Melancong ke Medan, Indonesia

Alhamdulillah… jejak juga kaki saya ke bumi Indonesia.  Kali ini, saya ingin bercerita tentang Medan.  Sebelum itu, saya hendak kongsi tips budjet melancong ke luar negara.  Ramai yang tertanya-tanya, kerap sangat saya dan anak-anak melancong ke luar negara.  Pertama sekali kita kena cari bulan yang termurah untuk melancong.  Saya lebih suka guna khidmat AirAsia.  Cari penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur ke destinasi kesukaan.  Okey… senang kan.

Saya gunakan khidmat pemandu pelancong melalui ajen di Malaysia, AR Travel & Tours Sdn Bhd.  Di Medan kami disambut oleh seorang pemandu pelancong bernama Hamzah dari Tiara Tours.

Pemandu Pelancong kami – Hamzah

Pakej yang disediakan amat menarik.  Baik tempat tinggal mahupun tempat-tempat lawatan.  Sesiapa yang baru pertama berkunjung, adalah lebih elok menggunakan khidmat pemandu pelancong ini.  Mudah dan tidak kelam kabut ataupun sesat (sebab saya dapati kekurangan signboard).

HARI PERTAMA

Dari airport Polonia, kami terus menuju ke Berastagi.  Tapi, sebelum itu… semasa menuju ke kereta seorang lelaki telah mengekori kami.  Apabila sampai di kereta, dia meminta duit tips.  Katanya tips airport.   Saya beritahu, kenapa kami perlu bayar duit tips sedangkan dia tidak membantu membawa beg-beg kami.  Dia memaksa kami membayar sebanyak 200,000 rupiah (lebih kurang RM60.00).  Anak saya ingatkan, tips yang diminta adalah duit tips untuk pemandu pelancong yang harus dibayar terlebih dahulu.  Maka dia serahkan jumlah berkenaan.  Lelaki berkenaan terus menghilang.  Menurut Hamzah, lelaki berkenaan adalah ‘gengster airport’ dan dia sendiri takut untuk bersuara kerana bimbang akan dipukul.  Jadi, nasihat saya supaya beringat dan jangan beri sebarang tips kepada mereka.  Kegiatan mereka turut mengaibkan pelancongan Indonesia.

Perjalanan dari Medan ke Berastagi, memakan masa 2 jam.   Maka bermula satu pengalaman baru tentang kehebatan pemandu di Indonesia.  Mereka berani mati mencelah-celah sambil membunyikan hon.  Saya yang di dalam kereta kecut perut dibuatnya.

“Ibu… kalau saya ngak buat begini sampai ke petang ngak sampai.” Kata Hamzah.  “ibu, duduk releks aja.”

Kami tiba di Berastagi. Rasa macam di Cameron Highland kawasan tempat sejuk.

Pasar buah

Memang murah buah-buahan di sini.  Saya memang dari rumah lagi menanam hasrat untuk tidak membeli belah pakaian.  Murah macam mana sekalipun, hati saya ditetapkan supaya tidak tergoda.  Alhamdulillah… peniaga-peniaga di Berastagi tidak berjaya menggoda saya.

Tapi, saya beli juga buah salak, avocado dan strawberry.  Memang murah jika dibandingkan harga di Cameron Highlands.  Awas… ada yang mengekori dan memujuk kita supaya naik kuda atau kereta kuda mereka.  Saya cuma gelengkan kepala dan angkat tangan.  Setidak-tidaknya mereka faham maksudnya.

Anak kedua – Mohd Zaid

Selesai ‘membeli belah’ beli buah saja hehe.  Kami ke RM (rumah makan) H Ramli NST, untuk makan tengahari.  Di sini, peniaga menghidangkan pelbagai aneka lauk pauk.   Selesai makan, kami  gerak untuk check-in hotel.

Green Garden Hotel -seronok dapat berehat sambil mencari ilham.

Bincang-bincang dengan anak… nak mandi di kolam.

