru ini, kawasan teman telah dilanda banjir. Hujan lebat telah mengakibatkan limpahan Sungai Langat dan Sungai Sering bertembung dan air terus naik dengan cepat lalu menjelajahi perkampungan kami.
Jam 1.00 pagi – Sangkakan banjir seperti aras biasa…
Tiba-tiba arus air meluru memenuhi hingga ketinggian melebihi day-bed. Kamipun tergesa-gesa keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Di atas jambatan gantung inilah anak-anak teman menyelamatkan motor mereka.
Ini bukanlah pertama kali teman menempuh pengalaman menghadapi banjir, tapi ini adalah pengalaman pertama mengharungi banjir yang paling teruk pernah teman alami. Bagaimanapun, teman bersyukur kerana kami sekeluarga dan jiran-jiran yang turut mengalami banjir kesemuanya terselamat.
Seramai 20 keluarga terpaksa menumpang berteduh di rumah peninggalan arwah datuk saudara teman.
Terima kasih kepada bapa saudara yang telah membenarkan kami berlindung dan bertungkus lumus membantu. Terima kasih juga kepada kedua-dua pihak parti yang sudi menghulur bantuan kepada kami, mangsa-mangsa banjir ini.
Beginilah keadaan banjir di rumah teman…
Ini ketika banjir mulai surut. Anak teman pergi melawat rumah.
Ayam-ayam pandai menyelamatkan diri
Setelah air surut…
Meja solek tersandar…
Peti sejuk tumbang
Microwave baru masih dalam kotak – terendam juga
Ini bahagian dapur
Esoknya 9 Mac, teman ada mesyuarat di Pejabat Tanah Klang. Teman dalam keadaan sehelai sepinggang, mujurlah ada jiran sudi meminjamkan baju kurung dan kain batik. Jadi dapatlah teman menghadiri ke mesyuarat berkenaan. Pertama kali dalam sejarah hidup, berkain batik menghadiri mesyuarat atau keluar dari rumah. Teman memang tak pandai berkain batik dan teman guna tali rapia utk dijadikan tali pinggang hehehe…
Makcik ni masih mampu tersenyum walau rumah masih ditenggelami air.
Ketika ketiadaan teman, rupanya ada bantuan diterima berupa tilam, tikar, bantal, dan juga makanan.
10 Mac – Keluarga dari Kampung Jambu datang membantu membersihkan rumah. Terima kasih kepada anda semua.
Terima kasih Shahira, baby dan Alif
Terima kasih Fiza dan Azira
Uzair bersama sepupunya Sabrina dan Syafiqah
Aliff paling rajin membantu
Setelah kepenatan membersih, masing-masing bersantai sambil makan-makan.
Kasihan dengan cucu teman ni, Nur Alia Qistina bintat-bintat akibat gigitan nyamuk. Tapi ini gambar sebelum banjir.
Teman bimbang, denggi mengancam. Macam mana cara nak beritahu pihak Kementerian Kesihatan supaya buat fogging di tempat teman ni? Biasa, apabila sudah ada salah seorang penduduk mendapat denggi, baru mereka datang.









