MY SELANGOR STORY – Hulu Langat

August 31, 2010

Mukim Hulu Langat, di sinilah tempat kelahiran saya.  Kawasan yang kaya dengan khazanah hutan dan keindahan alam semula jadi.  Walaupun daerah ini terletak di bahagian ‘ulu’ tapi kewujudan kampungnya terletak di tengah-tengah bandar besar yang pesat dengan pembangunan.  Selain kawasan perumahan dan pertanian, kawasan yang mempunyai keluasan seluas 29,448 hektar ini juga diliputi oleh kawasan rezab hutan simpan.  Tak hairanlah di kawasan ini juga mempunyai kawasan rezab orang asli. Sebut saja Hulu Langat, ramai yang akan terbayang Pangsoon, Gunung Nuang, Empangan, Sungai Gabai, Sungai Tekala, Sungai Chongkak, Kolam air panas, durian dan ikan bakar.

Kepada pencinta alam yang gemar meneroka hutan, pergunungan, Gunung Nuang  merupakan tempat paling bersesuaian untuk dikunjungi.

Selain dapat menikmati kesegaran udara, pengunjung juga dapat menikmati keindahan flora dan faunanya.  Gunung Nuang yang terletak di Pangsun memiliki ketinggian 1493m (4899 kaki) ini bersempadan dengan Negeri Pahang.

Beberapa adventure perlu dilalui untuk mencapai ke puncak Gunung Nuang.  Pendaki perlu melalui jalan tanah merah yang licin untuk ke rest point yang mengambil masa 5 jam.  Kemudian menyambung trekking dengan mendaki tangga curam untuk sampai ke Empangan. Dari situ, pendaki akan ke Kem Lolo, Kem Pacat dan seterusnya ke puncak Gunung Nuang.

Tapi sayang sekali, di atas pergunungan yang menjadi tarikan dicemari oleh sampah-sampah yang ditinggalkan oleh para ekspedisi pendaki gunung.  Mungkin segelintir pendaki yang membuang sampah sembarangan ini, tanpa menyedari mereka telah menyumbang kepada pencemaran.

Bayangkanlah kalau sudah bertahun-tahun sampah dilonggok bertimbun-timbun di atas gunung sana?  Sebab itulah saya ingin sangat dapat terpilih agar dapat memberi kesedaran kepada pendaki supaya bersikap bertanggungjawab terhadap kebersihan hutan.  Saya ingin merealisasikan memanggil pendaki-pendaki yang pernah menawan Gunung Nuang supaya bergotong royong membersihkan kawasan pergunungan berkenaan.

Begitu juga nasibnya Sungai Chongkak.  Sungai yang menjadi tumpuan tempat bermandi manda.  Air sungainya yang jernih memberi kepuasan dan kesegaran kepada minda dan keseluruhan anggota badan.  Pabila hujung minggu ramai keluarga datang beriadah.  Secara tidak langsung mengundang pelbagai masalah kekotoran.  Sampah merata-rata yang ditinggalkan mencemarkan sungai yang menjadi sumber air minuman.  Sesuatu perlu dititikberatkan.

Masa berkualiti bagus dinikmati bersama yang tersayang di Anjung Tinjau Ampang.  Kala rembang senja pandangan di hala ke mercu kebanggaan negara.  Lembayung senja menyelubungi keseluruhan Kuala Lumpur.  Begitu tenang sanubari.  Begitu bahagia sekali menyaksikan keajaiban Illahi.  Saya ingin merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan penorama lembayung senja bersama 30 peserta finalis MY SELANGOR STORY.  Mudah-mudahan.  Insya-Allah.

Sebut Kajang, teringat Sate Tasmin.  Haji Tasmin pengasas Sate Tasmin. Terdahulu beliau menjaja sate dengan mengandar bakul sate sambil berteriak Sate! Sate! Di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil.  Pada tahun 1960an, beliau mendapat sebuah kedai di bulatan Kajang berhadapan stesen bas Fuh Hup.  Pekerja-pekerja beliau terdiri daripada jiran-jiran yang mengambil upah menganyam ketupat, merendang kacang tanah, menyediakan bahan-bahan rempah sate dan lain-lain tugasan.

