KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 2)

Hari kedua (24 Sept 2010)

Tidur saya tidak lena walau punyai katil yang empuk.  Sebenarnya saya risaukan tugasan belum siap tambahan pula bilik tidak nyaman.  Saya kepanasan.  Kena lakukan sesuatu pada alat penghawa dinginnya.  Untuk tugasan lawatan pada hari ini, kami akan dibawa melawat ke kilang terbesar membuat pewter Royal Selangor Visitors Centre yang terletak di Setapak Jaya.  Ianya sebuah kilang pembuat pewter terbesar di dunia yang paling berseni serta berkualiti.  Ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Yong Koon yang berasal dari negara China .

Jam 7.20 pagi turun ke Lobi untuk bersarapan.  Abang Ben kelihatan sedang menikmati sarapan beliau.  Saya memusing-musing mencari apa yang hendak dimakan buat sarapan.  Tidak banyak pilihan.  Yang ada nasi goreng, bihun goreng, beberapa jenis roti, bijirin dan beberapa jenis makanan barat.  Kebanyakkan bekas sudah lengang dan tidak ditambah.

Selesai bersarapan dan menyerahkan kunci bilik, kami berangkat bersama Pemandu Pelancong Puan Nirmaningsih Mawi atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ning.  Kami menaiki bas yang dipandu oleh Encik Gilbert dan bertolak pada jam 9.50 pagi.  Di dalam perjalanan, Kak Ning perjelaskan beberapa tempat pelancongan menarik ketika merentasi Kuala Lumpur.  Kuala Lumpur dikelilingi oleh sempadan Negeri Selangor dan pernah menjadi ibu negeri Selangor.

Tiba di Royal Selangor Visitors Centre, kami disambut mesra oleh staf RSVC.  Waktu perniagaan mereka pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk Minggu dan cuti am.  Difahamkan, tidak perlu membuat temujanji untuk masuk melawat kilang membuat pewter ini.  Cuma perlu mendaftar untuk sesi the School of Hard Knocks.  Kami dijemput masuk dan menyaksikan pameran sejarah bagaimana pewter terhasil.

Setiap pelawat akan diberi sticker.  Tiket untuk masuk melawat.

Mr. Raj bersama rakannya Mr. June

Mata wang lama

Jongkong bijih timah

Stamp Trade Mark Royal Malaysia “Yu He Zu Xi” atau Jade Peace Pure Tin

Sukatan dan logam lain bagi menghasilkan pewter

Cetakan talapak tangan bagi mengenang jasa staf yang berkhidmat melebihi 20 tahun.

Minum dalam cawan pewter terasa lebih segar dan sejuk.

Hasil seni yang begitu halus dan cantik.

Husni mencuba bakat mengetuk untuk menghasilkan seni pewter

Saya pun mengambil peluang menunjukkan bakat

Zaid pun menunjukkan bakat.

Kilang pembuat pewter

Piala F1 diperbuat daripada pewter

Di dalam bilik yang luas ini dipanggil School of Hard Knocks.  Setiap seorang peserta akan mencetak nama ke atas sekeping piring pewter kemudian mengetuk dengan menggunakan penukul yang diperbuat daripada kayu.

School of Hard Knocks

cikgu tengah meronda

Inilah dia hasil kerja saya.

Hasil seni CitraRahman

Makan time… terima kasih kepada Royal Selangor kerana bersusah payah menyediakan hidangan teh ini.  Buat sendiri katanya.

Mendengar sejarah cerek Royal Selangor daripada Datin Chew.

Menurut beliau, semasa zaman peperangan dunia kedua penduduk kampung telah menyerbu sebuah gudang beras yang terletak di stesyen keretapi Kajang.  Seorang penduduk bernama Ah Ham tidak kepingin untuk berebut sama kerana beliau terpandang sebuah cerek di atas tanah lalu membongkok untuk mengambilnya.  Sementara beliau membongkok, kedengaran butiran peluru mendesus di atas kepalanya.  Cerek berbentuk buah tembikai itu telah menyelamatkan beliau.  Tahun demi tahun, cerek berkenaan menjadi teman setia beliau.  Dan apabila ada tetamu bertandang, beliau akan bercerita kisah di zaman perang yang dilaluinya.

Datin Chew bersama cerek pewter rekaan terbaru tanpa mengubah bentuk asal.

Rupanya datuk beliau (Ah Ham) berasal dari Sungai Chua, Kajang.  Walaupun saya orang Kajang tetapi saya tidak pernah mendengar kisah cerek ini.  Setelah berada di Royal Selangor barulah mengetahui, bahawa sejarah cerek berkenaan bermula di Kajang.  Gudang yang disebut terletak di Jalan Reko, Kajang.

Menerima Sijil daripada Royal Selangor School of Hard Knocks.

Belakang kami tu adalah tankard terbesar di dunia yang diperbuat daripada pewter.

