KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 5)

Hari kelima (27 September 2010)

Denise masuk bilik pun saya tidak sedar.  Lena tidur saya pada malam tadi.  Biliknya sungguh nyaman dan selesa.  Namun saya tetap rindukan tilam dan bantal saya di rumah.   Selepas solat subuh, saya cuba menggunakan P1W1max.  Dapat pula line.  Saya pun berinternet sekejap.  Memaklumkan kepada rakan-rakan facebook di mana saya berada sekarang.  Namun untuk memulakan tugasan memblog masih belum boleh diakses.  Tak menjadi masalah, dengan sikap toleransi Cik Amelia, beliau bijak mengendalikan event.  Kami para blogger tidak terhimpit dengan tugasan.  Kami diberi masa berblog setelah pulang ke rumah kelak.  Deadline untuk kami kemukakan blog pada 4 Oktober 2010.  Terima kasih Amelia kerana memberi ruang kepada kami untuk menerbitkan blog my Selangor story dalam keadaan selesa.  Tapi saya lebih suka tugasan disudahkan pada hari yang sama.  Apakan daya, sesuatu diluar jangkaan yang tidak dapat dielakkan.

Jam 7.30 saya sudah berada di Atrium untuk bersarapan pagi bersama Zaid dan yang lain-lain.  Geli hati juga melihat gelagat masing-masing sampai saja terklik sana terklik sini.  Macam orang surat khabar la pulak.  Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Sunway City Berhad kerana membenarkan kami mengambil foto-foto sarapan pagi.  Malah di segenap ceruk Sunway Pyramid ini.

Makcik yang berbeg belang tu dah semakin tembam…

Selesai bersarapan kami berkumpul di lobi sementara menanti bas untuk membawa ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya di Tropicana Medical Centre (Official Medical Centre)

Puan Hayati Abdul Rahman (Account Manager, Marketing & Community Relations) telah menyambut kehadiran kami.

Para bloggers telah dibawa melawat ke bilik-bilik Surgery dan Imaging yang dilengkapkan dengan peralatan canggih dan terkini.

Alid… awak nak buat MRI Scan ke?

Kasihan pesakit berbaju merah ni… ‘doktor pakar’ dari Indonesia ini sedang merawatnya.

Terdapat pelbagai kemudahan perubatan di Pusat Perubatan Tropicana.  Di antaranya adalah 24 hours Accident & Emergency Department, Outpatient Specialist Clinics, Imaging and Image Guided Surgery, Endoscopy Unit, Rehabilitation Services, Vitro Fertilisation (IVF) Centre, Executive Health Screening & Women Wellness Centre dan lain-lain.

Saya bertanyakan lebih lanjut untuk kepastian tentang rawatan pembedahan konvensional.  Kerana dalam manuskrip akan datang, saya ada menyelitkan tentang kaedah rawatan konvensional terapi radio surgeri.

Petikan dalam manuskrip:  Ezlika menjalani pembedahan untuk mengeluarkan keseluruhan tumor benigna. Pembedahan dilakukan oleh Dr. Siva sendiri. Pancaran radiasi digunakan bagi mencegah sel-sel tumor dari merebak. Sebenarnya tiada proses pembedahan dilakukan.  Dr. Siva menggunakan kaedah rawatan konvensional terapi radio surgeri, matlamatnya membunuh dan mengecutkan tumor secara beransur-ansur.

Saya berpuas hati setelah diberi penerangan yang berguna dan doktor menunjukkan saya dan yang lain-lain bilik pembedahan dan peralatan yang dimaksudkan itu.  Saya bercadang untuk menukar nama pusat rawatan cerita asal kepada Pusat Rawatan Tropicana.  Terima kasih doktor.

Inilah dia bilik rawatan konvensional terapi radio surgeri

Bilik scan

Brandon Lee (Rehabilitation Manager)

Di TMC dipanggil Suite, di hospital biasa dipanggil wad.

Selesai membuat lawatan, kami dijamu dengan minuman ringkas.

Saya suka Pusat Perubatan Tropicana sebab di sepanjang lawatan ke mana-mana bahagianpun tidak langsung berbau dettol atau ubat-ubatan seperti di hospital lain.  Seolah-olah kita bukan masuk ke sebuah hospital.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 5 lawatan ke Pusat Perubatan Tropicana.