Sekitar 1960an, anak muda bernama Samuri membantu Haji Tasmin di dalam perniagaan beliau.  Setelah Haji Tasmin meninggal, beliau  memperluaskan usaha dengan membuka gerai sate atas nama beliau sendiri.  Kini dipanggil Sate Kajang Hj. Samuri.  Malang sekali, anak-anak Haji Tasmin tidak mampu menyemarakkan jenama Sate Tasmin lagi, masih duduk ditakuk yang sama.

Categories: Contests, Environment, Pelancongan.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Jangan main tibai aje…

August 26, 2010

Freemason.  Jangan terkejut dan tidak mengetahui kewujudan  Freemason  di  Malaysia sudah lama bertapak.   Ada pengamalnya terdiri dari kalangan professional lagi terpelajar.  Sekarang ni sudah cukup terbuka kewujudan mereka.  Dengan melihat cara mereka berpakaian yang ditambah dengan lambang freemason (lambang yahudi).   Ramai anak muda kita tidak menyedari corak pakaian yang mereka sarung itu mempunyi  lambang jangka lukis dan pembaris yang diselitkan di dalam corak pakaian mereka.  Yang menyedihkan kebanyakan remaja dan belia muslim memakainya dan membawa masuk bersolat ke dalam masjid.

Bukan sahaja lambang jangka lukis dan pembaris, malahan gambar artis dan superstar sukan yang rata-rata keturunan Yahudi itupun dibawa bersolat bersama.  Kok iapun peminat fanatik janganlah sampai tergamak melakukannya.

Nasihat teman… hindarkanlah dari memakai pakaian yang mempunyai lambang berkenaan.  Janganlah tibai sarung je.  Sebab itulah dia lambang freemason.  Yahudi ini menyesatkan anak muda terutama anak-anak muda Melayu secara senyap-senyap.  Mungkin sebelum ini tak tahu… Tapi bila dah tahu tu bakar sajalah pakaian tu.  Jangan sayang-sayang!

Perkembangan terbaru, hangat diperkatakan disebalik lagu Alejandro video clip Lady Gaga.  Rupanya ada unsur Freemason dan Illuminati dipaparkan.  Mungkin ada yang kurang pasti apa itu Freemason dan Illuminati.  Ini menurut wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason dan  http://www.skepdic.com/illuminati.html



Antara lirik dalam Alejandro…

“I know that we are young. And I know you may love me. But I just can’t be with you like this anymore,Alejandro.

Dont bother me, Dont bother me,Alejandro  (merujuk kepada tuhan) Don’t call my name , Don’t callmy name, Bye Fernando ..I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan)

” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando

Video Alejandro sangat kompleks dan simbolik.  Apa yang si Gaga ingin sampaikan dia menolak Kristian dan menunjukkan ada satu kuasa spiritual lain dan menyerapkan agenda Illuminati secara halus.   Jangan ingat si Gaga saja-saja nak buat simbol.  Setiap gerak tariannya mempunyai tafsiran.  Anak-anak muda pula terikut-ikut tanpa menyedari bahawa mereka secara senyap diserap masuk ke dalam perangkapnya.

Sebelum hanyut terlalu jauh meminati si Lady Gaga tu… berhentilah.  Tak rugi mana pun.  Apa yang diusahakan mereka dah merebak merata rata.  Dalam tak sedar kita ni pun sedang mengamalkan apa yang mereka usahakan.


Categories: Uncategorized.

Tags: , , , ,

BeriHitam patut diharamkan.

