Salam Ramadhan

August 12, 2010

Salam ramadhan. Semoga mendapat keberkatan dibulan mulia ini.

Kepada anak-anak sepanjang bulan Ramadhan ini… syaitan, hantu, iblis semua akan dipenjarakan.  Jadi masa inilah kita bebas berbuat amal ibadat dengan ikhlas tanpa gangguan. Harap-harap tahun ni kita tingkatkan lagi amal ibadat dan buatlah amal kebaikan dengan banyak sebab bulan puasa inilah kita mendapat lebih keberkatan daripadaNya.

Jadi kalau anak-anak semua ingin mengetahui waktu berbuka puasa di kawasan dan negeri kamu…  Jenguk-jenguklah kat sini Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M.

Dikesempatan ni mak cik nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, jangan makan banyak-banyak tau masa berbuka nanti, jangan membazir itukan amalan yang tak baik. Oh yaaa… mungkin ada ke yang tak ingat doa untuk niat puasa nanti? kalau terlupa ini mak cik sediakan lafaz niat puasa Ramadhan dan doa untuk berbuka puasa. Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan ye.

Doa Niat Puasa Ramadhan

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala

Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih



Sealamt menunaikan ibadah puasa…

Categories: Uncategorized.

Tags: , , ,

Miangnya ular ni…

August 10, 2010

Miang juga ular ini ya! Tu la berani sangat nak main ular… Mujur ular sawa.  Kalau ular tedung selar? Kena patuk kan nyayaaa…

Tapi kalau ‘ulau’ tu yang mematuk dek… 9 bulan 10 hari baru bisanya keluar.  Jaga-jaga!

Bukan calang-calang orang boleh main ular dek oii…

Yang ni ratu cobra.  Ada keberanian nak cium ular tedung selar berbisa ni?

Puteri Nur Aryani Saiful Yuzah yang mesra dengan panggilan Puteri, 24, memilih ular sebagai ‘teman kerjaya’.

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

“Fighting Umbrella Corporation”

August 9, 2010

Alice’s battle with The Umbrella Corporation isn’t finished.  I know I can’t win if do it alone,  but anyhow I’ll try wearing a belt full of weapons or  something that may turn the odds in my favor.  I’m competent and have a powerful kick.

Last time I saw Alice, she let them know she was coming after them.  Saja cari penyakit, so now susah la… So it’s time to settle the evil Umbrella corporation.  Im sure Alice will help any way with her submachine gun.  Or else, I have to get the help of ‘SALT’

How would I go against the evil Umbrella Corporation if i’m Alice or Claire?

Well, first of all, I must find the seller of a bio-organic weapon.

You know where la… Coz not in Petaling Street.  It’s on the black market! With this bio-organic weapon then shoot the evil with the virus serum, which causes them to mutate.  Maybe they changed into real umbrella or maybe one of them might turn into a hensome guy like Wentworth Miller.

poster

Sypnosis

The fourth installment of the hugely successful RESIDENT EVIL franchise, RESIDENT EVIL: AFTERLIFE is again based on the wildly popular video game series, and will this time be presented in 3-D. In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, ALICE (Milla Jovovich), continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead takes them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead – and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap.


Categories: Uncategorized.

Bersih ke air yang kita telan selama ini?

August 8, 2010

Allah menurunkan air hujan yang deras. Allah jadikan sungai-sungai mengalir sehingga menumbuhkan tanaman dan kebun buah-buahan. Sungai tercemar angkara siapa?

Sesiapa yang tinggal di kawasan Hulu Langat dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya, nah! inilah  sumber air yang kalian minum tu.

Ini kira tak banyak sampah sarap sebab dua hari lalu ada hujan.