Memandangkan Brastagi adalah kawasan tanah tinggi dan sejuk, bilik memang tak ada kipas atau aircond.  Memang menggigil sesuai untuk pasangan berbulan madu haha… Esoknya, kami meninggalkan Brastagi, pusat sayur dan buah dengan udara sejuk menuju ke Perapat.  Pemandangannya indah sekali, tapi akses jalan menuju ke sana sangat tidak baik. To getting there is the hardest part, the road is not properly pave and a lot of vehicles on the road.

HARI KE 2

Dari Berastagi ke Perapat yang memakan masa perjalanan selama 6 jam.

Air terjun Sipiso-piso, airnya mengalir ke tasik menyusuri ke sebuah desa kecil bernama Desa Tongging dan terus ke  Lake Toba known as Tao Silalahi.

Subhanallah sungguh menakjubkan, dari atas situ kita dapat menikmati keindahan Air Terjun Sipiso-piso merupakan sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dari Desa Tongging, Kabanjahe.  Sipiso-piso dalam bahasa Batak berarti pisau-pisau.   Jolokan ini diambil sempena air terjunnya yang jatuh ke bawah bentuknya pisau.  Pengunjung dapat menikmati panorama air terjun Sipiso-piso dari pinggir tebing.  Terdapat anak tangga sekiranya mahu turun ke bawah hingga ke tempat di mana air terjun berakhir.

Anak bongsu – Uzair

Terdapat beberapa deretan toko souvenir dan beberapa gerai penjual makan dan minuman.

Harga berpatutan.

Dari atas tanah Karo ini juga, kelihatan keindahan Danau Toba.

Having ginger tea + pisang goreng di Simarja Runjung

Setelah selesai minum teh halia, perjalanan diteruskan.  Di sepanjang perjalanan terdapat deretan pokok kopi arabica.

Hidangan makan tengah hari di Istana Minang, Parapat, Danau Toba.

Ikan pora-pora goreng (dari tasik Toba)

Tambang ferry – melalui Ajibata

Anak-anak batak Toba bermain bola di atas ferry, sebelum ferry bergerak.  Anak Melayu Malaysia ada berani?

Selepas makan tengah hari di Istana Minang, Parapat, kami dibawa menaiki feri melawat ke kawasan bersajarah (objek wisata budaya) Sigale-gale di Kampung Tomok.  Di Pulau Samosir terdapat banyak kesan sejarah.  Hamzah, pemandu pelancong kami bercerita mengenai lagenda pulau tersebut.

Rumah orang-orang batak

Untuk menyaksikan patung SiGale-gale menari dikenakan bayaran Rp80,000 per show. Suatu ketika dahulu, patung ini menari dengan sendirinya, tapi sekarang ada orang yang menggerakkannya.

Kami kemudian dibawa ke makam raja Batak, Raja Sidabutar.   Menurut sejarahnya, merupakan orang pertama yang menginjakkan kaki di Pulau Samosir.

Selesai lawatan di Kampung Tomok, apa lagi kami pun membeli belah barang kraftangan suku BATAK di Pulau Samosir ini.  Alhamdulillah… saya sedikit pun tidak tergoda dengan harga murah yang ditawarkan.  BUKAN kerana saya tak mahu membeli tapi… oleh kerana anak saya Uzair sudah ke Medan sebulan sebelumnya dan dia sudah membeli baju, telekung dan souvenir lain untuk saya.   Jadi, Zaid saja yang membeli 2 helai t-shirt dan 2 bundle key-chains untuk rakan ofisnya.

Selepas kepenatan bershopping kami check in di Toledo Inn.

Sementara menungggu waktu Maghrib tiba, saya menyempatkan diri mengabadikan remang senja dari tepi Danau Toba, sambil menikmati keindahannya alam.  Airnya pasang ketika itu.