August 23, 2010

Kebelakangan ini masing-masing semakin berlumba-lumba ingin memiliki ‘BeriHitam’ atau lebih glam BlackBerry.  Dah menjadi fenomena.  Yang pasti mereka yang sudah memiliki BB ini tak lekang menatang dari genggaman.  Tak rela terlepas dari tangan.  Saja nak tayang kot… Bernada saja, mata udah tertancap ke skrin telefon pintar berkenaan. Jari jemari ligat menyentuh, menguis ke tepi, ke atas, ke bawah.  Maklumlah sistem yang berbekalkan teknologi server yang canggih.  Berkemampuan menjelajahi internet sambil berfacebook, beryahoo menerima dan menghantar emel, SMS, Fax selain berfungsi sebagai kamera digital. Sekaligus berkemampuan mengesan GPS (tak sesatlah walau di mana berada) dan berkomunikasi serta menghantar data dengan pantas dan mudah.  Macam-macam ada… begitulah gamaknya.

Teman tak ada BeriHitam dan tak akan ubah gaya hidup dan teman tak jeles pun.  Sebab teman bukan pandai sangat nak menggunakannya.  Bagi teman, ada handphone yang boleh menerima dan membuat panggilan sudah memadai.  SMS teman tak suka.  Menekan huruf-huruf pun terkial-kial.  Melayari internet di BB menyiksakan mata.  Rasa tak bebas.  Tapi bukan ini yang teman nak kisahkan.

Cuba perhatikan mereka-mereka yang memiliki BB ini.  Mereka menjadi leka.  Asyik.  Teman disebelahpun tidak diendahkan.  Malah yang tengah mabuk cinta pun leka menggodek BB masing-masing.  Komunikasi hanya melalui peralatan canggih.  Berchatting melalui BB sedangkan, masing-masing berhadapan saling membisu.  Hanya jari-jari memain peranan.

Ura-ura Blackberry akan diharamkan di Malaysia.  Berikutan penggunaan telefon BlackBerry tidak dijamin keselamatannya.  Mana taknya… kalau pemindahan sistem Blackberry Messenger (BBM) tidak dikawal.  Bahaya!  Memang bahaya kalau rahsia-rahsia mudah di ‘hack’ oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.  Terutama penggunanya orang-orang gomen.  Bahaya… patutpun diharamkan.  Teman tak jeles tau… memanglah teman tak ada BeriHitam ni.  Nak tahu kenapa teman sokong pengharaman penggunaannya?  Sebabnya, ada yang cerdik lagi pintar boleh merangka time bomb!  Tak fasal-fasal ada yang kena letup.  Harap-harap Kerajaan segera mengharamkan penggunaannya!  Tak mau celoteh banyak… nanti ada yang marah-marah kat teman.

Categories: Uncategorized.

Tags: ,

Tak bahaya ke?

August 22, 2010

Di dalam astaka kaca.  Teman tertarik dengan artikel hartanah Inside the ‘Glass Pavilion’ by Syshil Cheema. http://realestate.yahoo.com/promo/inside-the-glass-pavilion

Rumah kaca ini bernilai $35 million perabut boleh dirunding.

Los Angeles – Seorang Arkitek Steve Hermann telah menyiapkankan sebuah  astaka moden versi kaca di Montecito, California.  Menurut Steve Hermann di rumah kaca berkenaan beliau memiliki privasi menyeluruh.  Emm… melangkah masuk ke setiap ruang kediaman dikelilingi kaca.  Ia tentunya memberikan pelbagai persepsi berbeza bagi setiap individu.

Cantik memanglah cantik… Tapi ada privasi ke?  Lihat sajalah… ruang tamu, ruang makan, bilik tidur… Dari luar dah boleh lihat segala aneka perabut.  Bahaya… kalau masuk bilik air bagaimana?  Tak takut ada orang intai ke? Tapi keharmonian dan kecerian dalam meraikan tetamu dan keluarga lebih bermakna sambil-sambil menikmati pemandangan di luar.