Sungai Sering lesu.  Sungai ini bertembung dengan Sungai Langat… lihat di muara tu…

Dalam sungai ni, banyak betul ikan talapia, haruan dan keli.  Hanya warga Indonesia yang rajin menjala ikan di dalam sungai ni.  Sebab mereka ni tidak memilih.  Menurut mereka, ikan-ikan yang mereka dapat tu dibuat pekasam.  Teman suka tengok ikan-ikan ni.  Terhibur juga dibuatnya.  Tapi sayang, sungainya terlalu kotor dan berbau hanyir.  Bayangkanlah segala sampah sarap dibuang ke dalam sungai ini.  Tak ada civic minded langsung mereka ni! Teman yang tinggal di tepi sungai ini pun tak mahu membuang sampah ke dalamnya.  Sampah-sampah teman dikumpul di belakang rumah dan teman bakar.

Setidak-tidaknya, Sungai Sering masih dikira belum tercemar kalau dibandingkan dengan sungai-sungai di bawah ini:

Boleh diberi nama baru kepada sungai ini… nak bagi nama apa ya?

Wah… ini klasik tul jamban dia… ala-ala mesra alam ghitewww… wkakakaka

Di Malaysia, di ulu sungai saja nampak bersih.  Tapi membawa ke perkampungan, pekan, bandar hingga ke muara dah tercemar…

Ini Sungai Congkak… (Sepatutnya ejaan utk tempat, nama remain unchanged.  So it should be spelled “Chongkak”) tak tau kenapa Majlis Daerah tukarkan.  Malah tempat teman tinggal pun dieja Ceras.  Pepandai jer mereka ni Cheras jadi Ceras…. alahai.

Ini Sungai Tembeling, Pahang… masih jernih.

Teman teringat masa melancong ke Kuching Sarawak (tak tukar lak ejaan Kuching tu ya…).  Masa tu teman anak beranak menaiki Sarawak River Cruise sambil menikmati keindahan matahari terbenam.  Teman terdengar seorang gadis berbangsa Inggeris memberitahu ibunya yang dia ingin terjun ke dalam sungai kerana hendak mengambil sampah yang hanyut.  Tak cantik sungai kalau ada sampah-sampah hanyut katanya.  Teman melarang sebab dalam sungai tu ada buaya.  Kalau berani terjunlah! Tapi dalam hati terasa malu dengan sikap bangsa sendiri.

Di harap kerajaan mengambil langkah untuk memelihara dan membersihkan kesemua sungai-sungai yang tercemar.  Begitu juga penghuni bumi Allah ini, perlu berubah sikap.  Jangan sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai.  Malah longkang.  Kerana air longkang ini pastinya menuju ke sungai.  Cintailah sungai kita.

Dua sungai yang teman tahu cantik lagi bersih.

Sungai Thames, UK

Masih jernih airnya lagi…

Semasa melancong ke Guangzhou, kagum teman lihat Sungai  Pearl yang catik lagi jernih ni…

Kalaulah Sungai Gombak dan Sungai Klang dijadikan river cruise cam ghini kan bagus…

Categories: Environment.

Tags: , , ,

Menyesal…

August 6, 2010

Pernahkah anda rasa dikhianati oleh sang kekasih?

Menaruh kepercayaan pada pasangan pastinya merupakan hal mutlak.  Pastinya hati gumbira punyai kekasih yang menyayangi.  Dan kita tiada ragu untuk memperkenalkan kepada sahabat kita bahawa dia adalah cinta dan kekasih hati.  Tapi adakalanya, kepercayaan itu dinodai dan khianati oleh sang kekasih. Kekasih selingkuh.  Dia beralih kasih kepada sahabat yang anda perkenalkan.

Sungguh, putus cinta itu memang bisa membuat hati pecah berkeping-keping jadinya.  Sementelah lagi, putus itu disebabkan oleh pihak ketiga.  Kita rasa menyesal lantas membenamkan diri dalam kesedihan. Namun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.  Itu berarti, jodoh kita udah tiada bersamanya.