Kami kemudiannya kembali ke Sunway Pyramid untuk makan tengahari di Frames sebuah F&B Outlet (Sunway Pyramid).

Makan pun dapat sijil ke?

Ingatkan sijil… Menu rupanya.

Stuffed Chicken Roulade – Zaid order yang ini.

Minuman – Mango Kafir Blast (Seram namanya)

Kalio Bilado – ini saya order tapi  tukar dengan Zaid.  Sebab dia hendak makan nasi juga.

Pan Seared Dory – Bella pesan yang ini.

Untuk Dessert – semua dapat yang ini – Dark chocolate brownie.  Yummy…

Selepas makan tengahari, acara seterusnya berliburan di kota air (Sunway Lagoon Theme Park).   Event yang dinanti-nantikan oleh para blogger yang muda-muda.  Kami mendapat tiket All Park bermaksud kesemua tempat boleh masuk kecuali berbungy.  Sudah banyak kali juga saya ke Sunway Pyramid tetapi belum pernah lagi bermandian di Sunway Lagoon.  Pada mulanya saya enggan pergi.  Saya ingin gunakan tiket berkenaan di waktu yang lebih sesuai.  Tapi, oleh kerana saya berada di dalam pertandingan dan bukti foto berada di tempat berkenaan amat penting.  Maka saya pergi juga.

Di pintu masuk ke Sunway Lagoon, kami diberi wrist band berbentuk jam tangan.  Tali berbentuk jam tangan ini perlu sentiasa dipakai dan ia sebagai tiket masuk untuk ke setiap permainan.

Saya dan Zaid ingin bermula dari Wild Life Park

Common Marmoset

Bertemu dengan Thristhan dan rakan-rakan yang lain di Scream Park

Memang sesuai dengan namanya Scream Park (Taman Menjerit).  Boleh dikatakan kami semua terjerit-jerit ketakutan.  Termasuklah si Thristhan tu.  Dia yang last sekali.  Si Alid pula menjadi ‘hantu’ tambahan.  Saya termengah-mengah apabila keluar dari scream park ni.

Kemudian kami ke World of Adventure

Anda berani naik Pirate’s Revenge?

Terjerit-jerit masing-masing dekat atas tu…

Tak puas naik Pirate’s Revenge, naik pula Tomahawk

Berbincang nak ke mana pula…

Hendak mengejar masa, kami terus ke Pedestrian Suspension Bridge.

Mereka ingat saya ini  takut gayat.  Alahai… depan rumah saya ada jambatan gantung.   Tapi taklah sepanjang ni…

Nota: Lihat tangan kiri saya masih ada wrist band.

Surf Beach ni, ditutup pula.  Mandi di sini lagi seronok.

Hampir di penghujung jambatan gantung, terdapat acara untuk terjun bungy.  Yang ini memang saya tak berani.  Saya mengajak Zaid untuk terus turun.  Waduh… rupanya saya terpaksa menurun tangga papan.  Berpeluh-peluh saya menuruni anak tangga dan nafas juga mulai sesak.  Saya menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.  Bimbang juga dihati ini, manalah tahu tup tup saya pengsan.  Menyusahkan Zaid dan yang lain saja.  Ingatkan di penghujung jambatan gantung ini ada escalator.  Semasa menurun anak tangga itu, saya terdengar suara si Nicole menjerit nama TianChad.  Tian Chaddddd….!  Rupanya si Tian Chad buat terjun bungy.  Ada sesiapa cuba Flying Fox? Kami kemudiannya berkumpul di eXtreme Park.

Masing-masing menunggu giliran untuk menaiki All Terrain Vehicle (ATV)

Insiden yang tentunya tidak dapat dilupakan.  Locker yang kami sewa sedap-sedap telan token (RM5.00) tapi tidak boleh dikunci.  Wanita India ini dengan sombong memberitahu “token dah masuk kira hangus la…”  Berbalah lagi panjang pun tak guna, jadi beli lagi satu token (RM5.00) barulah dapat dikunci dengan selamat barang-barang.  Tapi terpaksa buka semula locker sebab tertinggal kamera kalis air di dalam beg.  Alahai…. kenapa boleh lupa?  Jadi kami terus mengeluarkan beg dan beredar.

