Keluhan anak muda…

July 22, 2010

Sering kedengaran keluhan anak-anak muda, bahawa hidup mereka dipenuhi dengan kesempitan wang, kesusahan, tidak tenteram, susah hendak mendapat pekerjaan dan sebagainya.  Mungkin ianya berlaku di atas pelbagai sebab dan alasan.  Salah satu faktor perlu diambil sebagai ikhtibar adalah, kita hendaklah sentiasa berusaha tetapi ia tidak semudah itu, jika ianya tidak disertai dengan  keikhlasan dan ketulusan hati.  Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha mencari rezeki yang halal agar bebas daripada belenggu kemiskinan kerana kemiskinan boleh menggelincirkan iman seseorang.

Ramai juga anak-anak muda yang berjaya, hidup penuh keberkatan.  Mereka memiliki hati yang ikhlas, jujur dan penyayang.

Dan yang paling penting mereka adalah golongan yang sentiasa mengembirakan hati ibubapa mereka.  Terguris sahaja hati ibu oleh kata-kata atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa memohon ampun ini iaitu ibu dan suami. Kuasa ibu ke atas anak-anak manakala kuasa suami ke atas isteri. Kuasa mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

Apakah dengan bersikap seperti dibawah ini, rezeki anda akan datang melimpah ruah?

Seorang anak perempuan bersikap kasar terhadap ibunya.  Kata-kata yang dilafazkan tidak pernah lembut.  Tidak pernah bertanyakan khabar ibunya walaupun tinggal sebumbung.  Sentiasa bersangka buruk terhadap ibunya.  Hubungannya dengan kawan-kawan di pejabat lebih akrab berbanding ibunya.  Dia hanya mengeluarkan perbelanjaan dapur untuk makan suami isteri sahaja.  Sanggup memasak berasingan dan tidak pernah mempelawa ibunya untuk sama-sama menikmati hidangan.

Si ibu tidak pernah bersuara untuk menegur akan sikap anak perempuannya kerana beranggapan dia sudah dewasa dan punyai suami.  Yang menyedihkan hati ibu, si anak tidak pernah ingin mengambil tahu tentang bil-bil yang harus dibuat pembayaran.

Terpaksa si ibu melunaskan segala bil dengan menggunakan wang pencen yang tidak seberapa.  Soal makan terpaksa si ibu berceking.  Kemanakah menghilangnya kasih sayang seorang anak ini?

Seorang isteri yang membebel dan melukai hati suaminya.  Dia bersikap kurang ajar terhadap suami.  Kata-kata yang dilontarkan tidak pernah lemah lembut.  Suami sering mendapat makian dan herdikan.  Malah di hadapan khalayak ramai.

Si suami mendiamkan diri, kerana menyedari dia hidup menumpang.  Bayangkanlah seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf.

Ingatlah, tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Dengan susah payah ibu kita mengandungkan dan melahirkan. Kemudian ibubapa kita mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang. Oleh itu taatlah kepada  mereka.  Jangan sesekali membelakangi mereka.  Berlututlah, mohon ampun dan maaf kepada mereka.  Janganlah bila hari raya menjelang baru ingin memohon maaf.  Insya-Allah ibubapa akan tetap memaafkan anak-anak mereka kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Oleh itu, dalam membina hubungan sesama manusia, ibubapa mestilah mendapat keutamaan lebih daripada orang lain.  Maka dengan itu, kita akan mendapat berkat daripada Allah.  Begitu juga, si isteri.  Mohon ampun dan maaf kepadanya.  Suami mesti mengampunkan isterinya setiap malam, samada isteri meminta atau tidak.

Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Dan bersedekahlah! Mudah-mudahan Allah swt akan lebih mempermudahkan semua urusan. Wallahu A’lam

Categories: Uncategorized.

Tags: , , , , ,

Rindu, cinta dan cemburu.

July 20, 2010

Akibat cemburu

Rindu, cinta dan cemburu.  Tiga kalimat ini ada dalam setiap hati manusia.  Adakalanya indah, kadang menyakitkan.  Adakalanya gembira kadang melukakan. Semua perasan ini tergantung bagaimana kita untuk menyingkapinya.  Selain berdoa, apa yang penting adalah ketulusan dan keikhlasan dalam memberi reaksi kepadanya.

