KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 2)

Hari kedua (24 Sept 2010)

Tidur saya tidak lena walau punyai katil yang empuk.  Sebenarnya saya risaukan tugasan belum siap tambahan pula bilik tidak nyaman.  Saya kepanasan.  Kena lakukan sesuatu pada alat penghawa dinginnya.  Untuk tugasan lawatan pada hari ini, kami akan dibawa melawat ke kilang terbesar membuat pewter Royal Selangor Visitors Centre yang terletak di Setapak Jaya.  Ianya sebuah kilang pembuat pewter terbesar di dunia yang paling berseni serta berkualiti.  Ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Yong Koon yang berasal dari negara China .

Jam 7.20 pagi turun ke Lobi untuk bersarapan.  Abang Ben kelihatan sedang menikmati sarapan beliau.  Saya memusing-musing mencari apa yang hendak dimakan buat sarapan.  Tidak banyak pilihan.  Yang ada nasi goreng, bihun goreng, beberapa jenis roti, bijirin dan beberapa jenis makanan barat.  Kebanyakkan bekas sudah lengang dan tidak ditambah.

Selesai bersarapan dan menyerahkan kunci bilik, kami berangkat bersama Pemandu Pelancong Puan Nirmaningsih Mawi atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ning.  Kami menaiki bas yang dipandu oleh Encik Gilbert dan bertolak pada jam 9.50 pagi.  Di dalam perjalanan, Kak Ning perjelaskan beberapa tempat pelancongan menarik ketika merentasi Kuala Lumpur.  Kuala Lumpur dikelilingi oleh sempadan Negeri Selangor dan pernah menjadi ibu negeri Selangor.

Tiba di Royal Selangor Visitors Centre, kami disambut mesra oleh staf RSVC.  Waktu perniagaan mereka pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk Minggu dan cuti am.  Difahamkan, tidak perlu membuat temujanji untuk masuk melawat kilang membuat pewter ini.  Cuma perlu mendaftar untuk sesi the School of Hard Knocks.  Kami dijemput masuk dan menyaksikan pameran sejarah bagaimana pewter terhasil.

Setiap pelawat akan diberi sticker.  Tiket untuk masuk melawat.

Mr. Raj bersama rakannya Mr. June

Mata wang lama

Jongkong bijih timah

Stamp Trade Mark Royal Malaysia “Yu He Zu Xi” atau Jade Peace Pure Tin

Sukatan dan logam lain bagi menghasilkan pewter

Cetakan talapak tangan bagi mengenang jasa staf yang berkhidmat melebihi 20 tahun.

Minum dalam cawan pewter terasa lebih segar dan sejuk.

Hasil seni yang begitu halus dan cantik.

Husni mencuba bakat mengetuk untuk menghasilkan seni pewter

Saya pun mengambil peluang menunjukkan bakat

Zaid pun menunjukkan bakat.

Kilang pembuat pewter

Piala F1 diperbuat daripada pewter

Di dalam bilik yang luas ini dipanggil School of Hard Knocks.  Setiap seorang peserta akan mencetak nama ke atas sekeping piring pewter kemudian mengetuk dengan menggunakan penukul yang diperbuat daripada kayu.

School of Hard Knocks

cikgu tengah meronda

Inilah dia hasil kerja saya.

Hasil seni CitraRahman

Makan time… terima kasih kepada Royal Selangor kerana bersusah payah menyediakan hidangan teh ini.  Buat sendiri katanya.

Mendengar sejarah cerek Royal Selangor daripada Datin Chew.

Menurut beliau, semasa zaman peperangan dunia kedua penduduk kampung telah menyerbu sebuah gudang beras yang terletak di stesyen keretapi Kajang.  Seorang penduduk bernama Ah Ham tidak kepingin untuk berebut sama kerana beliau terpandang sebuah cerek di atas tanah lalu membongkok untuk mengambilnya.  Sementara beliau membongkok, kedengaran butiran peluru mendesus di atas kepalanya.  Cerek berbentuk buah tembikai itu telah menyelamatkan beliau.  Tahun demi tahun, cerek berkenaan menjadi teman setia beliau.  Dan apabila ada tetamu bertandang, beliau akan bercerita kisah di zaman perang yang dilaluinya.

