Jangan main tibai aje…

August 26, 2010

Freemason.  Jangan terkejut dan tidak mengetahui kewujudan  Freemason  di  Malaysia sudah lama bertapak.   Ada pengamalnya terdiri dari kalangan professional lagi terpelajar.  Sekarang ni sudah cukup terbuka kewujudan mereka.  Dengan melihat cara mereka berpakaian yang ditambah dengan lambang freemason (lambang yahudi).   Ramai anak muda kita tidak menyedari corak pakaian yang mereka sarung itu mempunyi  lambang jangka lukis dan pembaris yang diselitkan di dalam corak pakaian mereka.  Yang menyedihkan kebanyakan remaja dan belia muslim memakainya dan membawa masuk bersolat ke dalam masjid.

Bukan sahaja lambang jangka lukis dan pembaris, malahan gambar artis dan superstar sukan yang rata-rata keturunan Yahudi itupun dibawa bersolat bersama.  Kok iapun peminat fanatik janganlah sampai tergamak melakukannya.

Nasihat teman… hindarkanlah dari memakai pakaian yang mempunyai lambang berkenaan.  Janganlah tibai sarung je.  Sebab itulah dia lambang freemason.  Yahudi ini menyesatkan anak muda terutama anak-anak muda Melayu secara senyap-senyap.  Mungkin sebelum ini tak tahu… Tapi bila dah tahu tu bakar sajalah pakaian tu.  Jangan sayang-sayang!

Perkembangan terbaru, hangat diperkatakan disebalik lagu Alejandro video clip Lady Gaga.  Rupanya ada unsur Freemason dan Illuminati dipaparkan.  Mungkin ada yang kurang pasti apa itu Freemason dan Illuminati.  Ini menurut wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason dan  http://www.skepdic.com/illuminati.html



Antara lirik dalam Alejandro…

“I know that we are young. And I know you may love me. But I just can’t be with you like this anymore,Alejandro.

Dont bother me, Dont bother me,Alejandro  (merujuk kepada tuhan) Don’t call my name , Don’t callmy name, Bye Fernando ..I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan)

” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando

Video Alejandro sangat kompleks dan simbolik.  Apa yang si Gaga ingin sampaikan dia menolak Kristian dan menunjukkan ada satu kuasa spiritual lain dan menyerapkan agenda Illuminati secara halus.   Jangan ingat si Gaga saja-saja nak buat simbol.  Setiap gerak tariannya mempunyai tafsiran.  Anak-anak muda pula terikut-ikut tanpa menyedari bahawa mereka secara senyap diserap masuk ke dalam perangkapnya.

Sebelum hanyut terlalu jauh meminati si Lady Gaga tu… berhentilah.  Tak rugi mana pun.  Apa yang diusahakan mereka dah merebak merata rata.  Dalam tak sedar kita ni pun sedang mengamalkan apa yang mereka usahakan.


Categories: Uncategorized.

Tags: , , , ,

BeriHitam patut diharamkan.

August 23, 2010

Kebelakangan ini masing-masing semakin berlumba-lumba ingin memiliki ‘BeriHitam’ atau lebih glam BlackBerry.  Dah menjadi fenomena.  Yang pasti mereka yang sudah memiliki BB ini tak lekang menatang dari genggaman.  Tak rela terlepas dari tangan.  Saja nak tayang kot… Bernada saja, mata udah tertancap ke skrin telefon pintar berkenaan. Jari jemari ligat menyentuh, menguis ke tepi, ke atas, ke bawah.  Maklumlah sistem yang berbekalkan teknologi server yang canggih.  Berkemampuan menjelajahi internet sambil berfacebook, beryahoo menerima dan menghantar emel, SMS, Fax selain berfungsi sebagai kamera digital. Sekaligus berkemampuan mengesan GPS (tak sesatlah walau di mana berada) dan berkomunikasi serta menghantar data dengan pantas dan mudah.  Macam-macam ada… begitulah gamaknya.

Teman tak ada BeriHitam dan tak akan ubah gaya hidup dan teman tak jeles pun.  Sebab teman bukan pandai sangat nak menggunakannya.  Bagi teman, ada handphone yang boleh menerima dan membuat panggilan sudah memadai.  SMS teman tak suka.  Menekan huruf-huruf pun terkial-kial.  Melayari internet di BB menyiksakan mata.  Rasa tak bebas.  Tapi bukan ini yang teman nak kisahkan.

Cuba perhatikan mereka-mereka yang memiliki BB ini.  Mereka menjadi leka.  Asyik.  Teman disebelahpun tidak diendahkan.  Malah yang tengah mabuk cinta pun leka menggodek BB masing-masing.  Komunikasi hanya melalui peralatan canggih.  Berchatting melalui BB sedangkan, masing-masing berhadapan saling membisu.  Hanya jari-jari memain peranan.

Ura-ura Blackberry akan diharamkan di Malaysia.  Berikutan penggunaan telefon BlackBerry tidak dijamin keselamatannya.  Mana taknya… kalau pemindahan sistem Blackberry Messenger (BBM) tidak dikawal.  Bahaya!  Memang bahaya kalau rahsia-rahsia mudah di ‘hack’ oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.  Terutama penggunanya orang-orang gomen.  Bahaya… patutpun diharamkan.  Teman tak jeles tau… memanglah teman tak ada BeriHitam ni.  Nak tahu kenapa teman sokong pengharaman penggunaannya?  Sebabnya, ada yang cerdik lagi pintar boleh merangka time bomb!  Tak fasal-fasal ada yang kena letup.  Harap-harap Kerajaan segera mengharamkan penggunaannya!  Tak mau celoteh banyak… nanti ada yang marah-marah kat teman.

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Tak bahaya ke?

August 22, 2010

Di dalam astaka kaca.  Teman tertarik dengan artikel hartanah Inside the ‘Glass Pavilion’ by Syshil Cheema. http://realestate.yahoo.com/promo/inside-the-glass-pavilion

Rumah kaca ini bernilai $35 million perabut boleh dirunding.