Cinta adalah kecenderungan hati pada yang dicintai.  Kebahagian sebuah rumahtangga terzahir di antara suami isteri jika adanya cinta dan kasih sayang. Rindu yang berlebih.  Rindu yang disertai dengan menjaga maruah dan kesucian diri.  Cinta adakalanya membuat seseorang lupa diri.  Ia bisa menjadi virus penyerang dan melemaskan cinta di lautan hati.  Cemburu adalah kebencian.  Perasaan yang disamai dengan orang lain dalam hak-haknya.  Cemburu membuat seorang menjadi marah, kecewa dan hilang pertimbangan.  Tapi ada juga yang kata, cemburu itu tandanya sayang.  Janganlah membutakan hati oleh perasaan cemburu, karena dipenghujungnya kita juga yang rugi.  Tanganilah masalah cemburu dengan lapang dada.  Kerana cemburu yang berlebihan akan merosak hubungan yang harmonis.

Benarkah hilangnya rasa cemburu ini karena hati tak lagi menyayangi?

Categories: Uncategorized.

Travelog Impian – Hong Kong (Bhg. 7)

July 18, 2010

Hari ke 5

29 Jun 2010 -  Perjalanan kami dari Zhuhai ke Macau dan seterusnya ke kembali  Hong Kong.  Itinerary kami pada hari berkenaan selepas bersarapan pagi, kami akan terus ke Macau dengan  melalui Gongbei Boarder.  Kami bersarapan bersama cik Maggi saja.  Hotel tempat kami menginap menyediakan breakfast non-halal.  Jadi lebih baik makan makanan yang dibawa sendiri.  Tak kisahlah rugi tak ambil breakfast di hotel, asalkan kami menjaga dan memastikan makanan yang dimakan itu halal.

Nun di sana Macau… Tiba di Macau, kami dijemput oleh Mr. Lo

Boleh dikatakan macau dipenuhi dengan apartment dan bangunan tingi-tinggi.  Kami tiba di Macau pada jam 9.30 pagi.  Mercu kebanggaan Macau adalah bangunan-bangunan Casino yang tersergam indah menguasai  sebahagian tanah Macau yang pernah dijajahi oleh Portugis.  Kebanyakan nama-nama jalan dan bangunan masih menggunakan tokoh-tokoh penjajah.  Di Macau tidak ada kilang ataupun nelayan.  Kebanyakan mereka bekerja di negara besar China.

Kami tidak menyinggah mana-mana pun.  Cuma lalu saja.  Tak perlulah hendak turun, kalau sekadar hendak lihat A-Ma Temple, Ruin of St. Paul’s dan Goddess of Kum Lam Statue… tengok dari jauh dah cukup.  Terasa menyesal pula menambah lawatan ke Macau.  Tidak ada yang menarik.  Lainlah bagi mereka yang kaki judi.

Di tempat kita guardians

Bapak polisi…

Menyinggah juga kami di VENETIAN CASINO saja nak tengok-tengok keadaan di dalam.  Ia merupakan Casino terbesar di Macau dan mungkin Asia.   Selain Hotel dan Casino, dalam bangunan ini juga terdapat grand-canal, shopping mall ( 500 shops) menjual pakaian, kasut, beg serta accessories antarabangsa.  Barangan Branded.  Kami memang tak mampu nak beli.  Cuma mampu beli fridge-magnet saja hehehe.  Dalam bangunan terdapat persamaan dengan Venice. Ada gondola menyusuri grand-canal.  Nak naik gondola @RM250.00 tak payah lah… tengok aja dah cukup.

Lihat nama tertera di dinding sana tu…

Mengintai orang berjudi…

Ini orang betul tau… bukan patung.

Kami ke Hard Rock Cafe dan di belakang Zaid tu, 2 ekor ikan duyung ditayang ke screen.  Seksi betul si ikan duyung tu…

Selepas bersiar-siar kami terpaksa meninggalkan Macau untuk kembali ke Hong Kong.  Mr. Lo memulangkan semula HKD300.00 kerana kami tidak makan tengahari.  Memang tidak ada restoran Islam di Macau.  Jadi berlaparlah sehingga sampai Hong Kong.

Di sini kami menaiki feri COTAI STRIP COTAI JET.  Terima kasih diucapkan kepada Kaptan feri berkenaan kerana bersabar menanti ketibaan kami berlima beranak.  Kami tergendala disebabkan tidak mengisi borang berlepas keluar Macau.  Terlupa lah tu…  Memang orang-orang cina di Hong Kong, China dan Macau berjalan pantas.  Kami yang terakhir tiba dipintu masuk feri sedangkan penumpang yang lain sudah 10 minit berada di dalam feri.   Sabarnya mereka menanti kami… malah disambut dengan senyuman.

Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk tiba ke Hong Kong.

Tiba di Hong Kong pada jam 3.00 petang.  Kami menanti Mr. Chris di depan Bank of China sedangkan dia menanti kami di pintu masuk pemeriksaan Imigresen.  Mujurlah teman ada beli nombor Hong Kong, senanglah membuat panggilan.  Bagusnya setiap kali bertukar-tukar pemandu pelancong, teman akan diberi nombor telefon siapa pemandu pelancong seterusnya untuk dihubungi.  Tidak ada langsung rasa sesat di tempat orang.

