KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 5)

Hari kelima (27 September 2010)

Denise masuk bilik pun saya tidak sedar.  Lena tidur saya pada malam tadi.  Biliknya sungguh nyaman dan selesa.  Namun saya tetap rindukan tilam dan bantal saya di rumah.   Selepas solat subuh, saya cuba menggunakan P1W1max.  Dapat pula line.  Saya pun berinternet sekejap.  Memaklumkan kepada rakan-rakan facebook di mana saya berada sekarang.  Namun untuk memulakan tugasan memblog masih belum boleh diakses.  Tak menjadi masalah, dengan sikap toleransi Cik Amelia, beliau bijak mengendalikan event.  Kami para blogger tidak terhimpit dengan tugasan.  Kami diberi masa berblog setelah pulang ke rumah kelak.  Deadline untuk kami kemukakan blog pada 4 Oktober 2010.  Terima kasih Amelia kerana memberi ruang kepada kami untuk menerbitkan blog my Selangor story dalam keadaan selesa.  Tapi saya lebih suka tugasan disudahkan pada hari yang sama.  Apakan daya, sesuatu diluar jangkaan yang tidak dapat dielakkan.

Jam 7.30 saya sudah berada di Atrium untuk bersarapan pagi bersama Zaid dan yang lain-lain.  Geli hati juga melihat gelagat masing-masing sampai saja terklik sana terklik sini.  Macam orang surat khabar la pulak.  Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Sunway City Berhad kerana membenarkan kami mengambil foto-foto sarapan pagi.  Malah di segenap ceruk Sunway Pyramid ini.

Makcik yang berbeg belang tu dah semakin tembam…

Selesai bersarapan kami berkumpul di lobi sementara menanti bas untuk membawa ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya di Tropicana Medical Centre (Official Medical Centre)

Puan Hayati Abdul Rahman (Account Manager, Marketing & Community Relations) telah menyambut kehadiran kami.

Para bloggers telah dibawa melawat ke bilik-bilik Surgery dan Imaging yang dilengkapkan dengan peralatan canggih dan terkini.

Alid… awak nak buat MRI Scan ke?

Kasihan pesakit berbaju merah ni… ‘doktor pakar’ dari Indonesia ini sedang merawatnya.

Terdapat pelbagai kemudahan perubatan di Pusat Perubatan Tropicana.  Di antaranya adalah 24 hours Accident & Emergency Department, Outpatient Specialist Clinics, Imaging and Image Guided Surgery, Endoscopy Unit, Rehabilitation Services, Vitro Fertilisation (IVF) Centre, Executive Health Screening & Women Wellness Centre dan lain-lain.

Saya bertanyakan lebih lanjut untuk kepastian tentang rawatan pembedahan konvensional.  Kerana dalam manuskrip akan datang, saya ada menyelitkan tentang kaedah rawatan konvensional terapi radio surgeri.

Petikan dalam manuskrip:  Ezlika menjalani pembedahan untuk mengeluarkan keseluruhan tumor benigna. Pembedahan dilakukan oleh Dr. Siva sendiri. Pancaran radiasi digunakan bagi mencegah sel-sel tumor dari merebak. Sebenarnya tiada proses pembedahan dilakukan.  Dr. Siva menggunakan kaedah rawatan konvensional terapi radio surgeri, matlamatnya membunuh dan mengecutkan tumor secara beransur-ansur.

Saya berpuas hati setelah diberi penerangan yang berguna dan doktor menunjukkan saya dan yang lain-lain bilik pembedahan dan peralatan yang dimaksudkan itu.  Saya bercadang untuk menukar nama pusat rawatan cerita asal kepada Pusat Rawatan Tropicana.  Terima kasih doktor.

Inilah dia bilik rawatan konvensional terapi radio surgeri

Bilik scan

Brandon Lee (Rehabilitation Manager)

Di TMC dipanggil Suite, di hospital biasa dipanggil wad.

Selesai membuat lawatan, kami dijamu dengan minuman ringkas.

Saya suka Pusat Perubatan Tropicana sebab di sepanjang lawatan ke mana-mana bahagianpun tidak langsung berbau dettol atau ubat-ubatan seperti di hospital lain.  Seolah-olah kita bukan masuk ke sebuah hospital.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 5 lawatan ke Pusat Perubatan Tropicana.

Kami kemudiannya kembali ke Sunway Pyramid untuk makan tengahari di Frames sebuah F&B Outlet (Sunway Pyramid).

Makan pun dapat sijil ke?

Ingatkan sijil… Menu rupanya.