Los Angeles – Seorang Arkitek Steve Hermann telah menyiapkankan sebuah  astaka moden versi kaca di Montecito, California.  Menurut Steve Hermann di rumah kaca berkenaan beliau memiliki privasi menyeluruh.  Emm… melangkah masuk ke setiap ruang kediaman dikelilingi kaca.  Ia tentunya memberikan pelbagai persepsi berbeza bagi setiap individu.

Cantik memanglah cantik… Tapi ada privasi ke?  Lihat sajalah… ruang tamu, ruang makan, bilik tidur… Dari luar dah boleh lihat segala aneka perabut.  Bahaya… kalau masuk bilik air bagaimana?  Tak takut ada orang intai ke? Tapi keharmonian dan kecerian dalam meraikan tetamu dan keluarga lebih bermakna sambil-sambil menikmati pemandangan di luar.

Menjadikan kediaman rumah kaca ni kena sentiasa bersih dan bersinar-sinar.  Terpaksalah dilap selalu.  Kalau rumah teman macam ghiteww… alamat kelabulah kacanya hahaha…

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Kalimah Terakhir

August 19, 2010

Bila-bila tubuhku, kau lihat berselirat pada rakaman ECG yang hampir berhenti berdetik dan tatkala itu hatimu teramat berat untuk menziarahiku, maka tidak perlulah engkau menghampiri.  Ringankanlah langkahmu pergi tinggalkan aku terlantar sendirian.

Bila-bila lidahmu menjadi kelu untuk berbicara kerna sukar untukmu melupakan kekhilafanku, maka senang-senangkanlah lidahmu itu menghinaku. Dengan kata-kata yang paling berbisa untuk disantap ke deria pendengaranku.

Bila-bila hatimu terus membenciku kerna telah tidak mengotakan kehendakmu, maka kau tutuplah pintu hatimu itu serapat-rapatnya.  Maka biarkan saja kebencian itu terus mencengkam sanubarimu. Kerana aku tidak mampu untuk menyediakan segala kemahuanmu.

Bila-bila rohku sudah tiba di halkum, jantungku sudah berhenti berdenyut untuk mengalirkan darah ke seluruh pembuluh  dan tatkala itu bibirmu mengukir senyuman padaku, maka palingkanlah senyuman itu, palingkanlah wajahmu itu dari memerhatiku. Kerana aku rasa begitu kecewa dengan  perilaku itu.

Dan  seandainya telingamu mendengar berita kematian ku, ikhlaskanlah kakimu menziarahi jasadku dan bisikan padaku kalimah Allah yang paling berharga itu.

“Aku naik saksi tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.” Moga kalimah terakhir itu menjadi pelita di kubur gelapku, menjadi bantal di lena panjangku…

Duhai pengarang jantung hatiku… relakanlah hatimu berbicara selembut sutera.  Hapuskanlah egois itu. Mintalah ampun sebelum terlewat.  Kerna kau tak akan tahu bila ajalmu.  Bila Malaikat menjemputmu.  Maka takutlah pada dosa-dosamu.  Apabila terkujur jasadmu, tiada guna lagi penyesalan dan tangisan kerna pintu segala taubat terus tertutup.  Rohmu entah di mana, mungkin menangis diseksa ular, lipan mahupun kala.  Mungkin sedang tersenyum melihat sinar taman syurga yang mengalir nikmat tak terhingga yang hakiki dan tidak terbanding atau menahan kesakitan bahang seksa neraka ujian dariNya.  Amal jariah, ibadat dan amalan akan diukur sebagai bekalan.

Sebelum nyawa terpisah dari jasad, wahai bumi…!  Terimalah jasadku…!  Wahai malaikat, datanglah dengan aman kepadaku, Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosaku… Aku mendambakan kasih suci yang lorongnya, menuju syurga abadi, tempat bersemadi kasih-kasih yang tulus terhadapMu dan aku ingin melangkah aman menuju FirdausiMu Yang Engkau janjikan dengan keamanan dan kedamaian.  Amin.

Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya. Ini adalah kisah seorang anak perempuan yang menjadi kebanggaan si ibu, telah lupa akan tanggungjawab untuk menjaga dan menghormati ibunya.  Dia lebih mementingkan diri sendiri serta mengutamakan suami.

Apakah erti pengorbanan seorang anak kepada keluarganya jika tidak mendapat redha daripada Allah SWT.


Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Apakah ertinya ceritera cinta jika benih cinta itu dibuang?

August 16, 2010

Tiada foto hendak diselitkan di sini kerana teman sendiri tidak tergamak melihat foto-foto benih cinta yang sewenang-wenangnya dibuang ibarat sampah!

Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam.  Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya?  Apakah didikan dan keimanan telah tertanam di dalam jiwa anak-anak kita sehingga mereka tidak mudah terpedaya?

Anak muda sekarang mahunya beseronok.  Ghairah mengejar nikmat dunia.  Tanpa menyedari keseronokan duniawi itu menghanyutkan mereka.  Akibat bergaul bebas, telah mengheret mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat hingga ada yang terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.  Sukar untuk dipercayai, akhlak remaja sekarang semakin nazak.  Tapi itulah kenyataannya. Berapa ramai ibu-bapa yang akan diseret ke neraka atas perbuatan anak-anak mereka?  Dan mengapa hal ini sering terjadi dalam kalangan masyarakat kita?

Berapa ramai bayi yang ditinggalkan atau dibuang setiap tahun?  Sungguh memalukan.  Hari-hari di dada akhbar menyiarkan berita pembuangan bayi.  Kes bayi dijumpai mati dalam keadaan ngeri.  Ini tidak termasuk bayi-bayi yang dibuang tanpa dapat dijejak.  Belum dikira pengguguran yang dibuat di klinik swasta.  Agaknya masyarakat boleh terima hal ini, sebab itu tiada tindakan.  Pihak berwajib pula seolah tiada kuasa untuk menghentikannya.  Kita harus mencari si pelaku pembuangan bayi.