Mr. Chris pemandu pelancong kami seterusnya.  Bergilir-gilir pemandu pelancong melayan dan membawa kami ke merata tempat, tidak seorang pun yang pernah hadir lewat.  Semuanya datang tepat pada waktu yang ditetapkan.  Mungkin pemandu pelancong di Malaysia juga begitu.  Kerana masa begitu berharga buat pelancong yang melanggan khidmat mereka.

Kami menaiki bas pelancong yang besar untuk kami berlima saja.  Susah juga hendak dibandingkan di tempat sendiri.  Mr. Chris membawa kami ke Lady’s Market.  Tempat menjadi kegilaan para pelancong.  Memang murah barangan di Lady’s Market.  Sebab itulah peniaga-peniaga Malaysia berkunjung ke tempat ini.

Macam di Petaling Street, Kuala Lumpur juga… bagusnya tempat ini, tidak terdapat gerai menjual makanan orang-orang cina seperti di Petaling Street tu.  Tak perlulah nak menahan bau bauan yang tak menyenangkan tu.  Kami cuma diberi masa sejam untuk membeli belah.  Eloklah sejam, kalau lebih lama lagi kopak dibuatnya.  Terutama si Zaid dan si Uzair… shopping sakan mereka berdua ni.  Taman tak beli apa-apa pun.  Teman lebih memikirkan perbelanjaan selepas ini… hehehe sikit punya kepit beg hitam tu…

Selesai bershopping di Lady’s Street kami dibawa ke Avenue of Stars (Hollywood of the East).  Tempat artis-artis Hong Kong terkenal menurunkan kesan tapak tangan (hand-prints of local stars) dan tandatangan mereka.  Avenue of Stars terletak di sepanjang Waterfront Promenade berhadapan Hong Kong Museum of Art.

Mencari-cari tapak tangan Jakie Chan sambil menikmati keindahan Hong Kong di kala senja.

Fantastic vistas of Hong Kong Island.

Andy Lau

Jet Li

Berebut-rebut kami dengan pelancong negara lain nak  mengambil gambar kat tapak Jakie Chan ni….

statue of the legendary kung-fu action star Bruce Lee

Nak duduk kerusi Director… takut tak muat la pulak hehehe….

Selesai bersantai di Avenue of Stars ni, Mr Chris sudah siap sedia menanti kami.

Di belakang kami tu adalah Peninsular Acade.  Difahamkan, hotel termahal HKD6000 per night.

Sekali lagi, kami menolak makan di sebuah restoran terkemuka di Hong Kong.  Di dalam pakej pelancongan kami, disediakan makan malam perpisahan.  Makanan boleh pilih.  Pork-free atau vageterian.  Alahai.. apa bezanya.  Jadi teman minta dibawakan kami ke restoran yang menjual makanan Islam.  Tak mengapalah melepas makan busat tu… tak sanggup!  Makan malam kami di restoran Istanbul.

Istanbul Kebab di Rose Mansion, Hart Avenue, Kowloon.

Menu serupa dijual pada harga berlainan.  Makan pagi, Makan tengahari dan makan malam berlainan harga.  Padahal menu yang sama.  Kalau hendak murah, makan disebelah pagi.   Jam 3.00 petang sudah dikira malam.  Masa tu teman order Lamb Doner with rice bernilai HKD58 + Coke 1 tin HKD10 hehehe  Di HK Wine lagi murah dari air biasa.

Lawatan pada hari ini memang padat.  Selesai makan nasi kebab yang berharga HKD58 sepinggan, kami bergerak ke Madame Tussauds, di Peak Tower.  Madame Tussauds ni, tempat wax museum.  Kami tiba pada jam 9.00 malam.   Di sepanjang perjalanan menuju ke Victoria Peak, teman kagum dan terpesona melihat keindahan Hong Kong  di waktu malam.

Seronok bila mula-mula melangkah masuk dah disambut oleh Michelle Yeoh.  Lepas tu Jakie Chan… wah rasa macam kita ni pula celebrity berjalan atas red carpet.

Tentu anda kenal siapa dia ni kan… depan pintu masuk dia dah menanti.

Siapa teman nak sangat berjumpa? Siapa lagi… dia ni la…

Nak bergambar dengan dia, kena bayar HKD100, kalau nak CD tambah HKD20

Bersama Lady Diana.  Alahai… nampak rendah sangat lak teman ni… hehehe

Bersama William Shakespeare

Bersama Johnny Depp

Brad Pitt dan Angelina Jolie

Mengada-ngada makcik nie… sorry ya victoria

Zaid… ko ni tak senonoh la…

Bukan main ko dik…

Tingginyer ko ni Ronaldo…

Ni lagi sorang….