Stuffed Chicken Roulade – Zaid order yang ini.

Minuman – Mango Kafir Blast (Seram namanya)

Kalio Bilado – ini saya order tapi  tukar dengan Zaid.  Sebab dia hendak makan nasi juga.

Pan Seared Dory – Bella pesan yang ini.

Untuk Dessert – semua dapat yang ini – Dark chocolate brownie.  Yummy…

Selepas makan tengahari, acara seterusnya berliburan di kota air (Sunway Lagoon Theme Park).   Event yang dinanti-nantikan oleh para blogger yang muda-muda.  Kami mendapat tiket All Park bermaksud kesemua tempat boleh masuk kecuali berbungy.  Sudah banyak kali juga saya ke Sunway Pyramid tetapi belum pernah lagi bermandian di Sunway Lagoon.  Pada mulanya saya enggan pergi.  Saya ingin gunakan tiket berkenaan di waktu yang lebih sesuai.  Tapi, oleh kerana saya berada di dalam pertandingan dan bukti foto berada di tempat berkenaan amat penting.  Maka saya pergi juga.

Di pintu masuk ke Sunway Lagoon, kami diberi wrist band berbentuk jam tangan.  Tali berbentuk jam tangan ini perlu sentiasa dipakai dan ia sebagai tiket masuk untuk ke setiap permainan.

Saya dan Zaid ingin bermula dari Wild Life Park

Common Marmoset

Bertemu dengan Thristhan dan rakan-rakan yang lain di Scream Park

Memang sesuai dengan namanya Scream Park (Taman Menjerit).  Boleh dikatakan kami semua terjerit-jerit ketakutan.  Termasuklah si Thristhan tu.  Dia yang last sekali.  Si Alid pula menjadi ‘hantu’ tambahan.  Saya termengah-mengah apabila keluar dari scream park ni.

Kemudian kami ke World of Adventure

Anda berani naik Pirate’s Revenge?

Terjerit-jerit masing-masing dekat atas tu…

Tak puas naik Pirate’s Revenge, naik pula Tomahawk

Berbincang nak ke mana pula…

Hendak mengejar masa, kami terus ke Pedestrian Suspension Bridge.

Mereka ingat saya ini  takut gayat.  Alahai… depan rumah saya ada jambatan gantung.   Tapi taklah sepanjang ni…

Nota: Lihat tangan kiri saya masih ada wrist band.

Surf Beach ni, ditutup pula.  Mandi di sini lagi seronok.

Hampir di penghujung jambatan gantung, terdapat acara untuk terjun bungy.  Yang ini memang saya tak berani.  Saya mengajak Zaid untuk terus turun.  Waduh… rupanya saya terpaksa menurun tangga papan.  Berpeluh-peluh saya menuruni anak tangga dan nafas juga mulai sesak.  Saya menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.  Bimbang juga dihati ini, manalah tahu tup tup saya pengsan.  Menyusahkan Zaid dan yang lain saja.  Ingatkan di penghujung jambatan gantung ini ada escalator.  Semasa menurun anak tangga itu, saya terdengar suara si Nicole menjerit nama TianChad.  Tian Chaddddd….!  Rupanya si Tian Chad buat terjun bungy.  Ada sesiapa cuba Flying Fox? Kami kemudiannya berkumpul di eXtreme Park.

Masing-masing menunggu giliran untuk menaiki All Terrain Vehicle (ATV)

Insiden yang tentunya tidak dapat dilupakan.  Locker yang kami sewa sedap-sedap telan token (RM5.00) tapi tidak boleh dikunci.  Wanita India ini dengan sombong memberitahu “token dah masuk kira hangus la…”  Berbalah lagi panjang pun tak guna, jadi beli lagi satu token (RM5.00) barulah dapat dikunci dengan selamat barang-barang.  Tapi terpaksa buka semula locker sebab tertinggal kamera kalis air di dalam beg.  Alahai…. kenapa boleh lupa?  Jadi kami terus mengeluarkan beg dan beredar.

Token dah masuk tapi pintunya tak boleh dikunci.

Puan… berbahasalah dengan sopan.  Jangan ingat untung saja.  Ambil kira juga duit kami dengan senang diambil.  Periksalah setiap locker.  Mana yang sudah tidak berfungsi, lebalkanlah “SUDAH ROSAK” kan mudah cara begitu.