Jam 11.30 para blogger berangkat ke persinggahan seterusnya  iaitu ke Genting Highlands.   Dari Royal Selangor menyongsong matahari ke Genting Highlands.  Keadaan cuaca agak panas.  Namun, setiba di kaki pergunungan yang berlatar belakangkan kabut merubah suasana menjadi dingin lagi menyegarkan.  Saat  cahaya kemilau matahari  menyapa bumi Genting Highlands, ianya benar-benar menyempurnakan hari dan perjalanan kami.  Ketibaan kami agak terlewat.  Bas yang dipandu oleh Gilbert dibenarkan masuk sehingga di perkarangan pintu masuk ke Genting International Convention Centre di First World Hotel Genting Highlands.  Dari situ sudah nampak kemesraan dan ketulusan pengurusan Genting Highlands terhadap pelanggannya.  Kami perlu berjalan kaki selama 20 minit untuk bertemu para pegawai tertinggi di Maxims Genting Hotel dan menyertai mereka menyambut kedatangan tetamu Kehormat Yang Berhormat Elizabeth Wong, Selangor EXCO for Tourism, Consumer Affairs and Environment.

Kami persis sejumlah fotografer media berklik-klik kesana kemari

Welcome speech daripada Dato Anthony Yeo

Menjadi terasa terlalu istimewa, apabila disambut dengan begitu mesra oleh pegawai-pegawai tertinggi Resort World Genting.

Cenderahati daripada Genting world Resorts kepadaYB Elizabeth

Fadli

Victor

Citra Rahman

Bella

Max

Dan kesemua peserta mendapat cenderahati daripada Resort World Genting.  Maaf tak dapat nak postkan gambar-gambar kalian semua.  Kami mendapat layanan kelas pertama daripada pengurusan Resorts World Genting.  Sungguh… saya belum pernah menerima layanan sebegitu bagus sekali.  Katakanlah saya punyai wang untuk menempah hotel first class sekalipun, belum tentu saya akan mendapat layan teristimewa sebegini.  Cik Amelia, Cik Denise dan Cik Hwee Nee sungguh mesra mengurus keperluan kami.  Dalam beg goodie ada All Park one day unlimited ride complimentary vaucher.  Di samping itu kami diberi World Card bernilai RM100.00 beserta dengan 1,000 point mata ganjaran.  Ini bersamaan RM200.00 untuk kami berbelanja.

Makan Time…

Makan tengahari semeja bersama Encik Jonathan Chua, Manager Promotions & Entertainment Genting Malaysia Bhd.

Sup Kambing

Max tunjuk gaya makan sate.

Waduh… makanannya lumayan enak! Selesai makan tengahari dan pemberian cenderahati, acara seterusnya melawat The Visitors’ Galleria.  Encik Philip memberi taklimat tentang sejarah Resorts World Genting.

Kami kemudian berjalan kaki semula  ke First World Hotel untuk check-in.  Semasa pendaftaran, saya memohon agar bilik saya dan Zaid sebelah menyebelah supaya senang kami membuat tugasan.  Saya tidak pandai proses video sebab itulah saya perlukan bantuan beliau.

Inilah bilik saya di tingkat 17.  Bayangkanlah… kami diberi bilik seorang satu.  Murah hati betul.  Semoga Resorts World Genting bertambah gemilang dan tersohor.

Bergumbira di Outdoor Theme Park

Mamat ni kalau tunggu Zaid dekat jambatan gantung depan rumah tu, tentu dia screaming panggil mak dia…

Pada jam 8.30 malam, kami diminta berada di pintu masuk Pavilion untuk menyaksikan Dazzle Show yang bermula pada jam 9.00 malam.  Pihak pengurusan Resorts World Genting telah bermurah hati membenarkan para peserta MY SELANGOR Blogger Competition masuk dengan percuma.  Tiket masuk ke pertunjukan untuk VIP bernilai RM90.00 dan PS1 bernilai RM60.00 bagi orang  dewasa.  Kami diberi tempat duduk di barisan hadapan sekali.


Momentum yang mencuit hati.  Ernesto Planas beraksi bersama Spretreoutreach.  You rock Spectre!

Get ready to be dazzled… begitulah meriahnya pentas dengan tarian-tarian gadis jelita serta seksi.

Cik Amelia memperkenalkan Charles Gluck.  Pertunjukan statue beliau sungguh memukau.  Beliau dan rakan sejawat masih belum pulang kerana masih melayan kami dengan penuh hormat.

Suka gambar ni… orang sebelah macam jeles jer.

Berakhir pertunjukan kami pulang ke bilik masing-masing untuk tugasan.  Kami harus terbit post untuk hari pertama dan kedua penjelajahan kami di Negeri Selangor.  Mungkin First World Hotel terletak di puncak maka line internet tidak dapat diakses.  Saya terus menyiapkan tugasan dalam bentuk draf menggunakan Microsoft Office dahulu.  Jam 1 pagi saya dan anak bercadang akan ke Starbucks.  Tiba-tiba Mohd Zaid telefon saya menyatakan Cik Amelia menghendaki semua bloggers berkumpul di Starbucks.  Saya pun tutup laptop dan terus menuju ke Starbucks.  Penyudahnya, dengan segala masalah yang dihadapi oleh Cik Amelia, maka beliau memutuskan iaitu tidak perlu menerbitkan post memandangkan kesukaran mengakses internet.  Tambahan pula, pengambaran seterusnya ke homestay di Kuala Selangor yang memungkinkan penerimaan internet kecundang.  Kami bersurai dan saya terus melangkah terus ke bilik dengan hati yang kesal bercampur gembira.  Kesal kerana tugasan semakin bertindan.  Gembira kerana tidak perlu berblog dan terus menikmati pengambaraan seterusnya.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 2