Datin Chew bersama cerek pewter rekaan terbaru tanpa mengubah bentuk asal.

Rupanya datuk beliau (Ah Ham) berasal dari Sungai Chua, Kajang.  Walaupun saya orang Kajang tetapi saya tidak pernah mendengar kisah cerek ini.  Setelah berada di Royal Selangor barulah mengetahui, bahawa sejarah cerek berkenaan bermula di Kajang.  Gudang yang disebut terletak di Jalan Reko, Kajang.

Menerima Sijil daripada Royal Selangor School of Hard Knocks.

Belakang kami tu adalah tankard terbesar di dunia yang diperbuat daripada pewter.

Jam 11.30 para blogger berangkat ke persinggahan seterusnya  iaitu ke Genting Highlands.   Dari Royal Selangor menyongsong matahari ke Genting Highlands.  Keadaan cuaca agak panas.  Namun, setiba di kaki pergunungan yang berlatar belakangkan kabut merubah suasana menjadi dingin lagi menyegarkan.  Saat  cahaya kemilau matahari  menyapa bumi Genting Highlands, ianya benar-benar menyempurnakan hari dan perjalanan kami.  Ketibaan kami agak terlewat.  Bas yang dipandu oleh Gilbert dibenarkan masuk sehingga di perkarangan pintu masuk ke Genting International Convention Centre di First World Hotel Genting Highlands.  Dari situ sudah nampak kemesraan dan ketulusan pengurusan Genting Highlands terhadap pelanggannya.  Kami perlu berjalan kaki selama 20 minit untuk bertemu para pegawai tertinggi di Maxims Genting Hotel dan menyertai mereka menyambut kedatangan tetamu Kehormat Yang Berhormat Elizabeth Wong, Selangor EXCO for Tourism, Consumer Affairs and Environment.

Kami persis sejumlah fotografer media berklik-klik kesana kemari

Welcome speech daripada Dato Anthony Yeo

Menjadi terasa terlalu istimewa, apabila disambut dengan begitu mesra oleh pegawai-pegawai tertinggi Resort World Genting.

Cenderahati daripada Genting world Resorts kepadaYB Elizabeth

Fadli

Victor

Citra Rahman

Bella

Max

Dan kesemua peserta mendapat cenderahati daripada Resort World Genting.  Maaf tak dapat nak postkan gambar-gambar kalian semua.  Kami mendapat layanan kelas pertama daripada pengurusan Resorts World Genting.  Sungguh… saya belum pernah menerima layanan sebegitu bagus sekali.  Katakanlah saya punyai wang untuk menempah hotel first class sekalipun, belum tentu saya akan mendapat layan teristimewa sebegini.  Cik Amelia, Cik Denise dan Cik Hwee Nee sungguh mesra mengurus keperluan kami.  Dalam beg goodie ada All Park one day unlimited ride complimentary vaucher.  Di samping itu kami diberi World Card bernilai RM100.00 beserta dengan 1,000 point mata ganjaran.  Ini bersamaan RM200.00 untuk kami berbelanja.

Makan Time…

Makan tengahari semeja bersama Encik Jonathan Chua, Manager Promotions & Entertainment Genting Malaysia Bhd.

Sup Kambing

Max tunjuk gaya makan sate.

Waduh… makanannya lumayan enak! Selesai makan tengahari dan pemberian cenderahati, acara seterusnya melawat The Visitors’ Galleria.  Encik Philip memberi taklimat tentang sejarah Resorts World Genting.

Kami kemudian berjalan kaki semula  ke First World Hotel untuk check-in.  Semasa pendaftaran, saya memohon agar bilik saya dan Zaid sebelah menyebelah supaya senang kami membuat tugasan.  Saya tidak pandai proses video sebab itulah saya perlukan bantuan beliau.

Inilah bilik saya di tingkat 17.  Bayangkanlah… kami diberi bilik seorang satu.  Murah hati betul.  Semoga Resorts World Genting bertambah gemilang dan tersohor.