Saya percaya bahawa bayi yang dibuang oleh ibu tanpa kahwin adalah gadis-gadis di bawah umur yang masih muda, naif, dan takut.  Mereka mengambil cara mudah tanpa memikirkan rasa berperikemanusiaan dengan meninggalkan masalah kepada masyarakat.  Biasa yang nampak ketara bersalah adalah si gadis.  Patutkah dipersalahkan kepada gadis sahaja?  Sedangkan si lelaki tumpang seronok! Lelaki juga patut dipersalahkan kerana tidak bertanggungjawab.  Oleh kerana keengganan lelaki untuk bertanggungjawab, ini telah menyumbangkan si gadis membuat keputusan untuk membuang bayi berkenaan.  Kehamilan tidak peduli seberapa baik pendidikan seks anda ada.  Ianya akan tetap ada pembuangan bayi.  Memang patutlah mereka ini dikahwinkan.  Usah fikir tentang tanggungjawab selepas perkahwinan.  Fikirkan tanggungjawab kita terhadap bayi yang bakal lahir.  Mereka juga perlu hidup. Sanggupkah melihat tubuh kecil yang tidak bersalah itu, dibuang bagaikan sampah?  Apakah ertinya ceritera cinta jika benih cinta itu dibuang?

Tetapi ada juga kes gadis dirogol oleh orang yang tidak dikenali.  Kemudian didapati mengandung. Oleh kerana takut kepada keluarga dia mendiamkan diri.  Rasanya, orang terdekat tentu boleh cam dan tahu bahawa gadis itu mengandung.  Ke hulu ke hilir mengusung perut membuncit 9 bulan bukan kecik dek oii…  pasti semua orang boleh tahu.  Tak logik orang sekeling tak tahu!  Tiba-tiba bayi menghilang setelah dilahirkan?  Senangnya simpan rahsia!  Dan keluarga serta orang sekeliling boleh tutup mata, tutup mulut!

HENTIKAN pembuangan bayi! Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga antisosial lebih cenderung menjadi antisosial sendiri.

Ikutilah rencana http://www.muthaqqafazhari.blogspot.com/2008/06/akhlak-remaja-semakin-kritikal.html untuk renungan bersama.

Categories: Uncategorized.

Tags: , , , ,

Kucing dibunuh tikus dibela

August 13, 2010

Sekarang ni, semakin ramai yang berani menyindir orang-orang tertentu secara keterlaluan. Tanpa ada penggunaan bahasa berkias dan bertapis bagi mengelakkan orang lain menanggung sakit hati serta terluka. Orang Melayu terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan sesama masyarakat. Bagi mewujudkan keseronokan dalam pergaulan adalah lebih baik menggunakan peribahasa ataupun pantun seloka. Seloka merupakan salah satu genre sastera yang semakin terpinggir. Susah-susah orang dulu mencipta seloka.  Sayangnya masyarakat hari ini menganggap seloka sudah tiada nilai.  Masyarakat Melayu dahulu kala mencipta seloka sebagai mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang.  Maka digambarkan melalui seloka. Seperti Seloka Pak Kaduk, ianya sebuah cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat  baik dahulu dan juga sekarang.  Pak Kaduk mencerminkan seseorang yang bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.

Gambar dalam google

Antara seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama:

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.  Aduhai malang Pak Kaduk.

Seloka Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air ditempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga kecundangan.
Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis, padi tak jadi

Seloka berkenaan adalah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu yang  akan merugikan diri sendiri.

SELOKA  juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat, supaya ianya dapat menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda lain.  Jadi tidak perlulah menyindir terang-terangan.

Kalau tak pandai nak reka, contohi Seloka Cak Kun Cak ni…

Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali

Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang

Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

Categories: Uncategorized.

Tags: , , ,

Salam Ramadhan

August 12, 2010

Salam ramadhan. Semoga mendapat keberkatan dibulan mulia ini.

Kepada anak-anak sepanjang bulan Ramadhan ini… syaitan, hantu, iblis semua akan dipenjarakan.  Jadi masa inilah kita bebas berbuat amal ibadat dengan ikhlas tanpa gangguan. Harap-harap tahun ni kita tingkatkan lagi amal ibadat dan buatlah amal kebaikan dengan banyak sebab bulan puasa inilah kita mendapat lebih keberkatan daripadaNya.

Jadi kalau anak-anak semua ingin mengetahui waktu berbuka puasa di kawasan dan negeri kamu…  Jenguk-jenguklah kat sini Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1431H/2010M.

Dikesempatan ni mak cik nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, jangan makan banyak-banyak tau masa berbuka nanti, jangan membazir itukan amalan yang tak baik. Oh yaaa… mungkin ada ke yang tak ingat doa untuk niat puasa nanti? kalau terlupa ini mak cik sediakan lafaz niat puasa Ramadhan dan doa untuk berbuka puasa. Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan ye.

Doa Niat Puasa Ramadhan

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala

Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih



Sealamt menunaikan ibadah puasa…

Categories: Uncategorized.

Tags: , , ,

Miangnya ular ni…

August 10, 2010

Miang juga ular ini ya! Tu la berani sangat nak main ular… Mujur ular sawa.  Kalau ular tedung selar? Kena patuk kan nyayaaa…

Tapi kalau ‘ulau’ tu yang mematuk dek… 9 bulan 10 hari baru bisanya keluar.  Jaga-jaga!

Bukan calang-calang orang boleh main ular dek oii…

Yang ni ratu cobra.  Ada keberanian nak cium ular tedung selar berbisa ni?

Puteri Nur Aryani Saiful Yuzah yang mesra dengan panggilan Puteri, 24, memilih ular sebagai ‘teman kerjaya’.

