Buffet Ramadan @ Holiday Villa Hotel, Subang Jaya

Puasa ke 3, saya dan anak saya Mohd Zaid telah dijemput untuk berbuka puasa di Holiday Villa Hotel & Suites Subang.  Bukan kami berdua sahaja malah beberapa rakan blogger juga turut hadir dan sama-sama berbuka puasa.  Terima kasih kepada Holiday Villa Hotel & Suites Subang kerana sudi menjemput kami berbuka puasa dan menikmati juadah buffet yang disediakan.  Kami bersua dengan Thristhan dan beliau membawa kami ke “private room” untuk blogger berbuka puasa.  Di sana ramai yang telah menanti kehadiran kami rupanya.

Kami kemudiannya meminta diri untuk mengambil makanan berbuka kami.  Wah!!!! Sungguh meriah dan lumayan sekali juadah-juadah yang terdapat di bazzar Ramadan.  Di sini terdapat pelbagai hidangan yang  enak-enak belaka antaranya Daging Tetel Masak Lemak Ubi Kentang, Gulai Kawah, Satay, Ikan bakar, Paru Goreng, Udang Kuku Kerabu Mangga, Sotong Sambal Tumis Jering, Kambing Bami, Ikan Sembilang Salai Cili Padi, Nasi Rampai Daun Pudina, Gulai Ayam Cekur, Tomato Daniya Shoba, Siput Sedut Batang Keladi, Tumis Batang Teratai Daging Picisan, Stir Fried Broccoli dengan Oyster Sauce, Butter Crap dengan Crispy Kailan, hidangan Jepun, Western, Italiano dan banyak lagi.  Memang berbaloi berbuka di Holiday Villa Hotel & Suites Subang rugi lah kalau tak datang berbuka puasa kat sini.  Malah sampai tak menang tangan hendak memilih yang mana satu.  Terlalu banyak pilihan! Juadah-juadah yang terdapat di Holiday Villa sungguh enak tapi sayang… tak kesempatan untuk merasa kesemuanya.  Maklumlah seharian berpuasa banyak mana sangatlah boleh makan.

Pastinya pada musim Ramadan ini mesti ramai yang tercari-cari kat mana tempat nak berbuka puasa dan bersahur yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Tempat yang paling sesuai  hendak cari adalah di Holiday Villa Hotel & Suites Subang sebab dekat sini terdapat banyak pilihan berbuka puasa dari citarasa tempatan hinggalah ke citarasa antarabangsa.

Alhamdulillah buffet di Holiday Villa Hotel & Suites Subang menjanjikan keenakan dan kepuasan dengan harga yang berpatutan… Walla!Terima kasih kepada Thristhan dan Holiday Villa Hotel & Suites Subang kerana sudi menjemput kami anak beranak  merasai keenakkan dan kelazatan makanan di sini.  Kepada sesiapa yang berminat hendak berbuka puasa  Holiday Villa Hotel & Suites Subang bolehlah datang dan buat tempahan awal. Harga buffet Ramadan ini dari RM77++ (dewasa) dan RM57++ (Kanak-Kanak) jadi jangan ketinggalan dan datang sini sekarang. Promosi 50% untuk 5 hari pertama awal Ramadan dan 3 hari akhir Ramadan

Holiday Villa Hotel & Suites Subang juga mengutamakan ibadah bagi umat Islam dan di sana ada menyediakan tempat bersolat.  Pengunjung boleh menunaikan solat maghrib, Isyak dan juga terawih.

Nasi beriyani

Rendang

Kebab

Laksa

bahan-bahan laksa

Pencuci mulut

Kuih muih tempatan

Popia basah

Tiram

Ulam-ulaman

Saya berbuka nasi beriyani kambing… emmm lazat!

saya suka sotong ni…

Rakan-rakan blogger yang turut hadir berbuka puasa.

All pictures credit to Mohdzaid.com