Menjadikan kediaman rumah kaca ni kena sentiasa bersih dan bersinar-sinar.  Terpaksalah dilap selalu.  Kalau rumah teman macam ghiteww… alamat kelabulah kacanya hahaha…

Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Sinopsis – Cinta Kirana (EP01-EP93)

August 21, 2010

Pastinya ramai yang sudah jatuh hati dengan Sinetron Cinta Kirana yang sedang ditayangkan di Astro Ria saluran 104 sejak awal bulan puasa hari tu kan, cerita ni memang best dan teman salah seorang peminat cerita ni. Tengok saja telatah Nia Ramadhani dan Randy Pangalila dalam cerita ni membuat ramai orang ketawa dengan telatah mereka.  Teman ni jarang dapat tengok TV, tapi sejak tertonton cerita ni dah terlekat tiap-tiap hari.  Tak boleh missed.  Nasib baik teman dah jumpa sinopsis (Bahasa Indonesia) untuk cerita ni dari episod 1 hingga episod 93 (akhir).. walaupun sinopsis tapi ok lah kan atleast teman tau gak perkembangan cerita ni. :) mesti ramai kat luar sana yang tercari-cari sinopsis ni kan. Ok ni teman pastekan untuk korang baca ye.. anyway selamat menonton cerita Cinta Kirana dan selamat berhibur. Cayyorrkk..!

Pelakon

* Nia Ramadhani sebagai Kirana
* Randy Pangalila sebagai Galang
* Tsania Marwa sebagai Riana
* Kiki Farrel sebagai Baim
* Arthur Tobing sebagai Rama
* Yatti Surachman sebagai Sita
* Erly Ashy sebagai Aida
* Emma Waroka sebagai Sandra
* Revand Narya sebagai Evandra
* Mama Dahlia sebagai Dahlia
* Unang sebagai Tejo
* Indah Ayu Putri sebagai Joana

PS :/ Beberapa Episod sinopsis tak ada dalam senarai ni harap maaf..

Sumber : indosiar.com

Cinta Kirana Episode 01 Cinta Kirana Episode 40
Cinta Kirana Episode 02 Cinta Kirana Episode 41
Cinta Kirana Episode 03 Cinta Kirana Episode 42
Cinta Kirana Episode 04 Cinta Kirana Episode 43
Cinta Kirana Episode 05 Cinta Kirana Episode 44
Cinta Kirana Episode 06 Cinta Kirana Episode 45
Cinta Kirana Episode 07 Cinta Kirana Episode 46
Cinta Kirana Episode 08 Cinta Kirana Episode 47
Cinta Kirana Episode 09 Cinta Kirana Episode 48
Cinta Kirana Episode 10 Cinta Kirana Episode 49
Cinta Kirana Episode 11 Cinta Kirana Episode 50
Cinta Kirana Episode 12 Cinta Kirana Episode 51
Cinta Kirana Episode 13 Cinta Kirana Episode 52
Cinta Kirana Episode 14 Cinta Kirana Episode 53
Cinta Kirana Episode 15 Cinta Kirana Episode 54
Cinta Kirana Episode 16 Cinta Kirana Episode 55
Cinta Kirana Episode 17 Cinta Kirana Episode 56
Cinta Kirana Episode 18 Cinta Kirana Episode 57
Cinta Kirana Episode 19 Cinta Kirana Episode 58
Cinta Kirana Episode 20 Cinta Kirana Episode 59
Cinta Kirana Episode 21 Cinta Kirana Episode 60
Cinta Kirana Episode 22 Cinta Kirana Episode 61
Cinta Kirana Episode 23 Cinta Kirana Episode 62
Cinta Kirana Episode 24 Cinta Kirana Episode 63
Cinta Kirana Episode 25 Cinta Kirana Episode 64
Cinta Kirana Episode 26 Cinta Kirana Episode 70
Cinta Kirana Episode 27 Cinta Kirana Episode 71
Cinta Kirana Episode 28 Cinta Kirana Episode 72
Cinta Kirana Episode 29 Cinta Kirana Episode 73
Cinta Kirana Episode 30 Cinta Kirana Episode 74
Cinta Kirana Episode 31 Cinta Kirana Episode 75
Cinta Kirana Episode 32 Cinta Kirana Episode 76
Cinta Kirana Episode 33 Cinta Kirana Episode 77
Cinta Kirana Episode 34 Cinta Kirana Episode 78
Cinta Kirana Episode 35 Cinta Kirana Episode 91
Cinta Kirana Episode 36 Cinta Kirana Episode 92
Cinta Kirana Episode 37 Cinta Kirana Episode 93 (Terakhir)
Cinta Kirana Episode 38
Cinta Kirana Episode 39

Categories: Hiburan.

