Zaraaluwi.com » Uncategorized

Manuskrip – Anjung Rindu @ Zara Aluwi
Prolog

Bakri pantas menyusunkan bekas-bekas yang berisi beras kunyit, pulut kuning, tempat kemenyan, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar.  Setelah segala-gala peralatan disediakan,  datang seorang lelaki tua berserban putih lusuh menghampiri dan terus duduk bersila.   Dialah Tok Bomoh.  Kemudian menggapai seketul kemenyan lalu menggesel-gesel dengan menggunakan jari jemarinya dan menaburkan kemenyan yang berserpih itu ke tempat bara kemenyan.  Tok Bomoh lalu membaca mentera-menteranya.

Tok Minduk memberi  isyarat supaya memulakan lagu.  Spontan muzik rebab mula berkemundang menandakan persembahan Makyong akan dimulakan.    Alunan rebab dimainkan untuk menarik perhatian penonton-penonton yang hadir.   Di suatu sudut sebelah kiri pentas, seorang pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok duduk mengarah ke matahari jatuh.  Di belakang beliau dua pemain gendang, seorang pemain gong, seorang pemain geduk, seorang peniup serunai, seorang pemain gedombak, seorang pemain tetawak, seorang pemain canang dan kesi beserta penyanyi solo dan korus.

Setelah upacara pembukaan panggong selesai, lagu bertabuh dan dimulakan dengan lagu Makyong (Sang Gendang) dinyanyikan.  Serentak dengan itu, Pak Yong  turun sambil diiringi oleh Makyong yang berada di belakang dan terus duduk. Acara diiringi dengan permainan lagu mengadap rebab yang dinyanyikan oleh Pak Yong serta diikuti dengan Dondang-Dondang yang dinyayikan oleh Makyong beramai-ramai.  Masing-masing mengangkat sembah lalu duduk bersilang kaki ke bawah dan menari gerak tari Makyong penuh berseni sambil duduk.

Maka bermulalah, persembahan Makyong.  Makyong yang berasal dari istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan.   Pak Yong bangun perlahan-lahan mengangkat sembah mengadap rebab.

Bong wei… membalik tipo gak

Dage membue silolah cik wei

Dage membue silolah cik wei

Ayuhlah cik wei

Seperti suloh memain angin la…

Eh… bemban gugor di tapok

Selude cik wei… meningga maye la…

Ayuh tue wei

Seperti aur menarik suse Ia

Eh.., sawo kami menggorok likaghe

Aur cik wei menarik suse la…

Ayuh tue wei

Liuk litok tekula blalai la…

Eh… liuk ko kiri

Luk ko kane

Liuk ko kiri kulai ko kane la

Ayuh tue wei

Seperti denok menanti la…

Eh… berdiri kami tapok tigo

Kami nok adap ke timor

Jagolah…

Ayuh tue wei

Kami nok pecah lakoh lima la…

(sumber lirik dari http://kgjabi.pjk.com.my/)

Kemudian Pakyong memanggil pengasuh.  Beberapa orang peran yang bertindak sebagai orang suruhan raja atau pelawak  datang mengadap berserta gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai  pengiring Makyong atau Puteri Makyong.  Persembahan Makyong diiringi oleh alat musik rebab bertali tiga, berserta gendang dua kepala, tetawak dan gong terus berkumandang.  Suasana digambarkan melalui tarian dan juga lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus.

Bakri yang tadinya sibuk menyiapkan perkakasan Tok Bomoh, kini dilihat sudah menyarung pakaian Peran berlari-lari sambil berlawak mengadap Pak Yong.  Di dalam cerita itu, dia memegang watak Awang lalu menyanyikan lagu Sindong dan Saudara bersama seorang Peran yang lain.

“Abang! Ayah suruh balik!” kedengaran suara seorang anak muda memanggilnya dari tempat penonton.  “Abang! Baliklah! Nanti ayah marah!” teriaknya lagi.

Bakri tidak mengendahnya.  Bukan kerana tidak memperdulikan panggilan berkenaan tetapi sudah tidak sadarkan diri kerana asyik menari sambil berlawak di atas pentas.  Si pemanggil terus berlalu meninggalkan pementasan bersama seorang lelaki yang bermisai lentik dan bertubuh sederhana tegap.  Sempat juga Bakri mengerling ke arah mereka berdua seketika.  Namun demi budaya kesenian yang diminatinya itu, dia terus menyempurnakan pementasan hingga ke akhir bersama penari-penari yang lainnya.

Bab  1

“Nenek ni, tak ubah macam si Sophia.”  Zsa Zsa Bella teringat perangai rakannya Sophia yang tidak pernah mengambil kisah tentang menguruskan kain baju di dalam almari.  “Tak pernahlah nak susun elok-elok kain baju dalam almari.  Tengoklah! Berperuk-peruk.  Kalau dah terjulur tu, dibiarkan saja terjulur.”  Sambung Zsa Zsa Bella merungut sambil mengeluarkan ke semua kain baju.  Hari itu dia teramat rajin untuk menyusun semula kain baju di dalam almari milik neneknya.

Angin petang yang masuk melalui tingkap bilik nenek Fatma, berhembusan lembut dan sesekali hangat menyapa wajah dan tubuhnya.  Dalam kedamaian, ada kerinduan menyelinap lalu menikam ke sudut hatinya.  Dia membelek-belek pakaian milik kedua ibu bapanya yang masih ada beberapa pasang.  Tiba-tiba wajahnya menjadi malap.  Perasaannya kini menjadi duka.  Sudah 19 tahun ibu dan ayahnya meninggal, terasa rindu sangat kepada mereka.

Dia meneruskan tugasnya.  Bimbang nenek Fatma akan memarahinya kerana menyelongkar almari.  Walaupun dia cuma ingin mengemas dan menyusun semula kain baju yang kelihatan tidak teratur itu.  Nenek Fatma tidak suka cucunya mengusik almari berkenaan, melainkan kalau dia ada di situ bersama.

Sedang Zsa Zsa Bella membuka lipatan kemudian melipatkannya semula dengan kemas, dia terjumpa keratan akhbar yang diselit di dalam baju kurung nenek Fatma.  Dia membaca keratan akhbar berkenaan yang cuma menyiarkan iklan sabun mandi.  Kemudian dia membaca di bahagian belakangnya pula.  Oh! Ada keratan berita rupanya.

Melaka 20 April, 1998 – Dalam sekitar jam 2.00 petang, puluhan pengunjung di sebuah gerai makan yang sedang menikmati makan tengah hari di Jalan Hang Tuah di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana bimbang berlaku letupan sejurus sebuah kereta yang di pandu oleh seorang lelaki merempuh gerai berkenaan.  Gerai makan berkenaan runtuh dan menyebabkan berlakunya letupan yang berpunca dari tong gas masakan.  Kebakaran pantas merebak dan membuatkan pengunjung apatah lagi pemilik gerai menjadi bertambah cemas.  Pemandu Toyota Colt Galant yang merempuh gerai makan itu terperangkap dan pengsan di dalam kenderaan.  Dipercayai pemandu berkenaan telah diserang penyakit sawan, memandangkan mulut beliau kelihatan berbuih.

“Bukankah ini kisah gerai nenek yang terbakar? Masa tu, aku baru darjah 6 dan sejak itu nenek tak berniaga lagi.” Ujar Zsa Zsa Bella lirih.  “Syukurlah nenek selamat semasa kebakaran itu berlaku.  Tapi… siapa lelaki yang peluk nenek masa kejadian tu ya?  Selalu juga aku lihat dia datang ke gerai.  Cuma sekejap, kemudian terus menghilang.  Kekasih nenek ke? Kalau benar kekasih nenek, kenapa nenek tak kahwin saja dengan dia?  Dapat juga aku datuk baru,” sambungnya lagi sambil melipat semula baju kurung berkenaan dan menyimpan semula keratan akhbar tersebut.  Dia menyambung mengemaskan kain baju yang tinggal beberpa helai untuk disusun hingga selesai.

Pelik juga, dari mana nenek dapat duit menyekolahkan aku? Bila gerai nenek terbakar, nenek terus tak berniaga.  Em… agaknya arwah ayah banyak tinggaklah duit untuk nenek.  Tapi tak mungkin.  Menurut nenek ayah cuma nelayan kecil-kecilan. Emak pula selalu sakit-sakit.  Nenek cakap, dia bukan keturunan orang kaya-kaya.  Pelik lah! Dari mana nenek dapat duit? Entah… entah…

“Apa yang dimenungkan tu Bella?” kedengaran suara nenek Fatma menegurnya dari belakang.

“Nenek ni, terperanjat Bella.  Bila nenek balik? Tak dengarpun nenek sampai.”  Zsa Zsa Bella mengurut dada perlahan-lahan.

“Kamu tu yang asyik termenung.  Ingatkan teman lelaki agaknya tu.  Yalah… orang muda menanggung rindu.  Orang tua memendam rasa.”  Nenek Fatma ketawa kecil.

“Nenek dari mana?” tanya Zsa Zsa Bella ingin tahu.

Setiap kali nenek Fatma keluar tanpa memberitahunya, sudah pasti dia akan menemui seseorang.  Seseorang itu, dia tidak pernah kenal malah melihat tepat wajahnya.  Dia pernah melihat orangnya dari jarak jauh sahaja.  Semasa kebakaran dulu, dia dapat melihatnya dari jarak dekat.   Tapi, itu 11 tahun dulu.  Kini wajah lelaki itu sudah menjadi kabur.  Kemudian dia terserempak dengan nenek Fatma semasa ingin ke Bank Simpanan Nasional.  Itu, dua tahun yang lalu.  Lelaki itu membelakanginya.  Nenek Fatma  seperti menyerahkan dokumen kepada lelaki tersebut.  Oleh kerana kesibukan berblog, dia sudah tidak mengambil peduli akan perkara tersebut.

“Pergi ke bandar Melaka beli barang-barang keperluan sikit.” Jelas nenek Fatma.

“Nenek jalan kaki ke? Kenapa tak beritahu Bella.  Boleh Bella ikut sama.  Bella pun dah lama tak jalan-jalan ke Bandar Melaka ni.”

“Nekek naik beca.  Nenek suka naik beca ni.  Tambangpun murah.  Siap ada pasang lagu hindustan.”

“Upah Bella sejuta pun Bella tak nak naik beca ni.  Dah lah beca dihias dengan macam-macam bunga.  Pasang lagu kuat-kuat.  Kalau dah mengelilingi bandar, dah jadi perhatian ramai.  Bella, kasihan dengan penarik beca tu.  Penat mengayuh basikal, dapat upah tak seberapa.”

“Nenek dah biasa naik beca.  Bagi nenek, ianya mudah dan selamat.”

“Nanti Bella buatkan air untuk nenek ya.”  Zsa Zsa Bella berlalu untuk ke dapur.

“Tak payah Bella, nenek dah minum.” Ujaran nenek Fatma itu menghentikan langkah Zsa Zsa Bella.  “Emm… Hari ni, tak ada orang naik tengok-tengok rumah kita ke?” dia bertanya pula.

Kerana rumah mereka adalah salah satu contoh rumah tradisi orang Melaka, terletak di tengah-tengah pusat Bandar Melaka.  Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten.  Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920an.

Penduduk Kampung Morten masih mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan keunikan reka bentuk rumah mereka.  Setiap hari ada saja pengunjung tempatan mahupun antarabangsa, datang berkunjung menyaksikan sendiri budaya masyarakat orang-orang Melaka.

“Tak ada.  Ala… rumah kita di penghujung, mana ada orang nak singgah.  Lagipun, Bella tutup pintu.  Tak sukalah kena gangu.”

“Tak baik macam tu.  Orang ramai nak berkunjung sebab nak lihat sendiri kehidupan dan budaya orang Melaka ni.”

“Ala… kita bukan asal orang Melaka pun.”

“Eh! Nenek orang Melaka tau!  Nenek lahir di Melaka.  Bella pun orang Melaka sebab Bella lahir di Melaka.  Ayah Bella, orang Melaka.  Ingat tu!”

“Ya lah.”

Zsa Zsa Bella merenung neneknya.  Ingin saja dia menanyakan tentang lelaki yang pernah dilihat bersama neneknya itu.  Apa hubungan lelaki itu dengan neneknya?  Kenapa nenek Fatma begitu merahsiakan hubungan itu?

“Kenapa pandang nenek macam tu?”

“Tak ada apa lah nek.  Saja nak pandang tak boleh ke?  Seminggu Bella ada event di Hong Kong, nanti Bella rindukan nenek.  Bila Bella ada di Hong Kong tu nanti, tentulah Bella risaukan nenek tinggal seorang.”

“Apa nak dirisaukan.  Kiri kanan rumah kita ada orang tinggal.  Siang hari, ramai yang berkunjung.  Nenek dapat lebih ramai kawan.  Baru ni, ada anak muda dari Kuala Lumpur datang melawat.  Macam-macam dia tanya.  Tapi dia minat dengan barang-barang kemas dan perhiasan.  Dia nak beli tapi nenek tak kasi.  Nenek cakap kena tanya cucu nenek dulu.”

“Wah! Nenek berkawan dengan anak muda.”  Zsa Zsa Bella ketawa kecil.  “Dapat datuk muda lah Bella nanti.” Tapi kali ini, kuat ketawanya.

“Nenek cakap, nenek ada cucu… tapi dia garang.”  Nenek Fatma juga turut ketawa.

“Ala… kenapa nenek cakap macam tu… Bella mana ada garang.  Malulah Bella.”

“Apa, kamu ingat kamu ni lemah lembut?”

“Sudah pasti.” Zsa Zsa Bella terus ketawa.

“Tengok tu, ketawa berdekah-dekah.  Cantik sangat lah tu!”  nenek Fatma menjeling lalu bangun terus masuk ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian kedengaran suara nenek Fatma memanggil nama Zsa Zsa Bella.  “Mari ke sini kamu!”

“Ada apa nek?” Zsa Zsa Bella muncul lalu berselindung disebalik dinding bilik neneknya.

“Cantik tersusun baju-baju dalam almari ni.  Siapa yang susun?” sengaja nenek Fatma bertanya sedangkan dia sendiri ketahui siapa yang melakukannya kerana dia berdua sahaja yang tinggal di dalam rumah itu.

“Cucu kesayangan nenek lah…” balas Zsa Zsa Bella lalu menghampiri nenek Fatma.  Dia memeluk neneknya.  “Kan kemas tersusun, macam kat kedai.”

“Ya, kemas tapi agaknya semuanya kamu kemas.  Mesti ada yang terbuang.  Selagi ada kertas surat khabar buruk, kamu buang.”  Nenek Fatma memerli sambil melurut kain baju yang cantik tersusun.  Dia suka melihat susunan kain baju yang kemas.  Tapi dia sendiri tidak pandai menyusun seperti mana Zsa Zsa Bella lakukan.

“Nenek nak buat apa dengan surat khabar yang dah usang tu.  Buangkan saja, menyemak simpan dalam almari tu.”  Zsa Zsa Bella melepaskan pelukan lalu berdiri di tepi tingkap.

“Kamu tak tahu, setiap apa yang nenek simpan ada kenangannya, ada tragedi di sebaliknya.” Nenek Fatma menutup pintu almari.  Dia melangkah ke katil lalu duduk di birai katil.

“Bagi saja Bella, kertas-kertas yang nenek simpan tu.  Biar Bella scan dan simpan dalam thumbdrive.  Kalau nenek mahu, Bella boleh tulis dalam blog Bella.”  Dia menyandarkan tubuh ke dinding tingkap.  Matanya tertancap ke wajah nenek Fatma.

“Nantilah, biar nenek cari.  Tiba masanya, nenek nak Bella ambil alih dan simpan kesemua dokumen yang ada pada nenek ni.”

“Serahlah sekarang.  Bella pun tak ada idea nak tulis dalam blog ni.  Nipis pendapatan Bella nanti.”

“Tunggulah! Nenek belum ada kekuatan lagi.”  Nenek Fatma jelas akan hasil pendapatan cucunya itu.  Sebelum ini, dia pernah memarahi Zsa Zsa Bella kerana berhenti kerja.  Dia juga tahu, Zsa Zsa Bella berhenti, semata-mata ingin membebaskan dirinya untuk berblog dan mencari pedapatan melalui tajaan pengiklanan.

“Nenek demam ke? Dah tahu demam, kenapa nenek keluar?  Biarlah Bella saja yang beli barang-barang keperluan nenek tu.”

“Tak, nenek tak demam.” Balas nenek Fatma lalu menundukkan kepalanya.  Nenek tak ada kekuatan jiwa, Bella.  Setiap kali nenek nak sampaikan, hati nenek sedih.  Ingatan nenek terhadap masa lalu masih kuat, Bella.  Katanya di dalam hati.

“Bella rasa, nenek tak perlu nak buat demontrasi menganyam tikar tu.  Orang sekarang dah pakai kapet tebal ataupun tikar buluh.”  Zsa Zsa Bella mengutarakan pendapat.  Sebaliknya, dia sengaja menukar topik bicara agar neneknya tidak teringat-ingat kisah silamnya.

“Bella, kamu lupa kita ni tinggal di Kampung Morten.  Kita ni, muzium hidup yang menjadi tontonan pengunjung.  Kita kena tunjukkan cara kehidupan harian dan budaya kita di samping mempamerkan reka bentuk tangga rumah kita.  Barulah, orang kenal Kampung Morten.  Bila sebut Melaka, orang dah tahu… tangga rumah orang Melaka unik dan warna warni.” Jelas nenek Fatma panjang lebar.

“Tapi Bella tak suka orang keluar masuk rumah kita.  Tambah lagi, kalau mereka usik-usik barang antik nenek.  Tengok sajalah! Tak payah nak sentuh-sentuh barang pameran tu.”  Zsa Zsa Bella menggaru dagunya, tidak bersetuju.

“Bella, Bella.  Sejak dulu lagi, kamu ni tak pernah setuju rumah nenek ni dijadikan muzium.”  Nenek Fatma mengambil nafas panjang.

“Sepatutnya, nenek kenakan bayaran sejurus mereka naik tangga rumah kita ni.  Bella masih ingat lagi bak kata mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dulu.  Setiap persembahan kebudayaan seperti majlis perkahwinan yang ditonton oleh pelancong asing sepatutnya perlu minta bayaran.  Bukan sedikit belanja kita menjayakan majlis berkenaan.  Jadi, kita patut ikut saranan beliau.”

“Kamu ni, ikutkan sangat cara kamu bekerja.  Setiap khidmat kamu perlu bayaran.  Padahal, ramai lagi orang lain membuat blog takpun mereka minta bayaran.  Jangan Bella ingat, nenek tak pandai main komputer ni.  Nenekpun ikut seruan Tun Dr Mahathir, celik IT.”  Kedengaran nenek Fatma ketawa kecil.

