Travelog Impian – Hong Kong (Bhg. 3)

July 2, 2010

Pada 25 Jun 2010 bermulalah perjalanan pada jam 7 pagi bersama penerbangan AirAsia.  Kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong pada jam 11 pagi.  Sebelum keluar dari pesawat, pastikan pasport dan borang masuk ke negara Hong Kong dipenuhi bagi memudahkan pemeriksaan di Immigration Department Hong Kong.

Kami tiba di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong pada jam 11 pagi.

Setiba melalui udara negara Vietnam, berlaku air turbulent.  Teman tidak pernah punyai masalah menaiki kapal terbang until this one, where  the turbulence was bad enough I ever experienced.  Terlalu bumpy dan ramai dalam ketakutan hingga membuatkan stomach sinking.  I hate it!!!  Dan dan teringat laporan 747 from the far east to London.  The passengers suffering what was described as clear air turbulance.  Apa-apa pun, kami tetap gumbira apabila menjejakkan kaki di Kota Hong Kong.  Kemudian ke tempat bagasi.  Ada anjing gong gong beta hei….

Kami disambut oleh seorang jejaka cina Hong Kong.  Mr Nick.

Dia peramah tanpa menyedari teman terpengaruh juga membeli sim card Hong Kong bernilai HK98  lebih kurang RM50.00 kita.  Dari lapangan terbang kami dibawa dengan menaiki bas pelancong yang boleh memuatkan pelancong seramai 35 orang itu ke Disneyland.  Kami berlima beranak saja menaiki bas berkenaan.

Ini adalah bas milik syarikat pelancongan Hong kong – Carry On Holidays

Nick beri 5 tiket masuk ke Disneyland.  Harga tiket @HK350 (Dewasa).  Sebelum itu, kena pastikan nombor bas dan tempat letak kereta terlebih dahulu.   Kami mesti berada di petak letak kereta yang ditetapkan.

Peace… peace…

Teman tak berani nak naik space traders ni…

Teman kepenatan… masih belum habis meneroka Disneyland ni.  Sebenarnya perutku dah lapar… hendak masuk ke dalam Disneyland tak boleh bawa masuk makanan.  Nak makan, makanan di kawasan ini , al- maklum sajalah.

Sail dalam “it’s a small world”.  Its an enchanted journey.  Sungguh memukau senario patung with the costumed dolls and Disney character singing the clasic tune.

Sinilah tempat paling seronok teman kunjungi.  Menyaksikan aksi dalam 3D.  Kita dapat merasakan suasana berkenaan.  Kalau terjatuh kita turut jatuh sama.  Kalau kita disimbah air, kita akan basah apabila dijirus.

Bawah ni adalah Tarzan’s Treehouse – Panjatlah sampai atas jengok-jengok rumah Tarzan.

Kami menyusuri disepanjang sungai yang penuh dengan adventure – Jungle River Cruise

Mereka ni menunjukkan kepakaran memainkan muzik dengan menggunakan peralatan cucian tandas.

Bertemu dengan rakan-rakan Disney

Jam 5 petang ada Mickey’s WaterWorks Parade.  Nak snap gambar pun payah sebab disimbah air.  Tapi seronok melihat gelagat pengunjung yang cuba mengelak dari terkena air tu… termasuklah teman hehehe.


Acara terakhir paling seronok adalah menyaksikan bunga api yang bermula pada jam 8.00 malam .

Sementara menantikan jam 8.00 malam

Sungguh Meriah…

Maka berakhirlah pertunjukan bunga api… kami keluar menuju ke tempat parkir.  Malam itu, bas udah bertukar.  Pemandu lain yang mengambil kami.  Sungguh! Mereka ini peramah dan baik hati betul.  Kami dihantar terus ke HARBOUR PLAZA 8 DEGREE tempat penginapan kami.  Suatu momento yang tidak dapat teman lupakan iaitu apabila melangkah masuk ke dalam hotel berkenaan.  Teman tiba-tiba pening…

Nak tahu kenapa teman tiba-tiba pening… perhatikan lantai hotel ini.  Lantainya tidak rata dan menyenget 8 degree.  Hehehe patut la… jadi, teman pun bertanya sekadar ingin tahu kenapa ianya dibina sedemikian.

Barulah teman tahu… rupanya bukan saja di Korea yang ada tarikan graviti yang kuat di tempat-tempat curam, Hong Kong pun ada.  Kita tidak akan jatuh atau troley tidak akan bergerak menggelongsor ke bawah curam.  Tarikan gravitinya kuat.  Suatu pengalaman yang berharga untuk dialami.