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

“Fighting Umbrella Corporation”

August 9, 2010

Alice’s battle with The Umbrella Corporation isn’t finished.  I know I can’t win if do it alone,  but anyhow I’ll try wearing a belt full of weapons or  something that may turn the odds in my favor.  I’m competent and have a powerful kick.

Last time I saw Alice, she let them know she was coming after them.  Saja cari penyakit, so now susah la… So it’s time to settle the evil Umbrella corporation.  Im sure Alice will help any way with her submachine gun.  Or else, I have to get the help of ‘SALT’

How would I go against the evil Umbrella Corporation if i’m Alice or Claire?

Well, first of all, I must find the seller of a bio-organic weapon.

You know where la… Coz not in Petaling Street.  It’s on the black market! With this bio-organic weapon then shoot the evil with the virus serum, which causes them to mutate.  Maybe they changed into real umbrella or maybe one of them might turn into a hensome guy like Wentworth Miller.

poster

Sypnosis

The fourth installment of the hugely successful RESIDENT EVIL franchise, RESIDENT EVIL: AFTERLIFE is again based on the wildly popular video game series, and will this time be presented in 3-D. In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, ALICE (Milla Jovovich), continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead takes them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead – and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap.


Categories: Uncategorized.

Menyesal…

August 6, 2010

Pernahkah anda rasa dikhianati oleh sang kekasih?

Menaruh kepercayaan pada pasangan pastinya merupakan hal mutlak.  Pastinya hati gumbira punyai kekasih yang menyayangi.  Dan kita tiada ragu untuk memperkenalkan kepada sahabat kita bahawa dia adalah cinta dan kekasih hati.  Tapi adakalanya, kepercayaan itu dinodai dan khianati oleh sang kekasih. Kekasih selingkuh.  Dia beralih kasih kepada sahabat yang anda perkenalkan.

Sungguh, putus cinta itu memang bisa membuat hati pecah berkeping-keping jadinya.  Sementelah lagi, putus itu disebabkan oleh pihak ketiga.  Kita rasa menyesal lantas membenamkan diri dalam kesedihan. Namun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.  Itu berarti, jodoh kita udah tiada bersamanya.

Hayatilah lirik dan video ini…

Semula Ku Tak Yakin Kau Lakukan Ini Padaku Meski Dihati Merasa Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia Bila Cinta Tak Lagi Untukku Bila Hati Tak Lagi Padaku Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu Bila Aku Tak Baik Untukmu Dan Bila Dia Bahagia Dirimu Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela Terkadang Ku Menyesal Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Janganlah buat cam ghini…

August 5, 2010

Merayau-rayau di alam maya ni, terjumpa artikel mengenai batu nisan.  Emm… menarik juga.  Tapi batu nisan ni, hanya orang bukan Islam saja yang tergila-gila membinanya.  Terfikir juga teman, berapa kos pembinaan benda ni agaknya?  Jangan ada pula orang-orang Islam yang terikut-ikut.  Makin kreatif manusia di muka bumi ni.  Membina nisan mengikut kegemaran atau kepakaran si mati.  Agak lucu juga ada nisan berbentuk beg golf dan siap pemukulnya sekali.  Mungkin masa hidupnya belum puas main golf agaknya.

Inilah gambar-gambar batu nisan pelik yang dibina bagi memperingati saudara mereka yang sudah mati.

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Seks ‘Ubat Tidur’ Suami

August 4, 2010

Ramai yang tidak tahu terutamanya wanita, bahawa seks baik untuk kesihatan.  Seks bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu. Kepada lelaki, seks dapat menyihatkan tubuh badan. Lebih kerap melakukan hubungan seks, semakin sihatlah lelaki itu.

Mengikut kajian, semasa melakukan hubungan seks, sebanyak 85 hingga 200 kalori akan terbakar dalam tempoh 20 minit. Tulang dan otot akan semakin kuat. Ini kerana seks membantu mengeluarkan hormone testosterone. Ini fakta yang sering kita dengar yang isteri selalu lupa.

Bayangkan sahaja semasa kemuncaknya, bukan sahaja minda tetapi otot dan kekuatan lelaki akan bertumpu. Aktiviti apakah yang dapat mengumpulkan tumpuan dan kekuatan lelaki sehebat ini?

Ramai menyebut analogi bom meletup pun tidak dihirau apatah lagi anak menangis. Sebab itu ramai bersetuju bahawa antara rahsia mengawal lelaki adalah dengan mengawal seks mereka. Ini yang isteri selalu lupa.

Pengeluaran testosterone juga menjadi penentu agar tenaga terus terjaga dan meningkat. Bila melihat lelaki lesu pada pagi hari, tentu sekali maksudnya bukan kerana ‘overdose’ tetapi kurang dos. Berapa banyak dos diperlukan oleh lelaki?

Seks teratur (maksudnya tidak berlebihan) turut dapat meningkatkan immunoglobulin A –antibodi penting untuk system kekebalan badan. Fakta lain yang juga menarik ialah hubungan seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah selsema.

Hormon serotonin yang dilepaskan semasa ejakulasi rupa-rupanya mempunyai manfaat lain. Ia dapat mengurangkan sakit kepala dan leher. Justeru, kalau suami selalu mengadu sakit kepala atau leher, isteri perlu cepat-cepat ‘mengubatinya’.

Ejakulasi secara teratur dapat mengurangkan risiko barah prostat yang banyak dialami oleh lelaki setengah baya. Beberapa kajian mendedahkan lelaki yang mampu ejakulasi secara teratur mampu mengurangkan 30 peratus risiko barah prostat.

Ejakulasi sama ada melalui hubungan seks pada malam hari dapat membantu lelaki supaya mudah tidur. Tapi leceh dan selalu pula menyusahkan pasangan, ramai lelaki yang menjadikan ejakulasi sebagai ‘ubat tidur’ pula.  Suka hati korang lah…

Sumber – Utusan Malaysia 28 Disember 2009-

Thanks to http://rezekihalal.com/

Categories: Uncategorized.