Dengan perasaan hampa, saya dan Zaid meninggalkan tempat menyimpan barang dan menuju ke water park, kolam berombak (wave pool).  Rupanya di sana, rakan-rakan bloggers sedang berseronok mandi manda.  Saya pun meletak beg pakaian di atas meja, tempat rakan-rakan blogger menempatkan barang-barang mereka.  Sia-sia menyewa locker tapi tidak dapat menyimpan barang di situ.

Menggunakan PENTAX Waterproof.

Kena dapatkan kamera PENTAX waterproof ni.  Nota:  Di tangan kiri saya masih ada wrist band.

Amboi… makcik ni sempat tersenyum dalam air.  Pengalaman pertama bergambar dalam air.  Bagus lah PENTAX.

Mandi di bawah curahan tempayan.  Sampai tak ingat wrist band dah hilang.

Seronok betul bermandi-mandian di water park, Sunway Lagoon.  Bila sudah berseronokan sebegini, teringat anak yang menuntut di Merlimau Melaka.  Nantilah… bila kamu cuti semester bolehlah kita datang ke sini.  Harap-harap PENTAX sponsor kita.  Bolehlah ambil gambar dalam air dengan pose yang lebih bergaya.

Semasa di pintu keluar, baru timbul masalah melepaskan diri disebabkan kehilangan wrist band.  Saya sedar kehilangan wrist band semasa hendak ke bilik air menukar pakaian.  Di dalam hujan lebat, Zaid berpatah balik untuk mencari wrist band.  Malah di kolam berombak itupun dia pergi mencarinya.  Tetapi tidak berjumpa.  Tidaklah saya mengetahui, kehilangan wrist band akan didenda sebanyak RM50.00.  Mahal tu! Namun Zaid membayar denda berkenaan.  Saya rasa, kalau wrist band itu kukuh tentu ianya tidak tertanggal dari tangan.  Bayangkanlah sudah berapa ramai yang  mengguna wrist band berkenaan?  Tanpa banyak bicara, kami terus berbegas ke hotel.  Kerana para blogger dikehendaki berada di lobi hotel pada jam 7.00 malam.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 5 berlibur di Sunway Lagoon

Tepat jam 7.00 malam, kami tiba di lobi.  Para blogger sudah sedia menunggu ketibaan bas untuk membawa kami ke Ampang Look Out Point.  Bas bergerak pada jam 7.30 malam.  Dengan kesesakan lalu lintas dan sesat jalan kami tiba di Ampang Look Out Point (Menara Tinjau) agak lewat.  Sesampai di sana hari masih hujan.  Bas tidak dibenarkan untuk naik hingga ke atas.  Pihak haven (Official Restaurant) telah mengangkut kami dengan menaiki van.

Di sinilah acara kemuncak MY SELANGOR STORY Bloggers Competition diadakan.

Saya tidak menyangka sebegitu meriah pihak Haven Restaurant menyambut kehadiran para blogger.  Sebagai tanda penghormatan, kami diminta menandatangi buku pendaftaran tetamu.

Sylistic peserta dari Singapore.

Mohd Zaid

Kuala Lumpur by Night.  Hujan masih lebat.

Cik Amelia memberi ucapan di kemuncak event MY SELANGOR STORY Bloggers Competition.

Kata-kata aluan daripada Encik Anantharaj Appanan (Managing Partner) Haven Restaurant.

Makanan yang dihidangkan merupakan Ala-carte dan buffet

Jenuh juga si Bella ni hendak menghabiskan menu yang dipesannya itu.  Terpaksa kongsi dengan rakan lain.

Minuman yang saya pesan… pineapple manggo shake

One nite service… kalau dia persembahkan lagu-lagu favourite best juga.  Lagu-lagu tu mungkin sesuai di pub barat kot.  Apa-apapun, selamat maju jaya sebagai penghibur.

makan… makan… makan…

Kuala Lumpur selepas hujan.

Cenderahati daripada CASAHANA

Zaid bersama Cik Amelia

Ragam anak muda…

Bergambar bersama Encik Anantharaj dan staff Haven Restaurant.  Thank you sir.

Bersama Puan Nirmaningsih Mawi (Pemandu Pelancong).  Terima kasih Ning kerana telah memberi informasi pelancongan kepada kami di sepanjang pengembaraan MSS.

Terima kasih kepada Haven Restaurant kerana telah menjamu kami dengan hidangan-hidangan yang istimewa dan enak-enak belaka.  Nasi Goreng Tom Yam Haven memang sedap.  Thumb up! Dapat juga saya kongsi rasa sedikit ribs (tulung rusuk) yang dipesan oleh Bella.  Ternyata memang lumayan enak!  Saya suka di suasana Ampang Look Out Point ini.  Sambil menikmati hidangan, kita dapat melapangkan fikiran menyaksikan panorama keindahan Kuala Lumpur di waktu malam sambil menyedut udara bersih lagi segar.

