Sarapan pagi tadi di Alif Bistro Balakong. Kompius pun ada… malu pun ada. Teman dah seusia sebegini tak kenal lagi yang mana satu kuih vadai.
Teman memang gemar kuih vadai ni. Selama ini setahu teman kuih vadai yang ini.
Kuih yang diperbuat dari kacang dal ni memang sedap.
Jadi masa buat pesanan roti canai, teman mintalah sekali kuih vadai tu 2 biji. Kemudian si mamak ni hantarlah 2 biji vadai.
“Macha… ini bukan vadai lah. Saya mahu vadai dan bukan kuih ini.” Kuih itu pun teman tak tahu apa namanya.
Inilah kuih yang dikatakan oleh mamak tu…. kuih vadai.
“Kakak… inilah vadai.” Balasnya masih menghulur piring kepada teman.
Kemudian teman beritahu, kuih yang teman nak itu ada di sebelah kuih ini. Mamak tu pun pergi tukar dan bawa kepada teman kuih vadai yang teman maksudkan.
“Kakak… ini bukan vadai. Ini masala.” Jelas mamak tu.
Alahai masalah betul. Yang mana satu yang betul? Masala bukan ke kuih yang macam bawah ni?
Rupanya ada perbezaannya. Gambar yang pertama tu dipanggil Masala Vadai dan gambar ke dua tu dipanggil Medhu Vadai dan gambar ketiga itulah Samosa dan bukannya masala. Masalah betul teman ni kan… hahaha