Selepas itu dia berdiam diri, merenung almari hitam yang tertutup rapi.  Agaknya, Bella dah selongkar kain baju ni.  Tentu dia ada jumpa keratan akhbar mengenai gerai makan yang terbakar tu.  Dan kotak kayu tu, macam tak berusik.  Kedudukannya masih serupa.  Dua inci jarak dari pintu lemari.  Simpul kain tetap sama.  Bermakna dia tak menyentuhnya.  Nenek Fatma berkata di dalam hatinya.

“Bella, nenek rasa kamu memang sesuai dengan anak muda yang nenek ketemu tempuh hari,” Fikirannya terbawa-bawa apabila tiba-tiba dia teringatkan anak muda itu.  Nenek Fatma tersenyum sendiri.  Bersungguh-sungguh anak muda itu ingin berkenalan.  Tapi,  tidak pula dia menyebut nama Zsa Zsa Bella kerana dia tahu, pemuda itu pasti akan ketawakannya.  Mana ada perempuan Melayu bernama sedemikian?  Aminah.  Itulah nama yang disebutnya.

“Mulalah tu! Ada saja anak muda lelaki yang masuk rumah ni, nenek mulalah nak canang dengan mereka.”  Ujar Zsa Zsa Bella lalu mendekati neneknya.  “Nek, jangan buat macam tu.  Malu Bella.  Mana tahu, satu hari mereka datang balik ke sini.” Dia memeluk erat neneknya serta mencium-cium pipi neneknya.

“Eloklah tu… manalah tahu, Bella berkenan pulak dengan dia.  Bertambah cucu nenek.”

Nenek Fatma risau cucu tak kahwin lagi.

Bab 2

Sebagai seorang blogger, tentu saja Zsa Zsa Bella tidak akan melewatkan masa untuk mengabadikan objek-objek menarik dengan kamera DSLR , lensa canggih serta Tripodnya sekali.  Mungkin karena keasyikan mengabadikan pemandangan menarik, kadang-kadang banyak anggota rombongan yang terpisah dari kumpulan rombongan.  Begitulah terjadi kepada Zsa Zsa Bella dan Sophia.  Mujurlah ada Twitter menjadi penyelamat.  Melalui Twitter, dia mendapat tahu bahawa teman-teman serembongan sudah kepergian menaiki feri menuju ke Hong Kong.  Mereka berdua sudah dimaklum harus muncul di tempat yang sudah ditentukan.

Waktu sudah menunjukkan jam 2.00 petang, berarti Zsa Zsa Bella dan Sophia mesti berada di Macau Ferry Terminal segera sebelum jam 3.00 petang.  Mereka berdua bergegas menaiki bas yang menuju ke terminal.  Kalau menginap di hotel, biasanya pengunjung boleh mendapatkan tumpangan bas percuma menuju ke Terminal Feri ini.  Tetapi, mereka cuma berjalan-jalan makan angin sahaja di Macau.  Mereka menginap di Hong Kong.  Setiba di terminal Feri, mereka berdua terus masuk ke dewan berlepas dan membeli tiket di kaunter dengan harga HKD 142.   Nilai Hong Kong boleh digunakan juga di Macau.  Kebiasaan orang Macau mahu menerima nilai HKD.

“Bella! Betul ke tiket yang kamu beli tu? Nanti kita tak sempat nak bersama dengan Puan Maria.”  Tanya Sophia gusar.  Dia selaku Setiausaha kepada Puan Maria mengikuti beliau kerana ada urusan dengan seorang peniaga emas dan perak terkemuka di Hong Kong.

“Ah! Kamu ni Sophia, tak pernah nak percaya kebolehan aku.  Tentulah betul.  Aku kan pakar bab bab melancong ni.” Jawab Zsa Zsa Bella meyakinkan.

“Ya lah! Jangan tersalah beli tiket sudahlah!  Nak ke daerah Kowloon nanti terdampar ke daerah Central, Northpoint Hong Kong.  Baru padan muka kita.” Rungut Sophia.  Mereka berkawan baik sejak di sekolah Menengah.  Kepergian Zsa Zsa Bella bersama adalah atas rekemen baik Sophia kepada Puan Maria.

“Alamak! Aku terbeli tiket TurboJet lah! Macam mana ni? Boleh tukar ke?” Zsa Zsa Bella sengaja ingin membuat rakannya terkejut.

“Itulah aku dah cakap.  FirstFerry ke Kowloon.  TurboJet ke Northpoint.” Balas Sophia cemas.

Zsa Zsa Bella ketawa.  “Tiket untuk kedua-dua feri tu aku tak beli.  Tapi aku beli tiket Cotai Strip CotaiJet.  Boleh lah kan!”

“Kotai… kotai… ni nanti ke mana pula?  Bella… jangan buat hal.  Nanti entah ke pulau Jerjak mereka hantar kita.” Ada sedikit panas hati Sophia dibuatnya apabila Zsa Zsa Bella tersalah membeli tiket.

“Mengarutlah kau ni.  Menurut kerani tiket tu tadi, Cotai Strip CotaiJet ni lagi bagus dan eksklusif.  Saja aku nak takutkan kau!  Bergurau tak boleh ke? Dah! Dah! Jom lah kita ke kaunter imigresen.” Jelas Zsa Zsa Bella lalu menepuk-nepuk lembut bahu Sophia.

Zsa Zsa Bella dan Sophia melewati kaunter imigresen lalu menunjukkan tiket dan paspot masing-masing.  Di hadapan gerbang imigresen, mereka berdua dikehendaki mengisi borang berlepas keluar Macau terlebih dahulu.

“Hai… macam mana boleh lupa ni? Kata pakar keluar masuk pintu imigresen!”  Sophia memerli Zsa Zsa Bella.

“Apa kurangnya kau! Selalu keluar negara tapi boleh lupa juga.”  Zsa Zsa Balas Bella sambil tangannya ligat mengisi borang yang dikehendaki itu.

Zsa Zsa Bella ditegur oleh pegawai bertugas kerana paspot beliau sudah hampir tamat tempoh.  Asyik kesibukan berblog sehingga lupa kepada syarat minima paspot tamat adalah 5 bulan sebelum tarikh tamat tempoh.

“Pulang ke Malaysia nanti, jangan lupa perbaharui paspot kamu ini ya.” Nasihat pegawai yang bertugas di dalam bahasa Inggeris.  “Ini saya cop saja.  Mudah-mudahan apabila kamu sampai di Hong Kong, kamu tidak di suruh pulang terus ke Malaysia.” Nasihatnya lagi lalu menghadiahkan senyuman.

“Ya.  Terima kasih.” Balas Zsa Zsa Bella seraya mengangguk mengerti.  Di dalam hati kuatir juga, manalah tahu kalau-kalau dia dibuang negara gara-gara paspot hampir tamat usia.

Selesai berurusan di kaunter Imigresen, mereka kemudiannya melangkah menuju ke feri.  Perjalanan untuk ke feri mengambil masa 10 minit.  Mereka berdua sudah lewat.

“Macam mana Bella? Kita dah lewat ni.  Jangan-jangan feri sudah tinggalkan kita.”

“Jangan risau.  Tadi aku ada dengar salah seorang petugas memaklumkan kepada Kapten kapal untuk menunggu kita.  Kelas tak kita?”  jelas Zsa Zsa Bella setelah melepasi petugas yang memeriksa tiket.

“Kelas? Silap-silap kena sengat tebuan telinga kita baru padan muka!  Itulah engkau! Kenapa tak periksa paspot tu?”  Sophia merungut.

Dia bimbang, sesampai di feri mereka akan dimarahi.  Malu rasanya.  Lebih-lebih lagi dimarahi di hadapan orang ramai.  Bukan salah dia.  Salah Bella.  Kenapa dia tidak periksa paspotnya terlebih dahulu sebelum berangkat ke luar negara?  Sophia merungut di hati.

“Welcome aboard,” ucap pegawai bertugas disambut dengan senyuman yang berseri-seri kepada mereka berdua.

“Thank you.”  Zsa Zsa Bella membalas.  “Sorry, we are late sir.”

Petugas berkanaan sudah maklum akan kelewatan 2 penumpang luar negara ini.  Kapten Feri juga telah mengambil keputusan untuk menunggu beberapa minit untuk mereka berdua selesaikan masalah di kaunter imigresen.  Zsa Zsa Bella dan Sophia dipandu oleh salah seorang petugas untuk ke tempat duduk masing-masing.  Beberapa penumpang tempatan mengerling ke arah mereka berdua.

“Sorry… sorry…” Zsa Zsa Bella dan Sophia memohon maaf kerana telah melibatkan penumpang lain turut lewat.

Zsa Zsa Bella dan Sophia amat berterima kasih kepada pengurusan terminal feri kerana sanggup menunggu mereka atas kelewatan disebabkan beberapa masalah ketika berurusan di kaunter imigresen.  Perjalanan mengambil masa sejam setengah itu, tidak membosan.  Kelihatan penumpang luar negara lain merakamkan pemandangan.

Tika mereka tiba di Hong Kong – Macau Ferry Terminal yang terletak di Sheung Wan.  Ternyata orang-orang Hong Kong dan Macau pantas-pantas berjalan.  Walau nenek tua yang mengheret bagasi juga melangkah laju terus melewati Imigresen.  Zsa Zsa Bella dan Sophia tercicir jauh di belakang lagi.  Terminal ini berada di Mall yang cukup besar. Mall yang begitu besar telah membuat mereka berdua bingung.   Hendak menaiki Mass Transit Railway (MTR) tidak ketahui lewat mana?

“Boleh tunjukkan kami ke mana arah hendak ke MTR?”  Zsa Zsa Bella bertanya seorang penduduk tempatan yang kebetulan melintasi beliau.

Agak keliru juga Zsa Zsa Bella hendak memahami penjelasan lelaki berkenaan.  Bahasa bercampur Mandarin dan Inggeris, kemudian terpaksa mengikut tanda ‘KELUAR’ A, B, C, atau D, entah mana satu yang betul dia kurang faham.  Kemudian mereka disuruh berjalan lurus dan terus turun lantai 3.  Rupanya tidaklah begitu payah hendak mencari MTR, kereta bawah tanah berkenaan.

“Sophia, kalau kita naik MTR ni kita nak turun mana?” tanya Zsa Zsa Bella sambil ketawa.

“Peta laluan MTR kan ada.  Rujuklah!” balas Sophia sambil meraba-raba tas tangannya mencari risalah MTR yang diperolehinya semasa buat pertama kali kakinya menjejak di Lapangan Terbangan Antarabangsa Hong Kong.

Sophia menayangkan peta laluan MTR kepada Zsa Zsa Bella.  “Kita kena berhenti di Mong Kok.  Lepas tu kita naik teksi saja.  Kita bukan tahupun di mana tempat tu.”

Zsa Zsa Bella mengintai peta berkenaan.  “Eh, eh! Tengok.  Mong Kok naik ke atas, sedangkan Avenue of Stars di bawah.  Tak kan kita naik ke atas kemudian turun ke bawah pula.  Tak jauh pun hentiannya.  Apa kata kita naik teksi saja lah.”

Dia berfikir tidak memadai bagi mereka menaiki MTR hanya untuk ke hentian Mong Kok, kemudian patah balik.  Akhirnya mereka berdua beredar dari situ dan mencari jalan keluar.  Hawa dingin 15C langsung menyergap tubuh mereka saat keluar dari kawasan pusat membeli belah berkenaan.

“Sejuklah! Kenapa tak bawa jaket tadi?”  Sophia bertanya kepada dirinya.

Zsa Zsa Bella seperti biasa, tubuhnya tidak lekang dari menyarung jaket.  Baginya, jaket dapat menghalau udara dingin dari menyergap tubuhnya.

“Aku dah beritahu kau, tapi kau kata cuaca di Hong Kong sama macam di Malaysia.  Nah! Pakai jaket aku ni.”  Zsa Zsa Bella menanggalkan jaket yang telah disarungnya itu lalu menyerahkan kepada anak kacukan Cina Melayu yang berasal dari Melaka itu.

“Marilah kita beredar dari sini.  Kita naik teksi saja.”  Ajak Zsa Zsa Bella.

Mereka berdua mencari jalan keluar menuju ke jalan raya utama.  Kebetulan, mereka muncul tepat di tempat menunggu teksi.  Zsa Zsa Bella terpandang sebuah teksi masuk ke lorong menunggu.  Dia segera menahan dan menghampiri.

“Aduh!” Zsa Zsa Bella merintih kesakitan kerana terjatuh, lalu dengan cepat dia berdiri dan memarahi lelaki yang melanggarnya itu.  “Buta ke? Berjalan tu lihat-lihat lah orang! Agaknya Tuhan tidak menciptakan mata untuk kamu! Sungguh menyebalkan!” Zsa Zsa Bella  memarahinya di dalam bahasa Inggeris.

Lelaki berambut berona merah, hijau, kuning, hitam kebiruan itu kebingungan ketika Zsa Zsa Bella melanggarnya.  Sepatutnya dialah yang marah kerana dia yang dilanggar.  Ini sudah terbalik.  Dia pula yang dimarahi.

“Maaf cik adik… Kami dah panggil teksi ini lebih awal.” Lelaki yang berdandanan ala Harajuku bersuara.

“Oh! Orang Melayu rupanya.”  Zsa Zsa Bella tergamam.

Bukan sahaja tergamam kerana pemuda yang dilanggarnya itu berbangsa Melayu malah tergamam melihat fesyen rambut pemuda berkenaan.  Zsa Zsa Bella tersenyum melihat rambut hitam dicat warna-warni.  Gila budak ni!  Gothic sangat ke? Terikut-ikut fesyen Harajuku.  Kalau sekadar dandanan rezor cut macam Shinichi Zanpaktou okey juga ataupun macam Hitsugaya Taushiro berambut putih.  Ini… dah diwarna merah, biru, kuning dah macam bulu burung kakak tua.  Hey! Lelaki sejati tak ada rambut tahu tak? Zsa Zsa Bella mengomel di dalam hati.

“Maaf! Cari lain teksi lah ya! Kami dah lewat ni!” lelaki berambut Harajuku bersama rakannya terus masuk ke dalam teksi.  “Dan maaf saya terlanggar tadi.” Kata lelaki itu lagi seolah memerli.

“Tak apa.” Balas Zsa Zsa Bella serba salah.  Sebuah senyuman dihadiahkan kepada lelaki berkenaan dan juga kepada rakannya.

Zsa Zsa Bella mengiringi pemergian teksi melalui pandangan sakit hati.  “Lihatlah lelaki sekarang, mentang-mentang sudah membuat tempahan awal hilang kesopanan mereka.  Dah hilang hormat terhadap kaum hawa ni.”  Dia merungut.

“Sudah lah Bella.  Kejap lagi datanglah teksi tu.”  Sophia memujuk.  “Yang aku pelik tu, kau yang langgar dia tadi tapi dia pula yang meminta maaf.  Kejam betul kau ni.”

“Aku ke yang langgar?  Eh! Tak lah!”  Zsa Zsa Bella menafikan.  Dia sendiri tidak perasan bila masa dia melanggar pemuda berkenaan.

“Betul… kau yang langgar dia semasa kau nak berebut teksi tu tadi.” Jelas Sophia.

“Lupakan lah! Akupun tak perasan.”  Zsa Zsa Bella menjeling jam di tangannya.

Zsa Zsa Bella dan Sophia harus berada Avenue of Stars pada jam 6.30 petang.  Puan Maria selaku Ketua rombongan sudah menunggu mereka di Lady’s Market.  Masa sejam sahaja yang diberikan untuk mereka membeli-belah di kawasan berkenaan.  Selepas itu, mereka akan berangkat ke Avenue of Stars.

“Sophia… Tak payahlah pergi ke Lady’s Market tu.  Hari akhir nanti kita masih ada masa pergi ke situ.  Apa pendapat kau?”

“Tempat menjadi kegilaan para pelancong.  Rugilah kalau tak singgah.  Memang murah barangan di Lady’s Market.  Sebab itulah peniaga-peniaga Malaysia ramai yang berkunjung ke tempat tu.”

Pasar terbuka Lady’s Market atau Pasar Wanita adalah syurga membeli-belah bagi pelancong asing.  Ianya dibuka pada tengah hari hingga 11.30 malam.  Pengunjung boleh tawar menawar bagi membeli kain baju, beg, aksesori telefon,perhiasan rumah dan macam-macam lagi.

“Kau nak berniaga ke? Ala… boleh beli di Petaling Street.  Harga lebih kurang saja.”

“Masa sejam cukup ke nak beli belah?” tanya Sophia.  Baginya masa yang diberi sejam itu tidak mencukupi.  Apa sangat barangan Hong Kong yang dapat dibeli?

“Eloklah sejam, kalau lebih lama lagi kopak dibuatnya.”

“Itu teksi!” Sophia menjerit teruja kerana agak lama menunggu.

Sejurus teksi berhenti, mereka berdua terus masuk dan memberitahu arah tuju mereka.  Mereka terus di bawa ke Avenue of Stars.

“Twitts Puan Maria, beritahu dia kita tunggu mereka di Avenue of Stars.” Bella memberitahu Sophia untuk berbuat demikian.

Bab  3

Blog adalah jurnal online dan juga diari peribadi.  Seorang blogger meluangkan masa mereka berkongsi pendapat kepada dunia tanpa mengharapkan gaji.  Tapi bukan Bella.  Bella telah menceburi lapangan berblog ini hampir 7 tahun dan beliau menyukai bidang berkenaan.  Sebagai seorang blogger, beliau menghantar teks, gambar dan video melalui laman sesawang beliau ZsaZsaBella.com.  Blog beliau merupakan blog peribadi.  Beliau tidak memfokus pada satu subjek yang khusus malahan mengandungi aneka ragam bentuk penulisan seperti gossip, pandangan, komen, petua dan hal-hal peribadi.  Untuk menjana pendapatan, beliau  menyertai program affiliate dan google adsense.  Komen beliau di Twitter telah menguntungkan beliau kerana ramai yang datang berkunjung ke blog dan membaca komen berkenaan.  Twitter adalah social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan membaca mesej sebagai tweets.

“Sophia… gambar lelaki yang berambut warna warni tadi aku dah post.  Tengoklah komen dari pembaca kejap lagi.” Bella memberitahu rakannya.

“Pantas betul kamu abadikan gambar dia.  Aku rasa, dialah bakal suami kau nanti.  Masa jadi pengantin mesti dia tambah warna lagi kat rambut dia tu.”  Sophia ketawa geli hati.

“Mengarut saja kau ni.  Tak ingin aku dengan dia.  Entah anak Melayu sesat mana lah tu.”

“Aku tengok dia kacak tau!”  Sophia menyakat.  “Rambut tu boleh ditukar warna hitam semula.  Masa tu, lagi terserlah kekacakan wajah dia.”

“Menyampah aku tengok fesyen tu.  Samalah macam Gothic!”  Bella menjeling rakannya.

“Mungkin dia belajar di Jepun.  Sebab itu dia terikut-ikut fesyen Harajuku Station tu.”