Tags: , , ,

Still standing…

August 3, 2010

The leaning tower of  Teluk Intan is beautiful for its imperfection.  Just like the Leaning Tower of Pisa.

One of the town attractions.  The tower was originally used as a water tower supplying the area of the town. It had a clock at the top, which still rings every 15 minutes.

The Leaning Tower of Pisa (In Italian: Torre pendente di Pisa)

Dunno when I can reach there…

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Meloha podehnyoo…

August 2, 2010

Siapa makan cili terasa pedasnya.

Memang betul!  Hari ni, teragak pula teman nak makan nasi dengan sambal belacan.  Cili api sangsai dengan belacan.  Sebab cili merahnya elek!  Biasa teman campur cili merah tak lah pedas sangat.

Berapi mulut beb…

Makan bersama pucuk ubi rebus.

Ambik kau… sambal tempe cili api jugak… huuhaa… huuu haaa…

Tahu tak cili apa yang terpedas di dunia?

Bila sebut cili api, teringat pesanan nenek teman.  Menurut beliau, daun cili boleh menyembuhklan bisul dan luka.  Kisar daunnya dan sapu ke bisul atau luka.   Manakala buah cili boleh merawat ulser mulut. Alahai… kalau dah pedas terlampau sampai menyengat telinga, mulut yang sihat boleh dapat ulser hehehe…  Selain daun dan buah, akarnya juga boleh dijadikan ubat bagi melegakan cirit-birit dan darah tinggi.  Teman lum try lagi… takutlah! Manalah tau silap hari bulan teman pulak yang kena cirit-birit.

Inilah dia cili yang terpedas di dunia.  Berani cubalah…

Bhut Jolokia atau Dorset Naga (Bila makan tentu keluar api macam naga…)

Kisah Benar…

Di tempat teman bekerja dulu adalah seorang ni,  menurut cerita rakan-rakan senior… dia ni bila bulan penuh tabiatnya akan berubah.  Nak tahu apa dia buat?  Sesiapa yang dia benci atau marah, dia akan taruh cili ni ke atas meja.  Bila nampak ada cili atas meja… berhati-hatilah.  Sebab bila-bila masa dia akan serang dan ladakan mulut orang yang dia benci tu.  Tapi kalau dia suka, dia akan taruh bunga ros merah ke atas meja.  Juga kena berhati-hati… kerana dia akan memeluk orang itu.  One day, teman dapati ada 1 kilo cili api atas meja teman.  Mak aii… tentu berkilo benci dia terhadap teman.  Menggeletar juga tangan bila mencapai cili di atas meja.  Rakan-rakan lain mentertawakan teman.   Hari tu, teman tak kemana-mana.  Duduk diam-diam.  Takut apa!  Sampai ke petang tak nampak pulak dia datang…  Agaknya memang dia nak beri cili tu… teman bawa pulang saja cili tu. Tertanya-tanya juga kenapa dia jadi sedemikian tapi tak seorang pun tahu… masing-masing semua takut.

Yang pasti, bila bulan penuh mengambang dia akan berperangai pelik.

Cantik bulan ni…


Categories: Uncategorized.

SALT AGAIN + SORCERER’S APPRENTICE

August 1, 2010

Ini kepala Alya  mencari mummy dia…  Mummy dia tengah beratur membeli tiket

Sepupu teman Zalita & kids pulang bercuti dari Bintulu.

Hari ini dah janji nak temani dia tengok wayang “SALT’.  Memandangkan kanak-kanak underage tidak dibenarkan masuk, maka mereka menonton SORCERER’S APPRENTICE ditemani oleh sepupu teman Zarifah dan anak-anak beliau.

Yang kecil-kecil ni dia seorang yang handle…

manakala teman, Zalita dan Luqman menonton SALT.

Ini Luqman bersama umi nya Zarifah Noor.

manakala teman, Zalita dan Luqman menonton SALT.

Ini Alya… dia memang lasak .  Entah nak apa lah tu…

Ini Hani yang berjeket biru, dan sorang lagi tu Shasha yang pandai bergaya…

3 anak gadis Bintulu…  mereka pandai berbahasa Iban.  Bertutur loghat Sarawak.

Lepas menonton wayang kami ke majlis perkahwinan salah seorang anggota keluarga di Taman Mesra, Kajang.

Wah… sedondon ghiteww….

Categories: Uncategorized.

Tidak boleh mengingati namanya…

July 30, 2010

Some good info I found from the internet and would love to share with you guys.

Pernahkah anda menepuk dahi berkali-kali, merasa kesal apabila bertemu seseorang, tapi tidak boleh mengingati namanya.  Puas anda mengingatinya.  Siapa nama dia?  Siapa nama dia?  Siapa nama dia?  Tentu, hal itu pernah terjadi.  Adakalanya, terlupa di mana anda telah letakkan kunci.  Kalau kena penyakit Alzheimer patut pun pelupa.  Kerana penurunan fungsi saraf otak kebiasaan berlaku ke atas orang yang sudah berusia.  Dikatakan punca menjadi pelupa kerana makan kepala ikan lah, makan organ dalaman seperti hati, limpa, makan makanan tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.  Jangan makan berulamkan air dan ada juga yang menyatakan jangan melihat gambar lucah! Alahai… tak baik tengok dik!

Kita menghabiskan banyak atau kewujudan isian otak kita dengan hal-hal yang beraneka.  Sebagaimana powerful sekali otak kita, ia patut direhatkan.  The brain needs recuperation time to be kept in shape.  Sekiranya otak terus bekerja, fikiran akan berkeliaran dan kehilangan mencari jalan pulang.

Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.

