Ikan Kelah – mercu tanda Kampung Luanti Baru. This natural fish spa is located just next to Sabah Tea Garden.
‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau
“Tagal” dalam dialek Kadazandusun, bermaksud ‘dilarang memancing’. Tujuan utama dari ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi masa depan. Ikan Kelah/Ikan Pelian berasal dari keluarga Tortombroides. Ikan ini secara khusus dilatih oleh penduduk kampung untuk melakukan aktiviti mengurut.
Ikan Kelah (Garap) / Tortombroides
Harga tiket masuk ke kawasan spa
Tariffs
| Entrance Fee | Status | Tariff |
| Within Ranau (Local) | Adult >18 yrs | RM 3.00 |
| Children <18 yrs | RM 1.00 | |
| Outstation (Local) | Adult >18 yrs | RM5.00 |
| Children <18 yrs | RM 2.00 | |
| International | Adult/ Children | RM 10.00 |
Jangan lupa daftar dulu sebelum masuk ke kawasan spa
Kami diberi penerangan bagaimana nak pikat si ikan kelah datang. Dah tak sabar-sabar si ikan kelah nak mengurut kaki daku hahaha
Genggam makanan ikan dan rendam di dalam air.
Ikan Kelah akan datang mengerumuni. Sambil itu ada ikan lain menggigit/mengurut kaki kita. Perit juga rasa macam kena gigit.
Hey ikan ikan… ekau ni jinak botol la… gogham den! Buek masak lomak cili api sodap lae…
Memang seronok bermain dengan ikan-ikan kelah ni tapi jangan ingat tak terasa gigitan ikan kecil-kecil tu. Ini muslihat si ikan kelah yang besar-besar. Mereka bermesra dengan kita tapi ada ikan kecil lain menggigit kaki kita. Rasanya bukan anak ikan kelah. Tentu ikan lain. Saiznya selebar 3 jari saja. Ikan apa ya? Ada sesiapa tahu?
Jinak betul. Siapa yang menjinakkan ikan-ikan ini ya?
Menurut pekerja di situ, hanya ikan-ikan ini saja yang jinak. Dalam sungai Moroli ini ada banyak ikan kelah lain. Akan tetapi, di bahagian hulu sungai tidak mesra pengunjung. Ikan-ikannya liar dan tidak akan datang dekat. Emmm… pulak!
Siapalah yang tak geram dengan kamu…
Time out! Ikan-ikan ni pun pandai mencari pelanggan lain pulak hahaha…
Sayonara ikan kelah… Sayonara Luanti…
Urut ikan dianggap mempunyai kesan kuratif pada orang-orang yang menderita psoriasis. Datanglah ke Kampung Luanti Baru untuk diurut oleh ikan-ikan kelah ini.
Kami meneruskan perjalan. Kali ini perjalanan pulang ke Kota Kinabalu tapi sebelum itu kami menyinggah di Kundasang. See ya…