Demikikanlah, perjalanan teman pada hari pertama berada di Hong Kong.  Teman amat senang berurusan bersama Carry On Holidays.  Pemandu pelancongnya akan memastikan kita merasa selesa dan mendapat layanan sempurna.  Untuk pengalaman seterusnya, teman akan ceritakan di bahagian ke 4.


Categories: Pelancongan.

Tags: , , ,

Travelog Impian

June 28, 2010

Ini adalah statue ‘Fisherman Lady’

Buat masa ini teman tidak dapat menyambung travelog teman dek kerana kesihatan teman tidak sihat.  Gambar di atas adalah lokasi terkini teman berada iaitu di Zhuhai, China.  Baru hari ini, teman dapat berinternet disebabkan setiap hotel yang menjadi tempat penginapan teman, tidak membenarkan penggunaan wifi.  Mujurlah ada di Hotel ZhuHai GuangDong China.  Itupun, di China Facebook, Blogspot, Twiter di sekat akan penggunaannya.  Tak dapatlah nak berFB hehehe.

Insya-Allah bila pulang nanti, teman akan menyambung travelog impian berkenaan.

Categories: Pelancongan.

Travelog Impian – Hong Kong (Bhg. 2)

June 23, 2010

PERSIAPAN

Masing-masing sudah mula mengisi pakaian ke dalam beg.  Entah berapa pasang pakaian yang dipudatkan oleh anak teman Mohd Zaid dan Uzair ke dalam beg pakaiannya.  Bagi memudahkan untuk mengecam beg pakaian itu kelak, teman telah mengikatkan lace merah jambu ke beg berkenaan.  Jauh lagi boleh nampak!

Lace merah jambu sebagai penanda

Setiap beg pakaian bukan saja dipenuhi dengan berpasang-pasang pakaian malah makanan pun ada.  Pastinya Maggi, biskut dsbnya.  Maklum sajalah di sana tu susah nak dapatkan makanan halal.  Setakat ‘pork free’ melambak hehehe tergamak ke nak telan?  Mujurlah semasa di bumi Hong Kong dan China, kami telah dapat menempah untuk makanan halal.  Sebab belum sampai sana lagi, jadi tak dapatlah hendak sertakan nama restoran berkenaan.  Sabarlah ya…

Ada yang kata, boleh makan fish fillate dan kentang goreng di McD… alahai boleh ke? Teman rasa belum dalam darurat lagi.  Tak tergamak teman nak memakannya.  Malahan di restoran vegetarian pun teman tak tergamak hendak makan.  Bab-bab makan ni, teman tak mahu ada rasa was-was.  Mungkin ada teman-teman lain boleh meyakinkan teman.

Kunci keselamatan

Anak perempuan teman belikan mangga kecil saja, muat-muat lubang zip.  Mudah-mudahan tidak ada aral melintang ketika di pintu pemeriksaan kelak.  Semoga kami selamat tiba di sana.

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Lawak sinis

June 22, 2010

15Malaysia – Meter

15Malaysia is a short film project. It consists of 15 short films made by 15 Malaysian filmmakers. These films not only deal with socio-political issues in Malaysia, they also feature some of the best-known faces in the country, including actors, musicians and top political leaders.

- | – The controversial head of UMNO Youth plays a taxi driver who is asked his views on some current Malaysian talking points. He ends up offering a keris to a Chinese boy as a gift

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Travelog impian – Hong Kong (Bhg. 1)

June 22, 2010

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan dapat melapangkan fikiran di samping banyak memberi menfaat serta menambahkan pengetahuan meluas tentang kebudayaan serta ekonomi yang diamalkan di sesebuah negara.

Sebelum ini teman belum bisa mewujudkan impian untuk melancong ke negara lain atau teringin sangat mahu kepergian ke negara luar.  Cuma-cuma teman hanya mampu mengkhayal atau berilusi terbang ke negara-negara yang kurang jelas tentangnya.   Teman pasti, semua orang punyai tempat impian melancong tersendiri.  Hanya semangat untuk pergi itu terhalang dikeranakan tidak berkemampuan.  Lazimnya wang menjadi penyebab bahawa kita tidak mampu untuk mengrealisasikan impian kita.  Namun, kita harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan negara agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelancong-pelancong dari negara maju yang lain.