Tags:

Kalimah Terakhir

August 19, 2010

Bila-bila tubuhku, kau lihat berselirat pada rakaman ECG yang hampir berhenti berdetik dan tatkala itu hatimu teramat berat untuk menziarahiku, maka tidak perlulah engkau menghampiri.  Ringankanlah langkahmu pergi tinggalkan aku terlantar sendirian.

Bila-bila lidahmu menjadi kelu untuk berbicara kerna sukar untukmu melupakan kekhilafanku, maka senang-senangkanlah lidahmu itu menghinaku. Dengan kata-kata yang paling berbisa untuk disantap ke deria pendengaranku.

Bila-bila hatimu terus membenciku kerna telah tidak mengotakan kehendakmu, maka kau tutuplah pintu hatimu itu serapat-rapatnya.  Maka biarkan saja kebencian itu terus mencengkam sanubarimu. Kerana aku tidak mampu untuk menyediakan segala kemahuanmu.

Bila-bila rohku sudah tiba di halkum, jantungku sudah berhenti berdenyut untuk mengalirkan darah ke seluruh pembuluh  dan tatkala itu bibirmu mengukir senyuman padaku, maka palingkanlah senyuman itu, palingkanlah wajahmu itu dari memerhatiku. Kerana aku rasa begitu kecewa dengan  perilaku itu.

Dan  seandainya telingamu mendengar berita kematian ku, ikhlaskanlah kakimu menziarahi jasadku dan bisikan padaku kalimah Allah yang paling berharga itu.

“Aku naik saksi tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.” Moga kalimah terakhir itu menjadi pelita di kubur gelapku, menjadi bantal di lena panjangku…

Duhai pengarang jantung hatiku… relakanlah hatimu berbicara selembut sutera.  Hapuskanlah egois itu. Mintalah ampun sebelum terlewat.  Kerna kau tak akan tahu bila ajalmu.  Bila Malaikat menjemputmu.  Maka takutlah pada dosa-dosamu.  Apabila terkujur jasadmu, tiada guna lagi penyesalan dan tangisan kerna pintu segala taubat terus tertutup.  Rohmu entah di mana, mungkin menangis diseksa ular, lipan mahupun kala.  Mungkin sedang tersenyum melihat sinar taman syurga yang mengalir nikmat tak terhingga yang hakiki dan tidak terbanding atau menahan kesakitan bahang seksa neraka ujian dariNya.  Amal jariah, ibadat dan amalan akan diukur sebagai bekalan.

Sebelum nyawa terpisah dari jasad, wahai bumi…!  Terimalah jasadku…!  Wahai malaikat, datanglah dengan aman kepadaku, Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosaku… Aku mendambakan kasih suci yang lorongnya, menuju syurga abadi, tempat bersemadi kasih-kasih yang tulus terhadapMu dan aku ingin melangkah aman menuju FirdausiMu Yang Engkau janjikan dengan keamanan dan kedamaian.  Amin.

Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya. Ini adalah kisah seorang anak perempuan yang menjadi kebanggaan si ibu, telah lupa akan tanggungjawab untuk menjaga dan menghormati ibunya.  Dia lebih mementingkan diri sendiri serta mengutamakan suami.

Apakah erti pengorbanan seorang anak kepada keluarganya jika tidak mendapat redha daripada Allah SWT.


Categories: Uncategorized.

Tags: , ,

Klik klik for Bandung

August 18, 2010

Mohon jasa baik rakan-rakan.  Undilah Zaharah binti Aluwi ya… Klik saja di sini dan undi.  Boleh undi seberapa banyak yang suka.http://airasia.com/24hoursinbandung/vote-map.php?mapid=4c6c598884b8b

Terima kasih kepada yang mengundi.  Kepada rakan-rakan yang ingin memasuki contest ini juga digalakkan.  Klik saja link.

Categories: Contests.