Token dah masuk tapi pintunya tak boleh dikunci.

Puan… berbahasalah dengan sopan.  Jangan ingat untung saja.  Ambil kira juga duit kami dengan senang diambil.  Periksalah setiap locker.  Mana yang sudah tidak berfungsi, lebalkanlah “SUDAH ROSAK” kan mudah cara begitu.

Dengan perasaan hampa, saya dan Zaid meninggalkan tempat menyimpan barang dan menuju ke water park, kolam berombak (wave pool).  Rupanya di sana, rakan-rakan bloggers sedang berseronok mandi manda.  Saya pun meletak beg pakaian di atas meja, tempat rakan-rakan blogger menempatkan barang-barang mereka.  Sia-sia menyewa locker tapi tidak dapat menyimpan barang di situ.

Menggunakan PENTAX Waterproof.

Kena dapatkan kamera PENTAX waterproof ni.  Nota:  Di tangan kiri saya masih ada wrist band.

Amboi… makcik ni sempat tersenyum dalam air.  Pengalaman pertama bergambar dalam air.  Bagus lah PENTAX.

Mandi di bawah curahan tempayan.  Sampai tak ingat wrist band dah hilang.

Seronok betul bermandi-mandian di water park, Sunway Lagoon.  Bila sudah berseronokan sebegini, teringat anak yang menuntut di Merlimau Melaka.  Nantilah… bila kamu cuti semester bolehlah kita datang ke sini.  Harap-harap PENTAX sponsor kita.  Bolehlah ambil gambar dalam air dengan pose yang lebih bergaya.

Semasa di pintu keluar, baru timbul masalah melepaskan diri disebabkan kehilangan wrist band.  Saya sedar kehilangan wrist band semasa hendak ke bilik air menukar pakaian.  Di dalam hujan lebat, Zaid berpatah balik untuk mencari wrist band.  Malah di kolam berombak itupun dia pergi mencarinya.  Tetapi tidak berjumpa.  Tidaklah saya mengetahui, kehilangan wrist band akan didenda sebanyak RM50.00.  Mahal tu! Namun Zaid membayar denda berkenaan.  Saya rasa, kalau wrist band itu kukuh tentu ianya tidak tertanggal dari tangan.  Bayangkanlah sudah berapa ramai yang  mengguna wrist band berkenaan?  Tanpa banyak bicara, kami terus berbegas ke hotel.  Kerana para blogger dikehendaki berada di lobi hotel pada jam 7.00 malam.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 5 berlibur di Sunway Lagoon

Tepat jam 7.00 malam, kami tiba di lobi.  Para blogger sudah sedia menunggu ketibaan bas untuk membawa kami ke Ampang Look Out Point.  Bas bergerak pada jam 7.30 malam.  Dengan kesesakan lalu lintas dan sesat jalan kami tiba di Ampang Look Out Point (Menara Tinjau) agak lewat.  Sesampai di sana hari masih hujan.  Bas tidak dibenarkan untuk naik hingga ke atas.  Pihak haven (Official Restaurant) telah mengangkut kami dengan menaiki van.

Di sinilah acara kemuncak MY SELANGOR STORY Bloggers Competition diadakan.

Saya tidak menyangka sebegitu meriah pihak Haven Restaurant menyambut kehadiran para blogger.  Sebagai tanda penghormatan, kami diminta menandatangi buku pendaftaran tetamu.

Sylistic peserta dari Singapore.

Mohd Zaid

Kuala Lumpur by Night.  Hujan masih lebat.

Cik Amelia memberi ucapan di kemuncak event MY SELANGOR STORY Bloggers Competition.

Kata-kata aluan daripada Encik Anantharaj Appanan (Managing Partner) Haven Restaurant.

Makanan yang dihidangkan merupakan Ala-carte dan buffet

Jenuh juga si Bella ni hendak menghabiskan menu yang dipesannya itu.  Terpaksa kongsi dengan rakan lain.

Minuman yang saya pesan… pineapple manggo shake

One nite service… kalau dia persembahkan lagu-lagu favourite best juga.  Lagu-lagu tu mungkin sesuai di pub barat kot.  Apa-apapun, selamat maju jaya sebagai penghibur.

makan… makan… makan…

Kuala Lumpur selepas hujan.