Bergumbira di Outdoor Theme Park

Mamat ni kalau tunggu Zaid dekat jambatan gantung depan rumah tu, tentu dia screaming panggil mak dia…

Pada jam 8.30 malam, kami diminta berada di pintu masuk Pavilion untuk menyaksikan Dazzle Show yang bermula pada jam 9.00 malam.  Pihak pengurusan Resorts World Genting telah bermurah hati membenarkan para peserta MY SELANGOR Blogger Competition masuk dengan percuma.  Tiket masuk ke pertunjukan untuk VIP bernilai RM90.00 dan PS1 bernilai RM60.00 bagi orang  dewasa.  Kami diberi tempat duduk di barisan hadapan sekali.


Momentum yang mencuit hati.  Ernesto Planas beraksi bersama Spretreoutreach.  You rock Spectre!

Get ready to be dazzled… begitulah meriahnya pentas dengan tarian-tarian gadis jelita serta seksi.

Cik Amelia memperkenalkan Charles Gluck.  Pertunjukan statue beliau sungguh memukau.  Beliau dan rakan sejawat masih belum pulang kerana masih melayan kami dengan penuh hormat.

Suka gambar ni… orang sebelah macam jeles jer.

Berakhir pertunjukan kami pulang ke bilik masing-masing untuk tugasan.  Kami harus terbit post untuk hari pertama dan kedua penjelajahan kami di Negeri Selangor.  Mungkin First World Hotel terletak di puncak maka line internet tidak dapat diakses.  Saya terus menyiapkan tugasan dalam bentuk draf menggunakan Microsoft Office dahulu.  Jam 1 pagi saya dan anak bercadang akan ke Starbucks.  Tiba-tiba Mohd Zaid telefon saya menyatakan Cik Amelia menghendaki semua bloggers berkumpul di Starbucks.  Saya pun tutup laptop dan terus menuju ke Starbucks.  Penyudahnya, dengan segala masalah yang dihadapi oleh Cik Amelia, maka beliau memutuskan iaitu tidak perlu menerbitkan post memandangkan kesukaran mengakses internet.  Tambahan pula, pengambaran seterusnya ke homestay di Kuala Selangor yang memungkinkan penerimaan internet kecundang.  Kami bersurai dan saya terus melangkah terus ke bilik dengan hati yang kesal bercampur gembira.  Kesal kerana tugasan semakin bertindan.  Gembira kerana tidak perlu berblog dan terus menikmati pengambaraan seterusnya.

Video MY SELANGOR STORY Bloggers Competition – Day 2

KEMBARA – MY SELANGOR STORY Bloggers Competition (Day 1)

Hari Pertama (23 Sept. 2010)

Selangor merupakan negeri paling membangun dan paling strategik yang mempunyai keluasan 8,000 kaki persegi.  Ianya juga disebut sebagai negeri perantaraan kepada Semenanjung Malaysia dan tidak hairanlah Selangor menjadi negeri yang paling maju.  Sebagai langkah untuk menaikkan lagi Selangor, pihak Tourism Selangor bersama Horizon communication telah menganjurkan pertandingan khas buat bloggers.  Kerana melalui penulisan bloggers dapat menjadikan landas untuk turut mempromosikan industri pelancongan Negeri Selangor di samping  dapat turut menaikkan Negeri Selangor ke persada dunia. Pertandingan ini merupakan yang pertama di mana  pesertanya bukan sekadar rakyat Malaysia malahan peserta  dari negara jiran seperti  Indonesia dan Singapore juga dijemput untuk menyertainya.   Ianya bermula dari 23 Sept 2010 hingga 28 Sept. 2010.  Yang Berhormat Elizabeth Wong selaku Exco Tourism, Consumer Affairs and Development, Negeri Selangor telah merealisasikan idea agar sebuah pertandingan khas buat bloggers Malaysia dan Asia dianjurkan.   Atas usaha itu juga, ramai penaja turut serta bekerjasama dalam memberi sumbangan.  Antaranya adalah Firefly (Official Airline),  Resorts World Genting (Official Resort),  Sunway City Berhad (Official Intergrated Resort), PENTAX (Official Camera),  P1W1max (Official Broadband provider)  Royal Selangor (Official Survenir shop), Pusat Perubatan Tropicana Medical Centre (Official Medical Care), haven (Official Restaurant),  dan TV Selangor (Official Online TV).