“Tak payah sebut lah pasal si ‘burung kakak tua’ tu.  Meluat betul aku dengan dia.  Kedekut!  Mentang-mentang dah buat tempahan teksi, langsung tak boleh beralah! Orang macam dia nak dijadikan abang ipar angkat kau ke?”

“Jangan cakap besar Bella.  Allah maha mendengar.  Masin cakap aku ni, betul-betul jadi kau kahwin dengan dia.  Padan muka kau!”  Sophia mencebik sambil mencuit beberapa kali pipinya dengan jari telunjuk kanannya.

“Budak Sophia ni karang, ada kena belangkong kepala dia ni.  Baru warna warni rambut kau tu.  Kau yang suka dia, kau ambil lah!” Bella menjungkitkan kedua-dua kening.  Matanya membulat memandang ke arah Sophia.  Dalam hati geram dengan perangai Sophia yang kebudak-budakan itu.

“Apa marah-marah ni…” Sophia berlembut suara, memujuk sambil mengusap bahu kanan Bella.  “Aku bergurau sajalah.  Kita pun bukan kenal dia.  Lepas ni kita tak akan jumpa dia lagi.   Betul tak?”  Sophia faham bahawa rakannya itu tidak suka pada gurauan berlebihan.

Bella cuma mengherotkan bibirnya.  Teksi yang mereka naiki melewati Lady’s Market.  Bella dan Sophia terintai-intai, mana tahu, mungkin rakan serembongan masih ada di tempat berkenaan.

“Sophia… ini ada 500 komen pasal gambar ‘mamat’ tu,” Bella menunjukkan i-padnya kepada Sophia.

“Eh! Sekejapnya dah ada respond! Ramai betul peminat dia.”  Sophia tersengih.  “Bella… kamu baca yang ini.  Bella… Hensemnya dia… saya nak berkenalan dengan dia.  Saya suka fesyen rambut dia, macam kartun kegemaran saya tu.” Sophia membaca salah komen kepada status yang diterbitkan di facebook.

“Mengarut budak ni, belum kenal orangnya lagi.  Dibuatnya lelaki tu kaki perempuan, baru padan muka.” Zsa Zsa Bella merungut.

“Aku gerenti, dia sukakan kau, Bella.” Sophia tak sudah-sudah mengusik.

“Sophia, Sophia… tangan aku ni ringan saja nak hinggap kat pipi kau tau!” ujar Zsa Zsa Bella mendatar.

“Eh! Itu Puan Maria.  Mereka masih ada di sini lah!” teriak Sophia.  “Nak turun sini ke?”

“Tak payahlah! Kita terus ke Avenue of Stars saja.”  Balas Bella enggan menyertai.  “Hari terakhir nanti, aku temankan kau.  Kita ada banyak masa.  Sebab penerbangan kita sebelah malam.  Nanti aku belikan kau sehelai T-Shirt I love Hong Kong tu.”

“Okey… okey.”  Sophia terpaksa bersetuju.  “Tapi… kau perasan tak?” Sophia membeliakkan mata sehingga keningnya terangkat tinggi.

“Perasan.” Zsa Zsa Bella mengangguk lalu mengerling ke arah pemandu teksi.  “Dia ni nak jerat kita ke?  Macamlah kita ni tak pandai baca map Hong Kong.”

“Entah ke mana lagi dia nak bawa kita ronda ni?”

“Biarkan saja, bila turun nanti taulah aku kenakan dia.”

“Lewat kita nanti, kita turun sajalah! Pada dia bawa kita pusing-pusing entah kemana?” Sophia mengingatkan.

Sebenarnya dia tidak mahu mendengar bebelan Puan Maria.  Wanita yang kuat membebel itu, pasti naik angin sejurus terpandang wajahnya dan Zsa Zsa Bella kelak.  Oleh kerana Zsa Zsa Bella terlalu asyik merakam gambar tanpa sedar, mereka terpisah dari kumpulan Puan Maria.  Tidak seorangpun perasan akan ketiadaan Zsa Zsa Bella dan Sophia sehinggalah mereka memasuki Terminal Feri.  Feri bertolak pada jam 2.30 petang dan pelayaran seterusnya pada jam 3.30 petang.

Lima belas minit kemudian, pemandu teksi memberhentikan teksinya.  “HKD400,” pintanya.

Zsa Zsa Bella menghulurkan not HKD400 kepada pemandu teksi berkenaan dan mengucapkan terima kasih.

“Kau kata nak kenakan pemandu teksi tu tadi?” ungkit Sophia.

“HKD400 baru lebih kurang RM200.00 duit kita.  Dia dah bawa kita ronda, sedap punggung duduk dalam teksi dia yang nyaman tu.  Rasanya berbaloilah dengan harga dan jarak perjalanan kita.” Balas Zsa Zsa Bella lalu menarik lengan Sophia ke tepi.  Kerana mereka masih berdiri di tempat laluan kereta.

“Kalau dia tekan harga tadi, kau nak kenakan dia apa?” tanya Sophia seakan tidak berpuas hati dengan alasan rakannya itu.

“Aku pura-puralah panggil polis.  Tentu dia takut.  Lepas tu pergi.  Pandai tak aku?”  Zsa Zsa Bella tersengih sambil memerhati sekeliling.  “Hey! Itulah dia hotel yang mendiang Michael Jackson tinggal semasa lawatan beliau di Hong Kong dulu.”

“Mana?” Sophia melilau mencari.

“Depan kau ni.  Hotel The Peninsular, biliknya semalam HKD5,000.”

“Tahu saja kau ni.” Balas Sophia dalam nada mendatar.

“Aku kan blogger.  Sama macam pemberita akhbar dan TV juga.”

“Itu dia SOGO!  Pemandu teksi tu tadi beritahu Avenue of Stars di belakang SOGO.  Baik juga dia kan!” puji Sophia pula sedangkan tadi dia seakan marah dengannya.

“Itulah… jangan cepat nak marah orang.” Zsa Zsa Bella mengingatkan.

“Ala! Yang awak tu… tak pasal-pasal nak marah lelaki yang kau langgar tadi.” Sophia mengungkit tingkah laku Zsa Zsa Bella sebelum tadi.

“Okey… okey…” Zsa Zsa Bella memberi isyarat mengalah.

Mereka tiba di Avenue of Stars tepat pada jam 6.00 petang setengah jam awal dari masa yang dijanjikan.  Avenue of Stars ini meniru Hollywood Walk of Fame, di Los Angeles, Amerika Syarikat.  Setelah membayar tambang teksi mereka berdua terus menuju ke Avenue of Stars.  Sophia tidak sabar ingin melihat Avenue of Stars.  Tidak dapat jumpa mereka tapi dapat lihat kesan tapak tangan artis Hollywood, artis-artis Hong Kong pun jadilah! Kata Sophia kepada Zsa Zsa Bella semasa di dalam teksi tadi.

Di Avenue of Stars yang terletak di sepanjang Waterfront Promenade berhadapan Hong Kong Museum of Art ini, pelancong dapat menyaksikan kesan tapak tangan artis-artis terkenal Hong Kong serta tandatangan mereka.

“Mari kita cari tapak tangan Jakie Chan.  Sambil tu kita nikmati keindahan Hong Kong di kala senja.”  Ajak Sophia.

“Nantilah! Kita tunggu Puan Maria tiba.  Nanti dia tercari-cari kita.”  Zsa Zsa Bella menyabarkan rakannya yang sudah tidak sabar hendak meneroka laluan yang menempatkan plak bekas tapak tangan selebriti terkenal Hong Kong.

“Nanti ambil gambar aku dengan arca lagenda kung fu Bruce Lee tu ya.  Lepas tu kau post lah dalam blog kau.”

“Kau nak jadi tumpuan mencari jodoh ke?” balas Zsa Zsa Bella secara bergurau.

“Mestilah! Kau dah ada si mamat rambut Harajuku.  Aku kosong lagi.”

“Kawan dia kan ada! Kau ambil kawan dia.  Apa macam? Dia pun sama fesyen juga dengan si mamat tu.” Zsa Zsa Bella menyarankan pilihan untuk Sophia.  “Ah!! Jangan sebutlah si mamat tu.  Menyampah aku!  Dah! Dah! Cepatlah berdiri kat situ.  Panorama Victoria Bay ni cantik.  Itu ada feri lalu.”  Zsa Zsa Bella mengarahkan Sophia segera berdiri di tembok agar dia dapat mengabadikan pemandangan yang indah itu.

“Bella… sana tu.  Sana tu!” ujar Sophia lirih menunjuk dengan muncungnya.

“Siapa? Puan Maria ke?”

“Tak… si mamat Harajuku tu dengan rakan dia.”

Zsa Zsa Bella menoleh perlahan-lahan.  Terpandang saja lelaki berkenaan dia pantas berpaling.  “Kenapa si mamat ni ada kat sini ya?”

“Itulah aku cakap.  Jodoh kau memang dengan dia.”  Sophia tersengih sambil menutup mulutnya.

Zsa Zsa Bella menjeling tajam rakannya.  “Pandai betul kau nak jodoh aku dengan dia.  Macam dah tak ada lelaki lain!”

Zsa Zsa Bella terus merakam gambar pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit seolah terapung di atas lautan.  Pemandangan di waktu sore.  Teringat dia lagu Di ambang Sore dendangan Ahmad Jais.

“Bella, itu Puan Maria dah sampai.  Mari kita dapatkan dia.”  Sophia mengajak.

Tanpa berlengah, Zsa Zsa Bella turut mendapatkan Puan Maria dan ingin memohon maaf atas kecuaian beliau sehingga terpisah dari kumpulan.

“Puan Maria… maafkan kami.”  Sophia terlebih dahulu memohon maaf.

Beliau merupakan Setiausaha kepada Puan Maria.  Manakala Zsa Zsa Bella merupakan blogger jemputan yang membuat liputan di sepanjang kunjungan dan lawatan mereka di Hong Kong.  Dia dijemput oleh Puan Maria untuk memperkenal serta mempromisi perniagaannya yang kini menjalin kerjasama dengan salah sebuah syarikat emas terkemuka di Hong Kong.

“Tak mengapa.  Bila dah tengok wajah kamu berdua hati saya lega.  Saya tahu kamu berdua pandai mencari tempat.”  Balas Puan Maria sambil melirikkan senyuman ke arah Zsa Zsa Bella.

Tanpa sedar Puan Maria memerhati, Zsa Zsa Bella menjeling ke arah lelaki berambut Harajuku yang asyik memerhatinya.  Puan Maria beralih pandangan ke arah lelaki berkenaan.

“Oh ya… saya kenalkan ini Madd I Z.  I Z huruf I dan Z.  Pelik kan nama dia! Panggil dia Izz  saja.  Dia anak buah saya.  Dia ada urusan perniagaan sambil bercuti 2 minggu dan yang itu rakan sekerjanya Yazer.  Kebetulan saya pun ada urusan di  Hong Kong, itu yang dia datang hendak berjumpa.”  Puan Maria memperkenalkan lelaki yang berambut Harajuku kepada Zsa Zsa Bella dan Sophia kerana yang lainnya sudah diperkenalkan semasa di Lady’s Market.

“Hi!” Madd I Z menegur sambil kedua belah tangan di bawa ke belakang.

Manakala Yazer hanya mengangguk-angguk kepala.

“Izz! Kenapalah kamu warnakan rambut macam tu?  Buruk sangat lah! Tak berkenan mak cik!”  Puan Maria menegur kerana tidak bersetuju dengan fesyen rambut  Madd I Z.

“Ini fesyen mak cik.”  Balas Yazer yang turut mewarnakan rambut seperti Madd I Z.

“Cantik sangatlah tu! Dah elok-elok rambut hitam pergi diwarnakan pula.” Puan Maria mengomel.

“Macam pinjam bulu burung kakak tua saja saya lihat.” Zsa Zsa Bella memerli.

Hatinya masih geram kepada pemuda yang benama Madd I Z itu.  Kalaulah tahu,  mereka berdua menuju ke Avenue of Stars bolehlah dia dan Sophia menumpang sekali.  Ini bertanya aku pun tidak! Zsa Zsa Bella merungut di dalam hati.

“Okeylah mak cik… kami nak jalan-jalan dulu.  Nanti jumpa di Victoria Peak.” Madd I Z meminta diri kerana sakit telingnya mendengar kata-kata perli perempuan yang melanggarnya tadi.

Kalau ditunggu lama-lama, makin rancak mak cik aku ni membebel.  Seganlah dengan awek depan aku ni.  Aduh! Mak cik aku ni pun satu! Madd I Z merungut di dalam hati sambil menyikat rambutnya dengan jari.  Dia mengajak rakannya beredar dari situ.

“Jadi, sekarang ni kita jalan-jalan di sepanjang pesisir Avenue ini.  Cari-carilah kesan tapak tangan pelakon yang kamu minat.  Saya nak cari Bruce Lee.” Kata Puan Maria ketika memulakan langkah.

Mereka seramai 6 orang itu memulakan langkah memerhati kesan tapak tangan sambil bergambar merakam kenangan.  Zsa Zsa Bella sibuk merakam foto untuk dimuatkan ke dalam blog.  Setiap gambar menarik, Zsa Zsa Bella akan terus memberi komen dan buat live up-date melalui i-phone.  Pengikut-pengikut blognya akan terus mendapat berita terkini daripadanya.

“Bella… ambil gambar saya dengan Bruce Lee ni.” Puan Maria memanggil Zsa Zsa Bella untuk merakamkan gambar beliau.

Tanpa berlengah, Zsa Zsa Bella menurut dan sekejap saja rakaman foto sudah diterbit ke dalam blog.  Puan Maria mencari plak Jakie Chan pula.  Boleh dikatakan kesemua mereka merakam gambar masing-masing di setiap plak selebriti.  Bruce Lee, Jakie Chan dan Jet Li paling mereka minati.

“Bella… sedap nama tu.”

Zsa Zsa Bella terkejut apabila namanya disebut di belakangnya.  Dia menoleh.  Pantas sahaja darahnya naik apabila terpandang pemuda berambut Harajuku itu.

“Nak apa?”  Zsa Zsa Bella tertanya keras.

“Di sini nanti, bila jam 8.00 malam Bella boleh menonton Symphony of Lights.  Cantik tau.  Percuma saja.” Jelasnya lembut cuba untuk berbaik-baik  “Ini pertunjukan multimedia yang spektakuler. Menampilkan lampu warna-warni, sinar laser dan lampu sorot yang dilengkapi dengan muzik dan narasi.  Sudah masuk Guinness World Records sebagai World’s Largest Permanent Light and Sound Show.   Nanti Bella boleh lihat di seberang sana, cantiknya gedung-gedung pencakar langit berwarna-warni di persisir Victoria Harbour.  Masuk yang ini, sudah 4 kali saya datang menyaksikan  pertunjukan yang mereka beri nama Awakening, Energy, Heritage, Partnership, dan Celebration.”

“Berwarna-warni macam rambut awak tu ke?” lancang saja mulut Zsa Zsa Bella bersuara.  Tapi dalam diam dia mendengar penjelasan lelaki itu.

“Lebih kurang lah.” Balas Madd I Z lalu menguak dengan jari rambut yang terjuntai ke belakang.  “Awak suka fesyen rambut saya ni kan?  Apa awak namakan tadi?  Fesyen burung kakak tua?”

“Suka? Tolonglah!” Zsa Zsa Bella mencebik diiringi dengan jelingan melirik.

“Dari tadi saya tengok awak asyik perhatikan saya.  Tentu awak suka kan?”

“Encik Madd I Z…” ditekannya suara apabila menyebut perkataan I dan Z.  ‘Terus terang saya katakan… saya tak suka! Saya tak suka! Saya tetap namakan rambut awak fesyen burung kakak tua! Bye!”  Zsa Zsa Bella terus meninggalkan tanpa menoleh ke belakang.  Dia mencari Sophia, Puan Maria dan staf Puan Maria yang lain.

Madd I Z memerhati Zsa Zsa Bella berlalu sambil berdiri bersandar dengan kedua-dua tangan bertupang siku di atas tembok.  Fesyen burung kakak tua? Sombong! Kalau aku tak beritahu pasal Symphony of Lights tu pasti dia tak tahu.  Hatinya berbisik geram.

“Hai I Z… kenapa?” tiba-tiba Yazer muncul sejurus Zsa Zsa Bella berlalu.  Dia sudah mengagak ada sesuatu yang tidak kena di antara mereka berdua.

“Jurufoto mak cik aku tu… sombong! Boleh dia tegur rambut aku ni.  Dia tak tahu aku buat HKD 200 nak dapatkan fesyen yang kau suka ni tau!” perkataan ‘kau’ ditekankannya mengambarkan bukan dia yang setuju.  Tapi dia termakan pujuk Yazer juga, untuk mengubah ke fesyen Harajuku.

“Dia blogger bukan jurufoto syarikat mak cik kau.  Aku lagi pantas dari kau.  Nah! Ini dia blog dia ZsaZsaBella.com.  Itu nama sebenar dia.  Aku bertanya salah seorang staf mak cik kau tadi.  Aku rasa kau berdua ni memang sesuai lah! Sebab dua-dua punya nama unik.”

“Aku tak berkenanlah dengan dia tu.  Sombong! Baik lagi si Damia Qistina.”

“Bukan ke baru kelmarin kau cakap, kau tak suka si Damia Qistina tu? Konon, dia tu mengada-ngada, mata duitan lah.  Sekarang kau cakap dia baik.  Aku pelik!”

“Kalau dibandingkan dengan si sombong tu, lebih eloklah si Damia Qistina.”

“Suka hatilah.  Oh ya… sempat ke nanti nak ke Victoria Peak?  Kalau kita pergi makan malam lepas tengok Symphony of Lights tentu mereka tak sempat nak tengok kesemua patung lilin tu.”

“Sempat.  Aku dah buat pesanan bungkus saja.  Pemandu bas pelancongan ni pergi ambilkan makanan di restoran.  Jadi, terpaksalah mereka makan dalam bas saja.”

“Tapi Madame Tussads tutup cepat.  Jam 10.30 malam dah nak tutup.  Sempat ke?”

“Sempat.  Lainlah kalau si Bella tu nak ambil gambar kesemua patung lilin.  Memanglah tak sempat.”  Jelas Madd I Z mendatar.

“Kau ni macam marahkan dia.  Kenapa?”

“Panorama bangunan cantik bila disinari lampu leser dikatakannya macam rambut aku.  Mau tak menyirap darah dibuatnya.”  Madd I Z mengambil nafas panjang dan menghembuskannya perlahan.

Yazer ketawa berbahak-bahak.  “Hey! Ini fesyen Harajuku! Budak tu buta fasyen ke?” Yazer menyikat rambut dengan jari lalu menguakkannya ke belakang.

“Ah!! Esok aku nak ubah style rambut aku macam biasa.”