Cenderahati daripada CASAHANA

Zaid bersama Cik Amelia

Ragam anak muda…

Bergambar bersama Encik Anantharaj dan staff Haven Restaurant.  Thank you sir.

Bersama Puan Nirmaningsih Mawi (Pemandu Pelancong).  Terima kasih Ning kerana telah memberi informasi pelancongan kepada kami di sepanjang pengembaraan MSS.

Terima kasih kepada Haven Restaurant kerana telah menjamu kami dengan hidangan-hidangan yang istimewa dan enak-enak belaka.  Nasi Goreng Tom Yam Haven memang sedap.  Thumb up! Dapat juga saya kongsi rasa sedikit ribs (tulung rusuk) yang dipesan oleh Bella.  Ternyata memang lumayan enak!  Saya suka di suasana Ampang Look Out Point ini.  Sambil menikmati hidangan, kita dapat melapangkan fikiran menyaksikan panorama keindahan Kuala Lumpur di waktu malam sambil menyedut udara bersih lagi segar.

Rasanya Cinderella sudah pulang ke rumahnya, maka kamipun beransur pulang serta.  Saya menaiki van bersama lima peserta blogger lain untuk turun manakala yang lain berjalan kaki untuk ke tempat letaknya bas pengangkutan kami.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 5  makan malan di Haven Restaurant.

KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 3)

Hari ketiga (25 Sept 2010)

Malas hendak kemaskan beg pakaian.  Penat menjinjingnya kelmarin.  Rasa hendak tinggal lagi beberapa malam di  First World Hotel ini.  Oleh kerana ini adalah satu pertandingan, jadi kenalah bersemangat memperjuangkan pertarungan menjelajahi Negeri Selangor.  Saya ingin terus menyambung cerita tentang Negeri Selangor yang bakal saya lewati.  Destinasi kami seterusnya melawat Air Terjun Bukit Kanching, di Rawang. Dari banjaran ke bukit.

Jam 7.30 pagi, saya, Zaid dan Iman naik ke tingkat 28 untuk bersarapan pagi di First World Cafe.  Itulah pertama kali, mencecahkan kaki di lantai tingkat berkenaan.  Terlalu istimewa layanan dan kemudahan yang diberikan.  Saya terus meletakkan beg (yang semakin bertambah) ke tepi.

First World Cafe

Pemandangan dari tingkat 28

Selesai bersarapan, kesemua bloggers turun ke lobi dan memulangkan kunci bilik.  Kepergian kami diiringi oleh beberapa pegawai Resorts World Genting.  Kenangan begitu indah sekali.  Tuan rumah mengerti menghormati serta betah melayan ragam tetamu.  Mereka akan memastikan bahawa kami mendapat layanan mesra dan sempurna.

Dylan… entah apa yang diceritakannya

Denise, JingYi, Charles Gluck dan Jacklyn

zaid mengucap selamat tinggal kepada Charles Gluck

Bergambar beramai-ramai di hadapan Genting International Convention Centre

Selesai bergambar serta mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai-pegawai Resorts World Genting, kami meneruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Bukit Kanching di Rawang.  Sementara menurun, kami berkesempatan singgah di Chin Swee Caves Temple.  Inilah warisan inspirasi Tan Sri (Dr.) Lim Goh Tong.

Aksi-aksi Abang Ben, Azuan dan Iman

Kami menyambung perjalanan dengan bas pelancong yang dipandu oleh Encik Gilbert.  Pemandu Pelancongnya masih lagi Puan Nirmaningsih Mawi.  Di dalam perjalan, beliau menunjukkan beberapa destinasi pelancongan seperti Batu Caves dan FRIM.  Sayang sekali kedua-dua destinasi ini tidak terdapat di dalam itinerary My Selangor Story Bloggers Competition.  Mungkin di lain event.  Saya kagum dengan kebolehan Puan Nirmaningsih yang begitu lancar memperjelaskan sejarah serta keterangan mengenai sesuatu destinasi pelancongan.  Malah beliau boleh mengingati tarikh serta sejarah di setiap destinasi.

Jam 11.00 pagi tiba di Air Terjun Bukit Kanching.  Kehadiran kami disambut oleh beberapa monyet yang telah mendominasi kawasan berkenaan.