Hayatilah lirik dan video ini…

Semula Ku Tak Yakin Kau Lakukan Ini Padaku Meski Dihati Merasa Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia Bila Cinta Tak Lagi Untukku Bila Hati Tak Lagi Padaku Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu Bila Aku Tak Baik Untukmu Dan Bila Dia Bahagia Dirimu Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela Terkadang Ku Menyesal Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Janganlah buat cam ghini…

August 5, 2010

Merayau-rayau di alam maya ni, terjumpa artikel mengenai batu nisan.  Emm… menarik juga.  Tapi batu nisan ni, hanya orang bukan Islam saja yang tergila-gila membinanya.  Terfikir juga teman, berapa kos pembinaan benda ni agaknya?  Jangan ada pula orang-orang Islam yang terikut-ikut.  Makin kreatif manusia di muka bumi ni.  Membina nisan mengikut kegemaran atau kepakaran si mati.  Agak lucu juga ada nisan berbentuk beg golf dan siap pemukulnya sekali.  Mungkin masa hidupnya belum puas main golf agaknya.

Inilah gambar-gambar batu nisan pelik yang dibina bagi memperingati saudara mereka yang sudah mati.

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Seks ‘Ubat Tidur’ Suami

August 4, 2010

Ramai yang tidak tahu terutamanya wanita, bahawa seks baik untuk kesihatan.  Seks bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu. Kepada lelaki, seks dapat menyihatkan tubuh badan. Lebih kerap melakukan hubungan seks, semakin sihatlah lelaki itu.

Mengikut kajian, semasa melakukan hubungan seks, sebanyak 85 hingga 200 kalori akan terbakar dalam tempoh 20 minit. Tulang dan otot akan semakin kuat. Ini kerana seks membantu mengeluarkan hormone testosterone. Ini fakta yang sering kita dengar yang isteri selalu lupa.

Bayangkan sahaja semasa kemuncaknya, bukan sahaja minda tetapi otot dan kekuatan lelaki akan bertumpu. Aktiviti apakah yang dapat mengumpulkan tumpuan dan kekuatan lelaki sehebat ini?

Ramai menyebut analogi bom meletup pun tidak dihirau apatah lagi anak menangis. Sebab itu ramai bersetuju bahawa antara rahsia mengawal lelaki adalah dengan mengawal seks mereka. Ini yang isteri selalu lupa.

Pengeluaran testosterone juga menjadi penentu agar tenaga terus terjaga dan meningkat. Bila melihat lelaki lesu pada pagi hari, tentu sekali maksudnya bukan kerana ‘overdose’ tetapi kurang dos. Berapa banyak dos diperlukan oleh lelaki?

Seks teratur (maksudnya tidak berlebihan) turut dapat meningkatkan immunoglobulin A –antibodi penting untuk system kekebalan badan. Fakta lain yang juga menarik ialah hubungan seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah selsema.

Hormon serotonin yang dilepaskan semasa ejakulasi rupa-rupanya mempunyai manfaat lain. Ia dapat mengurangkan sakit kepala dan leher. Justeru, kalau suami selalu mengadu sakit kepala atau leher, isteri perlu cepat-cepat ‘mengubatinya’.

Ejakulasi secara teratur dapat mengurangkan risiko barah prostat yang banyak dialami oleh lelaki setengah baya. Beberapa kajian mendedahkan lelaki yang mampu ejakulasi secara teratur mampu mengurangkan 30 peratus risiko barah prostat.

Ejakulasi sama ada melalui hubungan seks pada malam hari dapat membantu lelaki supaya mudah tidur. Tapi leceh dan selalu pula menyusahkan pasangan, ramai lelaki yang menjadikan ejakulasi sebagai ‘ubat tidur’ pula.  Suka hati korang lah…

Sumber – Utusan Malaysia 28 Disember 2009-

Thanks to http://rezekihalal.com/

Categories: Uncategorized.

Tags: , , ,

Still standing…

August 3, 2010

The leaning tower of  Teluk Intan is beautiful for its imperfection.  Just like the Leaning Tower of Pisa.

One of the town attractions.  The tower was originally used as a water tower supplying the area of the town. It had a clock at the top, which still rings every 15 minutes.