“Tolong lah kawan.  Kenapa ni?  Tak kan bila si Bella komen kau dah mengelabar?”

“Sakit telinga aku bila dia kata rambut aku ni macam bulu burung kakak tua.  Cuba kau bayangkan burung kakak tua tu macam mana rupanya?”

“Cantik apa? Ah! Biarlah apa dia nak kata.  Kan aku kata tadi, dia tu buta fesyen.”

“Engkau yang nak sangat fesyen tu teruskanlah! Aku nak tukar style rambut aku yang lama.”

“Kan kita dah janji, bila balik Malaysia nanti kita ubah fesyen rambut kita.  Tunggu lah!”

“Mak cik aku pun dah bising.  Nanti dia telefon mengadu kat ibu aku, baru padan muka aku.”

“3 hari lagi, kita dah nak balik.  Hari akhir nanti kau tukar lah! Tapi aku maintain.”

“Esok, kalau sempat aku nak ke salun.”

“Suka hati lah!”

“Diam… Diam… mak cik aku datang.” Madd I Z memberi isyarat.

Madd I Z dan Yazer berdiri sambil tersenyum melihat gelagat staf  lelaki beraksi gaya bintang kung fu, Bruce Lee.  Di wajah mereka terpapar kepuasan setelah menjelajah di sepanjang jalur cetak tangan artis-artis tersohor seperti Jackie Chan, Chow Yun Fat, Andy Lau, Jet Li, Maggie Cheung, Stephen Chow, Yu So Chow, Miranda Yang, Patrick Tse Yin, Grace Chang, Gong Li dan Aaron Kwok.

Memandangkan, makan malam untuk hari itu tidak disediakan oleh pihak pemandu pelancong Hong Kong, maka mereka terpaksa mencari restoran sendiri.  Mujurlah ada Madd I Z dan Yazer membantunya.  Madd I Z  telah membuat tempahan makan dengan harga HKD58 dan minuman tin HKD10.  Di Hong Kong, menu serupa dijual pada harga berlainan.  Sarapan pagi lebih murah berbanding makan tengah hari dan jam 3.00 petang sudah dikira makan malam juga berlainan harga.

Tepat jam 8.00 malam, pertunjukan Symphony of Lights bermula.  Pancaran sinar leser serta sorotan lampu warna-warni diiringi dengan music dan narasi menghiasi persisir Victoria Harbour.

“Benar kata awak.  Cantik sungguh pertunjukan ni.”  Ujar Zsa Zsa Bella sambil merakam suasana yang sungguh menarik itu.  Dia terus membuat live up-date menghantar gambar-gambar menarik melalui i-phone.  Sepantas mana dia mengemaskini blog, sepantas itu pula dia mendapat maklum balas daripada pengikut-pengikut blognya.  Semakin meningkat pendapatan diperolehinya melalui pengiklan terkemuka nuffnang.

“Kau cakap dengan siapa?”  Sophia bertanyakan Zsa Zsa Bella.

“Ops… aku teringat kata-kata rakan blogger aku.  Sebelum datang ke sini, dia ada beritahu aku mengenai pertunjukan Symphony of Lights ni.”

Sebenarnya, dia bermaksudkan Madd I Z yang telah bermurah hati memberitahu mengenai pertunjukan berkenaan.  Oleh kerana tidak mahu terperangkap dengan usikan Sophia, dia terpaksa mereka cerita lain.

“Untung kau ada ramai rakan yang suka berblog ni ya.”  Sophia memuji.

“Kita kena rajin buat carian google dan menjengok-jengok blog orang lain.  Pelbagai informasi kita boleh perolehi.” Jelas Zsa Zsa Bella untuk pengetahuan rakannya itu.

“Sophia! Bella! Jom kita berangkat sekarang.”  Kedengaran Puan Maria memanggil mereka berdua yang berdiri jarak 5 meter dari kumpulannya.

Zsa Zsa Bella tercari-cari Madd I Z.  Tidak kelihatan pula lelaki berambut Harajuku itu.  Erm… ke mana dia pergi ya?  Sombong sangat ke aku ni? Tapi… aku tak suka betul fesyen rambut dia tu.  Tak ada ciri-ciri lelaki idaman pun! Eh! Tak sukalah! Zsa Zsa Bella merungut di hati.

Bersambung…

Dirompak, dirogol kemudian ditinggalkan distesen komuter
credit to:   http://sg.news.yahoo.com/rape-ordeal-24-old-trainee-042300305.html

SHAH ALAM: It was like any other working day for a 24-year-old trainee of Lembaga Tabung Haji (LTH), but this time around she was robbed and raped before being left at a commuter station at Batu 3 in Subang Jaya.

Her perpetrators drove her to a house in the early hours of the morning, blindfolded her and subjected her to an ordeal when they ripped off her clothes and made her pose naked for pictures.

It is learnt that the woman would park her car and use the commuter train to get to work in the city.

The incident took place when she parked her car in the car park of the Section 19, Shah Alam commuter station at about 6am.

According to a police spokesman, when she was about to get out of her car, she noticed another car pulling up next to hers.

One of the two suspects, armed with a parang, rushed to her car and dragged her out from the front passenger seat after threatening to kill her if she did not give in to their demands.

The men pulled off her headscarf and blindfolded her when she did did not have enough money on her.

“They dragged her into their car and drove off to a house after ditching their initial plan to withdraw her money from the nearest bank,” the spokesman said.

They took her to a house where she later learnt of a third suspect who was on his way to rape her after overhearing their phone conversation.

It is believed one of the suspects was desperate for money and owed RM2,000 to a loan shark.

Ten minutes later, still blindfolded, she was raped and forced to pose naked for pictures taken with the perpetrator’s handphone.

The woman was later made to call her boyfriend to bank in some money into her account.

The trio later took her to a bank to withdraw RM500 before abandoning her at the commuter station.

Shah Alam police chief ACP Zahedi Ayob said police had identified the suspects and were looking for them.

The case is being investigated under Section 376 and 395 of Penal Code for rape and gang robbery.

Anjung rindu… (manuskrip dlm pembikinan)
Berbulan-bulan dia mengikut ayahnya merantau ke tempat orang, segala-galanya amat menarik perhatiannya.  Memberi kesan kepada diri dan hatinya.  Daripada benci menjadi sayang.  Dari sayang menjadi benci.  Segala apa yang terjadi tidak luput dari ingatannya.  Langsung tidak mahu pergi dari fikirannya.  Malah semakin kuat.  Lebih-lebih lagi ingatan terhadap peristiwa ayah kesayangannya dihalau oleh datuknya.  Seolah-olah peristiwa itu baru kelmarin berlaku.

Nenek Fatma mengeluh, kepalanya sakit kerana melayan hati rawan yang terlalu merindukan arwah emak dan ayahnya.  Perlahan-lahan dia merebahkan kepadanya ke bantal sambil tangannya memeluk pakaian peran milik arwah ayahnya ketika melakonkan watak peran di dalam persembahan tarian makyong.

Ramadhan.  Ya Ramadhan datang lagi tapi di Ramadhan kali ini membuatkan hati Bakri terbuka untuk pulang menemui Tok Cik Rahman.  Menurut Bakri, masih belum terlambat untuknya memohon keampunan.  Suatu pagi, itulah pertama kalinya kaki Fatma menjejaki bumi Kelantan.  Ketika itu usianya sudah mencapai 10 tahun.  Tibanya mereka, disambut oleh hujan lebat menjadikan suasana semakin sejuk.  Dia bersama ayahnya meredah hujan lebat menyusur masuk ke lorong menuju ke rumah Tok Cik Rahman.  Meskipun suasana hujan lebat dan tanah yang becak, Bakri tetap menyuruh anak tunggalnya meneruskan perjalanan.  Sedikitpun tidak mematahkan semangat Bakri untuk pulang dan memperkenalkan anak tunggalnya itu kepada datuknya.

“Buat apa kau jejak kaki kau di sini lagi?” itulah kata-kata yang menyambut kepulangan Bakri.  “Sudah aku katakan jangan jejak lagi kaki kau kat rumah aku ni! Berambus kau dari sini.  Aku tak nak tengok muka kau lagi! Sampai bila-bila.  Kami tak ada anak degil yang memalukan keluarga, macam kau.”  Tok Cik Rahman menyambung kemarahannya.  Keringgat yang membasahi dalam mendidik dan berusaha sehabis daya untuk mewariskan akhlak sempurna pada diri anaknya itu supaya bijak melangkah melihat dunia masih belum kering dirasainya.

“Ayah, Bakri minta ampun.”  Bakri menyembah kaki ayahnya.  “Terlalu banyak dosa Bakri pada ayah dan emak.”

“Ah! Aku tak mahu dengar! Aku kata pergi! Pergi!” tengking Tok Cik Rahman lalu menolak Bakri dengan kakinya.

Bakri terhumban ke belakang dan terjatuh dari tangga.  Anak yang dipeluk bersamanya terlepas dan turut jatuh bersamanya.  Sedikitpun Fatma tidak merasa sakit kerana jatuh itu.  Malah dia tidak menangis.  Fatma memegang ayahnya dan menyuruhnya berdiri.  Pakaiannya yang lencun membuat tubuhnya menggigil kesejukan.  Hujan masih belum mahu berhenti.  Bagaikan tahu perasaan kedua beranak itu.

“Ayah, marilah kita balik.  Atuk tu tak suka ayah.  Dia tak puasa agaknya.”  Fatma menarik lengan ayahnya.

Perlahan-lahan Bakri bangun.  Matanya memandang ke arah pintu yang sudah tertutup sambil menadah tangan.  “Ayah, ampunkan Bakri.  Mak, ampunkan Bakri.”

Fatma melihat ayahnya menangis.  Kata-kata usiran datuknya sungguh menyentuh sanubarinya.  Sedih rasa hatinya melihat ayahnya diperlakukan sedemikian.  Kenapa datuknya tergamak menghalau ayahnya.  Bukankah ayahnya ingin memohon ampun?  Menurut ustaz di tempatnya mengaji, Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan yang mulia.  Pintu syurga terbuka dan pintu neraka tertutup.  Manakala syaitan dirantai.  Puasa itu benteng agar kita tidak mengeji serta memaki hamun orang lain.

“Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa ku terhadap orang tua ku.  Hamba-Mu ini anak yang derhaka, anak yang tidak mengenang jasa.  Aku apla dengan keseronokan dunia hingga aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai anak yang menurut perintah.  Aku gagal memberi kebahagian yang diharap-harapkan oleh mereka berdua.  Ampunkan aku, ya Allah.”  Bakri meraup mukanya.

“Ayah, marilah kita balik.” Fatma menarik lengan ayahnya.  Dia sudah tidak tahan akan kesejukan yang menusup hingga ke tulang.

Di dalam hujan, mereka beredar dari situ membawa langkah pergi.  Bakri mengimbau kesilapan lalu.  Kerana Makyong, dia disingkir oleh keluarga.  Kata-kata usiran ayahnya sebentar tadi masih berlegar di minda.  Kata-kata yang sama, pernah dilemparkan kepadanya ketika usianya 15 tahun dulu.

“Nek… nenek menagis?” tegur Zsa Zsa Bella lalu mengusap lembut belakang neneknya manakala tangan kirinya mengelus airmata yang jatuh ke pipi.

“Nenek masih ingat lagi, Bella.  Bagaimana arwah datuk kamu disepak dan ditolak dengan kaki.  Nenekpun turut jatuh.  Masa itu hujan lebat.  Langsung tak ada rasa belasnya dia terhadap arwah atuk kamu.  Setidak-tidaknya, berilah nenek masuk.  Nenek masih kecil lagi.  Apalah yang nenek mengerti tentang perbalahan mereka.”

“Kadang-kadang manusia ini hilang pertimbangan.  Sedangkan mereka tahu, di bulan Ramadhan kita digalakan berbuat baik dan bermaaf-maafan.” Jelas Zsa Zsa Bella sayu.  Dadanya sebak apabila mendengar kisah nenek dan moyangnya.  “Bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita.  Tapi apakah kita terlalu suci hingga tidak mahu memaafkan dosa orang lain?” Jelas Zsa Zsa Bella lagi.

Nenek Fatma tidak pernah bercerita kepada cucunya tentang asal usul mereka.  Tiap kali dia mula ingin bercerita, dadanya menjadi sebak.  Peristiwa ayahnya diusir masih berlegar di ruang minda.  Setiap kali itu pula, dia mempersoalkan apakah berdosa menjadi peran di dalam persembahan tarian makyong?

“Tiap-tiap lepas solat nenek hadiahkan Al-Mathurat buat arwah-awah yang telah pergi.  Mohon agar Allah swt mengampunkan dosa arwah atuk kamu.  Nenek tahu, Allah swt tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia tapi Nabi kita Muhammad saw menyuruh kita berdoa supaya Allah swt ampunkan dosa kita dan juga ibu bapa kita.  Andainya pertemuan itu punca perpisahan biarlah kematian menemukan mereka semula.”

Petikan dari manuskrip yang masih dalam pembikinan.

Komputer riba dg WiFi boleh merosakkan sperma
Untuk menguji teori berkenaan, Penyelidik Argentina telah meletakkan beberapa sperma yang sihat berdekatan data memuat turun laptop. Selepas empat jam, satu perempat daripada sperma telah berhenti berenang, berbanding dengan 14 peratus sperma dalam kumpulan kawalan diletakkan jauh dari komputer.  Untuk mengatasi masalah ini, guna meja atau lapik dengan pad laptop dan pastikan kaki anda direnggangkan.

Ini penting dalam produksi penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti.

kredit kepada http://sg.news.yahoo.com/men-wifi-may-zapping-sperm-151021564.html

Saat aku ditinggalkan…
SAAT AKU DITINGGALKAN

Sedikit dari MSS “SAAT AKU DITINGGALKAN” untuk bacaan dan komen peminat novel.  Melihat rakan-rakan penulis menyiarkan sebahagian manuskrip berbentuk e-novel teman juga ingin mengambil inisiatif yang sama.  Tapi, teman hanya menyiarkan sedikit drp bab-bab tertentu sahaja.

Bab 1

“Pandai ke tu? Mengalahkan tukang paip.” Ashraff bercakap seorang dan sudahnya ketawa terbahak-bahak apabila melihat Ezlika dipancuti air hingga membasahkan keseluruhan bajunya.  Anak bujangan yang begitu asyik mengintai itu, tidak menyedari kehadiran ibunya.

“Tengok apa tu?” sergah Puan Junaidah sambil menghampiri tingkap dan turut memerhati rumah jiran di hadapannya. Tiada apa-apa yang luar biasa berlaku.

“Sha tengok apa sampai ketawa terbahak-bahak ni?” ujarnya yang masih diterpa seribu pertanyaan.  Ashraff yang masih lagi ketawa, menghalakan jari telunjuknya ke arah Ezlika.

“Ibu tengok jiran depan kita ni.  Ada hati nak repair sendiri kepala paip!” masih tidak berhenti ketawanya lagi. “Habis kuyup kena pancut air.  Kain jiran yang berjemur pun sama kuyup.” Sambung Asraff yang  masih lagi dalam tawanya.

Tidak sampai hati Puan Junaidah melihatnya terkial-kial melawan pancutan air yang sudah membasahi keseluruhan tubuh wanita itu.  Lalu dia menarik rambut Ashraff.

“Kamu boleh tengok dan biarkan dia basah kuyup macam tu? Pergi tolong dia cepat! Ada juga pahala kamu dapat.” Puan Junaidah menarik tangan Ashraff keluar dari biliknya. “Pergi tolong dia cepat! Sedap, sedap dia aje nak ketawakan orang!” Puan Junaidah menolak Ashraff keluar dari pintu hadapan rumah mereka.

“Ibu… Sha seganlah.  Tak naklah!” Ashraff masuk ke dalam semula. “Lagipun Sha pakai kain pelekat aje ni.” Dia memberi alasan.

“Tak apa, ibu pandang dari jauh.” Puan Junaidah menarik tangan Ashraff menuju ke pintu pagar. “Dah! Pergi cepat! Kesian dia.  Manalah dia reti nak buat itu semua!”

Ashraff cepat-cepat melintas jalan yang memisahkan rumah mereka. Segera dia masuk ke dalam kawasan rumah Ezlika dan terus mengunci kepala paip. Serta-merta pancutan air berhenti.  Singlet pagoda dan kain pelekat Ashraff turut basah terkena air. Ashraff memerhati tubuh Ezlika yang basah kuyup itu dan menghampirinya. Dengupan jantungnya terasa begitu kencang sekali.

Pakaian basah yang melekap di tubuh Ezlika menambahkan lagi getaran di jiwa Ashraff.  Dia tidak berani menyorot ke tubuh itu lama-lama lalu terus mengambil sepana dari tangan Ezlika.

“Lain kali, kalau nak repair kepala paip ni, tutup dulu laluan air ni.” Ashraff menunjukkan pemutar paip sebelum meter, kepada Ezlika. Dia membuang pandang, bimbang Ezlika akan merasa segan kepadanya.

“Oh ya ke.  Terima kasih la encik,” Ezlika mengibas-ngibas tubuhnya yang basah itu.  Dia tunduk lalu memerah bahagian bawah kain yang dipakainya agar air tidak menitis-nitis di sepanjang jalannya masuk ke dalam nanti.

“Saya nak tukar getah dalam tu.  Paip ni dah seminggu asyik meleleh aje. Sebelum ni, saya pernah repair entah macam mana boleh lupa nak tutup.”  Ezlika tersenyum malu menampakkan lekuk di dagunya yang manis. Dia berdiri di hadapan Ashraff memerhatikan pemuda itu membetulkan kepala paip tersebut.

Ashraff memerhati Ezlika seketika dan menyambung tugasnya semula. Tolonglah cik adik oiii… Jangan berdiri lama-lama depan aku ni.  Goyah iman aku dibuatnya! Ashraff berkata dengan dirinya bagi menenteramkan diri dan meredakan degupan jantungnya.

“Hmmm… Dah siap.” Ashraff bangun dan menyerahkan sepana kepada Ezlika semula. “Seeloknya cik… cik…” senyumannya masih belum pudar.

“Ezlika… Panggil Eli saja.” Ezlika menyambut sepana dari tangan Ashraff.

“Okey, saya balik dulu.  Nak hantar ibu ke pasar.” Ashraff meminta diri.

“Terima kasih encik… encik… apa?” Ezlika bertanya sambil tangannya memegang jeriji pintu pagar.

“Ashraff… Panggil Abang Sha aje.” Ashraff  memperkenalkan dirinya. “Baru pindah sini ke?” tanya Ashraff lagi setelah melangkah keluar dari pintu pagar rumah Ezlika.

“Ada lah dalam dua tahun, Emm… Okey la Abang Sha.  Saya mahu cepat ni.  Terima kasih ya.”

Tanpa berlengah Ezlika terus masuk ke dalam rumah, mahu menukar pakaian yang sudah basah itu.   Dia harus segera ke temujanji yang sudah direncanakan.