“Kami warga MonKeys mengucapkan selamat datang kepada anda semua.”  Ujar Ketua MonKeys

Encik Fazly memberi taklimat tentang Hutan Lipur Kanching

Peta Hutan Lipur Kanching

Ning… kita yang tua ni boleh sampai dulu.

Air Terjun Bukit Kanching tingkat 2

Hutan Lipur Kanching

Victor… inilah dia rebung.  Batang yang panjang itu, pokok buluh.

Kami tidak mempunyai masa yang banyak.  Jadi kami hanya sampai ke tingkat 2 sahaja.  Kalau ke tingkat 3 pun, saya sudah tak larat hendak mendakinya.  Air Terujun Bukit Kanching ini mempunyai 7 tingkat kesemuanya.  Di sepanjang pendakian, terdapat anak tangga bagi memudahkan pengunjung mendaki.  Walaupun udara sungguh sejuk dan nyaman, saya tetap berpeluh.  Bagus untuk kesihatan.  Tempat ini sesuai untuk berekreasi dan bersantai.

Abang Ben mencari sudut yang sesuai…

Bersungguh-sungguh para bloggers mencari sudut yang menarik untuk dimuatkan ke dalam blog.  Kamera rasmi PENTAX memang berbaloi menggunakannya.  Harap-harap salah satu gambar yang saya rakam mendapat pujian.  Hahaha harap-harap saja lah.  Selesai mencari sudut dan ruang berfoto, kami turun ke bahagian bawah untuk menikmati makan tengahari.  Makan tengahari ini simple saja.  KFC.

Lihatlah betapa jernihnya air Sungai Kanching ini.  Kelihatan anak-anak ikan berenang berebut makanan.  Zaid… Max… dan lain-lain yang menggunakan kamera kalis air tu… sila-silalah berendam dalam sungai ni dan snap-snap ikan yang berenang tu.

Namun, sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak sampah-sampah yang dibuang ke dalam tong sampah tidak dikumbah oleh monyet-monyet yang berkeliaran.  Kerana binatang ini pintar dan berkebolehan membuka penutup tong sampah berkenaan.

Oh Awe… cari gapo tu?

Makan selesai.  Kepenatan pun sudah mereda.  Perjelajahan perlu diteruskan.  Pertandingan masih belum terhenti.  Selepas berlibur di kawasan air terjun, kami menyambung perjalanan.  Kami akan bertemu ibu dan bapa angkat di Durani Homestay, Kuala Selangor.  Jam 4.30 kami tiba di perkarangan pusat Durani Homestay.

Paluan kompang penduduk @ bapa angkat kami.

Masa ini belum kenal lagi siapa bapa angkat saya.  Meriah sungguh sambutan diberikan. Kaum ibu juga turut serta meraikan kunjungan kami ke teratak mereka.  Pengalaman sungguh berharga.  Belum pernah saya betandang di kampung orang dan disambut dengan meriah sekali.  Kecuali di majlis perkahwinan. Kami dijamu dengan minuman air kelapa dan kuih muih.

Gadis manis ini Runaszila Mukayat.  Beliau dari Politeknik Sabak Bernam dan sedang dalam praktikel selama sebulan.

Nicole berkuda kepang

KK juga turut serta mencuba berkuda kepang

Barongan – Harimau ini sedang marah dengan monyet yang mempersendakannya.  Apabila mulut harimau terbuka, itu bermakna dia sedang marah.

Harimau kepenatan dan monyet-monyet masih menyakatnya.

Saya difahamkan apabila pertunjukan Barongan ini dipersembahkan,  jangan ada penonton memakai pakaian berwarna merah atau kuning.  Warna ini menarik perhatian mereka.  Jangan sesekali bersiul.  Begitu juga kamera berflash tidak dibenarkan.  Kerana ‘binatang-binatang’ ini akan marah dan mengejar kita.  Persembahan biasa sebegini masih dapat dikawal.

Inilah bapa angkat kami, Encik Buani bin Roski bersama anak-anak angkat beliau Husni, saya, Max dan Zaid.