Here are somethings you can begin to tune up your brain:

Eat Almonds


Almond is believed to improve memory. If a combination of almond oil and milk is taken together before going to bed or after getting up at morning, it strengthens our memory power. Almond milk is prepared by crushing the almonds without the outer cover and adding water and sugar to it.

Drink Apple Juice


Research from the University of Massachusetts Lowell (UML) indicates that apple juice increases the production of the essential neurotransmitter acetylcholine in the brain, resulting in an increased memory power.

Sleep well


Research indicates that the long-term memory is consolidated during sleep by replaying the images of the experiences of the day. These repeated playbacks program the subconscious mind to store these images and other related information.

Enjoy simple Pleasures

Stress drains our brainpower. A stress-ridden mind consumes much of our memory resources to leave us with a feeble mind. Make a habit to engage yourself in few simple pleasures everyday to dissolve stress from your mind. Some of these simple pleasures are good for your mind, body and soul.

Enjoy music you love

Play with your children

Appreciate others

Run few miles a day, bike or swim

Start a blog

Take a yoga class or Total Wellness routine

Exercise your mind

Just as physical exercise is essential for a strong body, mental exercise is equally essential for a sharp and agile mind. Have you noticed that children have far superior brainpower than an adult does? Children have playful minds. A playful mind exhibits superior memory power. Engage in some of the activities that require your mind to remain active and playful.

Play scrabble or crossword puzzle

Volunteer

Interact with others

Start a new hobby such as blogging, reading, painting, bird watching

Learn new skill or a foreign language

Practice Yoga or Meditation

Yoga or Meditation relives stress. Stress is a known memory buster. With less stress, lower blood pressure, slower respiration, slower metabolism, and released muscle tension follows. All of these factors contribute significantly towards increases in our brainpower.

Reduce Sugar intake

Sugar is a non-food. It’s a form of carbohydrate that offers illusionary energy, only to cause a downhill slump once the initial burst has been worn off. Excess intake of sugar results in neurotic symptoms. Excess sugar is known to cause claustrophobia, memory loss and other neurotic disorders. Eat food without adding sugar. Stay away from sweet drinks or excess consumption of caffeine with sugar.

Eat whole wheat

The whole wheat germs contain lecithin. Lecithin helps ease the problem of the hardening of the arteries, which often impairs brain functioning.

Eat a light meal at night


A heavy meal at night causes tossing and turning and a prolonged emotional stress while at sleep. It’s wise to eat heavy meal during the day when our body is in motion to consume the heavy in-take. Eating a light meal with some fruits allows us to sleep well. A good night sleep strengthens our brainpower.

Develop imagination


Greeks mastered the principle of imagination and association to memorize everything. This technique requires one to develop a vivid and colorful imagination that can be linked to a known object. If you involve all your senses – touching, feeling, smelling, hearing and seeing in the imagination process, you can remember greater details of the event.

Control your temper


Bleached food, excess of starch or excess of white bread can lead to nerve grating effect. This results in a violent and some time depressive behavior. Eat fresh vegetables. Drink lots of water and meditate or practice yoga to relieve these toxic emotions of temper and stressful mood swings.

Take Vitamin B-complex

Vitamin B-complex strengthens memory power. Eat food and vegetables high in Vitamin B-complex. Stay away from the starch food or white bread, which depletes the Vitamin B-complex necessary for a healthy mind.

Buah anggur hitam, Madu lebah, Halia, Susu, Air zam zam, Kismis, Kurma, Ikan tuna, Tempe, Air soya juga dapat membantu meningkatkan fungsi ingatan.

Makan tempe pun boleh awet muda.

Categories: Uncategorized.

AizDean: Pelajar Malaysia ke Jepun jadi penyanyi.

July 29, 2010

Baru-baru ni, teman menonton Majalah 3, pada mulanya nak lihat anak teman masuk TV! Hehehe adalah gambar dia dengan rakan-rakan beliau di depan Pudu Jail tu.  Tiba-tiba muncul video klip jejaka ni,  AizDean.  Penyanyi baru ke? Terlanjur dah tengok TV tu, teman teruskanlah tonton Majalah 3 sampai habis.

Amat membanggakan.  AizDean yang merupakan pelajar tajaan JPA yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Electrical Engineering di Jepun menjadi penyanyi genre Jpop.  Menurut beliau, walaupun masih belajar, beliau akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam akademik begitu juga dengan nyanyian.

Single beliau “I Need You Baby” mendapat sambutan dan pernah menduduki tangga ke 7 dalam carta Rekochoku dan caller ringtone untuk lagu berkenaan mendapat sambutan hangat.  Semoga beliau tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai penyanyi dan juga penghibur.  Kerana pembabitan dalam industri hiburan ini perlu bekerja keras.  Jepun adalah negara ke 3 terbesar dalam arena industri hiburan ini selepas US dan UK.  Selamat berjaya AizDean.

Categories: Uncategorized.

lelaki ini

July 28, 2010

How Can I Suppose To Live Without You

Kenny G and Michael Bolton

Categories: Uncategorized.

Perbelanjaan di bulan puasa.

July 27, 2010

Gambar-gambar ni memang menggoda terutama pabila di bulan puasa.

Terlebih dahulu teman ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, semoga segala amalan kita diberkati olehNya. Menjadikan kita supaya bersabar dan tabah  dalam menempuh segala ujian hidup.

Berpuasa menandakan kesyukuran kita kepada Allah kerana memberi nikmat.  Berpuasa adalah perisai untuk kita mengawal safsu.  Menahan diri daripada makan dan minum mulai terbit fajar hingga tenggelamnya matahari.

Di bulan inilah tentu ramai yang tercari-cari tempat untuk berbuka atau mencari lauk pauk serta kuih muih untuk berbuka di rumah.  Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu, termasuk nafsu makan yang berlebihan.  Tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa bulan puasa dapat mengurangkan perbelanjaan.  Akan tetapi di dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.  Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasalah yang terendah.  Bukankah terbalik amalan kita?