Bab 2

Zulaika menjadi cemas dan tidak tentu arah. Pantas dia mengambil minyak panas dan dengan tangan yang terkial-kial dia membuka penutup minyak panas itu. Setelah itu perlahan-lahan pula dia menyapu ke pelipis ibunya. Dia memicit-micit kepala ibunya dengan lembut.

“Sakit sangat ni Ika, boleh tak Ika belikan ibu ubat itu. Tak tahan, sakit sangat ni.  Aduh! Sakitnya!!!”  Puan Zanariah mencungap serta mengerang kesakitan. Sesekali ditarik-tarik rambutnya berkali-kali. Peluh mulai merenik di dahi.

“Ibu Ika pergi sekarang, ibu sabar ya.”

Tidak lama Zulaika masuk ke bilik, kemudian tergesa-gesa keluar.  Dia menutup semua pintu dan jendela.  Kemudian keluar mengikut pintu hadapan.  Pintu hanya ditutup rapat sahaja.

“Ibu, Ika pergi dulu…” laung Zulaika dari halaman. Dia mencapai basikalnya dan terus mengayuh laju sebelum berpaling sejenak ke pintu rumahnya.

Sampai di persimpangan jalan, Zulaika ditegur oleh beberapa pemuda kampung yang saja-saja duduk di pondok, konon menunggu bas sambil menghisap rokok. Zulaika tidak mempedulikan mereka. Mindanya cuma difokus untuk segera mendapatkan ubat ibunya.  Dia terus mengayuh basikalnya dengan laju. Dia sudah mencongak sebelum keluar tadi, dia ingin terus sahaja ke Morib.

Di sana ada klinik dan farmasi. Di sana mudah mendapatkan ubat untuk ibunya. Dia sudah tidak sanggup mendengar rintihan ibunya yang menahan kesakitan. Dia ingin ibunya segera sembuh seperti sediakala.

Bab 3

“Hei kereta! Kau jalanlah dulu.  Nak bersaing dengan aku kenapa?”  kata demi kata terungkap dari mulutnya.  Hujan masih menggila. Masih belum ada tanda-tanda mahu henti. Kereta Toyota yang mengekorinya kini sudah bersaing dengannya.

“Ika! Hujan ni!  Marilah naik kereta. Rumah kau jauh lagi!”

Hamdan anak ketua kampung yang tidak diketahui apa perkerjaannya itu menyapa dan mengajak Zulaikah menaiki kereta. Cermin tingkap dibuka sedikit.  Zulaika tidak menghiraukan ajakan Hamdan yang begitu beria-ia sekali.

“Ika… Nanti kau demam.  Naiklah cepat kereta kawan aku ni! Aku pun sama nak balik ni. Marilah!” ajaknya lagi.

Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh rakan Hamdan, mengadang perjalanan dan berhenti secara tiba-tiba. Basikal Zulaika terus melanggar kereta berkenaan hingga menyebabkan dia terjatuh. Hamdan keluar dari kereta dan memujuk Zulaika agar menaiki kereta temannya.

Zulaika terpaksa bersetuju memandangkan hujan lebat dan rantai basikalnya sudah putus. Hamdan membantu memasukkan basikal Zulaika ke dalam boot belakang kereta. Mula-mula Zulaika enggan, tetapi terpaksa bersetuju apabila menyedari basikalnya tidak boleh berfungsi lagi kerana rantainya sudah putus. Dengan berat hati dia terpaksa mengikut sahaja. Dan apabila masuk di dalam perut kereta, barulah dia sedar ada beberapa orang sahabat Hamdan yang lainnya.

Lelaki yang duduk bersebelahannya memberi senyuman.  Zulaika tidak mengendahkannya.  Dia menundukkan kepalanya.  Kemudian mengerling Hamdan yang turut basah kuyup sepertinya.  Zulaika menggigil kesejukan.  Tubuhnya yang basah, dicampur pula dengan kesejukan penghawa dingin yang dipasang sehingga maksimum sejuknya.  Bodoh kawan Hamdan ni, dah tahu hujan buat apa pasang penghawa dingin kuat-kuat? Zulaika merungut di dalam hatinya.

Zulaika mengeluarkan bungkusan ubat ibunya dari dalam poket seluar.  Dia bimbang, ubat itu akan basah dan rosak.  Bungkusan ubat berkenaan digenggam lalu dicium-ciumnya.  Di hatinya kebimbangan akan keadaan ibu yang ditinggalkannya itu.  Dia merenung cermin bahagian hadapan.  Wiper melibas ke kiri ke kanan dengan pantas.  Kenapa lambat sangat sampai ni?  Aku kayuh basikal lagi laju! Dia merungut lagi kerana tidak berpuas hati.

Hujan masih belum reda lagi apabila rakan Hamdan bernama Fitri, tiba di satu simpang.  Fitri terus membelok ke kawasan kelapa sawit dan masuk sehingga satu km ke dalam.

“Kita nak ke mana ini?” tanya Zulaika dengan debaran sungguh curiga.

Dia tahu, itu bukan jalan masuk ke kawasan perkampungannya.  Zulaika terus menepis tangan Hamdan yang sedang berpaut di kepala tempat duduk hadapan.  Dia ingin keluar dan selamatkan diri.  Dia sudah terhidu bahawa dia di dalam bahaya.   Dia ingin membebaskan diri.

“Ketepi!” Zulaika bertempik.

“Nak ke mana?” Hamdan menepis tangan Zulaika.

“Kan hujan lagi tu,” ujar pemuda di sebelah kanan Zulaika yang sedari tadi asyik memerhatinya.

“Lepaskan aku! Lepaskan!” Zulaika menjerit.

Baik Hamdan, Fitri dan seorang lagi bernama Rafiq yang duduk bersebelahan Zulaika  hanya ketawa sahaja.  Sementara itu Hamdan memegang kuat tangan Zulaika yang cuba meronta-ronta.  Mereka sampai ke sebuah rumah kosong. Fitri mematikan enjin kereta berhampiran pintu masuk. Tangan Zulaika direntap dan diheret oleh Hamdan.

Zulaika meronta-ronta dan meraung meminta dilepaskan. Dia cemas.  Panik. Seluruh tubuhnya menggeletar. Ketika itu, ketakutan mula menguasai dirinya. Dia memikirkan tentang ibunya yang sakit. Ubat ibunya yang dibelinya tadi, tercampak jauh entah ke mana. Zulaika menangis, merayu kepada Hamdan supaya tidak mengapa-apakan dirinya. Tidak seorang pun yang mempedulikannya. Dia benar-benar ketakutan. Peluh dingin meluncur keluar tanpa henti.  Walau hujan beserta guntur berantakan.

Fitri, Rafiq dan Hamdan sudah tertawa berdekah-dekah melihat Zulaika cemas dan ketakutan. Nafsu mereka semakin bergelora melihat susuk tubuh Zulaika walaupun memakai pakaian lelaki.

“Tomboi.  Tomboi kena kuat!  Lawanlah!” Hamdan merentap tangan Zulaika ketika Zulaika cuba menggigit tangannya lalu menolaknya ke dinding.

Kepala Zulaika terhantuk kuat ke dinding dan tubuhnya tersembam ke lantai.

“Medan.  Tolonglah!  Tolong jangan apa-apakan Ika.  Tolonglah Medan.”  Zulaika merayu sambil menahan kesakitan di kepala yang terhantuk sebentar tadi.

“Jaga kau! Ika beritahu pakcik nanti.” Zulaika mengugut untuk memberitahu ketua kampung tentang perangai Hamdan dan rakan-rakannya. Dia cuba untuk bangun tapi kedua-dua belah tangannya dipegang kuat oleh Hamdan dan Rafiq.  Hamdan dan rakan-rakannya tidak mengendahkan tangisan dan rayuan mohon simpati Zulaika.

Bab 4

Masuk yang ini, sudah empat kali Ryan datang ingin bertemu Zulaika. Dia ingin menyapa juga memohon maaf atas apa yang berlaku. Dia ikhlas ingin berkawan dengan Zulaika.  Ingin mengubat luka terpilu.  Ingin menghibur gundah di hati.  Dia ingin bertemu dengan gadis itu sebelum berangkat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di United Kingdom.

Pergilah cepat! Buat apa kau datang?  Kalau cerita aibku telah kau tahu? Aku tak akan rela meluahkan segala keluhanku kerana ianya teramat pilu yang mendera di dadaku.  Zulaika berkata di dalam hati. Tangan Zulaika menampar nyamuk yang menggigitnya tanpa sedar bahawa tamparan itu akan menarik perhatian tetamunya.

Mata Ryan mengalih pandang ke arah dalam kebun apabila dia terdengar bunyi tamparan tersebut. Cepat-cepat Ryan mematikan enjin motorsikalnya.  Zulaika cuba bangun hendak beredar. Tanpa sedar dia terlanggar sebatang pokok pisang tumbang lalu dia jatuh terduduk. Terperanjatkan Zulaika, burung merbah yang asyik memakan buah ceri tadi bertempiaran terbang ke pohon ceri lain.

Kebisingan yang terbit daripada kicuan burung itu menyebabkan Ryan dapat mengesan di mana Zulaika berada. Dia pantas berjalan ke arah datangnya bunyi berkenaan.

“Assalamualaikum…” Ryan menyapa lembut.

“Waalaikumussalam…” balas Zulaika keras. Mukanya merah padam menahan malu. Bukan malu kerana terjatuh, tapi malu pada peristiwa hitam yang terpalit. Zulaika membatukan diri, duduk mencangkung berselindung di sebalik pokok terung telunjuk.

“Saya Ryan. Dah banyak kali saya datang tapi awak tak ada di rumah ke?” Ryan melangkah perlahan-lahan ke arah Zulaika untuk memulakan perkenalan. Wajahnya tetap tampan walau memiliki rambut pendek hampir botak. Bibir merahnya memberikan senyuman agar Zulaika tidak berasa janggal dengannya.

Zulaika bangun merenung wajah kacak jejaka berusia 23 tahun di hadapannya yang memiliki kulit cerah kemerah-merahan, tinggi lampai dan bertubuh tegap. Dia pantas tunduk.

“Tolong pergi dari sini.  Aku tak mahu diganggu. Tolonglah pergi.” Dia bersuara lembut bercampur hiba. Zulaika memalingkan tubuhnya. “Pergi… pergi!!!” Zulaika berlari meninggalkan Ryan, sambil menyusup masuk ke kebun pisangnya dan menghilang.  Kesakitan jiwa dan rohani yang mencengkam dirinya masih belum mampu diubati.

Terkebil-kebil Ryan memerhati Zulaika berlalu. Kaget seketika. Jiwanya tercuit resah. Rasa kasihannya terhadap Zulaika kian mendalam. Dia faham perasaan Zulaika sekarang ini. Dia ingin bersama mengubati kepedihan Zulaika. Menyingkir kesakitan jiwa dan emosi yang mengganggu memori Zulaika. Dia tahu, dia harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap Zulaika. Namun apabila berkali-kali Ryan memanggil, gadis itu tidak menghiraukannya. Akhirnya Ryan mengalah dan berlalu.

Setengah jam kemudian, Zulaika keluar dari tempat persembunyiannya. Dilihatnya motosikal pemuda itu sudah tiada lagi. Pantas dia berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci diri.   Dia tidak dapat lari dari dipanggil lagi kerana tidak lama kemudian, namanya disahut-sahut. Tetapi suara itu amat berlainan daripada suara Ryan.

Bab 5

“Kau nak apa lagi hah? Tak faham ke? Aku cakap jangan ganggu aku!” Zulaika bersuara keras. Dia hanya tercegat di hadapan pintu.

Ryan mendekati Zulaika.  “Lepas ni saya takkan ganggu lagi. Saya akan ke UK mungkin dalam 3 tahun.” Ryan terhenti seketika. Dia seperti mendengar derap kaki terpijak daun kering. Suasana gelap tidak membolehkan dia mengagak. Malas dia hendak mengambil kisah. “Apa nama penuh kamu?” lembut dia bersuara.

“Zulaika.  Kenapa?” balas Zulaika sombong.

Dalam samar-samar, dia juga terdengar langkah terhendap-hendap memijak daun kering. Mungkin kucing jantan merayau-rayau, getus hati Zulaika lantas mengalih pandang memerhati kekacakan anak muda itu. Dia amat berterima kasih kepada pemuda itu kerana telah membawanya pulang.  Akhirnya, Zulaika lembut hati menghulur tangan untuk bersalam.

“Terima kasih kerana selamatkan saya,” ucapnya sambil menahan sebak. Memorinya masih belum mampu menghapuskan malapetaka yang menimpa.

Ryan segera menyambut tangan Zulaika dan bersalaman. Lembut halus tapak tangan Zulaika dirasakannya.  “Harap Ika sudi berkawan dengan saya. Saya ikhlas. Saya tahu perasaan Ika.  Ika… Saya sanggup bertanggungjawab. Saya harap dapat jumpa Ika semula bila saya balik dari UK nanti.” Selesai berkata-kata, barulah tangan Zulaika dilepaskan.

“Assalamualaikum!” Keras bunyi sapaan dari dalam gelap.

“Waalaikumussalam…” balas Ryan lembut.

Sekumpulan pak lebai datang menyusur dari belakang rumah Zulaika. Mereka menghampiri Zulaika dan Ryan.  Darah Zulaika sudah naik ke muka dan dia tahu ada satu malapetaka yang datang lagi!

“Apa kamu buat berdua-duaan di sini?”  tegur Pak Imam dari belakang.  Dia menghampiri Ryan.  “Kau ni siapa? Abang dia ke?” Pak Imam meninggikan suara seakan mengherdik marah.

“Sa… sa… saya datang nak jumpa dia sekejap.” Balas Ryan tergagap-gagap memberi alasan.  Fikirannya sudah menangkap tentunya dia ditangkap khalwat.  “Kami berbual-bual saja pak cik.” Ryan bersungguh-sungguh berterus terang.

“Berbual apa dalam gelap?” Pak Imam menjerkah.

“Sudin!” panggil Pak Imam.  “Kau buka lampu rumah ni.  Biar nampak jelas muka-muka pengamal maksiat ni.” Tajam bunyi sindiran Pak Imam.

Berdesing juga telinga Sudin apabila mendengar kata-kata Pak Imam melemparkan tuduhan terhadap Zulaika sedemikian.  Sudin masuk ke dalam dan mencari suis.  Lampu terpasang.

Zulaika semakin cemas.  Dia tidak memahami apa-apa pun.  Dia mulai ketakutan apabila terpandang Hamdan ada bersama.  Tubuhnya mula menggeletar.  Lemah segala sendi-sendi.

“Abang Sudin, apa semua ni?” Zulaika menarik lengan baju Melayu Sudin.

Sudin mematikan diri terus membisu.  Dia tidak menyangka Zulaika sanggup melakukan perbuatan sekeji itu.  Menurut Hamdan semasa di surau, Zulaika kerap bertemu Ryan di dalam gelap.  Malah sejak kematian ibunya, Zulaika membawa masuk Ryan ke rumah.  Sudin memandang tinggi terhadap keluarga Zulaika.  Dia sungguh terperanjat.  Apatah lagi, sudah dilihat dengan sendiri ada lelaki bersamanya.

“Kamu ditangkap berkhalwat! Faham?”  herdik Pak Imam.  “Masuk ke dalam semua.”  Pak Imam mengajak mereka yang berdiri di luar supaya masuk ke dalam rumah Zulaika.

“Kau ambil peluang ya, bila ibu kau dah meninggal, abang kau tak ada.  Kau buat maksiat.” Pak Imam menjeling ke arah Zulaika.  “Apalagi bawa masuk budak jantan tu.  Pandai buat, pandai tanggung.” Pak Imam mengusap-usap janggutnya yang cuma beberapa helai itu.

Ryan diheret masuk ke dalam ruang tamu rumah Zulaika.  Dia ditolak duduk ke kerusi oleh Hamdan dan terperesuk.  Ryan hanya mampu mendiamkan diri.  Setiap apa yang dinafikannya mendapat bidasan pedas daripada Pak Imam dan lain-lain, termasuk Hamdan.

Bunyi derap yang didengar oleh Ryan tadi adalah bunyi Hamdan terpijak daun-daun kering.  Dia ke rumah Zulaika berniat jahat.  Ingin mengulangi perbuatannya sebelum ini.  Bila mendapati Ryan bersama Zulaika, dia panas hati lalu membuat laporan kepada Pak Imam.

“Apa nombor telefon rumah kau?” Pak Imam bertanya setelah disoal siasat tentang Ryan.  Dia bertanggungjawab memastikan tidak ada belaku maksiat di kampungnya.

“Kita kena kahwinkan dia juga malam ni.  Biar emak bapak dia tahu apa anak dia dah buat.”  Pak Imam bangun memandang ke arah Zulaika dan Ryan bergilir-gilir.  “Bawa mereka berdua ni ke surau.  Kita buat pernikahan ini di sana malam ini juga.” Pak Imam menjatuhkan hukuman kepada mereka berdua.

Mendengar perkataan kahwin, Zulaika menangis sekuat-kuatnya.

“Abang Sudin… Abang Sudin.  Kenapa saya dibuat macam ni? Saya tak buat apa-apa pun.  Dia yang datang.  Saya tak kenal pun dia.  Abang Sudin… Tolong Ika abang Sudin.  Tolong Ika.  Ika tak salah.” Zulaika menarik-narik lengan Sudin.  “Ika tak nak kahwin. Ika tak nak!”  lengan Sudin dipeluk kuat.

Lengan baju Sudin sudah kuyup dengan air mata Zulaika.

Bab 6

Hari ini genap seminggu Ryan berada di kota London. Ketiadaan Ryan dirasai oleh Zulaika. Sehari sebelum Ryan berangkat, Zulaika ternanti-nanti juga akan kehadiran Ryan. Sehingga ke malam dia menantikan, namun Ryan tidak menunjukkan mukanya. Tiba-tiba dia merasa rindu terhadap Ryan. Tidak siapa menyangka, terjejak sahaja kaki Ryan di kota London, Zulaika sudah merasakan rindunya itu.

Seminggu itu juga, dia memendam rasa rindu yang mendalam terhadap Ryan. Segala yang dibuat rasa serba tak kena. Apakah Ryan merajuk hingga tidak mahu berjumpanya sebelum pergi? Semua ini kerana mengikutkan kata hatinya untuk tidak mahu bertemu Ryan lagi. Hatinya belum terbuka untuk menjadi isteri lelaki itu. Kehidupannya sudah hancur. Malah dia sangat bencikan Ryan kerana Ryanlah penyebab dia dinikahkan secara paksa.

Terdengar sahaja bunyi motosikal lalu di hadapan rumahnya, dia menyangkakan Ryan yang datang. Sedangkan dia tahu Ryan tidak ada di Malaysia. Sekejap-sekejap dia menjenguk ke jendela memerhati ke jalan raya. Kenapa aku ni? Kenapa aku teringatkan dia? Zulaika merintih resah. Jiwanya benar-benar tidak keruan dan gelora hatinya memang tidak dapat disembunyikan.