Kenangan mencuit hati saya apabila kami dibawa pulang ke rumah Encik Buani bin Roski di alamat Lot 11274,  Jalan Lama Parit Cangkat, 45300 Sungai Besar.  Bayangkanlah ayah kami punyai anak-anak cukup sihat.  Husni, saya serta bonda kami Siti Fatimah binti Mohd di tempat duduk belakang menghimpit Max sampai penyek.  Zaid beruntung kerana duduk di seat hadapan.  Tersengut-senggut kereta ayah kami.  Sepanjang perjalanan ke rumah penuh dengan gelak tawa guruan ayah dan bonda.  Setiba di rumah kami dijamu dengan kuih raya,  dodol dan lepat pisang sebagai minuman petang.

Inilah rumah keluarga angkat kami.

Dodol hasil gotong royong penduduk kampung sungguh enak.

Bilik saya dan zaid

Reban ayam

Ayahanda kami berkebun menanam pisang, pokok buah-buahan, kelapa serta menanam padi.  Sawah beliau di tempat lain.  Kami terpaksa bersiap-siap membersihkan diri kerana jam 6.30 petang harus berada di pusat Durani Homestay.  Sebelum berangkat, bonda kami telah menyediakan makan malam untuk kami.  Terlalu awal untuk makan malam.  Meja dipenuhi dengan pelbagai menu.  Seorang jiran tetangga telah menghantar lauk untuk kami turut rasai.  Di sini, dapatlah kami merasai masakan orang jawa.

Tiba di Durani Homestay centre kami kemudiannya berangkat menaiki  bas untuk ke Kampung Kuantan menyaksikan kelip-kelip.  Perjalanan memakan masa selama sejam.  Ketibaan kami disambut oleh Encik Zulkifly bin Samad dari Majlis Daerah Kuala Selangor.

Menurut Encik Zulkifly, untuk melihat kelip-kelip, pengunjung terpaksa menaiki sampan.   Masing-masing dikehendaki memakai jeket keselamatan.  Tambang bagi sebuah sampan muatan seramai 4 orang adalah sebanyak RM40.00 dan ini termasuk insurans dan jaket keselamatan.  Pengunjung akan dibawa menyusur di sepanjang sungai sejauh 1 kilometer oleh seorang pendayung sampan.

zaid sudah siap sedia dengan jeket keselamatannya

Kami tidak dibenarkan membuat bising.  Bimbang akan menakutkan makhluk berkenaan.

Menggunakan kamera PENTAX

Memang sukar untuk merakam gambar kelip-kelip berkenaan.  Serangga ini  bersaiz kecil.  Tambahan pula saya tidak berpengalaman menggunakan kamera PENTAX mahupun jenama lain.  Setidak-tidaknya, ada juga cahaya kelip-kelip terakam.  Oleh kerana, pada malam itu bulan sedang mengambang penuh, maka amat sukar untuk menyaksikan cahaya kelip-kelip dengan jelas dan terang.

Terasa bangga kerana kelip-kelip yang hinggap di pokok Berembang ini adalah spesis yang ada di dua buah tempat sahaja.  Iaitu Kampung Kuantan dan di Amazon.  Masa itu, timbul rasa keraguan.  Satu panorama yang menarik dan menakjubkan ini akan hilang sekiranya spesis ini pupus.  Bagaimana pihak Majlis Daerah Kuala Selangor hendak mengatasinya?  Perlu lakukan sesuatu pada kebersihan Sungai Selangor.  Memandangkan pembiakan kelip-kelip ini tercipta di dalam tanah di persisiran sungai.  Saya rasa, jumlah yang ada ketika ini masih belum boleh dibanggakan.  Perlu pembiakan berterusan.

Selesai menyaksikan penorama yang menakjubkan lagi terindah ciptaan Ilahi, kami diberi taklimat serba sedikit dan menonton video tentang life-cycle kelip-kelip. Selepas itu kami bersurai dan terus ke tempat letaknya bas pengangkutan perjalanan kami.  Rupanya ada kejutan buat kami semua.  Makan sate di Satay Hut.  Masing-masing happy.

Satay Hut

Ada 2 jenis sate.  Sate panjang dan sate pendek.

Komen saya tentang satay Hut – Harap dapat kekalkan saiz sate ini sampai bila-bila dan kurangkan manis.  Selainnya memang class… dan enak.

Kami pulang dengan perut kekenyangan.  Setiba di Durani Homestay centre, ayahanda sudah menunggu kepulangan kami semua.  Kami terus dibawa pulang.

VIDEO KEMBARA MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (DAY 3)