Patung lilin ni, benar-benar menakutkan.   Boleh membuat pengunjung menjerit ketakutan.  Terutamanya anak-anak gadis yang berani masuk ke dalam jel berkenaan.   Teman lama gak berdiri memerhati patung ni sementara menunggu anak-anak selesai bergambar.   Dan apabila, tiga gadis cina masuk ke dalam dan masing-masing bergambar, tiba-tiba kepala patung lilin ni tertunduk dan dia tersungkam ke arah gadis-gadis berkenaan.  Patung tu kemudian bangun.   Apa lagi… menjeritlah mereka lari ketakutan.  Rupanya orang betul.  Cuma lakonan… teman pun terkejut.   Mau tak nya… patung boleh jatuh dan bangun semula.  Haaa masing-masing tertipu!  Teman bertanya bagaimana dia boleh maintain tanpa gerakan.  Nampak real macam patung lilin.  Setiap 10 minit dia kena rehat.  Tak rehat tak tahan, adakalanya mengantuk sampai nak menguap.  Kenalah tahan.  Kalau tak ada pengunjung menghampiri, dia lepaskan menguap tu…  Begitulah nak cari rezeki kan.

Jam 11.00 malam kami meninggalkan Madame Tussauds dengan membawa pelbagai kenangan.

Night view of  Victoria Habour, Hong Kong

Selesai di Madame Tussauds kami berangkat ke Harbour Plaza 8 degree tempat penginapan terakhir kami.  Hari pertama kami bermalam di sini, di hari terakhir pun di sini.  Di bilik yang sama.

Categories: Pelancongan.

Tags: , , , ,

Blog Your Way To Yangon!

July 15, 2010

I would have been satisfied with the visit sponsored by AirAsia to Yangon.  I always been impressed that Yangon is one of the most beautiful Asian cities I have ever want to visit eagerly.  No denying, the city is beautiful.  I enjoy the orderliness serenity.  It is so natural.

The first thing that strikes Yangon is everyone’s first glimpse of Myanmar.  In which Buddhism plays a role in the every day lives.  There are numbers of pagodas around the country.  Absolutely everywhere.  A fine landmark of Yagon is the beautiful majestic Shwedagon Pagoda.  The Shwedagon Pagoda sits upon holy Singuttara Hill. This pagoda is considered so holy to the Buddhists and to the people of Myanmar. I want to see the Golden Dragon with eight hairs of the Buddha.  The 98 meters high stupa is said to be enshrined here and is the holiest Buddhist site in Myanmar.

The view at the Shwedagon Pagoda from Kandawgyi Nature’s Park

Most youngster at age of 20 will become monks and number of ceremonies were taking place at Shwedagon.  I should see the processions.  I think AirAsia knows when! During this procession the novices had to be carried and their feet can’t touch the ground.  Only on special areas.  I want to throw our 5 sen coins (I mean ‘korek’ the 5 sens coins from my son’s tabung).  Just a respect nothing else!

Mingalar Taung Nyunt is a Muslim village.  One of my favourite question is, whether it is easy to find a Muslim Halal food stall or restaurant in Yangon.  As known, Myanmar is multi religious and cultural country.  Im sure, if I can find a mosque, I will be able to find some Muslim Halal food stalls and small restaurants nearby.

The Bengali Sunne Jameh Mosque in Yangon (Rangoon) on Sule Pagoda Road.

This is The Mogul Shah Jaamay Masjidwhich has been declared as ancient art and antique structure by the Government of the Union of Myanmar.

Or, just ask the taxi driver or trishaw driver to bring you toBa-li”. I guess  many Indonesian immigrate here in Yangon. Another cute thing in Myanmar usually they don’t put the regular Arabic Halal sign.  They just write down and use the symbol “786” symbol on their sign board.  The “786” symbol is used as a substitute for Bismillah “In the name of Allah”. This is a traditional sign used in South Asia, mainly in Pakistan, India, Myanmar and Bangladesh.

It looks like this.

Im eager to see the art of tapestry or Shwe Chi Hto.  I love needlework.  Shwe Chi Hto, it is said to have originated in Myanmar about a thousand years ago. It is a form of needlework creating a variety of pictures and patterns.  Of course it requires skill, artistry and patience. It is a highly decorative piece of embroidery that employs gold thread as its name indicates, but silver and coloured threads as well as other materials such as sequins, semi-precious gems, colourful cut glass, seed pearls and beeds . go into the making.