“Abang… Saat kau tinggalkan aku, cepatnya hati aku sudah terbuka untukmu, Abang… Ika rindukan abang.” Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipi Zulaika.

“Ika… Ika…”

Zulaika tersentak apabila namanya dipanggil seseorang. Suara itu seperti suara Sudin. Pantas Zulaika bangun dan melihat Sudin datang bersama dua orang anaknya.

“Kakak Ika… Kakak Ika. Kakak dah siap ke?” Julie anak Sudin memanggil dari dalam kereta.

Zulaika tersipu-sipu lantas mengesat air matanya. “Ya… ya… Kakak dah siap. Kakak nak tutup tingkap ni.” Zulaika terus menutup rapat tingkap cerminnya dan keluar.

Hari ini, Ekhwan pulang ke tanah air. Zulaika berasa gembira berbaur bimbang kalau-kalau abangnya akan mengamuk nanti apabila mendapat tahu dia sudah bernikah. Apakah patut dia merahsiakan saja? Mana mungkin! Tentu abang Sudin akan memberitahu abang.  Malah orang-orang kampung juga akan memberitahu abang.  Belum sempat kaki abang memijak lantai rumah, berita dia ditangkap basah pasti sudah dimaklumkan.  Hati Zulaika semakin merisau.  Di sepanjang perjalanan, duduknya meresah.

“Ika… Pasal hal kamu, biar abang yang beritahu. Kamu diam saja. Lagi satu, kamu tu jangan duk menangis-nangis lagi.” Sudin menasihatkan ketika memandu.

Dia sedar akan kegundahan hati Zulaika.  Kiranya Zulaika  tabah menghadapi situasi yang benar-benar mencemarkan air muka dan keluarga.  Sudin memuji kecekalan Zulaika menghadapi tohmahan, fitnah dan hinaan.  Apatah lagi, berhadapan dengan situasi tegang ketika ditangkap dan dituduh berkhalwat sehingga membawa kepada pernikahan secara instant.

Bab 7

Ikan keli masak lemak cili padi kegemaran Ekhwan terhidang bersama telur asin dan sambal ikan bilis kegemaran Zulaika. Kedua-dua membaca Bismillah dan memulakan makan. Walaupun hati Zulaika masih terasa rindu dengan Ryan tetapi kepulangan Ekhwan mengubat luka dihatinya. Ekhwan memerhati Zulaika. Hatinya sayu melihat wajah Zulaika yang masih kelihatan muram. Selesai makan, Zulaika mengemaskan meja. Ekhwan masih duduk di meja makan memerhati Zulaika yang sibuk mengemas. Perlahan-lahan air kopi dihirup.

“Ika… Mari duduk sini.” Ekhwan memanggil Zulaika. Dia menarik kerusi di sebelahnya untuk si adik.   Zulaika datang dan terus duduk. Dada Zulaika berdebar-debar. Ajakan abangnya itu seolah-olah mengandungi sesuatu.

“Abang Sudin dah cerita dengan abang ke pasal Ika?” Zulaika bertanya terus. Tidak mahu diri berteka teki.

“Dah.”  Balas Ekhwan perlahan, cuba menenangkan diri. Kemudian dia menghirup habis air kopi yang tinggal bersisa di dalam cawan.

“Semua abang Sudin dah ceritakan. Tapi kenapa Ika nampak murung lagi? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan suami Ika tu? Apa nama dia?” Ekhwan bertanya dengan penuh diplomasi. Takut pertanyaannya nanti mengores hati si adik yang tampaknya sedang bersedih.

“Ryan.  Entahlah! Ika pun tak kenal dia. Tinggal mana?  Anak siapa?  Semua Ika tak tahu. Yang Ika tahu, dia dah pergi ke London sambung belajar.” Jelas Zulaika lambat-lambat. Menyebut nama Ryan, hatinya terasa begitu pedih sekali.

“Agaknya Ika ni sedang merindulah.  Pasal tulah muram saja muka manis adik abang ni.” Ekhwan memerli sambil meraup muka Zulaika. Kasihan Zulaika. Sudahlah dipaksa berkahwin dan sekarang suaminya tidak ada di sisi.

“Mana ada.  Ika tak suka dia. Sampai bila-bila pun Ika tak nak dia. Ika tak kenal dia pun. Dia saja yang datang.”  Zulaika cuba berselindung.

Kalau boleh dia tidak mahu lagi mengingati Ryan. Tidak mahu pelukan suaminya itu di malam pertama mereka. Tetapi apa daya dia.

“Kalau tak kenal, kenapa dia boleh datang cari Ika? Tak ke pelik bunyinya?” Ekhwan mengerutkan dahinya kehairanan.

“Tak kenal…” jawab Zulaika mendatar.

“Cuba cerita kat abang.  Macam mana Ika kenal dia?” Ekhwan menyoal, memberi tekanan kepada Zulaika untuk menjawabnya.

“Ika tak kenal dia pun.  Dia yang datang. Banyak kali dia datang.  Ika tak pernah layan pun, tapi malam tu Ika cakap dengan dia suruh pergi dan jangan ganggu Ika lagi. Ika dah maafkan dia.  Tapi dia nak berkenalan dengan Ika. Dia cakap dia sanggup bertanggungjawab.”  Zulaika sudah mula menangis. Terasa dirinya terjerat dengan tuntutan berterus terang itu. Terasa dia sendiri memungkiri janjinya untuk merahsiakan tragedi ngeri itu.

“Bertanggungjawab apa?” tiba-tiba suara Ekhwan meninggi.

Keresahan terukir jelas di wajahnya. Dia sudah mula syak adiknya benar-benar melakukan maksiat setelah kematian ibunya dan sepanjang ketiadaannya. Sebab itulah dia ditangkap khalwat.

Zulaika menangis lagi. Dia ketakutan. Apakah perlu dia memberitahu segala yang berlaku terhadap dirinya. Kalau dia memberitahu apakah abangnya akan percaya? Ekhwan tiba-tiba naik berang. Dia memusing kedudukan kerusinya. Kini mereka saling menghadap sesama sendiri.

“Beritahu abang, bertanggungjawab atas apa? Kamu mengandung, kan? Budak tu bapak anak dalam perut kamu ni.  Betul, kan?” Ekhwan terus melemparkan tuduhan semberono menyebabkan mata Zulaika terbeliak. Tidak menyangka kata-kata itu keluar daripada mulut abangnya.  “Cakap! Abang nakkan penjelasan!”

Kemarahannya sudah meluap-luap. Ekhwan bangun lantas meluru ke dapur menyelongkar mencari parang panjang. Kemudian dia keluar dengan sebilah parang panjang tergenggam kuat di tangan kanannya.

Bab 8

Sudin akhirnya bersetuju untuk membeli sebidang tanah seluas 3 ekar kepunyaan emak Ekhwan dengan harga RM400,000. Ekhwan membantu Sudin membuat kertas kerja untuk pinjaman bank. Tanah 3 ekar yang menyimpan segala kenangan manis bersama ibu dan bapa kesayangan kini menjadi milik Sudin selepas dua bulan Ekhwan pulang dari luar negara.

Rumah, kebun pisang dan buah-buahan, kolam ternak ikan keli dan ikan betuk juga reban-reban ayam kampung segalanya ditinggalkan.  Mereka kini beralih arah ke utara. Ekhwan memulakan tugasnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Zulaika pula sudah menukar namanya ke Ezlika. Dia tidak mahu lagi dipanggil Zulaika mahupun Ika. Dia mahu dikenali dengan nama Ezlika atau Eli.  Itu dilakukan demi menghapuskan segala ingatan dia terhadap apa yang berlaku selama ini dengan dirinya.

Dan ketika berpindah itu barulah dia mengetahui dirinya mengandung. Berita tersebut diterima dengan perasaan yang pelbagai oleh Zulaika atau nama barunya Ezlika.  Dia tahu dia hanya bersama semalam sahaja bersama Ryan dan sekarang benih lelaki itu di dalam perutnya. Namun Ezlika sedar segalanya ketentuan Allah swt dan mahu dengan tidak, dia terpaksa menerimanya.

“Eli… Apa lagi yang dimenungkan tu?” tegur Ekhwan ketika menghampiri adiknya yang asyik bermenung mengelamun di balkoni.  “Tak baik untuk kesihatan bagi ibu-ibu mengandung tau.  Ingat doktor nasihat tadi? Dia suruh Eli banyakkan rehat dan banyakkan minum air kan?  Abang ni taklah pandai meneka bentuk perut orang mengandung ni, tapi dari pengamatan abang, abang tengok perut Eli ni bukan macam lima bulan mengandung tapi dah macam tujuh bulan.” Ekhwan tersengih tapi tidak terus untuk tertawa.  Bimbang adiknya akan berkecil hati.

“Orang bertubuh besar macam Eli ni, memanglah nampak bertambah montel bila mengandung.  Nantilah, lepas bersalin nanti, Eli akan kuruskan badan ni.  Masa tu abang pun tak kenal Eli lagi.  Maklumlah abang kan selalu terbang ke sana ke mari.” Ujar Ezlika mendatar.

Matanya memandang ke bawah memerhati sayup sekumpulan kanak-kanak yang riang bermain di taman permainan yang disediakan oleh pihak kondominium.  Angin petang menyamankan wajahnya membuatkan dia berasa tenteram.  Dalam damai itu ada kerinduan menyapa di jiwa.  Rindu yang tiba-tiba menyelinap ke ruang rongga.  Rindu pada seseorang.

“Eli cuba teka siapa dia ni?” Ekhwan mengeluarkan sekeping gambar dari dalam kocek seluarnya.

Sengaja dia merubahkan tajuk perbincangan.  Sudah acap kali dia melihat wajah suram adiknya yang sedang resah gelisah.  Dia tahu adiknya bersedih.  Dia tahu adiknya sedang berperang dengan perasaan rindu.  Tetapi apakan daya Ekhwan, dia sendiri memilih jalan begitu.  Ezlika masih berdegil untuk tidak mahu merapatkan hubungan dengan suaminya.  Bukan sukar untuk mencari keluarga mentua yang terpisah.  Cuma dengan mengiklankan di dalam akhbar, Ekhwan pasti ibu mentua Ezlika akan datang menemuinya.  Maka terlerailah resah geliah yang ditanggung oleh adiknya itu.

Ekhwan merenung seketika gambar seorang model anggun mengayakan evening dress berona ungu.  Begitu manis sekali senyumannya.  Gambar yang diberikan oleh bosnya tiga bulan yang lalu.  Baru dua kali dia bertemu si gadis cantik manis yang memiliki perwatakan manja mengada-ngada itu.  Ekhwan amat tertarik dengan penampilannya yang anggun dan bergaya.  Bukanlah citarasanya sedemikian, cuma dia terlalu acap diperagakan dengan kecantikan dan gaya yang sememangnya memikat hati.  Setiap kali penerbangan, dia akan membawa paramugari-paramugari cantik menawan, gadis-gadis model dan juga artis anggun yang berpakaian seksi.  Dia suka pada kecantikan.  Sebab itu, bila bosnya merekomen Haniza kepadanya, dia terus setuju.

“Ala abang ni tentulah dia seorang model.” Ezlika mengerling ke arah gambar yang ditunjukkan oleh abangnya itu.  “Cantik…” dia memberi pujian ikhlas.  Ezlika menatap seketika gambar gadis berpakaian gaun petang bertali halus.  Memang menggoda.

“Tekalah siapa dia.” Ekhwan tersenyum, menyuruhnya meneka lagi.

“Cakap sajalah siapa dia?” Ezlika malas untuk berteka-teki kerana perutnya terasa nyilu sekali.  “Hmm… makwe abang ya!” dia sudah dapat menduganya.  Ezlika pasti, wanita itu tentunya kekasih abangnya.  Kalau tidak, masakan dia senang-senang menunjukkan gambar wanita tadi.

“Mana tahu?” Ekhwan sengaja bertanya.  Dia tahu itu satu soalan bodoh yang tidak perlu ditanya.

“Tak kan lah abang saja-saja nak simpan gambar perempuan yang abang tak suka. Abang nak kahwin dengan dia ke?” terus terang Ezlika bertanya.

“InsyaAllah.  Abang dah berkenan dengan dia.  Eli suka tak?”

“Eli tak kisah siapa saja pilihan abang, Eli setuju,” dia berdiam diri seketika membuang pandang ke lantai.   “Tapi…” Ezlika terdiam semula.  Sebenarnya dia ingin membantah tidak setuju dan tidak berkenan dengan pilihan abangnya.

Tiba-tiba dia merasa benci pada wanita itu.  Dia benci, wanita itu akan merampas kasih sayang yang tertumpah kepadanya sejak dia kehilangan ibunya.  Malah, dia tahu tidak elok terlalu membenci seseorang.  Masalahnya, wanita itu pilihan abangnya.  Ezlika bimbang, abangnya tersalah pilih.  Dia bukanlah mempunyai makrifat dalam melihat personaliti pada raut wajah seseorang.  Namun, Ezlika sudah dapat mengagak wanita sofistikated pilihan abangnya seorang yang sangat manja dan mengada-ngada.  Bimbang nanti, abangnya tidak mampu mengikut kehendak wanita itu.

“Kenapa? Eli tak berkenan ke?  Ceritalah dengan abang.” Timbul rasa kesal sekiranya Ezlika tidak menyukainya sambil menatap gambar wanita yang sudah bertahta di hati.

Kemudian perlahan-lahan dia memasukkan gambar berkenaan ke dalam kocek seluarnya semula.  Dia mahukan adiknya memberi komen tentang gadis yang di dalam gambar itu.  Dia juga mahukan Ezlika suka pada wanita yang sudah mendapat tempat di hatinya.  Dia tidak kisah sekiranya Ezlika memberi komen tentang keseksian Haniza.  Kerana dia menggemari cara berpakaian Haniza, lagipun kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan pakaiannya.  Dia tidak kisah sekiranya Ezlika menyatakan Haniza tampak mengada-ngada.  Kerana perangai boleh dilentur apabila sudah berkahwin.  Isteri sepatutnya mentaati dan mendengar cakap suami.  Itu wajib buat para isteri.  Dalam pada itu, Haniza akan beransur-ansur berubah dan mudah-mudahan dibuka pintu hatinya untuk memakai tudung.

Bab 9

Ezlika menjadi serba salah untuk tinggal bersama abangnya. Setiap kali Ekhwan berada di luar negara, dia tentunya akan diperli-perli oleh Haniza.

“Laki tak ada, tau-tau ada anak. Laki aku menanggung biawak hidup.” Haniza memerli. Dia mendekati Ezlika yang sedang menyusukan Eli Ian Bakhtiar.  “Lain kali, bila aku balik kerja… Sambut aku, sambut beg aku. Jangan nak senang mengangkang duduk-duduk tengok televisyen.” Haniza menunjal kepala Ezlika. Dia baru sahaja pulang dari butiknya.

Ezlika hanya tunduk dan terus menyusukan anak-anaknya. Dadanya mula sebak. Tidak sanggup dia mendengar cacian Haniza lagi.  Dia sedar bahawa dirinya tinggal menumpang.  Segala milik abangnya, adalah milik isterinya juga.  Ezlika tidak mampu membantah.  Dia terpaksa menurutkan kehendak kakak iparnya itu.

“Dengar tak aku cakap ni?” Haniza menarik rambut Ezlika sehingga mendongak.

Geramnya dia terhadap Ezlika, seperti Dang Suri yang begitu marahkan Lela dan Manja kerana mengintip rahsianya.  Bengis Haniza persis Normadiah yang melakonkan watak Dang Suri di dalam filem Lela Manja arahan Jamil Sulong.

“Anak-anak kau jangan dibiarkan main di ruang tamu. Habis sofa mahal aku tu. Faham!” rambut Ezlika dilepaskan.

Ezlika mengangguk. Air matanya mula mengalir. Dia tidak menyangka sifat kakak iparnya sedemikian. Bermuka-muka apabila abangnya ada di rumah. Seminggu Ekhwan tiada, seminggu pula Ezlika terpaksa mendengar cacian dan leteran Haniza. Sementelah, kalau sebulan dua Ekhwan tiada, bertambah menjadi-jadi perangainya. Terpaksalah Ezlika menulikan telinga.

Kini setiap kali Haniza pulang dari kerja, Ezlika terpaksa menyambutnya dengan tunduk hormat kepadanya. Kemudian menyambut begnya sekali dan membawanya naik ke bilik. Seterusnya menyediakan minum dan makan malam untuknya.  Kain baju Haniza juga terpaksa diuruskannya. Mahu dengan tidak, terpaksa Ezlika menabahkan dirinya melayan kerenah Haniza. Dia tidak pernah mengadu atau bercerita kepada Ekhwan. Ezlika hanya mampu berdoa agar kakak iparnya itu berubah sikap.

Saban hari Ezlika mengharapkan perubahan dalam diri Haniza namun hampa, malahan perangainya semakin teruk. Entah angin apa yang merasuk ke dalam tubuh Haniza, dia mengamuk-ngamuk ketika pulang dari kerja. Mungkin perniagaannya tidak beberapa maju, atau berselisih faham dengan rakan kongsi niaganya. Beg yang dipegang, terus sahaja dilempar ke arah Ezlika. Tidak sempat Ezlika menyambutnya.

Haniza melangkah geram terus menuju ke dapur. Terdengar suaranya menjerit-jerit bagai kehilangan sesuatu.

“Apa kosong saja peti sejuk ni? Orang tak ramai, tapi barang dalam ni habis!” Haniza menghempas pintu peti sejuk. “Duit aku yang beli barang-barang ni! Jangan main sedap nak sental!” kedengaran bunyi cawan dilempar ke dalam singki.

Diam seketika.

“Hai! Baru semalam aku beli kek Secret Recipe dah habis? Apa kau buat di rumah? Melantak saja ke?” Haniza keluar dari dapur, sengaja dia melanggar Eli Ian Bakhtiar yang baru pandai memapah-mapah di sofa lalu si kecil itu jatuh terduduk.

“Mama… mama…” Eli Ian Bakhtiar mencuba lagi, sedikit pun dia tidak menangis.

Ezlika yang ketika itu sedang melipat kain baju setelah menyimpan beg Haniza di bilik, cuma mampu memekakkan telinga. Sudah acap kali dia mendengar kata-kata sindiran itu. Eli Ian Umairah sedang nyenyak tidur di sisi Ezlika.

