Kota Kinabalu: Kenangan terindah (Akhir)

24 Januari 2011 – Hari terakhir kami di bumi negeri bawah bayu ini.  Penerbangan kami telah di retime dari 9.30 malam ke 10.30 malam.  Jam 9.00 pagi kami terus check out dari Tune Hotel.  Sepanjang hari itu, masa kami dipenuhi dengan lawatan ke beberapa tempat.  Kami terus keluar dan bersarapan di restoran berhampiran.

Destinasi lawatan kami pagi itu menuju ke Tanjung Ara.  Tanjung Ara berhampiran dengan Lapangan Terbang.

cantik nian pemandangannya…

Kalau hari sabtu atau minggu… pasti ramai yang datang mandi manda di sini agaknya…

Selepas bersantai di Tanjung Ara, kami nak mencari barang kraftangan untuk dibawa pulang ke Semenanjung.  Selain barangan kraftangan kami nak beli tshirt, keychain, beg dan cenderahati yang lain.  Zaid beritahu di Plaza Wawasan terdapat pelbagai barangan kraftangan dengan harga yang cukup murah.   Dia yang memandu, jadi dia juga yang membawa kami ke sana.

Plaza Wawasan adalah salah satu pusat membeli-belah yang popular di Kota Kinabalu ianya terletak bersebelahan dengan Api-api centre dan stesen bus Kota Kinabalu, terdapat banyak kedai menjual barangan kraftangan, alat elektronik, kedai makan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin bermalam disekitar Plaza Wawasan, terdapat banyak tempat penginapan yang disediakan dan salah satunya yang popular berdekatan Plaza Wawasan adalah Hotel Tang Dynasty dan Promenade Hotel.

Pakaian yang dijual di Plaza Wawasan amat murah sekali… jangan lupa untuk tawar menawar ya..

fridge magnet

key chains

Mutiara juga dijual dengan harga yang murah

Pelbagai souvenirs terdapat di Plaza Wawasan ni…

Zaid… pandai ke tiup alat sompoton tu…

Wah… berselera tengok hidangan ni.  Tak dapat makan Ambuyat, dapat beli fridge magnet pun jadi lah…

kreatif gitu…

Si comel pandai bergaya…

Selepas membeli-belah di Plaza Wawasan, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke ke Menara Jam Atkinson dan Signal Hill Observatory.  Di sini kita boleh menyaksikan menara jam yang berusia lebih kurang 106 tahun dan menikmati pemandangan indah Kota Kinabalu dari atas Bukit Bendera.

Menara Jam Atkinson, Kota Kinabalu Sabah

Bangunan Menara Jam Atkinson telah dibina oleh Maryd Edith Atkison dari England pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Menara Jam ini dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (Jesselton) yang pertama iaitu Mr. Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat “Demam Borneo” (Malaria) ketika berusia 28 tahun. Jam ini telah mula berfungsi pada 19hb April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Menara Jam ini juga berfungsi sebagai rumah api untuk memberikan maklumat kedudukan kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama Kota Kinabalu.

Menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dan berketinggian 157 meter (48 kaki).

Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, pihak Muzium Sabah telah mengambil alih penjagaan dan pemeliharaan Menara Jam ini. Tapak bangunan telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada bulan Ogos 1983.

Biarkan menara jam ini megah berdiri di sini…

Pernah menjadi isu sekitar tahun 2010 bahawa ada pihak ingin mendirikan hotel dan bangunan komersial disekitar menara jam ni.  Biarlah menara jam tu megah berdiri di situ.  Tak sakit matapun.  Merobohnya, ia satu tindakan tidak wajar sama sekali.  Menara Jam ini perlu dipelihara supaya generasi kita dapat melihatnya dan berfikir.

Selepas melawat Menara Jam Atkinson kami ke Signal Hill Observatory.

Signal Hill Observatory

Untuk ke sini cuma mengambil masa perjalanan lebih kurang  5-10 minit sahaja.  Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah.  Laut terbentang luas saujana mata memandang. Masuk di sini adalah PERCUMA. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini.

Menara ruang santai

Bangunan (cat putih) tempat letak kereta

Menariknya bangunan tempat letak kereta ini…  di bawanya adalah jalan raya.  Emm… sudah jimat ruang.

cantik sungguh pemandangan ini…

Selepas mencuci mata menikmati keindahan Kota Kinabalu dari Signal Hill Observatory kami berangkat menuju ke Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (Sabah Civil Service Museum) terletak di Sabah Trade Centre, Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.  Sebenarnya kami tak menyangka untuk ke sini.  Kebetulan menyusur keluar dari Signal Hill kami terpandang ada Muzium Perkhidmatan Awam.  Alang-alang dah sampai kami pun singgah.

Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Bila tiba, kami disambut oleh seorang pengawal keselamatan.  Rupanya tiada bayaran masuk dikenakan dan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.    Tapi Muzium kelihatan sunyi sepi tiada berpengunjung.  Nampak gayanya pada waktu itu hanya kami bertiga saja yang sudi melawat Muzium berkenaan.  Terfikir juga, apa kurangnya muzium ni?  Sedangkan segala maklumat tentang perkhidmatan dan sejarah perdagangan negeri Sabah tersedia ada di sini.

Kunjungilah Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ini…

Mungkin kurangnya pendedahan.  Bila google tiada maklumat tentang Muzium Perkhidmatan Awan Negeri Sabah ini.  Diharap lebih ramai lagi blogger yang berkunjung ke Negeri Sabah datang ke sini dan tolong promosikan muzium yang menyimpan pelbagai sejarah silam negeri Sabah.  Sama-samalah kita majukan industri pelancongan Malaysia terutamanya tempat-tempat yang kurang mendapat perhatian.

Tajau

Ini adalah Tajau perdagangan abad ke 18 yang masih digunakan sehingga kini sebagai nepung (hantaran perkahwinan kepada pengantin perempuan) di kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murud.

Banyak artifak-artifak tentang perdagangan dan sumber ekonomi purba negeri Sabah dipamerkan.

Bagi pelajar SPM yang mengambil perdagangan dan ekonomi asas perlu ambil peluang mendapatkan maklumat ini.  Bila sebut Jesselton sudah tahu jawapannya.

Inilah dia Pahlawan Sabah iaitu Datu Paduka Mat Salleh yang mempelopori perjuangan menentang British pada tahun 1897. Bagaimanapun beliau telah  terbunuh di Kampung Tibabar Tambunan pada 31 Januari 1900

Ini adalah senjata Meriam dari Brunei abad ke 13 yang digunakan sebagai barangan hantaran perkahwinan kepada pengantin perempuan di kalangan masyarakat Kadazandusun suatu ketika dulu.  Tak bahaya ke? Kalau gaduh suami isteri… ada yang kena bedil!

Lukisan purba binatang di Gua Madai, Lahat Datu (Kiri) dan lukisan purba bot di Gua Madai, Lahat Datu (Kanan).

Pelayaran Magellan mengililingi dunia

Magellan pernah mengelilingi dunia dan pernah sampai ke laut utara Sabah. Walaupun Maggelan meninggal dunia di kepulauan Filipina, tetapi angkatannya meneruskan pelayaran mengelilingi dunia dan semasa melalui kawasan laut utara Sabah, mereka telah melawati dan berurus niaga dengan penduduk tempatan dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan Brunei.

Sumpitan dan Damak beracun

Sumpitan yang digunakan oleh masyarakat Murut semasa penentangan Rundum pada tahun 1911.  Bagaimanapun penentangan tersebut dipatahkan oleh British yang menggunakan senjata moden.   Walaupun dapat dikuasai oleh pihak British, saya pasti tentu ada orang-orang British yang terkena sumpitan berkenaan.  Rasakanlah bisanya damak berkenaan…

Ini bukan almari atau gobok.   Ini adalah sebuah mesin penetasan anak ayam yang digunakan dalam industri ternakan semasa era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan Koloni British.  Dah moden juga kan masa tu.

Perjanjian Malaysia

Perjanjian Malaysia – Di muzium ini juga terdapat salinan perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, pembentukan Malaysia sebagai negara merdeka yang terdiri daripada Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Di sini juga dipamerkan Dokumentasi Pengisytiharan Malaysia.

Senarai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Banyak kan yang kita pelajari di Muzium ni…sebenarnya banyak lagi gambar menarik yang saya tak paparkan di blog ni.  Padat pulak nanti.  Ni cerita tak habis lagi… hehehe

Selesai di Muzium, anak perempuan saya hendak ke pasar Filipina lagi.  Tak puas shopping katanya…

Selepas puas mengelilingi setiap gerai dan yang dibimbit pun semakin memberat, lalu kami pun beredar.  Destinasi kami seterusnya ingin ke Pulau Manukan.  Sayang sekali hari hujan lebat ketika itu.  Laut bergelora dan membatalkan hasrat lantas bersantai dalam kereta saja ditepian pantai sambil menyaksikan ombak membadai.