AirAsia will make my way into reality so that my experiences had in Yangon would be awe inspiring, enchanted, enlightening and enjoyable. ‘AirAsia, Simply The Best’

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

INCEPTION

July 14, 2010

Thanks Nuffnang…

Untuk pertama kali memenangi contest anjuran Nuffnang bagi blog creatif untuk mendapatan tiket wayang INCEPTION.  Post di http://www.zaraaluwi.com/2010/06/18/%E2%80%9Cmy-mind-is-the-scene-of-the-crime%E2%80%9D.html . This, the 2 tickets to the Premiere Screening of Inception.  Tayangan di Golden Screen Cinema MidValley pada jam 9.30 malam.  Teman menonton bersama anak teman Mohd. Zaid.  Ulasan cerita ini akan disiarkan di post akan datang.  Jam dah hampir 2 pagi.  Mata dah mengantuk.

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

obidiah si hamlau dari egypt

July 13, 2010

http://www.egyptdovolena.eu/ peliklah kenapa blogger obidiah si hamlau ni boleh masuk ke dalam post admin teman dan menjadi pengomen?  Sedangkan komen itu teman yang buat bagi menjawab komen rakan (idasm).  Sekiranya teman buang pasti komen itu akan hilang.  Nak approve pun tak berani.  Teman bukanlah pandai bab bab ni… ada sesiapa boleh bantu…

Categories: Uncategorized.

Tags:

Travelog Impian – Hong Kong (Bhg. 6)

July 11, 2010

HARI KE 4

28 Jun 2010 -  Itinerary perjalanan CANTON – ZHUHAI

Selepas membuat Check-out dari Hotel Furama kami  terus keluar bersarapan pagi di Restoran Nur Bustan di Guangzhou.

GUANGZHOU NUR BUSTAN MUSLIM RESTAURANT

Pagi tu, besar juga sarapan kami sebab hujan masih belum reda.  Jadi kami kelaparan.

Di hadapan restoran ni, ada sebuah masjid JIAO CHONG XI YU.  This historical relic was awarded by GUANXU EMPEROR of QING DYNASTY in 1901.

Dinding asal masjid.

The first morning visit to Dr. Sun Tat Sen Memorial Hall.  It won’t take long.  Hujan beb.

The next visit to FIVE RAMS GOAT STATUE di Huanghuagang.

Sekadar nak tengok tugu kambing, teman terpaksa mendaki tangga… dah macam nak daki Batu Caves la pulak.  Kambing pernah menjadi maskot sukan olympic di negara China suatu ketika dulu.  Structure Five Rams Goat ini melambangkan Guangzhou dan ianya terletak di Yuexiu Park.  Dibina pada tahun 1959.  The largest urban parkland in China.   According to the legendry… That five immortal beings carried rice on the backs and gave it to the people as a sign that Guangzhou would be free of famine.  Kalaulah ada kambing yang sudi hantar beras ke rumah teman… hehehe

Bila-bila hujan ni, perut cepat saja berdendang keroncong untuk ana…  kami singgah hendak makan tengahari di ABDULLAH RESTAURANT di Sanyuanli road.  Alahai tutup pula restoran tu.  Tengah buat pengubahsuaian.  Terpaksalah cari restoran lain.  Merayau-rayau pemandu mencari restoran makanan Islam untuk kami.  Akhirnya bertemu satu… GUANGZHOU CITY QINGHAI MOSLEM RESTAURANT 3 km dari restoran Abdullah.

Oooo… cawangan Abdullah Restaurant rupanya…

Si Andy ni, bila lihat kami anak beranak bedal saja hidangan yang disediakan, dia mula order macam-macam.  Teman sampai tak larat nak makan.  Asyik makan makan makan…  Thanks Andy for your hospitality… thumb-up for you.

After that we proceed to the Medical Care Center.  Ingatkan hospital, rupanya gedung ubat-ubatan tradisional.  Kami pun terperangkap di dalam satu bilik.  Si Andy menghilang entah ke mana.  Kami berlima beranak dilayan dengan bagus sekali.  Mula-mula seorang petugas menceritakan tentang ubat-ubatan mereka.  Beri contoh herba untuk kami kunyah.  Katanya baik untuk hindar H1N1.  Teman pun kunyahlah… rasa loya pun ada.  Lepas tu, datang sekumpulan gadis-gadis Cina membawa baldi berisi air panas untuk kami merendamkan kaki.  Teman pun, celuplah kaki ke dalam baldi yang berisi air panas berherba tu.  Sambil merendam kaki, kami diberi taklimat lagi tentang kebaikan herba dan ubatan mereka.  Kemudian datang lagi lima pelayan dengan membawa tuala.  Wah… kaki teman hendak diurut la… hehehe bestnya bila kaki diurut-urut lembut.  Sambil gadis-gadis tadi mengurut datang doktor sensei menghadap kami tiap-tiap seorang.   Nadi teman dirasanya.  Tak hairan lah… teman ni memang ada macam-macam penyakit.  Dia sebut pun, memang dah tahu.  Anak teman Zaid dikatakan buah pinggang bermasalah.  Mana tak nya… lihat sajalah tubuh dia.