Kepulangan abangnya kali ini, membuatkan dia ingin berbincang. Dia ingin keluar dari rumah abangnya dan tinggal menyewa. Dia ingin mencari pekerjaan sendiri. Namun apabila difikir-fikirkan, timbul belas kasihan terhadap abang yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Abang yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara diri dan anak-anaknya. Malah, Ekhwan memanggil dirinya ‘papa’ kepada anak kembar Ezlika, agar Eli Ian Umairah dan Eli Ian Bakhtiar tidak merasa kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan bersilih ganti, Ezlika melenyapkan sahaja perasaan terasa hati terhadap kakak iparnya. Dibiarkan sahaja sindiran-sindiran menyelinap masuk ke telinga kiri, keluar ke telinga kanan. Ekhwan melarangnya keluar dari rumah dan hanya membenarkan Ezlika bekerja setelah usia kembarnya menjangkau dua tahun.

Terlalu lama buat Ezlika untuk merempuh hari-hari bila ketiadaan abangnya. Segala sindiran dan cercaan ditelan begitu sahaja. Haniza masih berperangai yang sama. Mulut bisanya tetap menyindir. Rumah yang sentiasa kemas, bersih dan teratur dikatakan berserabut. Membuatkan dia tidak betah duduk di rumah. Jika seminggu Ekhwan tiada, Haniza akan pulang 3 hari sahaja ke rumah, merungut-rungutkan Ezlika dan kembarnya. Macam cerita-cerita kekejaman ibu tiri di zaman dahulukala. Namun tidak pernah sekalipun Ezlika mengadu perihal kakak iparnya kepada Ekhwan. Hinggalah pada satu hari, Ekhwan pulang secara mengejut. Dia mendengar jeritan Haniza memarahi Ezlika.

“Eli! Anak sial kau ni tengok! Habis sofa aku ni kotor! Duduk menumpang menyusahkan aku.  Makan… Makan… Itu saja yang kau bertiga beranak pandai.” Haniza memekik memarahi Ezlika.

Eli Ian Bakhtiar diturunkan dari sofa dengan kasar. Tercampak Eli Ian Bakhtiar dan anak itu lantas menangis. Eli Ian Umairah yang sedang berdiri di sisi sofa juga ditolak kuat. Kedua-dua kembar itu menangis bertala-tala.  Mendengar tangisan kembarnya, Ezlika berlari dari ruang dapur menuju ke ruang tamu untuk memujuk kembarnya.

“Apa kakak ni? Janganlah buat anak-anak Eli macam ni.  Dia cuma budak-budaklah kak.” Ezlika bersuara. Tahap kesabarannya juga tercabar apabila melihat anak-anaknya ditolak dan dicerca.

Haniza menunjal kepala Ezlika.  “Makan kau, aku tanggung. Lagi nak banyak cakap!” herdiknya bercekak pinggang.  Memang layak Haniza diambil berlakon menggantikan pelakon yang terkenal dengan garang itu.

Ezlika memujuk kedua-dua anaknya lantas membawa mereka ke dapur.

“Pandai beranak saja! Lain kali jangan biarkan anak-anak kau main di sini. Barang-barang mahal aku ranap dibuatnya nanti. Engkau entah buat apa di rumah.  Pemalas! Tau makan saja!” Haniza menyepak kusyen yang jatuh ditarik Eli Ian Bakhtiar, hinggap ke belakang Ezlika ketika adik iparnya itu melangkah ke dapur.

Pang!!!

Haniza terperanjat. Dia mengusap-usap pipinya yang terasa perit. Lima jari hinggap ke pipi Haniza. Ekhwan panas telinga mendengar cacian Haniza terhadap adik kesayangannya.

Bab 10

Ryan kembali menjejakkan kaki ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya di United Kingdom. Ashraff dan Puan Junaidah menyambutnya di lapangan terbang. Perasaannya begitu riang sekali untuk bertemu keluarga dan isteri yang selalu diingati. Matanya liar mencari-cari Zulaika. Tidak sabar rasanya ingin bertemu Zulaika. Tak sabar ingin menatap wajah Zulaika.  Rindunya terhadap isteri yang sentiasa diingatinya ingin diluahkan apabila bertemu. Namun Zulaika tiada bersama Puan Junaidah dan Ashraff.

“Ibu, Ika mana? Kenapa dia tak ada?” Ryan bertanyakan Puan Junaidah kenapa Zulaika tiada bersama mereka semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ashraff yang memandu kereta hanya senyap. Perhatian ditumpukan sepenuhnya pada pemanduan. Matanya memerhati Puan Junaidah di cermin pandang belakang. Jantungnya berdebar, bimbang Ryan akan bertanya kepadanya.

“Ryan,” ujar Puan Junaidah lembut. “Maafkan ibu. Ibu tak pernah pun pergi bertemunya sejak Ryan pergi ke UK.” Puan Junaidah memberitahunya. “Ibu tak pernah melawat Zulaika. Ibu menjangkakan Ryan sentiasa berhubung dengannya.”

Puan Junaidah memohon maaf kerana tidak pernah menjenguk Zulaika semasa ketiadaan Ryan di tanah air. Terasa terkilan juga di hati Puan Junaidah kerana tidak terlintas langsung untuk menjenguk Zulaika.

“Ryan, abang pun minta maaf. Kamu sendiri tahu abang sentiasa sibuk dan jarang lekat di rumah. Lebih baik Ryan jumpa dia esok.” Ashraff menumpang memberi alasan lalu menasihatkan Ryan untuk bertemu Zulaika pada keesokan harinya.

Pagi itu, Ryan pergi ke tanah perkuburan terlebih dahulu. Dia menziarahi kubur arwah ayahnya yang sudah tiga bulan meninggal dunia. Ryan tidak sempat melihat ayahnya. Dia begitu sedih di atas pemergian orang yang dihormati dan disayanginya.

Pada sebelah tengah harinya pula, Ryan ke Batu Laut. Dia pergi mencari Zulaika. Tidak sabar dia ingin melihat isterinya itu. Bertanyakan khabarnya. Meluahkan rasa rindu dan sayangnya.  Walaupun, isterinya pernah berkata untuk menunggu hingga hatinya terbuka.  Namun dia pasti, kemunculannya akan merubah segala sekatan itu.

“Bila Ika pindah, bang?” tanya Ryan ketika Sudin menjemputnya masuk ke dalam rumah.

Ryan bukan saja terkejut mendengar berita Zulaika sudah berpindah, malah terkejut apabila melihat rumah Zulaika kini didiami oleh Sudin sekeluarga.

“Dah lama dia pindah. Abang dia jual tanah ni kepada abang. Adalah dalam tiga tahun mereka pindah. Abang pun tak tahu di mana mereka tinggal. Dulu abangnya beritahu, mereka duduk di Pulau Pinang.”

Bab 11

Sebulan selepas Ryan kembali ke tanah air, Puan Junaidah telah mengisytiharkan Ryan sebagai Pengarah Eksekutif JT Damai Construction. Anak kesayangan Zack Khairil yang menurut perintah. Tidak seperti Ashraff yang lebih mementingkan kerjayanya sebagai juruterbang. Ashraff langsung tidak berminat dalam urusan perniagaan.

“Saya perkenalkan… Ini anak kedua saya, Ryan Bakhtiar bin Zack Khairil yang baru sebulan pulang dari melanjutkan pelajarannya. Mulai hari ini, saya serahkan segala urusan syarikat ini kepada dia. Saya minta, tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi kerjasama kepadanya.” Puan Junaidah memperkenalkan Ryan kepada kakitangan Syarikat JT Damai Constructions.

Selina, anak buah kepada Nurbaiti, sudah setahun bekerja di Syarikat JT Damai Constructions. Nurbaiti memaksa Zack Khairil mengambil Selina bekerja. Selina yang berkelulusan SPM pangkat 3 hanya mampu menjawat jawatan kerani sahaja di syarikat itu. Semasa Puan Junaidah memperkenalkan Ryan kepada semua kakitangan, Selina begitu tertarik dengan penampilan Ryan. Jejaka tampan, tinggi lampai, punyai susuk tubuh tegap membuat Selina tertarik sekali.

“Ibu harap, Ryan dapat jalankan amanah ini.  Syarikat ini hasil titik peluh ibu dan arwah ayah.  Teguhkan lagi syarikat ni.  Jaga hati pelanggan dan juga staf.  Tanpa mereka syarikat kita tak boleh maju.  Ini ibu nak berpesan, jangan nak berpeleseran dengan staf.  Terutamanya dengan si Selina, anak buah mak cik Baiti kamu tu.  Dia tu miang!” Puan Junaidah memberi amaran serta meninggalkan pelbagai nasihat kepada anaknya.

“Lawa ke si Selina tu bu?” tanya Ryan sekadar bergurau.

“Jangan nak menggatal! Kalau nak sangat masuk ke dalam perangkap dia, panggil lah dia selalu masuk ke dalam bilik Ryan ni.”  Puan Junaidah menjeling ke arah Ryan.

Dia memang tidak suka Selina, kerana Selina anak buah Norbaiti.  Perangai mereka berdua serupa.

Bab 12

Hari minggu, hari yang jarang-jarang dapat Ekhwan meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu komited dengan tugas.  Tapi hari itu, Ekhwan sedang sibuk bersama kedua-dua anak buahnya menyediakan minuman petang,  di dapur.

Manakala Ezlika pula, sedang menyemak proposal tender yang disediakan untuk pejabatnya.  Di kerusi malas yang diperbuat daripada kayu yang terletak di sudut anjung, tempat dia bersantai sambil membaca.  Sambil membaca sambil dia mengarah pandangan ke taman.  Begitu tenang jiwanya tatkala duduk di sudut situ.  Kreatif betul abang aku ni.  Ezlika memuji.  Harap-harap abang bertemu wanita yang benar-benar dapat memberi kebahagian kepadanya.  Begitulah yang selalu didoakannya.

“Assalamualaikum…” kedengaran suara wanita memberi salam di luar pagar.

“Walaikumusalam…” balas wanita yang berada di dalam sambil melangkah menuju ke pintu pagar.

“Saya Zuffrina yang telefon tengahari tadi.”  Wanita manis yang berpakaian kemas dan bertudung merah jambu itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam.

“Saya Ezlika… Panggil Eli.” Dia membuka pintu pagar lalu menyambut salam Zuffrina.  “Masuklah… Kita berbual di dalam.” Ezlika mempelawa wanita itu masuk.

“Siapa tu Eli…” kedengaran laungan suara lelaki dari dalam rumah.

“Ini… Teman yang nak sewa bilik tu datang nak tengok bilik.” Jelas Ezlika ketika melangkah masuk ke dalam.  “Silalah masuk Cik Zuffrina…”

“Panggil kakak lah.  Rasanya saya ini lebih tua.” Pinta Zuffrina lalu melabuhkan punggungnya ke sofa kulit empuk berona krim setelah dipersilakan oleh Ezlika.

Matanya memerhati meja kopi berkaca dan berkaki besi tempawan menarik minatnya.  Cantik betul hiasan perabot dalam rumah ni.  Pandai si Ezlika ni menghiasnya.  Bisiknya di dalam hati memuji.

“Dah lama ke cik Eli tinggal sini?” tanya Zuffrina sebagai memulakan perbincangan.

“Baru lagi… Adalah dalam sebulan.”

“Papa… Berilah Umi bawa dulang ni.”

Ezlika mengerling ke arah suara yang datang dari dapur.  Muncul anak gadis genit tersenyum-senyum sambil menatang dulang melangkah berhati-hati ke arah ruang tamu.  Di belakangnya Ekhwan dengan sepiring kuih dan semangkuk air basuh tangan.  Eli Ian Bakhtiar segera berlari ke arah meja kopi lalu menyambut dulang dari tangan adiknya.  Dulang air diletak berhati-hati ke atas meja kopi.

“Jemputlah minum… Entah apalah rasa teh tu.” Ekhwan mengerling ke arah Zuffrina dan menghadiahkan sebuah senyuman.

Gatalnya suami dia ni! Senyum-senyum pula kat aku.  Ah! Tak kuasalah aku sewa bilik ni.  Memanglah rumah ni cantik tapi… Zuffrina berkata di hati dan bertambah tidak selesa lagi apabila Ekhwan duduk bersama mereka untuk berbincang.

“Eli… Tuangkanlah air tu.”  Tegur Ekhwan.

Senyumannya tetap kepada Zuffrina membuatkan wanita itu merasa tidak menentu.  Ezlika mengangguk sambil tersenyum melihat abangnya yang asyik memerhati teman yang baru dikenalinya itu.

“Silakan kak Zufi… Boleh tak Eli panggil kakak begitu.” Ujar Ezlika sambil menghulur secawan teh kepada Zuffrina.

“Boleh… Memang pun keluarga kakak panggil Zufi.” Jelas Zuffrina.

Secawan teh tadi sudah bertukar tangan.  Zuffrina masih memegangnya.  Masih malu-malu untuk merasa air teh buatan lelaki di depannya itu.

“Ini kak… Lelaki depan kita ni… Abang saya Ekhwan.”  Menyedari Ekhwan asyik berdehem-dehem, Ezlika terus memperkenalkan wanita itu kepada abangnya.

“Yang ini Ian, dia abang dan yang ini Umi.  Ini anak kembar saya.” Ezlika memperkenalkan mereka kepada Zurffrina.

“Kakak ingatkan tadi, encik ni suami Cik Eli.” Zuffrina tersenyum merasa lega kerana ingatnya tadi, tentu Ezlika tinggal bersama suami dan anak-anak.

“Saya tak tinggal sini.  Tapi buat masa ni terpaksalah teman Eli dengan anak-anak dia.” Ekhwan menjelaskan tentang wujudnya dia di rumah itu.  “Sekiranya cik dah sudi tinggal sini, legalah hati saya.  Adalah kawan Eli.  Anak-anak buah saya ni dapatlah tumpang belajar dengan cik.”  Ekhwan menyambung kata-katanya lagi.

Dia sudah sedia maklum akan pekerjaan Zuffrina kerana Ezlika sudah meceritakan kepadanya.

“Jadi kakak setujulah dengan perbincangan kita siang tadi?”  tanya Ezlika memotong percakapan abangnya.

“Okey saya setuju.  Boleh tak kakak tengok bilik?” pinta Zuffrina kemudian meneguk air teh hingga habis.

Dia terlupa, ada mata yang memerhati gelagat itu sambil tersenyum bangga kerana air teh buatannya tidak mendapat sebarang komen.  Anak-anak Ezlika yang senyap dari tadi, sudah berebut-rebut mendaki anak tangga untuk ke bilik atas.  Meraka berdua merasa seronok kerana ada seorang guru tinggal bersama mereka.  Bolehlah mereka mendapat tunjuk ajar daripada guru berkenaan.

Bab 13

Saban malam Ryan dan Selina bersama-sama berkaraoke mengisi kekosongan jiwa. Selina tidak berputus asa, walau sudah berkali-kali Ryan menyatakan dia sudah beristeri. Dia tetap mencuba untuk mendapatkan sekeping hati milik Ryan. Selina tidak mempercayainya. Ryan tidak menampakkan dirinya seorang yang sudah beristeri. Selina pasti dapat menjinakkan Ryan sepertimana dia dapat menjinakkan Fitri, Rafiq dan ramai lelaki lain yang berkaliber.

Dalam pada Ryan memberitahu Selina tentang dirinya sudah berumah tangga, Fitri dan Rafiq tidak mengetahui Ryan sudah bernikah dengan Zulaika. Gadis yang telah mereka nodai. Hamdan tidak pernah menceritakan kepada mereka berdua. Sejak peristiwa tersebut, Hamdan tidak lagi bertemu dengan sepupunya Rafiq.

Selepas makan tengah hari bersama Ryan, Selina masih mengekori Ryan masuk ke biliknya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi tetamu sambil memerhati Ryan yang sedang membelek-belek arca unicorn kristal yang terletak di atas kabinet besi.

“Ryan… Malam ni kita ke RedBox lagi. I sukalah tempat tu.  Ada privacy.” Selina memujuk Ryan untuk keluar berkaraoke bersamanya.

“You ajaklah Rafiq dengan Fitri. Mereka tu bila-bila boleh temankan you. I ada hal nak uruskan.” Ryan memberi alasan lantas mencium arca unicorn kristal tersebut dan meletakkannya kembali di tempat asalnya.

“Ala… Apa urusan you?” tanyanya sambil menyelak lebar kolar bajunya agar menampakkan lagi lurah di dadanya.

Ryan mengerling tingkah Selina dan berpaling ke arah fail-fail yang memerlukan tindakan.  “Urusan keluarga. Wife I tengah sarat mengandung sekarang ni.”

Ryan melabuhkan punggungnya ke kerusi. Sengaja dia memberi alasan sedemikian. Dia terpaksa menolak kerana Puan Junaidah sudah memberi amaran keras kepadanya. Sekiranya dia masih lagi keluar berfoya-foya dengan Selina, Puan Junaidah tidak teragak-agak melucutkan jawatannya dan menjual syarikat yang dimajukan sekian lama itu.

“Sebelum ni… you tak kisah pun dengan wife you tu.” Selina mempertikaikan. “Lagipun Rafiq beritahu, you belum kahwin lagi. Jangan nak tipu I, ya…” Selina menggertak.

“Apa seronoknya terlalak terlolong kat situ? You karaoke dengan makcik di rumah lagi bagus.” Ryan tersenyum sambil mengambil satu fail lantas menyemaknya.

Selesai menyemak, dia menurunkan tandatangan tanda meluluskan. Ryan menyambung mengambil fail yang lain dan menyudahkan kerjanya. Dia malas melayan Selina. Walaupun mengetahui Selina hanya kawan biasa dan dia juga salah seorang stafnya, Ryan belum pernah lagi meninggikan suara memarahi Selina kerana membuang masa duduk mengganggu kerjanya.

Pintu bilik Ryan diketuk.  Pak cik Rushdi menguak daun pintu dan menjenguk. “Ryan… Encik Fahrin dah tunggu dalam bilik mesyuarat.” Dia memberitahu.

“Oh… Dia dah sampai. Pak cik, tolong suruh dia tunggu kejap!” Ryan bangun sambil membetulkan tali lehernya. Ryan begitu menghormati pak cik Rushdi bukan sekadar kerana tuanya, tetapi juga pengalaman luasnya selama bekerja di syarikat ibunya itu.

Selina bangun lantas datang ke arah Ryan dan membetulkan tali leher lelaki itu.  “Barulah smart.” Selina tersenyum.

Ryan hanya berdiam terus meninggalkan Selina dan melangkah menuju ke bilik mesyuarat untuk bertemu Encik Fahrin.  Pertemuannya bersama Encik Fahrin lebih penting daripada melayan perangai gila Selina.

Selina menjadi geram. Sampai hati Ryan meninggalkan dirinya begitu sahaja. Selina menghentak kaki dan keluar dari bilik Ryan.  Dia menghempaskan daun pintu semasa keluar.

Ryan sempat menoleh ke arahnya dan menggelengkan kepala. Staf lain terkejut sambil memandang sama sendiri. Muka Selina mencuka lantas terus masuk ke biliknya. Jawatan tinggi, senang-senang diperoleh Selina atas rayuan Nurbaiti kepada Ryan.