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Ada apa pada rasa jeruk?

July 26, 2010

Jeruk campur

Baru-baru ni, anak teman belikan jeruk campur Pulau Pinang.  Teman tak berapa suka jeruk ni.  Hari ini teman mengadaplah seorangan.  Lepas satu jenis ke satu jenis teman nak rasa.  Sedap tu sedap lah juga tapi yang tak sedapnya… kenapa semuanya rasa sama?  Tak dapat nak membezakan rasa jeruk kedondong, pala, betik, mangga, salak, ceri dan sengkuang.  Semuanya sama jer rasanya.  Sepatutnya bila makan kedondong rasanya mestilah kedondong.  Kalau betik rasanya pun betik.  Ini idak… satu rasa.  Tak tahu apa rasanya.  Rasa jeruklah agaknya.

Dan air jeruk ni teman dapat tahu,  kebanyakan digunakan oleh peniaga-peniaga restoran tom yam.  Mereka campurkan air jeruk ini untuk menu kerabu mangga.  Memanglah sedap tapi… dikatakan air jeruk ini tak baik untuk kesihatan.  Ada chemical bahaya.  Malah jeruknya juga.  Kalau yang buat sendiri tu mereka gunakan air kapur.  Kapur pun bahaya… boleh mengundang barah.

Lebih baik makan fresh.  Jangan makan yang dijerukkan.

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Ghost Swings

July 25, 2010


Ghost Swings

Buaian bergerak sendiri sebegini, pernah teman saksikan.  Masa tu, teman bersama anak-anak dan juga adik ipar sekeluarga mengunjungi kolam air panas di Legong, Kedah.   Ada sebuah shalet berdekatan.  Masa tu, jam dah pukul 11.00 malam.  Siang-siang tak boleh berendam.  Air terlalu  panas.  Ketika berendam dalam air panas teman dan anak teman Mohd. Zaid terpandang buaian bergerak berhayun.  Mula-mula perlahan dan kemudian laju.  Tiada sesiapa pun ada di tempat brkenaan.  Meremang juga bulu roma dibuatnya.  Teman beritahu Zaid, mungkin anak ‘dia’ sedang bermain buaian.  Kalau ada kesempatan untuk ke sana, hendak teman lihat kembali buaian itu bergerak sendiri sekali lagi.  Nak rakam.  Macam berani!

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Petua Ketua Bilal Masjidil Haram jaga suara

July 24, 2010

SHAH ALAM 23 Julai – Jika mahu menjaga suara supaya sentiasa elok, sedap dan nyaring, jangan merokok, elak makanan pedas, berminyak dan jangan suka marahkan isteri.

Demikian petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali al-Muolla, 54, yang telah bertugas selama lebih 30 tahun sebagai muazin di masjid tersebut.

“Saya perhatikan ada bilal di negara ini yang merokok, ini tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Antarabangsa al-Madinah (Mediu) di sini hari ini.

Ketibaan beliau di Mediu disambut oleh Rektornya, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi dan pegawai kanan universiti tersebut. Dalam lawatan selama kira-kira 45 minit itu, beliau dibawa melawat sekitar Mediu dan mengadakan perbincangan dengan Dr. Mohammad Khalifa.

Sheikh Ali yang sedang bercuti tiba di Malaysia, Selasa lalu dan dijadualkan pulang ke Mekah, Ahad ini. Beliau turut diberi penghormatan melaungkan azan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Menurut beliau, pada waktu dahulu iaitu semasa ketiadaan pembesar suara, azan dilaungkan oleh enam orang bilal di enam menara yang terdapat di sekitar Masjidil Haram.

Katanya, ketika itu, Masjidil Haram mempunyai 24 orang bilal tetapi dengan adanya sistem pembesar suara, bilangan itu kini hanyalah 14 orang.

“Zaman dahulu, syarat utama menjadi muazin adalah mereka yang bersuara kuat,” katanya yang menerima sanad lagu azan itu daripada datuknya.

Ditanya perbezaan laungan azan Mekah dan Madinah, Sheikh Ali berkata, muazin di Mekah suaranya lebih kuat manakala muazin di Madinah lebih pandai berlagu.

Mengenai kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram, beliau memberitahu, ia masih berjalan bagi menampung keperluan jemaah haji yang semakin meningkat.

“Setakat ini, kita belum tahu berapa jumlah jemaah yang boleh ditampung tetapi pada setiap malam 27 Ramadan, ada lebih empat juta jemaah solat di Masjidil Haram,” jelas beliau.

Sumber Utusan online   http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Categories: Uncategorized.

Tags:

“Tekken is in the Cinemas!!”

July 23, 2010


DBD Evanescence Bring me to life

I choose Nina Williams in the character from Tekken.


But actually I never mastered that game.  Oh Nina… She is the hottest cold-blooded assassin and the best character ever.  She kicks so much and has the lethal fighting skill.

She has something that only a few selected of the Takken series characters have.

I love to see her sexiest outfits.  The most notable is her blonde ponytail and blue eyes.  And of course her voluptuous yet powerful build.

Most of all, I love to see her fighting in speed and intricate grappling moves.

She is simply the best nothing can stop her!

Can’t wait to see her  at the Golden Screen Cinema.

Im sure Nuffnang the only way…

Sypnosis

The critically acclaimed Namco videogame franchise TEKKENTM is set to come to life on the big screen. Rising from the ashes of a crumbled civilization, gladiatorial combat has replaced warfare, and ruthless fighters pit themselves against one another in a bid for global supremacy. In the midst of the greatest tournament ever known, one warrior attempts to fulfill his destiny and become King of the Iron Fist.
Civilization as we know it has been destroyed and in it’s place a dystopian world order has arisen with seven all-powerful corporations controlling the planet. America is under the totalitarian leadership of the mighty Tekken Corporation and it’s CEO Heihachi Mishima (Cary-Hiroyuki Tagawa), who rules absolutely from the capital of Tekken City. Those outside the metropolis’s walls lead a life of fear and despair, fighting for survival as outcasts in a harsh world where resources are scarce. Rising from this poverty is Jin (Jon Foo), who is driven by nothing more than a desire to murder the man who killed his mother (Tamyln Tomita). In order to exact his revenge Jin must defeat the world’s most elite fighters and win the ‘Iron Fist’ Tournament. However this journey will show Jin a past that his mother had tried to hide from him and force him to realize a future that threatens to tear him apart.