Lelaki yang berkemeja putih itu seorang warga Indonesia.  Dia adalah translator kepada doktor sensei perempuan ni…

Dalam pada itu, kami diminta membeli ubat-ubat yang disyorkan.  Bayangkanlah… kaki dah diurut dengan baik.  Memang lega rasanya bila diurut tu.  Teman bercadang hendak beli sebotol saja.  Mesti dekat Malaysia ada jual.  Pak Indon tu kata, mereka tak eksport ke Malaysia.  Alahai… buat apa nak beli set 5 botol @ RM1,500.00 duit kita.  Sebotol pun belum tentu habis dimakan.  Doktor sensei buat promosi, tambah sebotol kecil minyak urut percuma pula.  Pun, teman tak nak!  Sebotol cukup lah.  Padahal, Zaid pun ambil satu botol.  Doktor sensei tu boleh marah kerana enggan ambil satu set.  Walaupun, dia berbahasa Mandrin… kami faham juga sikit-sikit.  Teman dah nak blah… tapi Zaid bayar juga harga yang dua botol tu.  Tanpa berlengah, kami terus keluar.  Harap-harap sesiapa yang bakal berkunjung ke tempat-tempat begini… tak payah lah masuk.  Memang terpaksa dibuatnya…  bukanpun kami minta untuk diurut… kami cuma ingin melawat saja… Mereka ingat yang berkunjung ke gedung mereka tu, orang kaya dari Malaysia hehehe…

Teman tak lah mengomel dengan si Andy yang membawa kami ke situ.  Sudah ada dalam itinerary.  Dia hanya menjalankan tugas.  After that we proceed to Zhuhai (nicknames is the city of hundred islands) and pay a visit to the Lover Road.

Jalan di sepanjang teluk ini di namakan “Lover Road” and is located in the Pearl River Delta. We take a walk along the coastline.  The sea tends to be brown and muddy.

Belakang Uzair tu, adalah Fisher Girl statue symbol of Zhuhai.  Menurut cerita Andy… Kisah Fisher Girl tu ada kaitannya dengan Lover Road.   Menurut Legenda ada seorang nelayan muda bernama Hai Peng dan bertemu Fisher Girl (anak kepada South Sea Dragon King) kemudian mereka bercinta.  Hai Peng ni percaya kepada tuduhan orang kampung dan memaksa fisher girl menyerahkan gelang hikmat yang dimiliki oleh fisher girl bagi membuktikan cintanya.  Fisher girl enggan menanggalkannya.  Sekiranya berlaku, fisher girl akan mati.  Hai Peng tidak percaya lalu meninggalkan fisher girl.  Masa itu, fisher girl menanggalkan gelangnya dan mati sejurus menanggalkannya.  Bila dah mati barulah menyesal. Untuk mengembalikan nyawa fisher girl, Hai Peng dikehendaki merantau ke Jiu Zhou untuk mencari rumput kebangkitan semula (The Resurrection Grass).  Rumput ni pulak nak makan darah manusia.  Jadi si Hai Peng   ni bagilah darah dia.  Rumput ni hidup and the grass was finally ready and used to revive the fisher girl.  Fisher girl ni hidup semula dan berkahwin dengan Hai Peng. Di hari persandingan, beberapa gadis telah ketemu sebutir mutiara sakti yang besar di tepi pantai.  In gratitude, the fisher girl presented this to the reverent Elder.  Begitulah ceritanya menurut pemandu pelancong Mr. Andy. Untuk memperingati lagenda Fisher girl, pentadbiran Zhuhai membina tugu berkenaan.

Menurut Andy, di atas bukit sana terbina sebuah tugu Hai Peng.  Sayang sekali, kami tidak ke sana disebabkan tidak ada dalam itinerary.  Lain kali kalau ke sini, minta melawat sekali atas bukit tu.  Ada cable car.

Di seberang sana adalah Macau.  Tunggu ya… esok kami akan ke sana….