Tags:

Grown ups

August 17, 2010

Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi peluang kepada anak teman Mohd Zaid menghadiri untuk membuat review Filem Resident Evil 4 dan Grown ups.   Teman menemani dia saja.  Tapi sayang sekali, Filem Resident Evil 4 tidak sampai lagi.  Jadi cuma dapat tonton Filem Grown ups saja.  Apa-apa pun CD Press Kits kami perolehi dan boleh tonton sekali lagi.   Kami dihidangankan dengan tayang gazette Resident Evil dalam bentuk 3D.  Teruja jugalah apabila menonton aksi-aksi terkeluar dari skrin.  Mungkin kerana tidak dapat melihat keseluruhan filem, jadi teman rasa Tayangan Filem Donald Duck 3D di Walt Disneys Hong Kong lagi best.  Di dalam filem DD kalau disimbah air, kita pun terkena simbahan airnya.  Kalau gunung berapi meletup kita terasa bahang panasnya.  Kalau ribut terasa angin kencangnya.  Filem RE ni, tak rasa apa-apa pulak… Emmm… mungkin tak tengok keseluruhan agaknya.  Atau minda teman belum Grown ups hehehe…

Grown Ups, dibintangi Adam Sandler (Lenny Feder), Kevin James (Eric Lamonsoff), Chris Rock (Kurk McKenzie), Rob Schneider (Hilliard Rob), dan David Spade (Marcus Higgins), adalah sebuah filem komedi mengenai lima sekawan bekas pemain basketball.  Selepas 30 tahun berpisah, mereka dikejutkan dengan berita kematian jurulatih mereka.  Kelima-lima mereka hadir untuk memberi penghormatan terakhir ke atas pengkebumian jurulatih mereka “Buzzer” (Blake Clark).

Bersama mereka turut hadir isteri-isteri mereka Salma Hayek (Roxanne), Maria Bello (Sally), Maya Rudolph (Deanne) dan anak-anak.  Lenny telah menyewa sebuah rumah ditepian tasik untuk bersama rakan-rakannya.  Lenny juga kesal kerana anak-anaknya lebih suka bermain video game daripada menghabiskan masa di luar rumah.  Sempena cuti menyambut hari kemerdekaan pada 4 Julai, Lenny ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak bersantai di luar rumah.  Walaubagaimanapun, Lenny terpaksa keluar lebih awal kerana menemani  isterinya Roxanne ke fashion show di Milan.

Roxanne membatalkan pemergian ke Milan, gara-gara gigi anaknya Becky tercabut.  Maka bermulakan adventure keluarga yang penuh dengan kelucuan.  Mengenang kembali sisa-sisa silam, mereka mendapati menjadi dewasa tak semestinya tidak membesar.

Categories: Hiburan.

Tags: , ,

Apakah ertinya ceritera cinta jika benih cinta itu dibuang?

August 16, 2010

Tiada foto hendak diselitkan di sini kerana teman sendiri tidak tergamak melihat foto-foto benih cinta yang sewenang-wenangnya dibuang ibarat sampah!

Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam.  Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya?  Apakah didikan dan keimanan telah tertanam di dalam jiwa anak-anak kita sehingga mereka tidak mudah terpedaya?

Anak muda sekarang mahunya beseronok.  Ghairah mengejar nikmat dunia.  Tanpa menyedari keseronokan duniawi itu menghanyutkan mereka.  Akibat bergaul bebas, telah mengheret mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat hingga ada yang terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.  Sukar untuk dipercayai, akhlak remaja sekarang semakin nazak.  Tapi itulah kenyataannya. Berapa ramai ibu-bapa yang akan diseret ke neraka atas perbuatan anak-anak mereka?  Dan mengapa hal ini sering terjadi dalam kalangan masyarakat kita?

Berapa ramai bayi yang ditinggalkan atau dibuang setiap tahun?  Sungguh memalukan.  Hari-hari di dada akhbar menyiarkan berita pembuangan bayi.  Kes bayi dijumpai mati dalam keadaan ngeri.  Ini tidak termasuk bayi-bayi yang dibuang tanpa dapat dijejak.  Belum dikira pengguguran yang dibuat di klinik swasta.  Agaknya masyarakat boleh terima hal ini, sebab itu tiada tindakan.  Pihak berwajib pula seolah tiada kuasa untuk menghentikannya.  Kita harus mencari si pelaku pembuangan bayi.