Syukur kerana saya turut terpilih di antara top 30 bloggers yang mengambil bahagian.  Sebagai anak Selangor, saya juga ingin turut mempromosikan Negeri Selangor melalui  penulisan saya di blog.  Semoga aktiviti memblog My Selangor Story ini dapat merancakkan lagi pertandingan dan industri pelancongan.  Semoga usaha para bloggers diiktiraf dan dihargai. Sebagai permulaan pengembaraan My Selangor Story bloggers competition,  saya mula mengorak langkah pertama pada jam 11.00 pagi dari rumah di Cheras.  Anak saya Mohd Zaid juga turut serta.  Walaupun kami anak beranak, bertanding tetap bertanding.

Beg pakaian padat rasa macam tak cukup. (Helo makcik tak macam nak masuk pertandingan pun…)

Pada mulanya saya bercadang untuk menaiki teksi, tetapi memandangkan ini adalah kembara yang penuh dengan cabaran maka saya menaiki komuter dari Bandar Tasek Selatan hingga ke Setia Jaya.   Tiket berharga RM2.50.  Saya perlu melakukan transit di KL Sentral.  Dari KL Sentral saya mengambil komuter laluan ke Kelang di Flatform 5 untuk ke Setia Jaya.  Dari Setia Jaya perut mulai keroncong sebab terlalu teruja dengan kembara ini langsung terlupa untuk mengambil sarapan.  Saya singgah makan tengahari di Cafe 138.

Cadang hendak menaiki bas tetapi terpaksa batalkan kerana hari sudah mula hendak hujan.  Akhirnya menahan sebuah teksi untuk terus ke destinasi Skypark, Subang.  Tiba pada jam 1.20 tengahari.  Terlalu awal saya tiba.  Jadi terpaksalah menunggu rakan-rakan blogger yang lain tiba.

Inilah pertemuan pertama kali bersama bloggers yang turut serta dalam pertandingan dan kami berkenalan sesama sendiri.  Bawah ini blogger  muda yang berkaca mata putih dari Singapore Sylistic

Awal-awal sudah merasa macam artis.

Cenderahati daripada penaja rasmi penerbangan Firefly.  Terima kasih daun keladi kalau ada saiz lagi besar tentu saya dapat menyarungnya.  Di belakang yang berbaju-t kuning adalah krew Tourism Selangor.

Bergaya bersama kakitangan Firefly.  Cantik dan kacak sungguh mereka.

Di sebelah saya itulah dia Mohd  Zaid.  Kami sama saiz.

Ragam para bloggers apabila bertemu di Kapitan Kopitiam, Skypark Subang.

Peserta dari Indonesia.  Alid Abdul, Citra Rahman dan Husni.  Fadli Idris tidak kelihatan dalam foto ini.  Dengar cerita mereka mendapat sambutan dan layanan kelas pertama daripada penaja.  Mana tahu, kalau saya menang pertandingan ini, saya juga mendapat layanan sedemikian.  Terima kasih Firefly kerana telah menerbangkan mereka ke Malaysia.

Welcome address daripada Raja Sa’adi (Head of PR & Marketing)

Berbaju-t merah itulah Feeq dan di sebelahnya TianChad, Nicole, Denice dan Dian

Di bawah adalah aksi trade mark beliau ketika snap gambar.  (Masa ini belum kenal lagi karaktor beliau.)

Rakan twitter pertama saya CitraRahman dari Indonesia

TianChad, KK, Fadli (Peserta Indonesia) dan Max

Cik Amelia Tan (Official MSS Mummy) bersama Encik Fazly (Official MSS Daddy)sedang memberi taklimat kepada peserta.