Makan… makan… makan…

Lihat… mana-mana restoran kami masuk, asyik dihidangkan dengan teh cina panas… Tapi bagus tau.  Sebelum ke Hong Kong, teman mengalami pening-pening kepala.  Tunduk pening, telentang pun pening jadi teman kena tidur duduk.  Bila sudah berkali-kali minum teh cina ni… hilang rasa pening berkenaan.  Ada yang kata teh hijau lagi bagus.  Suatu kajian yang dilakukan sekumpulan ahli di jepun menemukan bahwa kaum lelaki yang rajin minum teh hijau sebanyak lima sudu dalam sehari diketahui dapat mengurangi resiko penyakit kanser prostat.  Jadi minumlah…

Jejaka yang mana satu si Gadis Tibet ni berkenan… hehehe

Selepas mengucapkan selamat tinggal Lina… kami pun beredar menuju ke hotel.  Penginapan kami kali ini di Zhuhai Golden Holidays.

Alahai… bende ni pun diletak dalam bilik.

That’s all for day 4 – to be continued….

Categories: Pelancongan.

Paul the sotong has made his final selections

July 10, 2010

Paul predicted that Spain will win the 2010 World Cup.  Paul is just an octopus.   Macam bagus saja dia ni.  World Cup is about sportmanship.  It’s not about win or lose guys…  Apa kata kalau ramalan si sotong ni silap.  Patut kita goreng masak  kicap saja dia hehehe.

Anyway, good luck to both teams, Spain and Netherlands!   And to all you guys enjoy the beautiful game and love your teams for how far they got.

Categories: Uncategorized.

Travelog Impian – Hong Kong (Bhg. 5)

July 7, 2010

HARI KE 3

Itinerary pada hari ke 3 bersamaan 27 Jun 2010 – City tour dan melawat 2 kilang (jade dan sutera), melawat Window of the World (tapi teman buat pertukaran lawatan iaitu ke Cultural Village of China).  Dari Shenzhen kami ke Panyu, Canton melawat Xiang Jiang Safari Park di Panyu.

Hujan masih belum reda ketika kami keluar dari hotel pada jam 8.00 pagi.  Kami tidak bersarapan kerana makanan di hotel adalah non-halal.  Sebelum itu, teman dah suruh anak-anak makan Maggi yang kami usung ke sana ke mari.  Cukuplah buat mengalas perut.

Lawatan pertama kami di Shenzhen adalah ke Mineral Muzium.  Bahan-bahan galian dikawal oleh Kerajaan mereka. Mr. Andy membawa kami melawat kilang Jade.  Terdapat beribu warna batu jade ni.  Petua memakai jade ini, gunakan jade hijau dan hendaklah disarung ke tangan kiri kerana dekat dengan hati.  Untuk memilih jade yang baik bukan warnanya tapi melalui bunyi.  Teman teruja melihat blooded jade.  Ianya tidak dipamerkan di mana-mana.  Kelihatan ada seperti pembuluh darah dan ianya hidup.  Lebih lama disimpan ianya akan bertukar warna.  Ada perbezaan umur dan nilai pada jade berkenaan.  Jade hijau amat bagus dipakai kerana ianya melindungi si pemakai daripada radiation.  Sebab itu kita kadang terlihat kaum cina menggantung rantai jade di telefon bimbit mereka.  Hijau muda untuk panjang umur, kuning untuk duit… duit…

Berbaju jingga cerah itulah Mr. Andy.

Kami tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam video di kilang ini.  Ini adalah gambar di perkarangan kilang saja.

Kami membeli beberapa utas rantai tangan untuk buat kenangan dan hadiah untuk anak-anak buah.

Selepas melawat kilang Jade, kami ke kilang sutera.  Melihat bagaimana kitar kehidupan serta keistimewaan ulat sutera.   Di sini kami tidak dibenarkan mengambil gambar mahupun video.  Sarung kepompong sebesar ibu jadi, boleh ditarik menjadi sebesar selimut gebar.  Temanpun dipelawa untuk menarik serta satu sarung kepompong.  Uzair saja yang membeli sehelai tudung sutera bernilai HK120.00 bersamaan RM60.00


CHINAFOLK CULTURE VILLAGES – SHENZHEN

Mula dibina pada tahun 1989.  Splendid China menonjolkan sejarah silam lebih 5,000 tahun.  Ia membawa kita menyaksikan keindahan menakjubkan dalam masa dua jam saja.  China Folk culture Villeges ni macam the shining pearl di Shenzhen.  Perjalanan kami ke tempat ini mengambil masa dua jam.  Sepatutnya, kami melawat ke Window of the World tapi teman minta tukar.  Terlanjur ke nagara China, lebih bagus lihat Perkampungan Kebudayaan Silam mereka.

Peta lawatan ke Splendid China.

Andy memberi penerangan sebelum meneruskan lawatan.

Cantik pulak payung kertas tu… tempat kita ada warna hijau saja hehehe…

Bergambar bersama Mr. Dragon

Turun saja dari tangga ni, gerai mula-mula menambat hati kami di Art paper cut silhouette.  Mr. Liew boleh melakukannya dalam 10 saat dengan harga RMB40 lebih kurang RM23.00.  Wajah sisi kita in black.