Categories: Uncategorized.

Tags:

Keluhan anak muda…

July 22, 2010

Sering kedengaran keluhan anak-anak muda, bahawa hidup mereka dipenuhi dengan kesempitan wang, kesusahan, tidak tenteram, susah hendak mendapat pekerjaan dan sebagainya.  Mungkin ianya berlaku di atas pelbagai sebab dan alasan.  Salah satu faktor perlu diambil sebagai ikhtibar adalah, kita hendaklah sentiasa berusaha tetapi ia tidak semudah itu, jika ianya tidak disertai dengan  keikhlasan dan ketulusan hati.  Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha mencari rezeki yang halal agar bebas daripada belenggu kemiskinan kerana kemiskinan boleh menggelincirkan iman seseorang.

Ramai juga anak-anak muda yang berjaya, hidup penuh keberkatan.  Mereka memiliki hati yang ikhlas, jujur dan penyayang.

Dan yang paling penting mereka adalah golongan yang sentiasa mengembirakan hati ibubapa mereka.  Terguris sahaja hati ibu oleh kata-kata atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa memohon ampun ini iaitu ibu dan suami. Kuasa ibu ke atas anak-anak manakala kuasa suami ke atas isteri. Kuasa mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

Apakah dengan bersikap seperti dibawah ini, rezeki anda akan datang melimpah ruah?

Seorang anak perempuan bersikap kasar terhadap ibunya.  Kata-kata yang dilafazkan tidak pernah lembut.  Tidak pernah bertanyakan khabar ibunya walaupun tinggal sebumbung.  Sentiasa bersangka buruk terhadap ibunya.  Hubungannya dengan kawan-kawan di pejabat lebih akrab berbanding ibunya.  Dia hanya mengeluarkan perbelanjaan dapur untuk makan suami isteri sahaja.  Sanggup memasak berasingan dan tidak pernah mempelawa ibunya untuk sama-sama menikmati hidangan.

Si ibu tidak pernah bersuara untuk menegur akan sikap anak perempuannya kerana beranggapan dia sudah dewasa dan punyai suami.  Yang menyedihkan hati ibu, si anak tidak pernah ingin mengambil tahu tentang bil-bil yang harus dibuat pembayaran.

Terpaksa si ibu melunaskan segala bil dengan menggunakan wang pencen yang tidak seberapa.  Soal makan terpaksa si ibu berceking.  Kemanakah menghilangnya kasih sayang seorang anak ini?

Seorang isteri yang membebel dan melukai hati suaminya.  Dia bersikap kurang ajar terhadap suami.  Kata-kata yang dilontarkan tidak pernah lemah lembut.  Suami sering mendapat makian dan herdikan.  Malah di hadapan khalayak ramai.

Si suami mendiamkan diri, kerana menyedari dia hidup menumpang.  Bayangkanlah seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf.

Ingatlah, tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Dengan susah payah ibu kita mengandungkan dan melahirkan. Kemudian ibubapa kita mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang. Oleh itu taatlah kepada  mereka.  Jangan sesekali membelakangi mereka.  Berlututlah, mohon ampun dan maaf kepada mereka.  Janganlah bila hari raya menjelang baru ingin memohon maaf.  Insya-Allah ibubapa akan tetap memaafkan anak-anak mereka kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Oleh itu, dalam membina hubungan sesama manusia, ibubapa mestilah mendapat keutamaan lebih daripada orang lain.  Maka dengan itu, kita akan mendapat berkat daripada Allah.  Begitu juga, si isteri.  Mohon ampun dan maaf kepadanya.  Suami mesti mengampunkan isterinya setiap malam, samada isteri meminta atau tidak.

Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Dan bersedekahlah! Mudah-mudahan Allah swt akan lebih mempermudahkan semua urusan. Wallahu A’lam

Categories: Uncategorized.

Tags: , , , , ,

Rindu, cinta dan cemburu.

July 20, 2010

Akibat cemburu

Rindu, cinta dan cemburu.  Tiga kalimat ini ada dalam setiap hati manusia.  Adakalanya indah, kadang menyakitkan.  Adakalanya gembira kadang melukakan. Semua perasan ini tergantung bagaimana kita untuk menyingkapinya.  Selain berdoa, apa yang penting adalah ketulusan dan keikhlasan dalam memberi reaksi kepadanya.

Cinta adalah kecenderungan hati pada yang dicintai.  Kebahagian sebuah rumahtangga terzahir di antara suami isteri jika adanya cinta dan kasih sayang. Rindu yang berlebih.  Rindu yang disertai dengan menjaga maruah dan kesucian diri.  Cinta adakalanya membuat seseorang lupa diri.  Ia bisa menjadi virus penyerang dan melemaskan cinta di lautan hati.  Cemburu adalah kebencian.  Perasaan yang disamai dengan orang lain dalam hak-haknya.  Cemburu membuat seorang menjadi marah, kecewa dan hilang pertimbangan.  Tapi ada juga yang kata, cemburu itu tandanya sayang.  Janganlah membutakan hati oleh perasaan cemburu, karena dipenghujungnya kita juga yang rugi.  Tanganilah masalah cemburu dengan lapang dada.  Kerana cemburu yang berlebihan akan merosak hubungan yang harmonis.

Benarkah hilangnya rasa cemburu ini karena hati tak lagi menyayangi?

Categories: Uncategorized.

Page 1 of 3123»