Assalamualaikum berisi

Kebiasaan orang, kalau menghadiri ke kenduri walimatul urus mereka akan terus mencari tuan rumah atau emak/bapa pengantin.   Bila bersua, tangan berjabat sambil mengucapkan Assalamualaikum.  Dan salam bersambut, salam berisi.   Sekeping sampul kertas berona hijau kebiasaannya dihulurkan kepada emak/bapa pengantin semasa bersalaman.

Ada yang segan hendak pergi ke majlis perkahwinan apabila tak ada duit hendak diselitkan ke dalam sampul.  Tapi apabila menziarahi orang meninggal, tidak segan pula Assalamualaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi bantuan. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak mengapa kerana tuan rumah menjemput untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.