Pencarian bakat baru dalam program realiti hiburan berkonsepkan masakan bakal menemui anda di Malaysia, MasterChef Malaysia kini sudah pun berakhir. Ini termasuklah Ujibakat untuk para blogger. Program #MasterChefMY akan di siar di Astro Ria Saluran 104 dan antara program yang disajikan adalah MasterChef TX : info http://www.astro.com.my/masterchef/
Peserta Blogger yang mengambil bahagian
Ramai peserta blogger telah menonjolkan bakat terpendam mereka semasa sesi ujibakat diadakan. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha anda dan jangan berhenti memasak. Mungkin anda pula yang bakal terpilih dalam musim seterusnya.
Saya ni tak menyertainya tapi menjadi jurukamera Mohdzaid
Para blogger diberi penerangan dan di belakang adalah juri yang mengadili masakan. Para blogger tidak diberitahu menu serta bahan misteri yang bakal mereka masak.
Tangan perlu bersih dan dicuci dahulu dengan menggunakan Detol
Inilah isi yang terdapat di dalam kota misteri Zaid.
Zaid mula kebingungan. Nak masak apa? Nak masak apa? Saya tak boleh bantu dia. Belasah jer Zaid…
Bila nampak bahan-bahan ini, mungkin Zaid dah dapat idea nak masak apa…
Bahan-bahan tambahan lain… ermm… dia nak masak apa ya?
Zaid bersihkan udang. Oh rupanya Zaid hendak masak UDANG MASAK NYONYA
Berikut adalah bahan-bahannya…
Lain-lain bahan… Bunga kantan, sebiji tomato, setengah nanas, 3 biji cili api, serai dan daun limau purut.
Bahan hiasan… daun pudina, cili besar dan bawang besar
Tumis kesemua bahan yang dihiris dan kemudian masukkan cili yang sudah dikisar. Tumis hingga naik baunya.
Masukan sedikit kunyit, bunga kantan, daun limau purut dan serai. Kemudian masukkan santan. Biarkan mendidih.
Cili besar dihiris untuk hiasan
Siapkan pinggan dan hiasan. Kelihatan blogger di hadapan Zaid sudah pun mula menghias masakan beliau.
Masukkan udang dan biarkan seketika
Angkat dan hidang. Inilah dia UDANG MASAK NYONYA
Zaid bersiap sedia memperagakan masakan beliau. Pasti enak!
Antara masakan Udang oleh blogger yang mengambil bahagian. Wah… menyelerakan
Para peserta sibuk merakam masterpiece rakan serta diri masing-masing
Giliran peserta dipanggil bersama masakan untuk dipersembahkan ke hadapan juri untuk diuji keenakan masakan peserta.
Zaid pasti berdebar tika mempersembahkan masakannya itu.
Peserta harus menerangkan apakah nama masakan serta bahan-bahan yang digunakan bagi menu berkenaan.
Para juri menjamah untuk merasakan bagaimana rasa udang masak nyonya dan apakah udang berkenaan dimasak mengikut standard MasterChef Malaysia.
Bagaimana tuan juri… sedap ke?
Peserta berkumpul untuk memerhati bagaimana membuat posh egg. Ini adalah ujian kedua untuk mereka.
Chef menunjukkan cara mudah membuat posh egg. Bahan… telor ayam, cuka dan air.
Panaskan air dan biar hingga menggelegak.
Putar tengah-tengah kuali dengan menggunakan pemukul telor.
Masukkan telor ditengah-tengah kuali dan padamkan api. Biar selama 4 minit.
Selepas demontrasi berkenaan peserta dikehendaki membuat posh egg seperti yang ditunjukkan oleh Chef tadi.
Nah! Ini dia hasil tangan Zaid… dia namakan POSH EGG JULING hahaha…
Terima kasih Astro, MasterChef Malaysia, Nuffnang, The Cooking House dan lain-lain
5 peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya
Rasa nak masuklah pertandingan ini di tahun hadapan. Best juga.




























