Selesai bergambar di lobi terminal Firefly Skypark, Subang.  Untuk permulaan pengembaraan MSS Bloggers Competition, kami semua menaiki bas dan dibawa melawat sekitar Shah Alam tepat pada jam 3.30.  Puan Nirmaningsih Mawi selaku Pemandu pelancong memberi taklimat tentang Shah Alam.  Antara yang dibicarakan tentang sejarah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya yang digunakan untuk penerbangan kos rendah.

Setiba di bulatan Indra Kayangan, beliau menunjukkan bilboard memaparkan wajah Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz. DAULAT TUANKU.

Kami para bloggers kemudian dibawa ke tempat penginapan di Carlton Holiday Hotel & Suites di Shah Alam yang terletak berhampiran TESCO di seksyen 9, Shah Alam.   Pertama kali melangkah masuk ke lobi, suasana begitu nyaman dan ruang lobi begitu bersih serta mendapat sambutan mesra daripada staf bertugas.   Saya berkongsi bilik di Room 620 bersama Cik Jing Yi yang datang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Para bloggers kemudian diberi sebuah beg goodies biru setiap seorang oleh Tourism Selangor beserta baju-t berwarna kuning.  Selesai segala urusan, kami ke bilik masing-masing.

Jam 5.50 satu taklimat daripada wakil PENTAX tentang penggunaan kamera jenama PENTAX (Official Camera) kepada para bloggers.  Taklimat diadakan di tingkat 1 hotel.  Sebelum itu, Cik Amelia dan Encik Fazly memberi taklimat peraturan pertandingan sekali lagi serta syarat pinjaman kamera yang ditaja oleh PENTAX di sepanjang pertandingan.

Cik Amelia Tan

Encik Fazly

Sebagai jurufoto yang tidak bisa mengambil foto yang cantik dan sharp, saya diberi kamera jenis PENTAX P80(W)9700997 okey la tu, daripada menggunakan kamera melalui telefon saja.  Terima kasih kepada Mdm Rissa Chan (Executive Director DSC World Sdn. Bhd. kerana sudi memberi pinjam dan memberi taklimat tentang penggunaannya.  Selepas ini setiap foto yang ingin disnap akan menggunakan kamera PENTAX.

PENTAX P80(W)9700997

Tengah blurr lagi, bagaimana hendak menggunakannya.

Mulalah testing, testing…

Denice, Wenyi, Spectreoutreach dan Abang Ben

Jam 7.00 malam, kami dibawa ke i-City di Shah Alam.  i-City adalah City of Digital Lights.  Ianya menjadi pusat jana kuasa tenaga jaringan aktiviti komunikasi.  Mr Yew dari i-City telah memberi taklimat tentang i-City.

Mr. Yew

Pengunjung tempatan mahupun antarabangsa akan teruja oleh sebuah karya cahaya kristal yang menerangi i-City, Seksyen 8 Shah Alam di waktu malam. i-City menjadi nadi kepada advanced information-communication infrastructure di Shah Alam.  Berjuta-juta cahaya LED kelihatan menerangi dan mewarnai i-city.

Makcik senyumlah sikit….

Di antara kiri dan kanan jalan, pengunjung akan dapat menyaksikan keindahan kemilauan cahaya LED burung bangau.  Setiap bahagian mempunyai tema tersendiri.

Perkara pertama kembara My Selangor Bloggers Competition yang paling teruja apabila kami (bloggers) dijemput menjamu makan malam di tengah-tengah taman tema yang dilimpahi cahaya kristal yang begitu indah sekali.  Belum ada sesiapa lagi selain DYMM Sultan Selangor yang telah menikmati jamuan makan malam di situ.

Makan malam steamboat di taman city of lights yang ditaja oleh Restaurant Tasty pot Shah Alam.

Terima kasih layanan begitu berharga sekali.  Steamboatnya sungguh enak.  Udang dan ketam besar-besar.  Aroma kuah tom-yam yang lazat membuat perut terasa lapar.  Saya dan rakan-rakan dilayan seperti VVIP.