Melalui penerbangan Air Asia, teman dan anak-anak telah membuat tempahan tiket melalui promosi di website Air Asia.  Sudah sedia maklum, Air Asia telah banyak menawarkan harga tiket ke destinasi pelancongan ke luar negara yang memuaskan serta mampu beli.  Setelah mendapat tempahan tiket, teman mulalah teruja.  Mulalah membaca sesuatu mengenai Hong Kong serta mencari tips bagi memudahkan teman dan anak-anak di sana kelak.  Sudah mula terbayang Disneyland, Ocean Park, The Peak dan mulalah menyebut-nyebut Madame Tussauds (nak tengok patung lilin Jakie Chan, Aaron Kwok ghitewww yang pasti teman nak bergambar dengan Brad Pitt dan kalau ada ‘boyfriend’ teman si Wentworth Miller tu lagi bagus)

Ketika MATTA TRAVEL FAIR pada 12-14 Mac 2010 yang diadakan di PWTC, teman tidak melepaskan peluang mengunjunginya.  Di sana destinasi ke Hong Kong sudah mulai meresap ke dalam sanubari.  Keseluruhan booth dilewati sehinggalah kami bersetuju untuk berurusan dengan sebuah agensi pelancongan (EDEN TOURS & TRAVEL).  Syarikat ini menawarkan pakej pelancongan 6H5M yang menarik.  Itinerary atau jadual perjalanannya memuaskan, ini termasuk tempat tinggal, makanan Islam, pengangkutan serta tiket-tiket ke Disneyland, Ocean Park dll.

Setelah menunggu 8 bulan membeli tiket pesawat Air Asia, akhirnya teman dan 3 anak serta seorang menantu lelaki teman sudah memiliki pasport antarabangsa masing-masing.

Mudah sahaja hendak buat pasport antarabangsa ni.  Pergi ke mana-mana pejabat imigresen.  Isi borang yang ditetapkan, gambar 2 keping dan bayaran RM100 untuk 2 tahun.  Tak sampai setengah jam siap.

17 Jun 2010, Agensi sudahpun menguruskan visa kami untuk melawat Shenzhen, Panyu, Guang Zhou, Zhuhal dan Macau.

Wah! tak sabar hendak melancong.  Bersambung…

Categories: Pelancongan.

Tags: , , , , ,

Hamba merokok

June 21, 2010

Teman rasa, sudah ramai sekarang ni perokok yang berhenti dari merokok.  Maklumlah, harga rokok pun naik melambung.  Pada duit habis berbelanja membeli rokok, lebih baik digunakan kepada membeli makanan yang berkhasiat.  Teman punyai seorang sahabat wanita dan seusia dengan teman.  Baru-baru ini teman bertemu dengannya dan dia memberitahu bahawa dia sudah tidak merokok lagi.

Dia bercerita, suatu ketika dulu dialah hamba kepada rokok.  Rakan-rakan sekerja menggelar dirinya ‘Dragon lady’.  Bila bersembang muncung sentiasa berasap.

Habis sebatang rokok, cucuh sebatang rokok lagi.  Puntung rokok sentiasa penuh di dalam ashtray.  Katanya setiap kali lepas makan, waktu itulah antara masa-masa paling nikmat dan enak untuk menghisap merokok.  Kira-kira, merokok tu macam pencuci mulut.

Apabila usia meningkat, kesihatan pun sudah tidak mengizinkan.  Katanya dia berhenti bukan kerana sakit ulu hati dan bronchitis tapi kerana segan kepada cucu-cucunya.  Dia bimbang, cucu-cucunya akan ada yang mengikut jejak langkahnya.

Eloklah, kalau sudah beringat balas teman. Walaupun kita tidak merokok, kita masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif  ‘passive smoking’.  Berbanding dengan asap aliran ‘mainstream smoke’, asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ‘mainstream smoke’mengandungi :

  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

“My Mind is the Scene of the Crime”

June 18, 2010

Im a novel writer and writing about people I known most and they are all living around me.  It’s very different because they would have read it and find themselves in those pages.  Of course they won’t know I’m actually writing about them.  That’s secret! Writing about them mean being surrounded by facts and the people in the book got to give their perspective on what had written.

INCEPTION in cinemas on July 15

This summer, your mind is the scene of the crime.

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.