Ini beg sandangku.  Lihat, ianya terletak cantik.  Tapi ada yang mahu bergurau dengan kami rupanya.  Tak semena-mena ia jatuh ke lantai.  Jam 12 malam, ketiga-tiga kami terdengar bunyi seperti ‘sudu jatuh’ ke lantai.  Sudunya tak ada.  Jam 3.00 pagi, saya terdengar orang berbual dari arah bilik air. Alahai… ada yg mahu bergurau gayanya. Mungkin kerana siangnya kami melawat makam raja Batak, Raja Sidabutar.  Whatever…

HARI KETIGA

Selesai bersarapan di Toledo Inn, kami terus check-out untuk ke kembali ke Medan melalui  Pematang Siantar.   Perjalanan memakan masa selama 4 jam.

Time to say goodbye to Samosir Island.

So, I’m saying bye-bye to Danau Toba and Samosir Island.

Menurut Hamzah, pemandu pelancong kami… ada 3 jenis ikan ada di dalam tasik ini.  Iaitu ikan Talapia, Ikan Pora-pora dan Ikan Emas.

Pulau yang sangat istimewa ini menghadirkan sebuah ketenangan.  Daku dimanjakan dengan suara alam dan panorama nan damai dari hiruk pikuk ibu kota.

Medan

Tak sah kalau tak singgah di Toko Paten.  Kena ingat ting-ting, teng-teng, tang-tang.

Kami berhenti untuk makan tengah hari di Restoran Simpang Tiga (dibuka 24 jam)

Singgah di Masjid Al-Mashun

MASJID RAYA AL-MANSHUN merupakan masjid tertua di Medan dan salah satu warisan Sultan Deli di Sumatera.

Kami kemudian dibawa melawat Istana Maimun.  Istana Maimun, merupakan istana kebesaran Kerajaan Deli dan dibangunkan dalam masa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa.

Sultan terakhir, Tengku Mahmud Aria Lamanjiji

Selesai lawatan kami check in di Garuda Plaza Hotel.  Kepenatan betul.  Banyak tempat lagi kami tak kunjung… saya dah penat.  Cancel saja.  Anak-anak menurut…

Makan lagi… menunggu menu lain untuk dihidang atas meja kami.   Apa yang saya perasan… tiap kali makan, pucuk ubi rebus dan pucuk ubi masak lemak mesti ada.  Naik muak saya!  Dinner kami dia restoran Ayam Pop.

HARI KE EMPAT

Bersedia untuk pulang…

Ready to check-out.

Sampai di lapangan terbang anak saya, Uzair  mencari si penyangak airport tu.  Sayang sekali si penyangak tu tidak ada pula.  Akhirnya kami tetap mengucapkan selamat tinggal Bandar Medan yang merupakan bandar ke tiga besar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.  Pengalaman manis dan pahit menjadi kenangan semua tersimpul rapi.

Our next destination is Korea.  See you there!

25 thoughts on “Melancong ke Medan, Indonesia

  1. Terima kasih Liza sudi menjenguk. Lepas ni akak cerita tentang lawatan akak ke Korea pulak.

    Di Medan, sebenarnya banyak tempat lagi yg menarik. Akak tak kesempatan nak melawat.

  2. salam kak zara, nak mintak contact no pemandu pelancong kak kat medan boleh? ….mcm best je jika boleh jejalan ke medan…

  3. kak,brape kos pemandu pelancong yang akak guna? nak tau kos hotel tu skali dengan pemandu pelancong. sbb sy dh beli tiket nk g medan. tp x tau lagi tmpt menarik die.

