Waktu Imsak dan berbuka

Selamat menyambut Puasa… saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan selamat beribadah di dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi ini.  Semoga amalan terus dilakukan dengan keikhlasan.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan buat anak-anak cucuku sekelian:

Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1432H / 2011M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA DAN LABUAN

Mok guard terlebih sudu

Bukan main mok guard Hospital Bersalin Kajang ni… begitu komited dengan tugasnya.  Teman dok menghantar anak teman yang sedang sakit hendak bersalin (mengandung 8 bulan) tiba-tiba mok guard ni terjerit-jerit marahkan teman.   Dia tak benarkan teman masuk ke dalam Dewan Bersalin (0rang dulu-dulu panggil labour room) untuk buat pendaftaran.   Dah nama pun kecemasan… orang dah sakit nak bersalin… tentulah teman nak pastikan anak teman selamat masuk ke dalam bilik bersalin.  Mok guard ni masuk ke dalam dan marah-marah lagi.  Sambil cakap, pesakit boleh cakap sendiri dengan doktor.  Awak tak payah masuk.  Tak baca ke ada tulis kat luar… suami saja yang dibenarkan masuk!  Mintak keluar sekarang ya! Alahai…  Tak sabar betul mok guard ni nak menghalau teman… macam teman ni sampah.  Teman beritahu… tunggulah sehingga urusan teman dengan doktor selesai.  Teman pun tak rela nak tunggu kat dalam tu.  Mintak keluar sekarang jugak tak faham ke saya cakap?  Adusss berdesing telinga ni.  Malas nak berbalah teman pun keluar.  Teman baca kenyataan yang ada di pintu masuk bilik bersalin.  Puas teman cari perkataan ‘hanya suami dibenarkan masuk’ itu tapi tak ada.  Yang ada kenyataan “Sebarang urusan sila berhubung dengan jururawat bertugas.”  Mok guard ni biul agaknya.   Tak reti baca!  Kok iapun awak guard di situ, bersopanlah sikit bahasa tu.  Teman pun tak nak menyusahkan sesiapa.  DAN tak perlulah nak heboh dengan orang lain yang awak tu benar dan orang lain salah.

Ketat  jaga pun, bayi boleh hilang.  Teman cadangkan supaya mok-mok guard ni ditempatkan di depan pintu masuk bilik bersalin.  Biar perempuan yang nak bersalin ni mendaftar dengan mok guard dulu sebab lagaknya mok guard terlebih sudu dari kuah.