Rasanya Cinderella sudah pulang ke rumahnya, maka kamipun beransur pulang serta.  Saya menaiki van bersama lima peserta blogger lain untuk turun manakala yang lain berjalan kaki untuk ke tempat letaknya bas pengangkutan kami.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 5  makan malan di Haven Restaurant.

KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 4)

Hari keempat (26 Sept. 2010)

Saya tiada masalah dengan kehidupan di kampung.  Sebab sememangnya saya menetap di kampung sendiri, sekarang ini.  Walaupun kampung, tetapi ianya disempadani oleh pekan dan kota besar.  Bonda angkat telah menyediakan sarapan pagi untuk kami.  Sebenarnya saya sudah bangun lebih awal iaitu pada jam 6.00 pagi untuk menunaikan solat subuh.  Kemudian menyambung tidur dan tersedar tup tup sudah jam 7.30 pagi.

Kelihatan Max merayau-rayau mengelilingi rumah mencari bahan untuk di rakam.

Anak-anak muda sekarang tentu tidak pernah kenal apa itu jamung.  Jamung atau andang ini dibakar dan digunakan sebagai penghalau lebah.

Serai wangi – selain membuat minyak ianya bagus untuk menghalau anai-anai.

Jam 8.00 pagi kami (Husni, Max, Zaid dan saya) semua bersarapan bersama ayahanda dan bonda buat kali terakhir.  Kerana kami harus meninggalkan mereka untuk ke destinasi lain.  Bonda kami menyediakan mee goreng bersama air milo dan teh.  Kuih raya tetap ada.  Maklumlah hari raya sebulan.

Husni… apa-apain menungan gitu.  Apa terkenang masakan ibumu?

Sebelum berangkat untuk berkumpul di Durani Homestay Centre, kami berkesempatan untuk bergambar kenangan.

Husni, Zaid, saya, bonda Siti Fatimah, ayahanda Buani dan Max.

Bonda Siti Fatimah memanggil saya Kak Zara sebab saya lebih tua daripada beliau.  Terima kasih Siti kerana melayan kami berempat dengan selesa sekali.  Insya-Allah sekiranya saya limpas ke sana pasti kami akan menyinggah.

alidabdul omong jowo bersama bapa angkat peserta.  Alid… kapan kuwe arab rebi.

Bergambar kenangan di dataran Durani Homestay Centre.

Happy birthday Alison.  Maaf tak ada kek harijadi untuk dipersembah.

Kami menyambung perjalanan.  Dari sebuah desa ke belantara besi dan batu bata.  Dari perkampungan yang tersusun indah dipagari sawah padi serta pohon nyiur yang melambai seolah mengucap terima kasih dan selamat jalan kepada kami.  Dan berharap untuk kami kembali lagi.  Sayup hati meninggalkan kampung yang aman damai.  Masyarakatnya bermuafakat serta memiliki sifat kejiranan yang tinggi.  Di kampung saya sendiri sudah tidak ada lagi sifat kejiranan ini.  Masing-masing dengan hal sendiri.  Bergotong royong mengacau dodol apatah lagi.  Sudah hilang berabad.  Bapa angkat kami Encik Buani bin Ruski memberitahu, selepas kumpulan Blogger MY SELANGOR STORY ini berangkat, beliau dan kumpulannya mempunyai agenda lain.  Ada kumpulan lain pula akan datang menyaksikan suasana Hari Raya, bagaimana penduduk kampung bergotong royong membuat kuih bahulu, mengacau dodol, menganyam dan merebus ketupat dan macam-macam lagi.  Ah… ruginya terlalu awal pergi.  Tidak dapat menyaksikannya.  Apa nak buat… tak ada dalam itinerary.  Semoga Tourism Selangor memasukkan ke dalam itinerary untuk pertandingan akan datang.

Encik Gilbert terus membawa kami ke destinasi seterusnya iaitu di Sunway City Berhad.   Jam 11.30 pagi kami peserta MY SELANGOR STORY Bloggers Competition tiba di Sunway dan akan bermalam di Sunway Pyramid Tower Hotel.  Sayangnya, setibanya kami di sini, kami tidak mendapat layanan seperti mana kami perolehi di Resorts World Genting.  Tiada wakil dari pihak pengurusan Sunway menyambut ketibaan kami.  Tapi saya faham Sunway City Berhad sebuah organisasi tersohor pastinya kesuntukan masa untuk berada bersama kami.  Walau bagaimanapun, setelah hampir setengah jam atau lebih kami menunggu, datang dua orang staf jelita melayan kami.  Tidaklah kami terpinga-pinga berdiri menghadang pergerakan tetamu lain yang mendaftar.