Dalam hujan masih mencurah kami kemudian meninggalkan ombak yang mentertawakan kami kerana penakut untuk meneruskan perjalanan menyeberangi lautan menuju ke pulau indah itu.  Tak mengapa… lain kali saya akan penuhi hajat untuk ke pulau itu.  Jam 5.00 petang kami ke kingfisher untuk memulangkan kereta yang banyak berjasa membawa kami mengelilingi Kota Kinabalu,   mendaki kaki Gunung Kinabalu, bergurau senda bersama ikan kelah, bercanda di ladang Teh Sabah, beraksi bersama buaya dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang benar-benar mennyimpan kenangan terindah buat kami.

Terima kasih kepada Alice yang sudi bercuti bersama kami. Kunjungan akan datang makcik akan ke rumah kamu di Kiulu.  Makcik nak berakit di sepanjang Sungai Kiulu… hahaha makcik pandai berakit tau…

Alice – Jambatan Tamparuli

Terima kasih juga kepada anakanda Slyvister yang turut sudi melayan kami anak beranak semasa di gerai makan di Pasar Filipina.

Zaid bersama Slyvister – Pasar Filipina

Dan tidak lupa, terima kasih kepada Puan Norma dari Viviane Rafflesia dan juga Tira yang telah membawa kami untuk menyaksikan sendiri bunga Rafflesia yang sedang berkembang.

Puan Norma, Tira – Viviane Rafflesia Garden

Jam 5.30 petang kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.  Penerbangan Alice rupanya telah ditunda juga.  Dari jam 4.30 petang ke 6.30 petang.  Emm… Perut pun tersangatlah lapar maka kami pun menyinggah di McD.

Prosperity burger – this mine. I luv it… hot hot hot haaa…

Flight kami jam 10.30 malam.  Bersantai kami di lapangan terbang menyaksikan gelagat manusia.  Saya pula… macam-macam ilham mendatang.  Bagus juga ya duduk-duduk lepak camgitu…  jam 1.00 pagi kami tiba di KLIA dan disambut oleh menatu saya.  Kasihan dia menunggu.  Okey… thats all.  Saya mohon, kalau ada silap keterangan mengenai Kota Kinabalu harap maaf dan perbetulkan saya.  Hingga ketemu kembali…

Kota Kinabalu: Kenangan terindah 5

Lawatan kami seterusnya ke Ladang  Kamunsu Sabah Tea.  Ladang Teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu.  Cuaca ketika itu bagus, walaupun langit ada sedikit mendung.  Perjalanan mengambil masa dalam sejam dari Poring Hot Spring.

Tiba si Sabah Tea Plantation hampir 2 petang.  Saya amat teruja apabila terpandang ladang teh yang meluas terbentang. Mana tidaknya… kan baru-baru ini saya memenangi hamper Teh Sabah untuk lucky voters.   Sila ke link ini.  Wah… Perjalanan masuk ke ladangnya juga amat hapenning.  Jalan batu yang tidak bertar.  Syukurlah, kereta kenari yang kami sewa itu mampu mendaki laluan berbukit-bukit walaupun tayarnya ada sedikit ‘botak’.  Kami lenjankan saja kereta tu.  Yang penting sampai.

Siapa yang tak kenal Teh Sabah.   Selain rasa tehnya yang segar, Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Malaysia dan juga di Borneo. Kami terus masuk ke gerai cenderahati Sabah Tea Garden.

Sabah Tea Garden – Gerai Cenderahati

Sayang sekali kami tiba sudah lewat., kerana waktu lawatan ke kilang dan ladang sudah terlepas.  Maka kami tidak dapat melawat kilangnya.  Masa yang paling sesuai untuk membuat lawatan ke Sabah Tea Plantation ini adalah dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.   Pastikan, sesiapa yang ingin melawat ke Sabah Tea ini, supaya datang awal pada waktu yang disebutkan itu.  Kerana pada waktu itu, pelawat akan dibawa ke kilang pemprosesan teh dan ladang teh organik seluas kira-kira 2.8 hektar.  Ruginya saya tidak dapat melawat.

“FACTORY IS THE HEART OF PLANTATION”

Idea yang bagus.  Teh serbuk ini boleh juga dijadikan hadiah untuk majlis perkahwinan.

Coklat… coklat…

Luasnya ladang Teh Sabah ini.

Wanita ini bertanyakan adakah daun yg dipegangnya itu daun teh… saya bilang bukan.

Alice dengan Teh  Tarik Nalapak (3 layer)

Teh Kayu Manis ini sedap juga.

Inilah dia pokok teh Sabah

Bergambar di pintu masuk Ladang Teh Sabah.

Bersebelahan Ladang Teh Sabah ini adalah destinasi kami seterusnya ke Kampung Luanti Baru.

bersambung…