The Leaning Tower of Pisa (In Italian: Torre pendente di Pisa)

Dunno when I can reach there…

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Meloha podehnyoo…

August 2, 2010

Siapa makan cili terasa pedasnya.

Memang betul!  Hari ni, teragak pula teman nak makan nasi dengan sambal belacan.  Cili api sangsai dengan belacan.  Sebab cili merahnya elek!  Biasa teman campur cili merah tak lah pedas sangat.

Berapi mulut beb…

Makan bersama pucuk ubi rebus.

Ambik kau… sambal tempe cili api jugak… huuhaa… huuu haaa…

Tahu tak cili apa yang terpedas di dunia?

Bila sebut cili api, teringat pesanan nenek teman.  Menurut beliau, daun cili boleh menyembuhklan bisul dan luka.  Kisar daunnya dan sapu ke bisul atau luka.   Manakala buah cili boleh merawat ulser mulut. Alahai… kalau dah pedas terlampau sampai menyengat telinga, mulut yang sihat boleh dapat ulser hehehe…  Selain daun dan buah, akarnya juga boleh dijadikan ubat bagi melegakan cirit-birit dan darah tinggi.  Teman lum try lagi… takutlah! Manalah tau silap hari bulan teman pulak yang kena cirit-birit.

Inilah dia cili yang terpedas di dunia.  Berani cubalah…

Bhut Jolokia atau Dorset Naga (Bila makan tentu keluar api macam naga…)

Kisah Benar…

Di tempat teman bekerja dulu adalah seorang ni,  menurut cerita rakan-rakan senior… dia ni bila bulan penuh tabiatnya akan berubah.  Nak tahu apa dia buat?  Sesiapa yang dia benci atau marah, dia akan taruh cili ni ke atas meja.  Bila nampak ada cili atas meja… berhati-hatilah.  Sebab bila-bila masa dia akan serang dan ladakan mulut orang yang dia benci tu.  Tapi kalau dia suka, dia akan taruh bunga ros merah ke atas meja.  Juga kena berhati-hati… kerana dia akan memeluk orang itu.  One day, teman dapati ada 1 kilo cili api atas meja teman.  Mak aii… tentu berkilo benci dia terhadap teman.  Menggeletar juga tangan bila mencapai cili di atas meja.  Rakan-rakan lain mentertawakan teman.   Hari tu, teman tak kemana-mana.  Duduk diam-diam.  Takut apa!  Sampai ke petang tak nampak pulak dia datang…  Agaknya memang dia nak beri cili tu… teman bawa pulang saja cili tu. Tertanya-tanya juga kenapa dia jadi sedemikian tapi tak seorang pun tahu… masing-masing semua takut.

Yang pasti, bila bulan penuh mengambang dia akan berperangai pelik.

Cantik bulan ni…


Categories: Uncategorized.

SALT AGAIN + SORCERER’S APPRENTICE

August 1, 2010

Ini kepala Alya  mencari mummy dia…  Mummy dia tengah beratur membeli tiket

Sepupu teman Zalita & kids pulang bercuti dari Bintulu.

Hari ini dah janji nak temani dia tengok wayang “SALT’.  Memandangkan kanak-kanak underage tidak dibenarkan masuk, maka mereka menonton SORCERER’S APPRENTICE ditemani oleh sepupu teman Zarifah dan anak-anak beliau.

Yang kecil-kecil ni dia seorang yang handle…

manakala teman, Zalita dan Luqman menonton SALT.

Ini Luqman bersama umi nya Zarifah Noor.

manakala teman, Zalita dan Luqman menonton SALT.

Ini Alya… dia memang lasak .  Entah nak apa lah tu…

Ini Hani yang berjeket biru, dan sorang lagi tu Shasha yang pandai bergaya…

3 anak gadis Bintulu…  mereka pandai berbahasa Iban.  Bertutur loghat Sarawak.

Lepas menonton wayang kami ke majlis perkahwinan salah seorang anggota keluarga di Taman Mesra, Kajang.

Wah… sedondon ghiteww….

Categories: Uncategorized.

Page 2 of 10«12345»...Last »