Encik Hafeez membuat pendaftaran bilik untuk peserta.

Setelah Encik Hafeez selesai membuat pendaftaran, kami diberi kunci bilik.  Di hotel ini kami berkongsi bilik.  Saya berkongsi bilik bersama Denise yang cute dan memiliki tahi lalat di bibir.  Manis senyumannya.

Ini bilik saya dan Denise.  Cukup selesa dan luas.  Yang pasti tentu lenaku dibuai mimpi-mimpi indah.

Setelah membersihkan diri, kesemua kami dikehendaki berkumpul di lobi untuk  menikmati makan tengahari di Mantra.

Mantra  Restaurant & Bar, Sunway Pyramid

Apa yang difikir-fikirkan tu Victor?

Pemandangan dari cermin Restaurant Mantra

Sunway Lagoon

Free & Easy

Sunway Pyramid Ice Skating Ring.

Pernah berskating sekali di sini, masa itu, Zaid masih kecil lagi.

Saya beritahu anak saya Zaid, saya sudah tidak larat menjelajahi 360 darjah tingkat-tingkat shopping  di Sunway Pyramid ini.  Zaid bersetuju dan kami kembali ke bilik masing-masing untuk berehat.  Saya cuba untuk membuat post untuk blog tapi line internet kejap ada kejap tidak.  Malahan lembab.  Segalanya tidak menjadi.  Mujurlah rakan-rakan blogger datang ke bilik dan kami bersembang-sembang sementara menanti malam tiba.

Jam 7.30 malam, kesemua para blogger diminta berkumpul di lobi.

Berbaris sambil menanti rakan-rakan lain tiba.

Makan malam kami di Sun and Surf Cafe Sunway Resort Hotel

Apa silap gambar ni ya… macam kena demam kuning saja.

Thristhan

Cik Amylia

Max… Chak!

CitraRahman bertanyakan novel saya kerana dia berminat membaca novel.

Kalau hendak tunjukkan gambar-gambar ketika makan malam ini, mahu berderet-deret jadinya.  Sun & Surf Cafe menjanjikan makanan yang lazat lagi enak.  Setelah selesai menikmati makan malam yang sungguh mewah dan enak-enak kesemuanya, kami pun beredar.  Perut memang sudah kenyang jadi tidak dapatlah hendak rasa segalanya.  Tapi saya masih teringat-ingat ayam turkey panggang tu.  Dapat ambil gambarnya saja.  Tak berani hendak makan sebab memang sudah full…  Sebelum ke bilik masing-masing, saya bersama Citra Rahman, Husni dan Zaid berjalan-jalan seketika di ruang mall.  Tapi Husni tidak dapat terus bersama kerana ada hal lain katanya.

Dapat juga CitraRahman novel berjudul “‘TIDAKKAH ADA RINDU oleh ZARA ALUWI” itu di MPH.

Citra… Jangan lupain komen novelnya.

Selesailah sudah kisah untuk hari ke empat ini.  Kenangan terindah ketika berada di sini, dapat makan makanan yang lazat-lazat, sambil berbual-bual bersama rakan-rakan blogger yang lain.  Bukan semua orang mampu untuk makan malam di Sunway Resort & Spa ini dan bukan semua orang dapat menganjurkan majlis atau event di tempat mewah sebegini.  Terima kasih kepada TOURISM SELANGOR yang menganjur event MY SELANGOR STORY Bloggers Compitition dengan kerjasama Horizon Communications serta penaja-penaja untuk DAY 4 seperti Sunway City Berhad (Official Intergrated Resort), PENTAX (Official Camera),P1 (Official Broadband Provider),TV Selangor (Official Online TV),  Sun and Surf Cafe (Makan Malam) Sunway Resort HotelMantra (Makan tengahari) dan juga Durani Homestay, Kuala Selangor.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengikuti blog ini.  Sambil membaca kisah-kisah pengembaraan saya, pembaca juga boleh mengundi di laman web MY SELANGOR STORY Bloggers Compitition dan undi untuk DAY 1, DAY 2, DAY 3, DAY 4, DAY 5 dan DAY 6.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (DAY 4)

Persembahan “Sway” daripada Uncut Version Marketing yang dipimpin oleh Encik Donnie G