But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.
This summer, your mind is the scene of the crime.

poster

Categories: Uncategorized.

upraised one arm for 10 years

June 17, 2010

Fakir Agastiya

Have you ever think to raise one arm straight above your head without having desired to lower it down a second?

In 1902, Fakir Agastiya of Bengal, India, raised one arm straight above his head.  Agastiya was a Hindu for whom all pleasures and pains of the body are maya-illision.  For the first 3 months after assuming such position, he experiences excruciating pain but after three months, however, keeping one’s arm upraised is a comparative breeze.  By that time, the limb is absolutely rigid, with little or no blood circulation.  Agastiya’s arm was utterly without function, except for the palm, where a bird built its nest.  His shoulder joint was locked.  so that even if Agastiya had desired to lower his arm, he could not have done so.  Not even the Fakir’s death is 1912 would bring that arm to rest at his side.  When Agastiya was laid to rest, it was with arm upraised and with his palm open.

Categories: Incredible But True!.

Tags: , , , ,

Game Farm Ville di Facebook

June 14, 2010

Inilah ladang teman.  Dah level 70.  Rasanya dah hampir 2 tahun teman mainkan permainan ini.  Pada peringkat awalnya tidaklah begitu rancak permainan ini.  Apabila sampai ke tahap level 34, FV membuka strategi untuk para penggemar permainan ini.  Mulanya pada level 34 teman dah tak mahu main lagi.  Membosankan.  Sungguh pandai FV menambah acara permainan, sehingga mengheret teman sampai ke level 70 ini.  Mungkin sekarang FV sedang tercari-cari idea untuk memperhebatkan lagi permainan.  Entah sampai level berapa pula hendak diheret teman untuk mengadapnya.

Jangan salah sangka, teman bukanlah menghadap game ini sepenuh masa ya.  Tapi hari-hari tidak dinafikan.  Teman menghabiskan masa untuknya selama setengah jam saja, kemudian semuanya selesai.  Kalau tak main game ini, bosan pula.  Apa-apa pun, jiran-jiran peladang, semua dapat gift untuk ladang mereka. Game ini tidaklah seburuk mana pun.  Bagi yang ada anak-anak kecil, dapat mengajar mereka apa yang biasa terdapat di ladang-ladang.  Banyak tanaman, binatang dan peralatan ladang mereka akan ketahui.  Dapat mengajar mereka konsep kejiranan dan kerjasama.  Tidak baiknya game ini, kalau menghadapnya berjam-jam sehingga lalai dengan tugasan harian.  Adakalanya, tanaman yang ditanam pada masa yang singkat.  Ini membuatkan peladang menjadi cemas.  Kita kenalah ada perancangan tersendiri agar masa kita tidak terganggu.

Kepada peladang yang masih di tahap rendah, teruskan usaha hehehehe.  Macam bagus jer teman ni jadi peladang di FV.  Kadang-kadang tergelak sorang dibuatnya.  Ladang dalam FV bukan main hebat sedangkan kebun di belakang rumah semak samun tidak terurus.  Pokok-pokok pisang teman sudah dililit akar pun tak tertebaskan. Alahai Farm Ville….

Categories: Hiburan.

Tags: ,

Tua ketika kanak-kanak

June 12, 2010

Charles Charlesworth yang dilahirkan pada 14 Mac 1829 di Staffordshire, England melalui usia tahun pertamanya seperti bayi-bayi biasa yang lain.  Tiada sesiapa di dalam pekan Staffordshire, menyimpan sebarang sebab untuk merasa sangsi terhadap beliau tentang apa-apa melainkan melihatnya gembira dan beliau seorang bayi yang sihat.   And indeed, the boy’s first years were blissfully ordinary.

Walaubagaimanapun, apabila menjangkau usia 4 tahun, tumbuhbesaran beliau mulai berubah.   Beliau sudah mula ditumbuhi misai, janggut serta keseluruhan tubuhnya ditumbuhi bulu and within the next three years his veins and tendons stood out in relief from his skin, kelihatan seperti lelaki berusia 70.  Rambutnya bertukar beruban, kulitnya berkedur semacam prune, and his posture became stooped.  Ketika usia 7 tahun, the young Charles passed out and died.  According to the coroner, the cause of death was old age. He was affected by a previously unknown ageing disease at the age of 4 and died at 7 from old age.  The condition was later named Hutchinson-Gilford Progeria syndrome (HGPS).

Categories: Incredible But True!, Uncategorized.

Page 5 of 10« First...«34567»...Last »