Islam membenarkan kita memahat janji berkaitan perkara-perkara yang baik sahaja. Perlu kita ingat, Islam melarang umatnya memungkiri janji. Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda tidak pandai menepati atau menunaikan janji itu. Manis mulut saja!
Dikatakan, orang lelaki suka menabur janji. Dan wanita pula terlalu mudah percaya pada janji lelaki tanpa memperdulikan akibatnya. Entah berapa ramai wanita tertipu dek janji manis lelaki. Paling malang setelah diri ternoda, lelaki menghilangkan diri. Silap-silap diri jadi habuan dagangan. Tentu masih ingat lagi kes wanita Melayu yang kecundang akibat janji manis lelaki Lombok. Walhal, perempuan Lombok berduyun-duyun mahu keluar mencari kehidupan yang lebih baik di Negara asing.
Tidak kurang juga, ada yang menjadi mangsa penipuan pengedar dadah antarabangsa hingga mengakibatkan mereka merengkok dalam penjara di Negara luar.
Rasanya ada macam-macam kes wanita yang kena tipu ni. Kalau nak sebut tak tersebutkan. Dari itu, ingatlah duhai kaum wanita… janganlah sampai tertipu macam gitu! AWAS pada mulut lelaki yang manis tapi berbisa ini!
Kepada kaum lelaki janganlah mengkhianati janji. INGAT silap-silap anda akan disaman akibat memungkiri janji ini. BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!





sungguh janji manis,
salamm,