  4. Salam….sy pernah sekali pergi medan dan terus ke danau toba…ketika perjalanan ke perapat pemandu batak karo ni nk kan tip lebih….dia minta sama sy….sbb org Malaysia sy dan isteri sy saja dlm kereta tu….sy buat bodoh…..aje….apabila nk balik ke Malaysia…..dan berada di polonia airport……..dtg lah penyanggak ni….minta utk menguruskan dokumen. Smp sy maki dan ajak bertumbuk dgn penyanggak tu….di tengah2 airport tu….lalu dia pun lari sbb malu…..hati2 jika di medan….cari kawan DUlu baru ok……selesa utk tourist……….tq

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

  6. Tak mention kos perjalanan. Boleh nyatakan kos termasuk hotel? Ada tak kereta api? Kalau dari Jakarta ke Bandung, lebih baik naik kereta api untuk lebih selamat dan pantas. Itu pengalaman saya. Saya nak ke Medan bersama-sama rombongan lebih kurang 40 orang pada bulan Mac 2014.

  7. Salam kak…boleh akak bagi detail perbelanjaan grounded…maksud sy pakej grounded akak amek tu, byrn hotel ke…
    kalau tak ade ape sy nk g sane bulan Jan 2014…

    harap akak emel sy di dyahidayah86@gmail.com

    thanks ya!

  8. Saya pun baru sahaja balik dari medan. 4 hari 3 malam. 2 malam toledo inn, 1m mikiy holiday. Sy nasihatkan kalau tak berminat nak shopping tak perlu di medan pun. Buang masa saja. Baik lama2 di samosir island/dekat berastagi. Lagi best.. Hamzah ni baikkk sgt drivernyaa. Tak mntak tips, bagi seikhlas hati, kelakar dan act ni kali kedua sy kesini, dan saya mintak hamzah jgak yg bawak saya. Kalau nak contact dia search je fb dia- hamzah saragih, no phone +62 821-6021-1106. Ok saya tulis ni saja nak tolg dia.. Bukan saya iklankan apa2 ya. Okbai

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.
    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh coretan sedikit disini untuk kebaikan kita bersama , semoga kemurahan hati Tuan/Puan blogger untuk memberi izin coretan ini, akan dibalas pahalanya oleh Allah SWT hendaknya amii.Ini hanya untuk berkongsi pengalaman di Medan Indonesia.Saya ambil dua org Pak Supir yang sangat baik dan berpengalaman.Mereka memandu bergilir-gilir.Hanya Rm350 seorang.Apa yang anda dapat ialah 1 malam penginapan di Kota Medan.Di medan anda akan dibawa ke berjalan2 sekitar medan.Merdeka Walk,Istana Maimoon,Pajak Ikan.Toko Batik yang sgt murah untuk shoping kain2 telekong,Seharian pak supir akan bersama anda.beritahu sahaja mana nak pergi.karaoke spa dan sebagainya.Kemudian penginapan 1 malam di Lake Toba.Dalam perjalanan ke Lake Toba anda akan di bawa ke Pasar Buah Brastagi.shoping 2.menikmati permandangan,menaiki kuda,kemudian akan di bawa ke air terjun Sipiso Piso dan akan di bawa ke pos2 permandangan indah berlatar kan Lake Toba.sampai ke Lake Toba anda akan ke Kg Tomok Pulau Samosir mengunjungi Kg Batak Karo di sana.Bermalam Di Lake Toba.Dalam perjalanan pulang akan di bawa ke Hot spring dan juga Sungai Belerang.mandi sekiranya sempat.Sungai belerang baik untuk kulit.Anda akan dijemput dan dihantar pulang di Airport Kualanamu.Kalau teksi hanganya lebih kurang rm40 sehala.Total Rm80 pergi balik ke Kota Medan.Pakej ini termasuk makan tengahari dan malam.Makan pagi di hotel.Perjalanan menaiki kereta atau mpv sangat selesa.tidak terlalu laju .Rata2 pemandu disana memandu agak laju dan cilok2.sangat bahaya.Perkhidmatan bas dan group juga disediakan.Banyak lagi yang x sempat diceritakan disini.tujuan saya hanyalah untuk membantu sekiranya masih tercari-cari dan juga untuk membandu Bapak Supir yang sya rasa sgt baik dan flexible.Sekiranya perlukan lebih informasi just call or sms 0124156404 atau email wira8594@gmail.com. Maaf agak panjang.