Selepas menjamu selera para peserta terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing.

Selepas menjamu selera para peserta terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing.   Terdapat 1000 pokok  digital lights mewarnai i-City dari jam 7.00 malam sehingga 4.00 pagi.  Bayaran masuk ke i-city adalah RM10.00 dikenakan bagi setiap kereta dan tiket boleh diredeem di restoran, rumah salji atau safari.  i-City membekalkan pengalaman teknologi baru buat Malaysia.  Selain penggunaan multimedia dan komunikasi ianya juga dapat merancakkan pelbagai sambutan temasya dan percutian di Malaysia.  Destinasi pelancongan menarik yang harus dilawati oleh setiap keluarga kerana di  i-city ada mempersembahkan sebuah taman safari yang pastinya akan memikat hati kanak-kanak.

Rumah salji.  Bayaran masuk RM2.00 oleh kerana kami ini wakil bloggers My Selangor Story maka kami dibenarkan masuk percuma.

Jam 10.15 malam kami meninggalkan i-city untuk ke Up-Town Shah Alam di Section 24.  Up-Town Shah Alam yang berkonsepkan bazar larut malam telah memulakan operasi pada 1 Mei 2006.  Waktu perniagaan bermula pada jam 7.00 malam hingga 3.00 pagi.  Peniaga-peniaganya terdiri daripada peniaga bumiputra.

Welcome drink di Jass Cafe Up-Town.  Terima kasih Encik Aizul Hisham kerana meraikan kami.  Tidak menyangka sama sekali, kami disambut begitu meriah sekali.

Alahai… nangis pula bakal tauke ni…

Saya amat tertarik dengan pertunjukan Magic di gerai menjual topeng-topeng.

Hebat adik ni bermain silap mata.

Kunjungan kami disetiap gerai disambut dengan mesra.   Barangan seperti pakaian, beg tangan, beg pakaian, aksesoris adalah antara produk yang dijual dengan harga berpatutan. Lewati  Up-Town Facebook untuk menyaksikan lebih banyak gambar-gambar kunjungan peserta.

Bella, saya, Ning (Pemandu Pelancong) dan Iman duduk santai sambil mendengar Cik Amelia menyanyi.

Dan apabila Encik Azuan mendendangkan lagu ‘Mencari Jodoh’, kami berempat bangun dan terus menyaksikan beliau menyanyi.  Up-Town Shah Alam juga menyediakan khidmat karaoke.  Kalau ada rasa nak test suara tu… datanglah ke Up-Town Shah Alam berkaraoke.  Foto-toto lain sila kunjungi di Up-Town Shah Alam facebook.

Penjual Dadih di pintu masuk Up-Town telah bermurah hati memberi kami mencuba dadih jualan beliau.  Memang sedap terutama dadih kelapa beliau.  Terima kasih.

Hari pertama kembara My Selangor Story Competition sungguh mengujakan.  Belum pernah saya memasuki pertandingan sebegini.  Belum pernah pula saya mendapat layanan kelas pertama melawat i-City, makan malam di City of Lights dan Up-Town di Shah Alam.  Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah-tuan rumah yang kami lewati. Kemudian kesemua bloggers pulang ke hotel untuk membuat tugasan berblog.   Saya amat kesal kerana line internet P1W1max (Pembekal rasmi broadband) tidak boleh diakses.  Kerja memblog untuk hari pertama tidak dapat diteruskan.  Walau bagaimanapun, saya cuma membuat draf sahaja untuk hari itu.  Walau apapun, P1W1max tetap bagus di tempat-tempat yang ada coverage untuknya.  Terima kasih P1W1max membekal broadband untuk kegunaan bloggers.  Terima kasih juga kepada syarikat penerbangan FireFly (Official Airline) yang telah menerbangkan rakan-rakan kami dari Indonesia dan Singapore.  Terima kasih kepada i-city, Restaurant Tasty Pot Shah Alam dan juga keseluruhan warga di Up-Town Shah Alam.

Video KEMBARA MY SELANGOR STORY Bloggers Competition by Zara Aluwi