KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 1)

Hari Pertama (23 Sept. 2010)

Selangor merupakan negeri paling membangun dan paling strategik yang mempunyai keluasan 8,000 kaki persegi.  Ianya juga disebut sebagai negeri perantaraan kepada Semenanjung Malaysia dan tidak hairanlah Selangor menjadi negeri yang paling maju.  Sebagai langkah untuk menaikkan lagi Selangor, pihak Tourism Selangor bersama Horizon communication telah menganjurkan pertandingan khas buat bloggers.  Kerana melalui penulisan bloggers dapat menjadikan landas untuk turut mempromosikan industri pelancongan Negeri Selangor di samping  dapat turut menaikkan Negeri Selangor ke persada dunia. Pertandingan ini merupakan yang pertama di mana  pesertanya bukan sekadar rakyat Malaysia malahan peserta  dari negara jiran seperti  Indonesia dan Singapore juga dijemput untuk menyertainya.   Ianya bermula dari 23 Sept 2010 hingga 28 Sept. 2010.  Yang Berhormat Elizabeth Wong selaku Exco Tourism, Consumer Affairs and Development, Negeri Selangor telah merealisasikan idea agar sebuah pertandingan khas buat bloggers Malaysia dan Asia dianjurkan.   Atas usaha itu juga, ramai penaja turut serta bekerjasama dalam memberi sumbangan.  Antaranya adalah Firefly (Official Airline),  Resorts World Genting (Official Resort),  Sunway City Berhad (Official Intergrated Resort), PENTAX (Official Camera),  P1W1max (Official Broadband provider)  Royal Selangor (Official Survenir shop), Pusat Perubatan Tropicana Medical Centre (Official Medical Care), haven (Official Restaurant),  dan TV Selangor (Official Online TV).

Syukur kerana saya turut terpilih di antara top 30 bloggers yang mengambil bahagian.  Sebagai anak Selangor, saya juga ingin turut mempromosikan Negeri Selangor melalui  penulisan saya di blog.  Semoga aktiviti memblog My Selangor Story ini dapat merancakkan lagi pertandingan dan industri pelancongan.  Semoga usaha para bloggers diiktiraf dan dihargai. Sebagai permulaan pengembaraan My Selangor Story bloggers competition,  saya mula mengorak langkah pertama pada jam 11.00 pagi dari rumah di Cheras.  Anak saya Mohd Zaid juga turut serta.  Walaupun kami anak beranak, bertanding tetap bertanding.

Beg pakaian padat rasa macam tak cukup. (Helo makcik tak macam nak masuk pertandingan pun…)

Pada mulanya saya bercadang untuk menaiki teksi, tetapi memandangkan ini adalah kembara yang penuh dengan cabaran maka saya menaiki komuter dari Bandar Tasek Selatan hingga ke Setia Jaya.   Tiket berharga RM2.50.  Saya perlu melakukan transit di KL Sentral.  Dari KL Sentral saya mengambil komuter laluan ke Kelang di Flatform 5 untuk ke Setia Jaya.  Dari Setia Jaya perut mulai keroncong sebab terlalu teruja dengan kembara ini langsung terlupa untuk mengambil sarapan.  Saya singgah makan tengahari di Cafe 138.

Cadang hendak menaiki bas tetapi terpaksa batalkan kerana hari sudah mula hendak hujan.  Akhirnya menahan sebuah teksi untuk terus ke destinasi Skypark, Subang.  Tiba pada jam 1.20 tengahari.  Terlalu awal saya tiba.  Jadi terpaksalah menunggu rakan-rakan blogger yang lain tiba.

Inilah pertemuan pertama kali bersama bloggers yang turut serta dalam pertandingan dan kami berkenalan sesama sendiri.  Bawah ini blogger  muda yang berkaca mata putih dari Singapore Sylistic

Awal-awal sudah merasa macam artis.

Cenderahati daripada penaja rasmi penerbangan Firefly.  Terima kasih daun keladi kalau ada saiz lagi besar tentu saya dapat menyarungnya.  Di belakang yang berbaju-t kuning adalah krew Tourism Selangor.

Bergaya bersama kakitangan Firefly.  Cantik dan kacak sungguh mereka.

Di sebelah saya itulah dia Mohd  Zaid.  Kami sama saiz.

Ragam para bloggers apabila bertemu di Kapitan Kopitiam, Skypark Subang.

Peserta dari Indonesia.  Alid Abdul, Citra Rahman dan Husni.  Fadli Idris tidak kelihatan dalam foto ini.  Dengar cerita mereka mendapat sambutan dan layanan kelas pertama daripada penaja.  Mana tahu, kalau saya menang pertandingan ini, saya juga mendapat layanan sedemikian.  Terima kasih Firefly kerana telah menerbangkan mereka ke Malaysia.

Welcome address daripada Raja Sa’adi (Head of PR & Marketing)

Berbaju-t merah itulah Feeq dan di sebelahnya TianChad, Nicole, Denice dan Dian

Di bawah adalah aksi trade mark beliau ketika snap gambar.  (Masa ini belum kenal lagi karaktor beliau.)