Ada tak rupa zaid…

Mr Liew sedang membentuk wajah sisi teman hehehe

Mimik wajah Mr. Liew amat melucukan…

Tu dia… dah siap.

Wind Bridge – tempat rehat dan perlindungan

Belakang sana, Drum Tower tempat mesyuarat…

Wind Bridge

Ini adalah masjid

Belakang tu adalah White Pagoda of the Yunan, Guizhon Province.

Tak dapat pergi melihat sendiri Great Wall of China dapat tengok replikanya pun dah memadai…

Motosikal di negara China.  Boleh kayuh bila kehabisan minyak.  Sesuatu yang teman perasan, samada di Hong Kong ataupun Shenzhen tidak ada MAT REMPIT.  Di Hong Kong tidak ramai yang menunggang motosikal… boleh dikira.  Cuma, mungkin sikap sebahagian pemandu China ini suka membunyikan hon.  Sikit-sikit nak hon…

Selesai membuat lawatan di China Folks Culture Villages, kami ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengahari di ZFY (Muslim), Futian Street.

Setiap restoran yang kami singgah, semuanya menghidangkan kambing… dah bau semacam jer…

Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Canton yang mengambil masa selama 2 jam.  Jam 3.00 petang kami tiba di Safari terbesar di negara China.  Xiang Jiang Safari Park, terletak di Daerah Panyu, Guangzhou.    Ini rumah terbesar bagi 20,000 binatang termasuk Giant Pandas, Beruang Polar dan Koalas.  Acara kemuncak paling seronok menyaksikan sarkas di  Xiangjiang Safari park adalah Chime-Long International Circus.  Bawa anak-anak ke sini bagus and have a wonderful family gather time.  It’s the world’s largest permanent circus.  It is definitely worth visiting,  as it’s  the only night time events available in Guangzhou.  Performances start at 8.00pm.  Show lasting 3 hours jadi, pergi makan dulu di Lanzhou Noodle Restaurant.  Sepatutnya, kami makan malam di restoran berhampiran tempat penginapan.  Oleh kerana sarkas tamat jam 11.00 malamdan memandangkan perjalanan dari Safari ke Guangzhou mengambil masa selama 2 jam, maka kami terpaksa makan awal di Nan Chun Town.

Selesai makan malam pada jam 6.00 petang, kami kembali ke Xiang Jiang Safari Park

untuk menyaksikan Chime-Long International Circus’

Semasa rehat, ada balingan patung ke arah penonton… dan teman dapat yang ini.

Kenangan manis

Perjalanan seterusnya menuju ke tempat penginapan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai.  Masing-masing kepenatan dan tertidur di dalam van.  Namun, teman tetap tidak tidur.  Setidak-tidaknya, teman dapat menemani pemandu.  Kami tiba di Hotel Furama (masih lagi di daerah Guangzhou) jam 1.00 pagi dan terus mendaftar.

Bersambung di Travelog Impian – Hong  Kong (Bhg. 6)

Categories: Pelancongan.

Tags: , , ,

“What If I’m a Russian Spy”

July 5, 2010

If I were to face charges of being a Russian Spy, first step is to figure out that the record is incorrect and I will have to correct the imformation.  Secondly,  I have to speak with my family then to the Malaysian Embassy or the attorney to defend my rights. Most important, it is made in writing.  It is for own safety and to prove that i’m not guilty.

I believe to remain silent is a good protection because anything I say they will mean it and can be used against me.  My name shouldn’t be made public.  I have to think of my family and my future.

My private eye roaming through all people around me.  I must keep silent.  Oh… what if I’m a Russian Spy? No… no… I won’t be a Russian Spy.  I’m royal to my own country.  It is my duty to give good name for my country and I’m proud to be Malaysian.

Well… Surviving well is my finest revenge.  I must find the accuser! hehehe macam bagus…

I am a fan of Angelina Jolie and I love her action-packed roles.  Even in my first novel ‘BELAHAN JIWA’ I myself imagine that Anne’s characters just like Lara Croft in the series of Tomb rider played by Angelina Jolie.  And now SALT

I must see this…

Sypnosis

Angelina Jolie stars in Columbia Pictures’ Salt, a contemporary espionage thriller. Before becoming a CIA officer, Evelyn Salt (Jolie) swore an oath to duty, honor, and country.  She will prove loyal to these when a defector accuses her of being a Russian sleeper spy.  Salt goes on the run, using all her skills and years of experience as a covert operative to elude capture, protect her husband, and stay one step ahead of her colleagues at the CIA.

Hai nuffnang… I need the ticket to the Premiere Screening of Salt please…

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Page 4 of 10« First...«23456»...Last »