Saya percaya bahawa bayi yang dibuang oleh ibu tanpa kahwin adalah gadis-gadis di bawah umur yang masih muda, naif, dan takut.  Mereka mengambil cara mudah tanpa memikirkan rasa berperikemanusiaan dengan meninggalkan masalah kepada masyarakat.  Biasa yang nampak ketara bersalah adalah si gadis.  Patutkah dipersalahkan kepada gadis sahaja?  Sedangkan si lelaki tumpang seronok! Lelaki juga patut dipersalahkan kerana tidak bertanggungjawab.  Oleh kerana keengganan lelaki untuk bertanggungjawab, ini telah menyumbangkan si gadis membuat keputusan untuk membuang bayi berkenaan.  Kehamilan tidak peduli seberapa baik pendidikan seks anda ada.  Ianya akan tetap ada pembuangan bayi.  Memang patutlah mereka ini dikahwinkan.  Usah fikir tentang tanggungjawab selepas perkahwinan.  Fikirkan tanggungjawab kita terhadap bayi yang bakal lahir.  Mereka juga perlu hidup. Sanggupkah melihat tubuh kecil yang tidak bersalah itu, dibuang bagaikan sampah?  Apakah ertinya ceritera cinta jika benih cinta itu dibuang?

Tetapi ada juga kes gadis dirogol oleh orang yang tidak dikenali.  Kemudian didapati mengandung. Oleh kerana takut kepada keluarga dia mendiamkan diri.  Rasanya, orang terdekat tentu boleh cam dan tahu bahawa gadis itu mengandung.  Ke hulu ke hilir mengusung perut membuncit 9 bulan bukan kecik dek oii…  pasti semua orang boleh tahu.  Tak logik orang sekeling tak tahu!  Tiba-tiba bayi menghilang setelah dilahirkan?  Senangnya simpan rahsia!  Dan keluarga serta orang sekeliling boleh tutup mata, tutup mulut!

HENTIKAN pembuangan bayi! Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga antisosial lebih cenderung menjadi antisosial sendiri.

Ikutilah rencana http://www.muthaqqafazhari.blogspot.com/2008/06/akhlak-remaja-semakin-kritikal.html untuk renungan bersama.

Categories: Uncategorized.

Tags: , , , ,

Kucing dibunuh tikus dibela

August 13, 2010

Sekarang ni, semakin ramai yang berani menyindir orang-orang tertentu secara keterlaluan. Tanpa ada penggunaan bahasa berkias dan bertapis bagi mengelakkan orang lain menanggung sakit hati serta terluka. Orang Melayu terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan sesama masyarakat. Bagi mewujudkan keseronokan dalam pergaulan adalah lebih baik menggunakan peribahasa ataupun pantun seloka. Seloka merupakan salah satu genre sastera yang semakin terpinggir. Susah-susah orang dulu mencipta seloka.  Sayangnya masyarakat hari ini menganggap seloka sudah tiada nilai.  Masyarakat Melayu dahulu kala mencipta seloka sebagai mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang.  Maka digambarkan melalui seloka. Seperti Seloka Pak Kaduk, ianya sebuah cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat  baik dahulu dan juga sekarang.  Pak Kaduk mencerminkan seseorang yang bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.

Gambar dalam google

Antara seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama:

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.  Aduhai malang Pak Kaduk.

Seloka Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh dilangit,
Air ditempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan dihujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga kecundangan.
Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis, padi tak jadi

Seloka berkenaan adalah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu yang  akan merugikan diri sendiri.

SELOKA  juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat, supaya ianya dapat menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda lain.  Jadi tidak perlulah menyindir terang-terangan.

Kalau tak pandai nak reka, contohi Seloka Cak Kun Cak ni…

Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali

Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang

Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

Categories: Uncategorized.

Tags: , , ,

Page 1 of 1012345»...Last »