Rakan twitter pertama saya CitraRahman dari Indonesia

TianChad, KK, Fadli (Peserta Indonesia) dan Max

Cik Amelia Tan (Official MSS Mummy) bersama Encik Fazly (Official MSS Daddy)sedang memberi taklimat kepada peserta.

Selesai bergambar di lobi terminal Firefly Skypark, Subang.  Untuk permulaan pengembaraan MSS Bloggers Competition, kami semua menaiki bas dan dibawa melawat sekitar Shah Alam tepat pada jam 3.30.  Puan Nirmaningsih Mawi selaku Pemandu pelancong memberi taklimat tentang Shah Alam.  Antara yang dibicarakan tentang sejarah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya yang digunakan untuk penerbangan kos rendah.

Setiba di bulatan Indra Kayangan, beliau menunjukkan bilboard memaparkan wajah Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz. DAULAT TUANKU.

Kami para bloggers kemudian dibawa ke tempat penginapan di Carlton Holiday Hotel & Suites di Shah Alam yang terletak berhampiran TESCO di seksyen 9, Shah Alam.   Pertama kali melangkah masuk ke lobi, suasana begitu nyaman dan ruang lobi begitu bersih serta mendapat sambutan mesra daripada staf bertugas.   Saya berkongsi bilik di Room 620 bersama Cik Jing Yi yang datang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Para bloggers kemudian diberi sebuah beg goodies biru setiap seorang oleh Tourism Selangor beserta baju-t berwarna kuning.  Selesai segala urusan, kami ke bilik masing-masing.

Jam 5.50 satu taklimat daripada wakil PENTAX tentang penggunaan kamera jenama PENTAX (Official Camera) kepada para bloggers.  Taklimat diadakan di tingkat 1 hotel.  Sebelum itu, Cik Amelia dan Encik Fazly memberi taklimat peraturan pertandingan sekali lagi serta syarat pinjaman kamera yang ditaja oleh PENTAX di sepanjang pertandingan.

Cik Amelia Tan

Encik Fazly

Sebagai jurufoto yang tidak bisa mengambil foto yang cantik dan sharp, saya diberi kamera jenis PENTAX P80(W)9700997 okey la tu, daripada menggunakan kamera melalui telefon saja.  Terima kasih kepada Mdm Rissa Chan (Executive Director DSC World Sdn. Bhd. kerana sudi memberi pinjam dan memberi taklimat tentang penggunaannya.  Selepas ini setiap foto yang ingin disnap akan menggunakan kamera PENTAX.

PENTAX P80(W)9700997

Tengah blurr lagi, bagaimana hendak menggunakannya.

Mulalah testing, testing…

Denice, Wenyi, Spectreoutreach dan Abang Ben

Jam 7.00 malam, kami dibawa ke i-City di Shah Alam.  i-City adalah City of Digital Lights.  Ianya menjadi pusat jana kuasa tenaga jaringan aktiviti komunikasi.  Mr Yew dari i-City telah memberi taklimat tentang i-City.

Mr. Yew

Pengunjung tempatan mahupun antarabangsa akan teruja oleh sebuah karya cahaya kristal yang menerangi i-City, Seksyen 8 Shah Alam di waktu malam. i-City menjadi nadi kepada advanced information-communication infrastructure di Shah Alam.  Berjuta-juta cahaya LED kelihatan menerangi dan mewarnai i-city.

Makcik senyumlah sikit….

Di antara kiri dan kanan jalan, pengunjung akan dapat menyaksikan keindahan kemilauan cahaya LED burung bangau.  Setiap bahagian mempunyai tema tersendiri.

Perkara pertama kembara My Selangor Bloggers Competition yang paling teruja apabila kami (bloggers) dijemput menjamu makan malam di tengah-tengah taman tema yang dilimpahi cahaya kristal yang begitu indah sekali.  Belum ada sesiapa lagi selain DYMM Sultan Selangor yang telah menikmati jamuan makan malam di situ.

Makan malam steamboat di taman city of lights yang ditaja oleh Restaurant Tasty pot Shah Alam.

Terima kasih layanan begitu berharga sekali.  Steamboatnya sungguh enak.  Udang dan ketam besar-besar.  Aroma kuah tom-yam yang lazat membuat perut terasa lapar.  Saya dan rakan-rakan dilayan seperti VVIP.

Selepas menjamu selera para peserta terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing.

Selepas menjamu selera para peserta terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing.   Terdapat 1000 pokok  digital lights mewarnai i-City dari jam 7.00 malam sehingga 4.00 pagi.  Bayaran masuk ke i-city adalah RM10.00 dikenakan bagi setiap kereta dan tiket boleh diredeem di restoran, rumah salji atau safari.  i-City membekalkan pengalaman teknologi baru buat Malaysia.  Selain penggunaan multimedia dan komunikasi ianya juga dapat merancakkan pelbagai sambutan temasya dan percutian di Malaysia.  Destinasi pelancongan menarik yang harus dilawati oleh setiap keluarga kerana di  i-city ada mempersembahkan sebuah taman safari yang pastinya akan memikat hati kanak-kanak.