Bab 14

Mata Ryan meliar memerhati manusia-manusia yang berendam di dalam air sambil mencari-cari sekiranya ada orang yang dikenalinya.  Namun tiada siapa yang dia kenal.  Dia terus masuk ke dalam air merendapkan tubuhnya hingga ke paras leher dan tidak bergerak ke mana-mana.  Kelihatan seorang jejaka India bersama seorang rakannya berbangsa Cina bergurau senda sambil menampar-nampar air ke muka lawan.

Mata Ryan masih meliar mencari-cari seseorang.  Seseorang yang masih dicarinya.  Seseorang yang sudah tidak dapat dibayangkannya lagi.  Ryan mudik ke hulu perlahan-lahan.  Dia tidak gemar cara bergurau kedua-dua lelaki tadi.   Terhuyung-hayang tubuhnya ketika dipukul ombak namun dia terus mengharung perlahan-lahan.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu hamburan menjuak berserta dengan semburan air masin lagak seekor paus menyemburkan air ke udara tepat mengenai mukanya sambil merapat menggesel ke tubuhnya. Segera Ryan memegang tubuh yang timbul secara tiba-tiba itu dan dia tertolak ke belakang. Ezlika di dalam pelukannya. Ezlika segera melepaskan dirinya dari pelukan Ryan.

“Eee apa ni?” Ezlika geram dan terus menampar Ryan.

“Mama! Mama yang langgar pakcik tu lah.” Eli Ian Bakhtiar bersuara dan berenang menghampiri Ezlika.

“Mama! Dalam lah.  Tolong mama.” Dia terkapai-kapai.

Ryan segera mencapai dan membawa tubuh Eli Ian Bakhtiar ke belakangnya.

“Encang di belakang pakcik ni.” Matanya masih merenung Ezlika. “Terima kasih dengan penampar tadi.”

Ezlika serba salah dan malu. Dia meraup muka dan tersenyum.

“Sorry… Tak sengaja. Ingat tenggiling laut tadi.” Ezlika tersenyum lagi. “Sakit ke? Sorry lah.  Betul saya tak sengaja.” Ezlika mengusap-usap pipi Ryan. “Okey dah hilang sakit, kan?”

“Ian… Jom kita naik.  Mama lapar lah.” Ezlika menarik tangan Eli Ian Bakhtiar.

Tubuhnya mengenai tubuh Ryan ketika ombak kerinduan memukul pantai. Kini pengamatan Ryan ke arah Eli Ian Bakhtiar pula menjadi tanda tanya.

“Apa pandang macam nak telan orang ni?” Ezlika geram dan menjeling ke arah Ryan.

“Salah ke saya pandang?” soal Ryan.

“Saya pandang dada awak tu… Pakailah lagi baju jarang… Free-free bagi orang tengok.” Ryan menegur tentang baju-T Ezlika.

Bukan sahaja menampakkan susuk tubuhnya ketika basah melekap ke tubuh, malah menampakkan jua anak baju jarangnya.  Merah padam muka Ezlika apabila ditegur sedemikian. Malunya bukan kepalang. Sempat juga dia mengerling ke arah dadanya dan terus dia merendamkan tubuh ke dalam air.

Eli Ian Bakhtiar dibawa ke tepi pantai dan dia berbisik ke telinga anaknya dan masih merendamkan tubuhnya di tepi pantai. Ryan tersenyum memerhati walaupun Ezlika sedikit pun tidak menoleh kepadanya lagi.

Beberapa minit kemudian, Eli Ian Bakhtiar datang berlari-lari dengan sehelai tuala putih bersih dan terus menghulurkannya kepada Ezlika. Pantas Ezlika membaluti tubuhnya dengan tuala lalu berpusing ke arah Ryan.  Ezlika berdiri sambil memanggil.

“Tenggiling laut! Tenggiling laut!” jeritnya.

Beberapa orang makcik yang mandi bersama anak-anak kecil mereka di situ, menoleh ke arah Ryan yang sedang memandang ke arah Ezlika.

Ezlika mendepa tangan untuk 3 saat bagi memberi peluang Ryan menyaksikan tubuhnya sekali lagi. Ezlika terus menutup tubuhnya dengan tuala lalu berpaling dan meninggalkan Ryan seorang dirinya.

Ryan hanya mampu terkebil-kebil memerhati Ezlika berlalu. Berani betul engkau!  Bisik hati Ryan.  Dia menggeleng kepala dan tersenyum, seolah-olah melihat bidadari turun mandi bersamanya.

Kedengaran beberapa orang makcik yang mandi tadi bertanya-tanya dan tercari-cari tenggiling laut itu. Menyedari hanya dia sahaja lelaki di situ, Ryan membuat keputusan untuk naik semula untuk bersama ibunya.

Bab 14

Semalam Jeethan Corp. mengumumkan akan membuang 100 orang pekerjanya.  Itu bermakna keseluruhan 50 orang pekerja asing akan diberhentikan kerja dan selebihnya adalah pekerja tempatan.  Bukan kilang Jeethan Corp. sahaja mengumumkan pembuangan pekerjanya, malah pengusaha kilang lain dari pelbagai sektor pengilangan juga terlibat memberhentikan pekerjanya. Bahangnya mula terasa apabila pihak pengurusan menghadkan waktu lebih masa.  Bagaimana kalau para pekerja sememangnya mengharapkan kerja lebih masa untuk tampung kehidupan harian mereka? Memang sedih!

“Hai… Jauh kau termenung tu Azmi? Ingat kampung ke?” Hamdan menegur Azmi yang kebetulan ditemuinya duduk di tepi longkang di belakang kilang.

Waktu rehat hanya tinggal dua puluh minit, Azmi masih duduk bermenung sendirian.  Tangan Azmi, mencabut-cabut rumput yang tumbuh di celah-celah permukaan longkang.   Aneh.  Adakalanya ketika duduk tanpa kita sedar, kita mencabuti rumput tanpa alasan yang jelas.  Padahal, rumput itu sedang bertasbih kepada-Nya.  Azmi menyedari perbuatannya.  Akan tetapi fikirannya melayang entah ke mana?  Bau tengit wap yang datang dari  longkang menusuk terus ke hidungnya, tidak dipedulikan.

“Syarikat ada tukang kebun dia sendiri.  Tak payah kau nak tolong lagi.” Hamdan menasihat Azmi secara bergurau tapi bukanlah tujuannya memerli.  “Busuk betul bau longkang ni.  Kau boleh duduk kat sini?”  Dia bersungut.

Namun tetap melabuhkan punggungnya, duduk bersebelahan Azmi.  Selaku penyelia, dia rasa terpanggil untuk mengetahui masalah pekerja-pekerja bawahannya.  Azmi sudah dua tahun bekerja dibawah penyeliaannya.  Tahu sangat dia dengan perangai Azmi.  Dia seorang yang rajin dan tidak culas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang operator pengeluaran.  Azmi yang dikenalinya tidak pernah menimbulkan masalah kepadanya.

“Saya risaulah bang.  Kilang nak berhentikan pekerja tempatan yang 50 orang ni.” Jelasnya.  Dia sememangnya runsing dengan pengumuman berkenaan.  Manalah tahu, dia salah seorang daripada 50 orang pekerja tempatan yang akan dibuang!

“Buat masa ni tak dengar lagi pekerja executive hendak diberhentikan.” Hamdan merasa selesa kerana dirinya tidak termasuklah dalam senarai dibuang kerja.

Dia merasakan dirinya terselamat.  Eh! Apa aku cakap ni? Macam aku suka pulak dia kena berhenti! Dia memarahi dirinya sendiri di dalam hati.  Tak baik mengecilkan hati orang.  Hamdan cepat-cepat tersadar.

“Kawan-kawan tempat saya menyewa tu… Semua dah nak balik kampung.  Tinggal saya seorang.  Teruklah saya bulan depan ni bang.  Kena bayar penuh sewa untuk sebulan.  Habis duit simpanan kalau macam ni! Rasanya… Saya pun terpaksa balik kampung tanam jagung!” Teringat pula dia lagu arwahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam Filem Labu dan Labi.  Mampu lagi dia tersenyum.

Sekian, setakat ini sahaja yang dapat teman siarkan.  Harap bersabar menunggu akan kelahirannya…

Jangan sentuh toys budak lelaki…
Sanggup membunuh kerana permainan Star Wars.  Tak boleh cakap bercerai saja ke?

Pornpilai Srisroy dicekik oleh suami selepas beliau memusnahkan koleksi berharga permainan kanak-kanak Star Wars milik suaminya (seorang fanatik Star Wars).

Rickie La Touche, 30, berkata isterinya telah menghempas dan memusnahkan patung permainan kesayangannya, Darth Vader dan Luke Skywalker yang telah dikumpul sejak zaman kanak-kanak lagi.

Darth Vader

Luke Skywalker

Apabila anda berkahwin anda perlu untuk memberi dan mengambil apa-apa dalam hubungan tetapi apabila pasangan anda mempunyai budaya yang berbeza, ia akan meletakkan tekanan hebat ke atas hubungan.  Janganlah sampai sanggup membunuh.

Sumber:   http://www.dailymail.co.uk/news/article-2056923/Rickie-la-Touche-choked-Thai-bride-Pornpilai-Srisroy-destroyed-Star-Wars-toys.html

Mana hak kami?
Apabila sesuatu harta pusaka itu ingin dibahagikan, kebiasaannya semua mereka yang terlibat akan dipanggil oleh pihak yang berkuasa Pembahagian Harta Pusaka Kecil, mereka diberi pilihan samada ingin membahagikan harta pusaka mengikut hukum Faraid ataupun mengikut hukum biasa iaitu sama banyak antara lelaki dan perempuan.

Atas tolak ansur pewaris lelaki (A dan B),   mereka membuat pilihan ingin mengikut pembahagian biasa dan tidak mengikut hukum Faraid. Kerana pada masa itu, tidak ada persengketaan bahkan mereka (pewaris lelaki A & B) sebulat suara bersetuju.   Mereka bersetuju agar semua harta pusaka dibahagikan sama banyak diantara mereka (pewaris lelaki A & B dan pewaris perempuan C, D dan E) mengikut pembahagian secara pakatan konsep Tahkharuj (sama banyak).  Proses pindahmilik telah pun disempurnakan di Pejabat Penyelesaian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian.

Kini timbul, anak-anak kepada pewaris A ingin membahagikan harta pusaka berkenaan mengikut hukum Faraid.  Mengikut Faraid, anak lelaki akan memperolehi dua bahagian manakala perempuan satu bahagian sahaja.  Wajarkah beliau merombak pembahagian harta yang terang-terang sudah termaktub penama-penama tertentu di dalam geran?

Pewaris lelaki B, Pewaris perempuan C, D dan E sudah mendirikan rumah di bahagian masing-masing dan tentu kita juga maklum bahawa sebidang tanah itu,  sudah tentunya kini diwarisi oleh anak cucu mereka pula.

Anak kepada pewaris A, sudah mengukur kelima bahagian pewaris-pewaris mengikut hukum Faraid. Maka bahagian-bahagian kini berganjak.  Beliau selaku anak kepada pewaris lelaki A berhak mendapat 2 bahagian.  Yang lain-lainnya (Pewaris B, C, D dan E) mendapat 1 bahagian sahaja sedangkan beliau lupa bahawa pewaris B adalah pewaris lelaki.

Oleh kerana tamak dan hasad, anak kepada pewaris A mengarahkan agar pewaris perempuan C membuat rumah di tanah yang telah ditetapkan mengikut hukum Faraid iaitu di bahagian berpaya.  Rumah yang sedia ada, kini menjadi milik beliau (kerana sudah termasuk dalam ukuran 2 bahagian hukum Faraid).

Pewaris-pewaris yang lain kini pening kepala kerana rumah masing-masing kini secara tidak sengaja didirikan di tapak orang lain.  Masing-masing terpaksa songket menyongket rumah yang sudah siap terbina.  Pampasan? Siapa yang nak beri pampasan?

Bukannya pewaris-pewaris B, C, D dan E tidak mahu membantah.  Tapi oleh kerana anak lelaki pewaris A ini seorang yang boleh dikatakan selalu ke masjid.  Berkawan dengan pak guru-pak guru maka yang lainnya seganlah hendak membantah kepada hukum Faraid ini.

Masalahnya, di mana Pewaris perempuan C ingin mencari modal membuat rumah?  Kalaupun dibayar pampasan RM15,000.00 sekalipun (begitulah yang saya dengar… waulahualam) cukupkah untuk mendirikan sebuah rumah? Dari mana beliau hendak mendapat wang untuk menambak kawasan berpaya?

Wajarkah hukum Faraid itu dilakukan semula, sedangkan sebidang tanah itu sudah sedia ada penama-penamanya?  Adilkah jika diteruskan pembahagian ini?  Seperkara lagi, kini geran tanah asal disimpan oleh anak lelaki pewaris A dan sesiapa yang ada kepentingan diminta membayar RM200.00 kepada beliau.

Masalah geran tanah asal yang disimpan itu tidak menjadi halangan kerana kita boleh  membuat carian rasmi di pejabat daerah.

Mohon pendapat pembaca bagaimana harus dilakukan bagi menyelesaikan masalah pewaris-pewaris yang teraniaya.

Nuffnang Premiere Screening – The Adventures of TinTin (3D)
This is my post for the premiere screening of The Adventure of Tintin…

I know my neighbors must think I am crazy when I talk to my Benji.  Benji is a little cute squirrels and love to pose.  Of course, I started taking his picture every chance I got.  He seemed to like to pose for me.  He was my first funny squirrel.  One thing, Benji afraid of jumping high until the day I brought him to the Kawarau Bridge. New Zealand’s most popular tourist adrenaline activities.  I knew the AJ Hackett Bungy is the right place for him to face the fear and embraced the feeling of euphoria.  Kawarau Bridge is the great place for Benji to overcome the fear.  Having connected with the latex Bungy cord, handfull of confidence and at the count of three, Benji and me did the jumping.  There goes the screaming and this relieved creatures has become more then your Average Joe.

So friends…

To be one of the 50 bloggers, all you have to do is blog about an adventure you would like to go on with your pet! For example, if you’ve ever dreamed about going on a hot air balloon, or hiking through the great wilderness with your Persian cat, you can tell us all about it. The 50 most creative blog posts will win a pair of tickets each to the screening. Remember to leave a comment here with the permalink to your blog post after you’re done. Hurry and get blogging now!

Amaran! Apabila Garra Rufa menggigit…
Spa kaki… Ikan Garra Rufa

Ikan Garra rufa  merupakan sejenis ikan kap yang bertaring dan akan menggigit kaki sesiapa sahaja yang mencelup ke dalam tangki yang disediakan.  Perkhidmatan fish pedicures ini menjadi semakin popular.  Di pusat membeli-belah dan juga di salun semakin rancak menyediakan perkhidmatan fish pedicures ini.

Pakar-pakar memberi amaran kepada sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah agar tidak melakukan fish pedicures kerana ianya berisiko dan berjangkitan.

Sejak kebelakangan ini ramai yang seronok meletakkan kaki mereka di dalam tangki air yang mengandungi berpuluh-puluh ikan Garra rufa kecil yang mengutil kulit mati. Bagi mereka yang sihat tidak menjadi masalah tapi… bagi mereka-mereka yang mengidap kencing manis dan psoriasis ditegah dan dinasihatkan menjauhi kegiatan berkenaan kerana bimbangan bahawa jangkitan boleh merebak melalui luka terbuka.

Menurut laporan Health Protection Agency (HPA), tangki ikan didapati mengandungi  mikro-organisma dan jangkitan berlaku sama ada dari ikan kepada orang.  Jangkitan terjadi semasa proses nibbling.  Dari takungan air ke manusia kerana bakteria boleh membiak di dalam air.  Jangkitan juga berlaku dari manusia ke manusia yang lain melalui air, sekitar permukaan dan juga ikan.

Dari itu, kepada yang berpenyakit berwaspadalah.  Jangan kerana memikirkan bahawa ikan Garra Rufa mampu menyedut toksid maka berhajat pula mencelupkan kaki ke dalam tangki tanpa menyedari risikonya.  Nanti tak fasal-fasal kaki kena potong.  Jauhkanlah!

Doll in Red Kebaya
Picture… google search

I had a doll my grandma gave me when I was about 7.  It was 4 feet tall, very life like with long black curly hair and had a nice red kebaya dress.   But I have put the doll into ashes long time ago.  Past March my son and me were in Kota Bharu, Kelantan for holiday.  Well… that was my worst holiday travel experience ever included was flooded on streets.  Our car stranded in the middle of the flooded street.  It was dark and rain still falling down.  No one around and no cars passes by but when I first glanced at the window I saw my doll in her red kebaya walking on the flood water.  Her face very wild and scary with 2 huge holes instead of eyes.  She waved her hand at me.  I was shocked and scared.  I dread to think how a doll which already been burnt appears?  Suddenly, our car moves sideway towards the drain.  My son was panic and try to start the engine again. A minute later a motor bike beeping and pulled in front of our car and stop.  A few minutes later a group of villages on motor bikes surrounded us demanding us to get out off the car.  They come for help.  Thank GOD.

If you would like to score a pair of invites to this exclusive screening, simply share with Nuffnang the scariest holiday experience you have ever encountered.

It could be that you were stranded in the jungle all alone or that you had a terrifying flying experience that you thought the wings of the plane were going to break off. The best 50 comments will be rewarded with a pair of tickets each to the screening!

Terms & Conditions

1. This contest is open to Glitterati Nuffnangers only.

2. Your blog URL must be stated in your comment.

3. The first batch of invites will be sent out latest by 21 October 2011 and RSVPs will be required. Failure to RSVP will result in invites being revoked and passed on to the next in line.

4. Screening tickets are not for resale to other parties.

Synopsis

A sexy summer weekend turns into a blood-soaked nightmare for a group of college students hunted by blood-thirsty underwater predators in Shark Night 3-D, a terrifying thrill-ride featuring a red-hot young cast.

Arriving by boat at her family’s Louisiana lake island cabin, Sara (Sara Paxton) and her friends quickly strip down to their swimsuits for a weekend of fun in the sun. But when star football player Malik (Sinqua Walls) stumbles from the saltwater lake with his arm torn off, the party mood suddenly darkens. Nick (Dustin Milligan), a shy pre-med student, finds himself taking charge—administering first aid and informing Sara they don’t have a minute to spare to get Malik to a hospital on the other side of the lake.

Setting out in a tiny speedboat, the college friends quickly discover the lake has been stocked with hundreds of massive, flesh-eating sharks. When the boat malfunctions in mid-trip, marooning them without medical care or a way to call for help, they are shocked to find that it has been deliberately sabotaged. As they face one gruesome attack after another, it becomes frighteningly clear that someone is engineering a deadly plot aimed at killing them all. With their options for rescue dwindling, Sara and the others struggle to fend off the sharks, get help and stay alive long enough to reach the safety of dry land.